Seorang perwakilan di Kongres Nasional PKR ke-9 hari ini menuntut agar  kuasa autonomi diberi kepada PKR Sarawak bagi menetapkan calon pilihan  raya negeri yang akan diadakan dalam masa dua tahun lagi. 
Wakil  Sarawak yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi PKR Sarawak, Joshua  Jabeng berkata, kuasa autonomi itu perlu diberikan bagi mengelak  berlakunya salah faham sehingga menyebabkan ada diantara ahli parti  bertanding sebagai calon Bebas. 
"Kita  minta supaya (PKR) Pusat beri kuasa autonomi pada (Baru) Bian untuk  letak calon pilihan raya negeri lebih awal untuk elak berlaku salah  faham yang akhirnya sampai bertanding sebagai calon bebas kerana tak  puas hati. 
"Kalau tak ada halangan, tetapkan calon lebih awal  supaya boleh buat persiapan awal," katanya ketika membentangkan usul  pada hari kedua kongres di Petaling Jaya hari ini. 
Dalam pilihan raya umum ke-13, Sarawak merupakan antara negeri yang menyaksikan penyertaan paling ramai calon Bebas. 
Pertandingan  pelbagai penjuru itu, terutama di Sabah dan Sarawak, di antaranya  didakwa berpunca daripada kegagalan Pakatan untuk berkompromi antara  satu sama lain bagi menentukan calon yang akan menentang BN. 
Sehubungan   itu, Joshua berkata, dengan usul yang dibentangkan pada hari ini,  beliau berharap agar ia dapat menjadikan salah satu cara Pakatan di  Sarawak untuk menentang BN. 
"Kerajaan BN Sarawak ialah kerajaan  samseng kerana seluruh negeri Sarawak milik peribadi orang-orang  tertentu. Sekali lagi, harus difikirkan macam mana nak jatuhkan BN. 
"Harapan kami ialah pada Pakatan untuk membawa perubahan. Sebab itu kita harap dapat terus lawan," katanya lagi.-MK
Saturday, May 25, 2013
Beri kuasa autonomi PKR S'wak pilih calon
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.