Sunday, May 19, 2013

Cukuplah dulu dengan perhimpunan

Sudah dua minggu pilihan raya berakhir, namun keriuhannya masih belum selesai. Saban minggu Pakatan Rakyat (PR) mengadakan perhimpunan untuk membantah cara SPR mengendalikan pilihan raya.Banyak perkara yang PR tidak puas hati.

Antaranya ialah cara SPR mengendalikan undi pos dan undi awal, senarai pengundi yang tidak bersih, lampu padam semasa pengiraan undi, lewat mengumumkan keputusan pilihan raya di beberapa kawasan yang dipertikai, dakwat kekal yang tidak kekal, percubaan untuk mengundi dua kali, terdapatnya warga asing yang diberikan kad pengenalan untuk mengundi dll. Selain itu, PR menyatakan mereka memenangi undi popular dan oleh itu berhak mendapat kemenangan.

Bantahan PR itu ada asasnya dan perlu disiasat, namun saya melihat cara untuk menunjukkan ketidakpuasan hati itu bukanlah dengan mengadakan perhimpunan. Alasan saya ini bukannya kerana ‘perhimpunan’ boleh menyekat rezeki peniaga, menganggu kelancaran trafik atau ketenteraman awam, tetapi kerana PR masih mempunyai remedi lain yang sah di sisi undang-undang, iaitu mengadakan petisyen pilihan raya seperti peruntukan Perkara 118 Perlembagaan:

“Tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau ke Dewan Undangan Negeri yang boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.”

Sekiranya PR tidak puas hati dengan cara SPR mengendalikan PRU ini, berhujahlah di mahkamah nanti. Bawalah semua bukti penyelewengan seperti yang didakwa. Gunakanlah terlebih dahulu saluran undang-undang sebelum menunjukkan sikap ketidakakuran sivil seperti sekarang ini.

Jika tidak berpuas hati dengan sistem majoriti mudah yang dipakai sekarang ini, gunakanlah parlimen untuk mengubah peruntukan undang-undang sedia ada. Jika tidak puas hati dengan SPR yang berada di bawah kendali JPM, desaklah supaya SPR berada di bawah parlimen. Jika tidak puas hati dengan sistem pilihan raya yang menggunakan majoriti mudah, maka pindalah undang-undang pilihan raya di parlimen. Jika desakan di parlimen gagal kerana tidak mempunyai suara majoriti, maka rancanglah strategi untuk menang PRU ke-14 nanti.

Untuk waktu ini, cukuplah dulu dengan perhimpunan—dengan warna baju yang sering bertukar dari kuning semasa Bersih dahulunya kepada hitam sekarang ini. Hentikan dahulu perkara yang boleh mencetuskan kebencian sesama sendiri, sebaliknya tumpukan masa untuk membangunkan negara sambil memperbaiki kelemahan diri. Sekarang kita tumpu dulu pada kerukunan bangsa untuk kita bangunkan negara ini secara bersama. Sudah sampai masanya kita isikan negara kira ini dengan warna penyatuan!

Oleh Mohammad Agus Yusoff

78 comments:
Write comments
  1. Gerakan today strongly condemned the opposition pact for organising the rally at Kelana Jaya Stadium last night as it would bring about a massive negative impact to the country’s stability and harmony.

    ReplyDelete
  2. Its deputy president Datuk Chang Ko Youn said the opposition was being so irresponsible when they decided to hold the rally in the situation where the results of the 13th general election had not quite sunk in yet.

    ReplyDelete
  3. “In an uncalm situation like this, they should not hold a programme that could cause chaos. The opposition should really stop holding demonstrations and rallies like this,” he told reporters here today.

    ReplyDelete
  4. The rally was held in protest of the results of the 13th general election and was attended by most of the opposition leaders, including Datuk Seri Anwar Ibrahim and Lim Kit Siang.

    ReplyDelete
  5. Chang said instead of protesting the results, the opposition would be better off accepting the decision made by the people through the general election and analysing their weaknesses.

