Friday, May 17, 2013

Kabinet BN Terus Terima Kritikan?

Kabinet yang dibentuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya 2013 tidak akan berupaya menangani isu pokok dan perubahan yang dikehendaki rakyat kerana wakil Kabinet Najib jelas pertubuhan berkenaan menunjukkan Najib kekurangan calon yang berkelayakan.

Badan pemikir PKR turut menegaskan Kabinet baru Najib itu juga adalah kumpulan “pasukan lama” dan “tukang sorak” untuk mempertahankan kedudukan Presiden Umno itu ketika pemilihan parti majoriti Melayu berkenaan penghujung tahun ini.

“Institut Rakyat berpendapat Kabinet baru tidak akan serius dan berupaya menyelesaikan perubahan perkara pokok yang diinginkan dalam negara ini iaitu masalah sosio-ekonomi dan aspirasi demokrasi rakyat Malaysia,” kata pertubuhan berkenaan dalam satu kenyataan hari ini. “Kabinet baru itu hanyalah pasukan lama Najib untuk mempertahankan kerusi Presiden.”

Malahan, mereka turut merasakan anggota Kabinet Najib dalam bidang utama seperti kewangan, jenayah, pendidikan dan pertahanan nasional hanyalah “anggota yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan dikitar semula”.

“Institut Rakyat kecewa dengan barisan kabinet Najib kerana pada dasarnya, tidak ada transformasi, sederhana atau perpaduan kebangsaan yang didorong oleh anggota Kabinet yang baru ini,” tegas badan pemikir berkenaan dalam kenyataan tersebut.

Antara perkara yang dibangkitkan Institut Rakyat adalah kurangnya anggota Kabinet wanita, kitar semula pemimpin veteran Umno dan BN, penurunan wakil masyarakat Cina dalam anggota Kabinet, perlantikan semula pemimpin yang bermasalah, dan banyak lagi.

“Kebimbangan utama adalah ‘tradisi’ tidak sihat dan buruk yang dilaksanakan sejak pentadbiran (bekas perdana menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad) bagi Perdana Menteri pada masa yang sama menjadi Menteri Kewangan.

“Ini bukan satu amalan biasa di negara-negara Komanwel yang lain atas sebab yang mudah bahawa semak dan imbang mesti dilaksanakan bagaimana kumpulan eksekutif membelanjakan wang negara,” katanya. Presiden Umno itu telah melantik 17 ahli partinya untuk jawatan menteri apabila menamakan Kabinetnya sebelum ini, yang kebanyakkan adalah muka lama yang bertukar portfolio atau kekal kecuali muka baru seperti — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, penganalisis berpendapat dominasi Umno dalam Kabinet 2013 menunjukkan keinginan Najib untuk meningkatkan sokongan peribadinya menjelang pemilihan parti akan datang akan tetapi boleh menjejaskan langkah pembaharuan negara perdana menteri itu, kata beberapa pemerhati.

Walaupun sinis dengan jumlah besar veteran dalam Kabinet 32 orang itu, pemerhati mengatakan Najib perlu diberi peluang untuk membuktikan beliau boleh menunaikan janji transformasi kerajaan dan ekonomi, sebaik sahaja kekal sebagai presiden parti.

70 comments:
Write comments
  1. Gandingan muka lama dan baru mewarnai komposisi kabinet yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Dengan 24 kementerian, 30 menteri dan 27 timbalan menteri, cabaran pastinya terpikul di bahu para menteri untuk meneruskan agenda transformasi dan melaksanakan janji-janji pilihanraya, dalam situasi keupayaan ekonomi dan kewangan kerajaan yang terbatas.

    ReplyDelete
  2. KERAJAAN MINORITI, KABINET BESAR


    Saiz kabinet yang besar di Malaysia tidak dapat dielakkan bagi memenangkan hati semua parti komponen dalam Barisan Nasional, walaupun ia menambahkan beban kos operasi kerajaan, di samping mengurangkan efisiensi dan mutu perkhidmatan kerajaan yang penuh birokrasi.

