Tuesday, May 21, 2013

PR Memerintah Jika Anwar Tidak Gelabah?

KEPUTUSAN PRU 13 telah pun diketahui. Populariti BN yang diwakili PM Najib (berasaskan kempen slogan "I Love PM") diterjemahkan daripada undi yang diperolehi pada 47%; berbanding dengan undi populariti Pakatan Rakyat pada 53%.

Kemerostan populariti BN ini bagaimanapun tidak menguntungkan Pakatan Rakyat, kerana dalam masa yang sama populariti PKR yang diwakili Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang juga merosot.
Amat ketara, PKR telah gagal memenangi kerusi-kerusi parlimen sasaran seperti Tuaran dan Beaufort di Sabah. Secara keseluruhan PKR hanya menang satu kerusi melalui Darrel Leiking di parlimen Penampang. Di Sarawak, persembahan PKR juga teruk.

Jika dibanding dengan dengan PRU12, secara keseluruhan, pencapaian PKR merosot. Pada 2008, PKR menang 31 kerusi ketika Anwar tidak boleh bertanding, bukan sebagai ketua pembangkang dan Pakatan Rakyat belumpun ditubuhkan.

Saya menyertai PKR pada November 2011 kerana saya tertarik dengan kandungan Buku Jingga. Antaranya royalti petroleum ditambah daripada 5% kepada 20%. Pemulihan kuasa otonomi dengan memberi lebih kuasa kepada kerajaan negeri seperti yang telah dipersetujui dalam Perkara 20.

Pemansuhan Cabotage Policy yang merupakan punca utama 'Vicious Cirle Of Poverty' di Sabah. Di samping komitmen-komitmen lain yang memberi faedah kepada Sabah jika PR menawan Putrajaya.
Atas sebab-sebab itulah saya sertai PKR secara aktif dengan harapan rakyat Sabah akan mendapat 'NEW DEAL' daripada kerajaan Persekutuan. Saya tidak menyertai politik untuk menjadi calon, wakil rakyat atau untuk menjadi menteri.

Saya berpolitik kerana memperjuangkan idea, bukan menyokong individu atau pemimpin tertentu dalam parti politik. Saya bukan seorang idealist; walaupun saya seorang penulis politik.

Sesiapa yang pernah mengikuti tulisan-tulisan saya melalui laman sosial dan blog ini tentu masih ingat saya kerap menulis; "saya bukan ikut Anwar". Tetapi menggunakan pengaruh Anwar untuk mencapai cita-cita rakyat Sabah.

Kemenangnan tipis BN berbanding dengan PRU12, sebenarnya merupakan peluang terbuka kepada Anwar Ibrahim meyakinkan rakyat bahawa dia layak dan paling layak mengetuai kerajaan alternatif jika berlaku undi tidak percaya terhadap Najib dan BN. Selepas pengumuman kabinet baru Malaysia perasaan tidak puas hati di kalangan komponen BN amat ketara.

Presiden PRS dari Sarawak Datuk James Masing secara terbuka menyatakan rasa tidak puas hatinya. Parti-parti dari Sarawak terutama PRS dan SPDP menyumbang 10 kerusi tetapi tidak mendapat tempat sewajarnya dalam pemilihan anggota kabinet.

SUPP yang menang satu kerusi dapat menteri penuh. Begitu juga PBRS di Sabah yang hanya bertanding dan menang satu kerusi juga mendapat menteri penuh.

MCA, Gerakan dan MIC tentu sekali tidak berpuas hati dengan pemilihan kabinet Najib. Pemilihan pemimpin Hindraf telah mengecilkan peranan MIC dan PPP. Ramai MP dari UMNO yang lebih senior yang telah terlepas pandang juga tidak berpuas hati.

Dalam keadaan sebegini, beberapa kerusi boleh tinggalkan BN, tetapi di mana Anwar Ibrahim? Anwar terlalu sibuk dengan 'Road Show Black Out' membantah keputusan PRU.

3 comments:
Write comments
  1. Orang sabah suka pti so biarkan mereka bersaing dgn ini bangsa pelarian malah dah dapat ic biru so jadi anak emas silakan dan yang manis kita dapat hadiah GST hop hop horei.

    ReplyDelete
  2. salam, pada blog ini. apa yg dikomen diatas memang ada betulnya juga ada salahnya. saudara sokong pr kerana kepentingan rakyat sabah maka apa bezanya saudara dgn mana2 yg hanya fikirkan org sdr sj. kalau tiada anwar mana lahirnya pr parti yg kuat! pas n Dap pun kena hormat dgn anwar kerana beliau mrk bersatu , kerana anwar rakyat berbilang kaum bersatu. maka kenapa pula kita ni nak fikirkan kepentingan org sdr baru bersama anwar adil ke saudara? memang anwar tahu ada yg sokong utk kepentingan mrk tetapi biarlah hormat sikit n berikan sokongan yg padu bukannya tunggu bila pr kuat baru nak tunjuk muka adil ke.....! jgn org lain tanamkan padi kita pula yg tunggukan hasilnya. kalau tiada anwar jgn harap bn boleh tumbang kerana kekuatan yg ada padanya tiada tolok bandingnya kerana satu je ....keadilan. anwar tak kisah ahli bn mana yg nak lompat sebab yg penting skrg adalah kerusi yg di curi dari pr lebih penting lepas tu baru fikirkan hal lain. kalau setakat beberapa kerusi lompat dari bn cukup ke nak bentuk kerajaan. bagaimanapun terima kasih pada sabahdaily kerana berikan fakta yg membantu pr utk pengetahuan rakyat sabah n blogger2 sesawang. amin.

    ReplyDelete
  3. balik2 Anwar jgk yg salah.. kau la ba ganti Anwar kalo ko pndai dan kental mcm Anwar..haih..pakai otak maa..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.