    ReplyDelete
  6. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendakwa akan terus mendedahkan semua rancangan DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.

    ReplyDelete
  7. Sebagai seorang anak Melayu tegasnya, beliau tidak pernah menjual ‘rohnya’ kepada DAP dan menjadi tugasnya untuk mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  8. “Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan ‘rahsia’ DAP yang cuba merosakkan negara.

    ReplyDelete

  9. "Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut!” dakwanya

    ReplyDelete
  10. Ditanya mengenai amaran Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu mengambil tindakan mahkamah sekiranya Abdul Aziz terus mendedahkan rahsia DAP, Abdul Aziz menjawab beliau bersedia berhadapan dengannya di mahkamah.

    ReplyDelete
  11. DAKWAAN pembangkang yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) begitu terpukul dengan pencapaian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) harus disanggah.

    ReplyDelete
  12. Pembangkang mendakwa BN hanya memperolehi 133 kerusi di Dewan Rakyat dan tidak dapat menguasai dua pertiga suara majoriti. Sedangkan BN hanya memerlukan 15 kerusi sahaja untuk memperolehinya.

    ReplyDelete
  13. Hakikatnya, pakatan pembangkang amat kecewa kerana kegagalan mereka untuk menguasai Pusat Pentadbiran Putrajaya. Pembangkang hanya memperolehi 89 kerusi Dewan Rakyat, biarpun mereka mencanangkan di seluruh dunia seolah-olah Putrajaya telah menjadi milik mereka sejak 5 Mei yang lalu.

    ReplyDelete
  14. Bagi menutupi kegagalan mereka, pembangkang mengadakan perhimpunan haram untuk menolak keputusan PRU-13 di peringkat pusat. Amat menghairankan, mereka tidak pula mempertikaikan keputusan pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

    ReplyDelete
  15. Pengiktirafan dwi standard ini, malangnya diyakini secara membabi buta oleh pengikut tegar mereka. Mereka menggunakan alasan telah memperolehi undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN 48.22 peratus.

    ReplyDelete
  16. Mengikut laporan awal, daripada sejumlah 10,861,683 pengundi yang keluar membuang undi, pembangkang telah memperolehi 5,623,984 undi, manakala BN memperolehi 5,237,699 undi.

    ReplyDelete
  17. Jika pun benar pembangkang memperolehi kelebihan suara majoriti, namun ukuran yang digunakan pembangkang telah dimanipulasikan mengikut acuan list system atau single transferable vote.

    ReplyDelete
  18. Kaedah yang ditafsirkan oleh pembangkang hanya terpakai bagi negara-negara yang memilih ketua negara dan parti pemerintah secara sistem pilihan raya perwakilan bernisbah yang memperuntukkan kerusi berasaskan undi yang diterima.

    ReplyDelete
  19. Malaysia mewarisi sistem politik daripada United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel juga menggunakan sistem first past the post yang mana parti-parti politik yang bertanding di kawasan pilihan raya memilih hanya seorang wakil bagi setiap kawasan pengundian yang mengambil kira prinsip undi majoriti mudah.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130516/re_03/Perhimpunan-haram-sebab-tak-terima-hakikat-gagal-kuasai-Putrajaya#ixzz2Tl7M3XYg
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  20. Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular.

    ReplyDelete
  21. Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

    ReplyDelete
  22. Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka, malah jika mereka benar-benar rakyat yang setia kepada negara ini, mereka hendaklah menerima sistem politik dan sistem membentuk kerajaan sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  23. Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.

    ReplyDelete
  24. Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya.

    ReplyDelete
  25. Pas pula sebaliknya, melalui kenyataan Presidennya, Abdul Hadi Awang telah mengakui keputusan PRU-13 dan menerima kenyataan atas keputusan yang dibuat oleh rakyat. Malah Pas tidak bersetuju dengan perhimpunan haram yang diadakan

    ReplyDelete
  26. Rakyat semakin muak dengan gelagat beberapa pemimpin utama pembangkang yang mengheret anak-anak muda, terutamanya daripada keturunan Cina dengan penuh rasa kebencian dan menyemarakkan api perkauman dalam masyarakat majmuk yang selama ini dijalin rasa keharmonian.