    Sebagai perbandingan, jumlah menteri di Malaysia hampir menyamai jumlah menteri di India (33 orang), namun menteri-menteri di India mentadbir lebih 1 bilion penduduk (30 kali ganda rakyat Malaysia) dengan keluasan 3.3 juta km² (10 kaliganda keluasan Malaysia). Manakala di England (22 menteri) dan Australia (23 menteri), jumlah menteri adalah lebih rendah berbanding jumlah kementerian, namun di Malaysia, jumlah menteri (30 orang) dan timbalan menteri (27 orang) adalah lebih tinggi daripada jumlah kementerian (24 buah), ditambah pula dengan pelbagai jabatan, agensi, suruhanjaya dan jawatankuasa dengan 1001 bidang kuasa yang bertindanan.

    Berbekalkan ketidakseimbangan jumlah kerusi (BN 133, PR 89) dan undi (BN 48%, PR 52%), agenda transformasi Perdana Menteri dan dasar ‘tidak popular’ seperti pengurangan subsidi dan cukai GST terpaksa berhadapan dengan pertimbangan populis untuk meraih sokongan dan survival politik, dalam keadaan kewangan kerajaan yang tidak fleksibel, dengan bebanan hutang menghampiri paras 55% kepada KDNK, kadar defisit sekitar 4%-5% dan paras inflasi yang dijangka akan terus meningkat.

    ReplyDelete
  3. Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri ternyata tidak menepati harapan beberapa penganalisis ekonomi untuk melihat berlaku pemisahan kuasa di antara Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Format penjawatan Perdana Menteri yang turut memegang portfolio Menteri Kewangan mula dipraktikkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1998, diteruskan oleh Tun Abdullah dan disambung oleh Perdana Menteri sekarang.

    Untuk rekod, Malaysia telah mengalami defisit fiskal (kerajaan berbelanja melebihi pendapatan) selama 16 tahun berturut-turut sejak tahun 1998, di mana dalam tempoh yang sama, format penjawatan ini digunapakai. Negara sangat memerlukan budaya ‘semak dan imbang’ (check and balance), bukannya budaya ‘cek tanpa baki’(cheque no balance) di peringkat tertinggi membuat keputusan dan dasar fiskal negara yang disuburkan oleh sistem urustadbir yang tidak telus, akibat kuasa yang diberi pada orang yang sama untuk memegang jawatan CEO (ketua pegawai eksekutif) dan CFO (ketua pegawai kewangan) dalam kerajaan. Hatta di peringkat persatuan, kelab dan masjid, seorang pengerusi tidak boleh memegang jawatan bendahari bagi mengelakkan berlaku salahguna kuasa dan pecah amanah di dalam sesebuah organisasi.

    Dalam lanskap ekonomi dunia dan serantau yang mencabar, Menteri Kewangan wajar bertegas dan memberikan tumpuan untuk memulihkan ekonomi negara, khususnya untuk menjana sumber pendapatan baru (mengurangkan kebergantungan sumber petroleum 40%), berdisiplin dalam berbelanja untuk mengurangkan kadar defisit (di samping menunaikan janji pilihanraya dengan anggaran kos RM12.5 bilion), mengawal kadar hutang dan jaminan liabiliti kerajaan yang sudah melepasi paras 60% KDNK (projek MRT, transaksi bon dan simpanan 1MDB di luar negara, timbal-balik pembiayaan politik), mengukuhkan nilai integriti dan urustadbir di semua peringkat masyarakat (tender terbuka, banteras rasuah), serta meningkatkan keyakinan pelabur dan mengawal kebanjiran keluar (brain drain) profesional tempatan untuk memacu ekonomi negara secara mampan.

    Mesej saya kepada semua jemaah menteri; “Ini masa tunaikan janji, rakyat akan memerhati dan menanti”.

    ReplyDelete
  4. ya betul tu. Kabinet Najib ini adalah kabinet untuk persiapan menghadapi Perhimpunan agung UMNO dan memastikannya dapat menyingkirkan Muhyiddn dari kepimpian UMNO.

    Hanya dengan itu kedudukannya sebagi Presiden UMNO tidak dapat dicabar lagi leh sesiapa pun selepas ini. Tindakkannya adalah sama dengan tindakan Mahathir sebelum ini yang memastikan bahawa timbalannya adalah orang yang lemah dan tidak boleh mencabarnya.

    ReplyDelete
  5. NAZRI AZIZ SEBAGAI MENTERI PELANCONGAN. SESUAI?

