PKR hari ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara terperinci, bermula dengan kawasan parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang di mana ia mendakwa terdapat lebih jumlah undi daripada kertas undi yang dikeluarkan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa di saluran dua pusat mengundi di SJK (C) Yu Chye, Borang 13 menunjukkan sejumlah 424 kertas undi telah dikeluarkan.
Bagaimanapun, katanya, selepas perjumlahan keputusan dibuat, Borang 14 menunjukkan sebanyak 562 undi dalam peti undi tersebut, lebih 138 undi daripada kertas undi apa yang telah dikeluarkan.
Menurutnya, dengan majoriti yang kecil dan jumlah undi rosak yang tinggi, maka keputusan di saluran dua, cukup untuk mengubah keputusan di kawasan parlimen Balik Pulau dan kerusi negeri di Telok Bahang.
Rafizi memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR pagi ini. -MK
Saturday, May 25, 2013
Tipu PRU-13 : Undi tambahan dalam peti undi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fitnah memburukkan Suruhanjaya Pilihanraya dengan niat untuk membatalkan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum Ke 13 yang lepas sedang giat dijalankan oleh pakatan haram.
ReplyDeleteMemandangkan mereka telah kalah melalui sistem demokrasi berparlimen negara kita maka jalan jijik dan kotor telah mereka pilih untuk memastikan kerakusan ke Putrajaya dapat mereka laksanakan.
ReplyDeleteMemandangkan kerajaan Barisan Nasional sememangnya merupakan kerajaan yang baik selama ini, oleh itu mereka begitu yakin bahawa kita tidak akan mampu melawan kejahatan mereka yang tersusun.
ReplyDeleteNamun mereka lupa bahawa dalam kebaikan kita sentiasa berwaspada dengan agenda jahat melampau pakatan haram
ReplyDeleteMereka berfikiran seolah-olah kerajaan tidak akan mampu menepis fitnah dan pembohongan ciptaan mereka.
ReplyDeleteKerajaan kita yang telah memerintah negara sejak Malaysia mencapai kemerdekaan lagi mempunyai jentera yang cukup lengkap.
ReplyDeleteTambahan pula kita yang sayangkan agama, bangsa dan tanahair akan pastikan fitnah jahat mereka dapat dipatahkan satu persatu.
ReplyDeleteMengenai fitnah pembangkang bahawa terdapat pengundi yang mengundi lebih dari sekali merupakan auta semata-mata.
ReplyDeleteSistem SPR kita merupakan antara yang terbaik didunia bagi memastikan demokrasi berparlimen dapat dilaksanakan.
ReplyDeleteMenurut Suruhanjaya Pilihan Raya, tidak mungkin berlaku pengundian lebih dari sekali kerana sekiranya nama sudah dipotong maka pengundian kali kedua adalah mustahil.
ReplyDeleteBagi mereka yang pernah mengundi sudah pasti dapat memahami senario ini.Tidak ada sesiapa yang masuk mengundi tetapi tidak memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undian.Selepas duduk dibelakang peti undi (untuk pangkah calon pilihan), kita harus pergi ke peti undi untuk memasukan kertas undi kita.
ReplyDeleteAkan ada kerani SPR dan ejen calon termasuk dari pihak Pakatan Rakyat yang dapat lihat dengan jelas bahawa kertas undi telah dimasukkan ke dalam peti undi. Tiada sebarang pengecualian dalam hal ini.
ReplyDeletePembangkang cuba mencipta fitnah kononnya saksi mereka dapat mengundi dua kali tetapi kali kedua dia simpan kertas undi itu.
ReplyDeleteNampaknya penipuan berterusan dari pembangkang benar-benar memualkan kita. Bermula dari hari pengundian kononnya pengundi hantu Bangla sehingga isu BLACKOUT palsu kepada buang kertas undi dari helikopter.
ReplyDeleteKeterdesakkan pembangkang akan menyebabkan mereka buat lebih banyak kesalahan yang bakal kita bongkarkan satu persatu. Nampak gaya mimpi ke Putrajaya pembangkang bakal bertukar menjadi mimpi ngeri mereka.
ReplyDelete