    ReplyDelete
  27. Pembangkang turut mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kononnya memanipulasi undian. Ia merupakan tuduhan yang keterlaluan, sedangkan SPR telah menuruti sebahagian besar tuntutan mereka termasuk menggunakan dakwat kekal yang hanya digunakan oleh negara-negara dunia ketiga.

    ReplyDelete
  28. Malah di setiap pusat pengundian, setiap calon meletakkan wakil masing-masing sebagai polling agents untuk memantau proses pembuangan undi dan meletakkan counting agents semasa pengiraan undi dilakukan.

    ReplyDelete
  29. Pelbagai tuduhan yang tidak munasabah terus dilemparkan kepada SPR kerana pembangkang tidak mengakui hakikat kekalahan mereka, termasuk kononnya lampu terpadam ketika pengiraan undi dijalankan.

    Jika tidak pandai menari, janganlah menuduh tanah tinggi rendah!

    ReplyDelete
  30. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta pakatan pembangkang supaya tidak membuang masa menganjurkan perhimpunan haram bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 kerana ia hanya merugikan rakyat.

    ReplyDelete
  31. Sebaliknya beliau berkata pihak berkenaan perlu memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri yang mereka perintah dan menunaikan segala janji yang mereka buat semasa kempen pilihan raya.

    ReplyDelete
  32. Saya dengar dalam ucapan (kempen) mereka, mereka kata tanpa Umno (BN), mereka juga boleh buat sekolah, buat jalan raya. Sekarang buatlah jalan, tunaikan kata-kata itu dan janji mereka kepada rakyat, jangan bergantung semata-mata kepada kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  33. "Masa pilihan raya, mereka kata mereka boleh laksanakan (projek) jika mentadbir negeri itu dan ini. Jadi tadbirlah negeri dengan baik, jangan buang masa dengan demonstrasi jalanan dan perhimpunan yang tidak memberi manfaat," katanya kepada pemberita di sini hari ini apabila mengulas mengenai beberapa siri perhimpunan haram yang dilakukan pihak terbabit selepas pilihan raya umum.

    ReplyDelete
  34. Shafie berkata negara perlu terus dibangunkan demi faedah rakyat dan dengan itu Pakatan Rakyat tidak perlu melakukan perkara sia-sia yang tidak mendatangkan faedah kepada negeri yang mereka tadbir.

    ReplyDelete
  35. Beliau berkata pihak pembangkang perlu menerima keputusan pilihan raya yang lepas dan tidak patut mempertikaikan sistem pemilihan yang dijalankan di negara ini.

    ReplyDelete
  36. Rakyat juga tidak perlu membuang masa menyertai perhimpunan seumpama itu, katanya.

    ReplyDelete
  37. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan sesuatu isu perlu menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan perkara tersebut dan tidak mengheret isu tersebut ke jalanan atau mengadakan perhimpunan haram yang akhirnya menggugat ketenteraman awam.

    ReplyDelete
  38. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata orang ramai mempunyai saluran yang sah seperti meminta bantuan wakil rakyat untuk membawa sebarang isu berkenaan ke peringkat Parlimen.

    ReplyDelete
  39. “Mereka boleh menyuarakan pandangan menerusi wakil rakyat dan membawanya ke Parlimen kerana hanya pembuat dasar yang boleh melakukan sebarang perubahan tersebut.

    ReplyDelete
  40. “Bukannya dengan menyertai atau terlibat dengan perhimpunan atau sebarang aktiviti yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keharmonian perpaduan kaum dalam masyarakat kita hari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    ReplyDelete
  41. Lee diminta mengulas mengenai trend sesetengah pihak dalam negara ini yang mengheret rakyat mengadakan perhimpunan secara haram atau jalanan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu termasuk isu politik.