    Nazri Aziz Sebagai Menteri Pelancongan. Sesuai? Ramai rakyat Malaysia tidak bersetuju berkenaan Nazri Aziz dilantik sebagai menteri pelancongan. Ada yang mengatakan beliau tidak layak kerana terdapat beberapa tanggapan mengenai beliau. Ada berita mengatakan beliau dahulu pernah 'songlap' atau menyalahgunakan duit rakyat untuk kegunaan beliau. Ada yang mengatakan beliau layak menjadi menteri pelancongan. Beliau mungkin dapat mengharumkan nama Malaysia dengan mempelbagaikan tempat pelancongan.

    Bagi saya tempat pelancongan di Malaysia ini dah banyak dan tidak perlulah dipelbagaikan. Saya berpendapat, beliau mungkin akan menggunakan hasil-hasil dari pelancongan untuk kegunaan beliau. Contoh sifat kronism yang diamalkan; pelancongan kemana-mana tempat secara percuma hanya pada kroni sahaja, dan mungkin cukai pada barang tidak dikenakan pada meraka. Mungkin juga kos-kos seperti tiket-tiket kapal terbang untuk melancong dinaikkan dari paras yang sepatutnya untuk mengelirukan rakyat. Kemudian, hasil dari itu digunakan untuk kegunaan sendiri.

    Hutang negara makin bertambah jika betul apa kata segelintir rakyat bahawa beberapa tempat pelancongan didirikan sedangkan banyak lagi tempat yang perlu didirikan. Dari berhutang kerana mewujudkan beberapa tempat pelancongan yang baru, lebih baik membuat pemulihan di beberapa tempat yang 'tak seberapa nak pulih'. Contohnya di Sabah dan Sarawak.

    Menteri yang cerdik pandai seperti Saifuddin di pinggirkan. Pada saya, beliau lagi layak dari Nazri Aziz ini.

    ReplyDelete
  6. PR 51% BN 48% IND 1%.. KERAJAAN BN KENA BERANI TANGANI ISU PEMIMPIN YANG RASUAH DAN BAWA KE MUKA KEPENGADILAN. POPULARITI BN AKAN MELONJAK SEKIRANYA DAPAT MEMBENDUNG ISU BERKENAAN. AYUH.. SILAKAN BERKHIDMAT UNTUK KEJAYAAN NEGARA DAN RAKYAT AKAN BERASA BERBANGGA MEMILIKI KERAJAAN YANG TELUS DAN KOMITMEN DENGAN JITU.

    ReplyDelete
  7. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama bersama barisan kabinet baharu yang diumumkan baru baru ini.

    ReplyDelete
  8. Dalam mesyuarat itu perdana menteri memberi amanat, nasihat dan suntikan semangat kepada barisan menteri agar memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  9. Mesyuarat itu bermula pada pukul 3.20 petang dan berterusan sehingga 5.30 petang.

    ReplyDelete
  10. Turut serta ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa. Terdahulu, Najib bersama barisan kabinet turut bergambar kenangan.

    ReplyDelete
  11. Semalam perdana menteri mengumumkan pelantikan seramai 30 menteri dan 27timbalan menteri, dengan 24 kementerian, terdiri daripada mereka yang berpengalaman, teknokrat dan wakil golongan muda yang diyakini mampu meneruskan agenda transformasi nasional.

    ReplyDelete
  12. Kesemua anggota kabinet baharu yang diumumkan, telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan mengangkat sumpah.

    ReplyDelete
  13. GST APA CERITA ?

    ReplyDelete
  14. Semalam, Karpal mahu Abdul Aziz menghentikan pendedahan yang menjadi rahsia dalam parti itu kepada umum.

    ReplyDelete
  15. Menurut Karpal, jika Abdul Aziz benar-benar ‘gentleman’ beliau tidak harus mendedahkan rahsia dalam parti.

    ReplyDelete
  16. Pada Mei 2012, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.

    ReplyDelete
  17. Bagaimanapun, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

    ReplyDelete
  18. Pada awal Mei lalu, Tunku Abdul Aziz mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya.

    ReplyDelete
  19. PM menyatakan bahawa mandat dan sokongan yang diberikan oleh rakyat tidak menjadi sia-sia tetapi perlu dibayar dengan perkhidmatan yang sangat baik dan dengan memenuhi janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya baru-baru ini.

