Wednesday, May 22, 2013

Keputusan Pilihan Raya 2013 diwartakan

Keputusan Pilihan Raya 2013 diwartakan hari ini kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang rungutan supaya tampil bagi mencabar keputusan tersebut dan boleh menfailkan petisyen di mahkamah tinggi.

“Mereka mempunyai tempoh selama 21 hari untuk berbuat demikian, bermula esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dakwaan mengenai wujudnya penipuan dalam pilihan raya termasuk pengundi hantu dan masalah dengan daftar pemilih dan aduan mengenai dakwat kekal pada hari mengundi, 5 Mei lalu.

Sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) berkata mereka akan mencabar keputusan di 29 kerusi Parlimen yang didakwa mencalarkan legitimasi Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan.

BN mengekalkan kuasa untuk mentadbir negara selepas memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen. PR berjaya menambahkan tujuh kerusi menjadikannya 89.

Buat pertama kali BN hilang undi popular semenjak tahun 1969 walaupun masih kekal memerintah negara. -TMI

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.