    ReplyDelete
  42. Mengulas lanjut, Lee berkata setiap rakyat di negara ini mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan jika mereka ingin menyertainya perlulah mengikut lunas undang-undang.

    ReplyDelete
  43. “Sebagai contoh, mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, setiap penganjur perhimpunan perlu mendapat kebenaran pihak polis 10 hari daripada tarikh perhimpunan diadakan, jadi ikutlah peraturan tersebut,” katanya.

    ReplyDelete
  44. Dalam pada itu mengenai pencegahan jenayah dalam negara, Lee meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengadakan peruntukan khas bagi meningkatkan keperluan logistik seperti lampu jalan atau kamera litar tertutup (CCTV) untuk ditempatkan di kawasan berisiko berlakunya jenayah.

    ReplyDelete
  45. “Ia adalah perlu bagi mengurangkan kejadian jenayah ragut terutamanya terhadap golongan wanita yang sering berlaku di kawasan lorong-lorong gelap akibat kurang atau tiadanya lampu jalan dan pengawasan CCTV,” katanya.

    Turut hadir, Pengerusi MCPF Pahang, Datuk Johny Ch’ng.

    ReplyDelete
  46. Perhimpunan yang membawa masalah ketenterman harus dielakkan. Semoga Anwar benar mendapat bukti yang sah untuk membawa ke mahkamah.

    ReplyDelete
  47. harus juga mendapatkan kebenaran sebelum menjalankan himpunan tersebut.

    ReplyDelete
  48. Benarkah PRu13 bersih dan amanah?

    ReplyDelete
  49. Banyak juga bukti dikemukakan melalui internet, adakah semua ini benar atau cuma rekaan?

    ReplyDelete
  50. Perkembangan ekonomi dan projek pembangunan harus di atas landasan yang betul. Elakkan rasuah.

    ReplyDelete
  51. Sudah dua minggu PRU-13 berlalu dan dalam tempoh ini semua Kerajaan Negeri sudah selesai upacara angkat sumpah MB dan KM masing-masing, namun sepanjang dua minggu ini jugalah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim masih meroyan sakan menghasut rakyat supaya menolak keputusan PRU-13.

    ReplyDelete
  52. Dalam jelajah propagandanya yang terbaru di Johor, Anwar turut menggunakan alasan undi popular 51% gabungan tidak berdaftar itu sebagai asas utama dalam penegasannya untuk tidak bersara dari dunia politik.

    ReplyDelete
  53. Kenyataan itu adalah reaksi Anwar bagi menjawab desakan pelbagai pihak mengenai janjinya untuk menjadi pensyarah sekiranya gagal dalam PRU-13. Gempak yang dilakukan dulu kini memakan diri, mahu tak mahu kenalah ada alasan untuk mengalih perhatian khalayak.

    ReplyDelete
  54. Hakikatnya Anwar lupa untuk menjelaskan soal undi popular untuknya tidak wujud pun kerana PKR yang diketuainya hanya memperolehi 20% sahaja berbanding BN yang mendapat 49% daripada keseluruhan undi popular.

    ReplyDelete
  55. Anwar juga tidak menyatakan hakikatnya sebahagian besar undi popular PR datangnya dari 5 buah negeri sahaja iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Perak dan Kelantan, sedangkan BN pula menguasai majoriti undi popular di 9 negeri yang lain.

    ReplyDelete
  56. pula menguasai majoriti undi popular di 9 negeri yang lain. Saved
    Satu persatu negeri dijelajahnya semata-mata untuk menyebarkan propagandanya memburukkan SPR sambil menuduh BN melakukan penipuan, tapi di ketika yang sama boleh pula Anwar berbangga dengan undi popular yang diperolehi gabungan rapuh parti pembangkang yang dikenali sebagai PR.