    ReplyDelete
  20. Najib described his new cabinet as the cabinet of transformation

    ReplyDelete
  21. "I described this as a balanced Cabinet, they are experienced, technocrats and those who represent the young," he said

    ReplyDelete
  22. "I believe they are experienced in terms of balancing continuity based on their experience as either a deputy minister or minister ...."

    ReplyDelete
  23. "Those who are technocrats to contribute in terms of their specific expertise which is vital to contribute creative ideas for the government's consideration..." add Najib

    ReplyDelete
  24. Pilihan tepat & yg terbaik dari ladang! tahniah kepada DS Najib kerana membentuk winning team ini!!

    ReplyDelete
  25. Gabungan muka lama & baru sudah tentu akan menghasilkan result yg terbaik, jika dilihat dari aspek pentadbiran!!

    ReplyDelete
  26. Ralyat yg mengundi BN membuat keputusan yang betul! Hasilnya, terbentuklah jemaah menteri terbaik pernah Malaysia hasilkan! Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi!!

    ReplyDelete
  27. Kali ini, Sabah pasti akan menerima kesan limpahan berikutan terbentuknya jemaah kabinet sebegitu rupa! Kira saja berapa pemimpin Sabah yg dipilih menjadi menteri & pembantu menteri!!

    ReplyDelete
  28. Harapkan agar Malaysia, terutamanya Sabah akan menjadi lebih maju & excel dari segala sudut dibawah pentadbiran jemaah menteri yg baru ini!!

    ReplyDelete
  29. Lakukan tugas anda dengan amanah..insyallah segala cemuhan dan kritikan dapat di atasi..Buat kerja sehabis baik dengan ikhlas dan amanah..Jika orang xpandang juga..berundur lah dengan bermaruah....

    PRU bukan dihasilkan untuk mempertahankan prinsip2 yang diaku janjikan.. PRU dihasilkan untuk mencari dan menambah baik apa yang telah sedia ada...xperlu menunding jari mana2 pihak..

    Cuma yang perlu lakukan kerja yang sepatutnya anda lakukan...INSYALLAH segala nye akan beransur pulih...kan SATU MALAYSIA

    ReplyDelete
  30. Barisan Kabinet baharu yang mengangkut sumpah hari ini berazam untuk menjayakan program transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  31. Katanya, barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab besar bagi menjayakan semua program transformasi kerajaan kerana Malaysia cuma berbaki tujuh tahun untuk muncul negara maju.

    ReplyDelete
  32. Saya menyeru kepada semua pihak, marilah kita mulakan hidup baru kerana rakyat telah membuat keputusan, sekarang waktu untuk bekerja. Marilah kita bersama membangunkan Malaysia," katanya

    ReplyDelete
  33. Hal yang sama turut disuarakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, walaupun mengakui berdepan cabaran besar terutama untuk membetulkan persepsi negatif golongan muda terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  34. Menurutnya, beliau akan menggunakan pengalaman selaku Ketua Pemuda UMNO bukan sahaja untuk memenangi hati dan jiwa orang muda tetapi menjadi jurucakap agar aspirasi golongan tersebut dapat disampaikan kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  35. “Memang ini satu tugas yang agak berat kerana kementerian ini mempunyai banyak keterujaan tapi kali ini, saya nampak satu cabaran yang amat serius sebab kita kena mendekati golongan muda dengan lebih rapat lagi," jelasnya.

    ReplyDelete
  36. Bagi Datuk Ahmad Maslan yang berpindah portfolio dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Timbalan Menteri Kewangan pula, beliau berjanji akan menggalas sebaik mungkin amanah Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  37. Menurutnya, dengan mengadaptasi pengalaman yang ditimba selama ini, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi kebaikan dan kebajikan kepada masyarakat sebagaimana tema kerajaan BN iaitu rakyat didahulukan.

    ReplyDelete
  38. Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya yakin gandingannya bersama Datuk Seri Dr. S. Subramaniam adalah tepat kerana kedua-duanya mempunyai latar belakang perubatan.

    ReplyDelete
  39. Sementara itu, suara wanita dalam Kabinet antaranya Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berjanji akan memberi khidmat bakti terbaik kepada rakyat dengan berkerja lebih keras.