    ReplyDelete
  57. Kini Ketua Umum PKR itu sedang dalam keadaan tersepit, bukan sahaja kerana gagal menunaikan janji tapi juga kerana sukar menerima ketentuan Illahi yang menetapkan BN kekal mendapat sokongan dan terus berjaya memerintah negara ini.

    ReplyDelete
  58. Sebenarnya di negara ini tidak perlu berkempen dan menjalankan PRU kerana pihak pembangkang tidak akan menang sampai bila-bila jika berjuang melalui PRU. Pihak UMNO/BN tidak pernah untuk berlawan di atas padang yang sama rata dan tiang gol yang sama besar (siapa yang mahu melepaskan kuasa yang selama 56 tahun memberikan kemewahan dan kekayaan yang melimpah ruah kepada keluarga dan kroni?).

    Memang penat rasanya bertinju di atas gelanggang yang pengadilnya berpihak kepada "perserta tuan rumah", malah semua penonton yang datang hanya menghabiskan minyak kereta untuk melihat suatu pertandingan yang sebenar dan berkualiti. Negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah terbukti lebih baik dari negara yang mengamalkan sistem politik sosialis komunisme, tetapi jika para pemimpin mereka menyalahgunakan kuasa dan kerap melanggar peraturan dan perlembagaan negara yang mereka sendiri bangunkan, maka sistem demokrasi berparlimen di negara tersebut akan jauh lebih buruk dan zalim berbanding negara komunisme.

    UMNO amat takut kepada setiap penampilan PKR yang rata-rata pemimpin mereka adalah dari kalangan bekas UMNO sendiri. Sekiranya tiada parti seperti PKR ini maka PAS dan DAP masih tidak tahu atau terkial-kial mencari pelbagai senjata yang sesuai untuk digunakan di medan perang menentang UMNO. Tanpa PKR, maka PAS dan DAP akan terus dibuli oleh parti UMNO sedari dulu, kini dan mungkin selamanya.

    ReplyDelete
  59. Anwar begitu garang dan angkuh dengan anugerah pidatonya..mengheret rakyat yang dahagakan perubahan yang barangkali tidak mudah dicapai. Kesukaran untuk mengubah kerajaan BN/UMNO bukan kerana BN/UMNO itu kuat tetapi perkiraan dan perhitungan atas kertas yakni kepadatan penduduk sesuatu kawasan luar Bandar yang masih didominasikan oleh orang melayu dan bumiputra akan menjadikan usaha itu tidak relevan buat masa kini..
    Anwar sedar hakikat ini , justeru itu beliau pastikan kawasan Bandar akan mengalami kekalahan dan kemerosotan sokongan rakyat pada kerajaan dan dan seterusnya mengheret gelombang ini untuk memberi amaran kepada kawasan luar Bandar yang masih setia dengan pemerintah bahawa perubahan akan berlaku..Maka di sini kita boleh lihat siapa sebenarnya yang mengamalkan politik notorious bukannya demokratik..doktorin politik paksaan amalan anwar ini akan menjadikan rakyat khususnya generasi muda akan lebih emosional dari rasional .
    Saya mengandaikan bahawa iklim ekonomi akan jatuh merudum oleh kerana dahulu orang melayu sahaja yang berdemonstrasi tetapi malah kaum cina yang sebelum ini sibuk mengira untung pun sama terheret dengan acuan politik baru anwar yang menjurus kepada politik kebencian bukannya politik kea rah kesejahteraan sejagat.

    ReplyDelete
  60. 'perhimpuan' hanyalah menyuarakan pendapat kerana tidak berpuashati dengan keputusan yang bathil, kami rakyat malaysia anti penyelewengan, pembaziran, keputusan p/raya yang tidak telus, kenaikan harga barang yang tidak dikawal seperti kediaman, susu tepung untuk kanak-2 dan sebagainaya kerana kami tidak diberi peluang untuk membela diri di akhbar, TV & lain-2 media, harakah & keadilan disekat, ditapis dikawal - macam mana kami hendaklah berdiam diri.

    ReplyDelete
  61. Cukup2 dengan segalanya.

    ReplyDelete
  62. Rallies for mere publicity?

    ReplyDelete
  63. he government would not be issuing warnings anymore but would act tough against individuals whose extreme actions would only disrupt public order, said Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

    ReplyDelete
  64. He said the Inspector-General of Policen (IGP), and heads of departments and agencies under the home ministry had been given the full power to carry out the task within their respective jurisdiction and without political interference.

    ReplyDelete
  65. Ahmad Zahid said any action taken by the ministry to maintain public order must not be regarded as politically motivated but was based on the existing laws of the country.

    ReplyDelete
  66. he reminded the opposition leaders not to politicise the actions to be taken by the authorities in order to preserve peace and stability in the country.

    ReplyDelete
  67. Segala permasalahan rakyat sentiasa menjadi keutamaan BN sebab itulah dari semasa ke semasa biar pun bertukar kepimpinan tradisi membela rakyat yang dipelopori oleh parti itu tidak pernah ditinggalkan.

    ReplyDelete
  68. BN sentiasa prihatin dengan nasib rakyat sebab itulah jika ada sebarang kekurangan atau kelemahan, kepimpinan parti itu akan memerah otak untuk mengatasinya.

    ReplyDelete
  69. Justeru, janganlah kita mudah menggadaikan masa depan negara hanya kerana taksub dan ghairah kepada slogan perubahan dan reformasi serta janji kononnya pembangkang boleh memerintah lebih baik daripada BN.

    ReplyDelete
  70. Percayalah, untuk membentuk, membangun dan menstabilkan sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia bukan mudah.

    ReplyDelete
  71. ''Kita sekarang menjadi contoh kerana tidak ada satu pun negara di dunia seperti Malaysia yang mana pemimpin utamanya orang Islam dan dibantu oleh bukan Islam membangunkan negara ini sampai ke tahap sekarang.

    ReplyDelete
  72. ''Tetapi pembangkang mahu merosakkan semua ini semata-mata kerana kemaruk kuasa,'' kata Ahli Dewan Negara Senator Ezam Mohd. Noor dalam ceramahnya di Gombak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    ReplyDelete
  73. Sebab itulah dalam keadaan negara berhadapan dengan mainan politik pembangkang sehingga mereka hampir berjaya menumbangkan BN dalam pilihan raya umum lalu, rakyat perlu menarik nafas lega apabila, Perdana Menteri muncul dengan gagasan 1Malaysia dengan slogan 'Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.'

    ReplyDelete
  74. Gagasan ini bukan slogan politik tetapi bagi meniupkan semangat kepada rakyat untuk bertaut di bawah satu payung dengan mengutamakan kesejahteraan masa depan negara.

    ReplyDelete
  75. Rakyat perlu diperingatkan selama 55 tahun merdeka, mereka hidup dalam aman damai kerana berpegang teguh kepada semangat toleransi dan muhibah serta kebijaksanaan BN memerintah.

    ReplyDelete
  76. Justeru kenapa perlu semua itu mahu dikorbankan hanya kerana ingin memenuhi tuntutan politik sesetengah puak yang kemaruk kuasa? Fikirkanlah!

    ReplyDelete
  77. Percayalah dengan kerajaan BN untuk meneruskan usaha mereka untuk memastikan nasib rakyat akan terus terbela.

    ReplyDelete
  78. Aku harap kepimpinan PR jangan buang masa hak protes ttg kenaikan harga barang berikutan pelaksanaan GST. Biarkan saja rakyat, terutama org melayu yg sangat cerdik, menderita akibat kenaikan harga barang. Orang melayu cerdik ini tak suka harga barangan diturunkan, mereka sangat gembira dgn pelaksanaan GST. Itulah sebabnya mereka mengundi UMNO/BN

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.