    ReplyDelete
  40. Beliau yang merupakan sebahagian daripada muka baharu menjelaskan, semua anggota Kabinet memahami aspirasi Perdana Menteri untuk meletakkan Malaysia sebagai negara maju dengan nikmatnya dirasai seluruh rakyat.

    ReplyDelete
  41. Kenyataan itu turut disokong seorang lagi wakil wanita yang juga muka baharu dalam Kabinet Najib iaitu Datuk Halimah Mohd. Sadique selaku Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

    ReplyDelete
  42. Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada lebih ramai ahli Parlimen wanita untuk duduk dalam Kabinet dan komitmen kami adalah untuk memberi terbaik kepada rakyat," katanya.

    ReplyDelete
  43. Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri perlu melaksanakan transformasi dengan lebih agresif dan radikal sekiranya mahu terus memegang tampuk pemerintahan negara selepas PRU-14. Walaupun PRU13 sudah berlalu, dan BN telah berjaya memenangi sebanyak 133 kerusi parlimen, namun pola dan ‘mood’ luar jangka pengundi menunjukkan terdapat tanda-tanda yang ia akan menjadikan pilihanraya yang akan datang semakin mencabar dan mendebar.

    Kabinet baru yang dilantik perlu memikirkan bagaimana untuk mengikis persepsi negatif yang dilemparkan terhadap kerajaan. Bukan sahaja soal pembangunan tetapi pengisian yang perlu dibuat di dalam pembangunan yang akan dilaksanakan itu perlu ditekankan.

    ReplyDelete
  44. Revolusi politik perkauman, keganasan, kebencian dan campurtangan asing perlu ditangani segera sebelum negara terjerebak di dalam kancah pergolakan. Pembangkang sebaik sahaja keputusan PRU13 diumumkan, mereka terus melaksanakan gerakkerja untuk menumbangkan kerajaan.

    Siri-siri himpunan yang mendapat sokongan besar masyarakat bukan Melayu perlu dikekang dan pihak berkuasa perlu bertegas dengan dengan penganjur yang melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang.

    ReplyDelete
  45. Perkara ini jika dibiarkan, ianya akan menjadi suatu budaya dalam masyarakat dimana pada satu tahap ianya agak sukar dikikis. Negara-negara arab telah mengajar kita, perubahan pentadbiran negara melalui demontrasi jalanan tidak akan menjadikan sesebuah negara itu lebih baik.

    Dikenali sebagai ‘Arab Spring’, negara-negara arab sehingga kini masih bergolak walaupun revolusi yang dibawa itu sudah beberapa tahun berlalu. Pemimpin-pemimpin mereka silih-berganti sehingga tiada kestabilan politik di dalam negara sekaligus menghancurkan ekonomi negara itu.

    ReplyDelete
  46. Adakah perkara yang sama yang kita mahu terjadi di dalam negara ini? Sudah tentu jawapannya tidak. Orang Melayu terkenal dengan budi bahasa dan orang cina tidak akan mampu melakukan demontrasi ini sekiranya tidak mendapat sokongan dari masyarakat Melayu.

    Dalam hal ini, keputusan PRU13 yang lalu jelas menunjukkan majoriti Melayu masih sayang dan terus menyokong Umno yang dilihat berjaya mengekal kestabilan di dalam negara. Kerajaan yang naik melalui jalanraya akan tumbang melalui jalanraya juga. Sejarah telah membukti mereka tidak akan bertahan lama.

    ReplyDelete
  47. Kepada mereka yang mahu menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi jalanan adalah sewajarnya memikirkan semula niat itu.

    Kepada Anwar Ibrahim… BERSARALAH…

    ReplyDelete
  48. The Rural and Regional Development Ministry will pay attention to the needs of the rural folks.

    ReplyDelete
  49. Its minister Datuk Mohd Shafie Apdal said this is appropriate as they have all the while been supportive of the Barisan Nasional government including at the recently concluded general election.

    ReplyDelete
  50. “I am confident that the promises made to the people will be fulfilled,” he told reporters during a thanksgiving gathering in conjunction with BN’s poll victory.

    ReplyDelete
  51. Shafie also said his ministry would draw up programmes that would bring about job and economic opportunities in the rural areas to prevent the rural folks from ‘migrating’ to urban areas.

    These programmes, he said, would also help develop the rural areas.

    ReplyDelete
  52. Previously, he said the focus was on providing basic infrastructure but now the ministry was seriously looking into creating jobs as well as economic activities in the rural areas.

    ReplyDelete
  53. Meanwhile, Shafie said he would continue to speak for the people and listen to their problems.

    ReplyDelete
  54. “I am proud to be a “menteri kampung” for the second time and I assure you I will work hard to ensure your needs and wellbeing are looked into,” he said.

    Also present was Sulabayan Assemblyman Datuk Jaujan Sembakong.

    ReplyDelete
  55. Kritikan untuk terus bermaju, apa salahnya?

    ReplyDelete
  56. Perkembangan luar bandar harus diambil perhatian.

    ReplyDelete
  57. Shafie harus membaiki diri dan membuktikan keikhlasan untuk bersuara untuk rakyat.

    ReplyDelete
  58. Kabinet baru ini seakan berusaha lebih giat untuk membawa perkembangan yang berterusan.

    ReplyDelete
  59. Adakah Najib masih boleh menjadi PM?

    ReplyDelete
  60. Semoag negara mara ke depan dan perkembangan ekonomi juga di landasan yang positif.

    ReplyDelete
  61. Malahan sekarang, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), laungan perubahan pula dijeritkan.

    ReplyDelete
  62. Persoalannya, apakah Malaysia sudah berada keadaan begitu buruk sehingga pemerintahan kerajaan di bawah BN mahu ditukarkan sewenang-wenangnya.

    ReplyDelete
  63. ''BN baru memerintah 55 tahun, kalau kita lihat kepada sejarah dunia, terdapat negara-negara yang beratus-ratus tahun hendak mencapai negara maju dan berjaya. Oleh itu kita tidak harus mudah terpengaruh dengan laungan pembangkang yang mahukan perubahan demi kepentingan politik mereka,'' kata Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Star, Datuk Yusof Ismail.

    ReplyDelete
  64. Sebagai seorang yang menjadi ahli perniagaan berjaya melalui USIMA Sdn. Bhd., Mohd. Yusof tidak mahu apa yang dikecapi oleh rakyat Malaysia sekarang tergugat hanya semata-mata termakan dengan janji dan hasutan pembangkang.

    ReplyDelete
  65. ''Cuba fikirkan sejak merdeka dahulu, BN melalui gabungan tiga parti iaitu UMNO, MCA dan MIC telah berjaya membangunkan negara ini, ia semakin rancak apabila parti-parti di Sabah dan Sarawak bergabung dalam BN.

    ReplyDelete
  66. ''Pelbagai dasar kita rancang dan laksanakan sehingga semua kaum mendapat manfaat, tiada siapa dipinggirkan, sebab itu kita harus pertahan BN bukannya 100 tahun lagi tetapi 500 tahun lagi kerana parti itu sahaja mampu membela nasib rakyat negara ini,'' katanya dalam pertemuan dengan penulis di Kuala Lumpur, minggu lalu.

    ReplyDelete
  67. Atas sebab itulah dalam berhadapan pilihan raya umum akan datang, rakyat harus bersama-sama bertanggungjawab bagi mempertahankan apa yang kita kecapi sekarang.

    ReplyDelete
  68. Pakatan pembangkang memang mahukan kuasa politik sebab itulah biar pun berbeza ideologi politik mereka sedia bergabung dalam satu kerjasama. Namun kerjasama mereka hanya berteras hasrat untuk menumbangkan BN dan menguasai Putrajaya tetapi soalnya mampukah mereka mentadbir seperti mana dilakukan oleh BN selama ini?

    ReplyDelete
  69. Mereka tidak ada perancangan, apa yang mereka lakukan sekadar menjadi 'saudagar mimpi dan pemborong janji'. Mereka hanya tahu menyalahkan BN seolah-olah mereka pilihan terbaik untuk memimpin negara.

    ReplyDelete
  70. Kita tidak menafikan dalam pentadbirannya, BN juga ada kelemahan tetapi ia tidak sampai kepada menghumban rakyat dan negara ini dalam lembah kesengsaraan dan kekacauan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.