Apa yang hendak dihairankan jika ramai rakyat samada melalui parti-parti pembangkang atau NGO-NGO atau orang persaorangan mempersoalkan hal kepimpinan dalam kerajaan minoriti yang ada pada hari ini? Di mana-mana negara pun jika kerajaannya dipimpin oleh kerajaan minoriti keadaan seperti yang sedang dihadapi oleh BN sekarang adalah kejadian biasa.
Itulah sebabnya kita melihat banyak kerajaan menubuhkan kerajaan campuran. Kerajaan Britain sekarang adalah kerajaan campuran apabila tidak ada parti yang menang secara mutlak. Kerajaan Australia adalah kerajaan campuran selama satu penggal yang lalu dan akan mengadakan pilihanraya lagi pada September nanti.
Tiada parti yang mendapat kemenangan yang tipis, boleh bertahan dan apa yang dihadapi oleh BN hari ini adalah keadaan yang sama dan dijangka tidak akan bertahan lama. Dalam memperbetulkan keadaan ini, semua pihak terutamanya kepada pihak yang menang dengan kerusi yang kecil itu mesti melakukannya secara baik dan jujur dan pertimbangannya hanyalah terhadap kesejahteraan rakyat sahaja, dan tidak yang lain.
Jangan ada pertimbangan yang lain dari itu kerana jika ada pertimbangan lain ia sudah pasti akan membantutkan usaha penyatuan itu. Apabila ada perundingan dan perbincangan ia wajar meletakkan kepentingan negara lebih dari yang lain. Jika PM Najib mahu melakukan perundingan itu beliau perlu tegas dan tidak mudah digoyang oleh elemen-elemen ugutan dari dalam Umno itu sendiri.
Sekarang nyata memilih Perdana Menteri secara “convention” iaitu seorang Presiden Umno itu adalah Perdana Menteri sudah jelas tidak lagi “feasible”. Ini di sebabkan Umno sudah tidak mampu lagi mewujudkan kepimpinan yang ber “consequence” untuk negara kita.
Penyelesaian mesti dilakukan dengan kadar segera kerana jika ada kelengahan, ia akan membawa kepada situasi yang lebih buruk lagi kerana situasinya akan lebih buruk pada masa akan datang dalam kadar yang cepat pula. Kelalaian Umno selama ini menyebabkan parti itu sudah tiada yang berkepimpinan maka rakyat terpaksa mencari orang yang mampu untuk melakukan perubahan itu.
Jika Umno tidak mahu bertindak segera melakukan perubahan ini, maka yang jelas parti itu akan kecundang dan jika pimpinan hari ini masih dengan acara dan ragam yang sama maka rakyat akan memberikan persepi Umno tidak mahu berubah dan sudah bersedia untuk ditumpaskan. Jika itu berlaku Umno tidak boleh menyalahkan sesiapa termasuk ahli-ahlinya sendiri kerana bersikap degil dan tidak memahami apa yang dikehendaki rakyat sebenarnya.
Sememangnya Umno dan BN sedang menurun sokongan ramai. Semasa Abdullah Badawi yang dikatakan oleh setengah pihak seorang Perdana Menteri yang “tidur” dan tidak bersedia untuk membuat persiapan menghadapi pilihanraya, beliau tetap mendapat 140 kerusi dalam PRU 12 yang lalu.
Di sebaliknya semasa pentadbiran Najib yang sudah tersedia maklum dengan masalah yang ada di hadapan beliau dan telah melakukan kerja keras. Tetapi kerja keras beliau hanya mendapat kejayaan hambar dengan jumlah kerusi yang lebih rendah dari PRU sebelumnya.
Bagi melakukan perubahan ini kita mesti akui dahulu yang Umno serta BN sudah sampai kepenghujungnya dan ia memerlukan pembaharuan yang besar-besaran. Melakukan pembaharuan itu wajib dengan menampilkan seorang yang disegani dan boleh membantu membawa situasi politik yang berbeza dari yang ada pada hari ini. Itu dahulu yang mesti dilakukan.
Selagi ada baki-baki situasi politik sekarang ini wujud, usaha untuk melakukan pembaharuan itu tidak mudah dicapai.
Pihak yang mahu melakukan perubahan ini mesti membawa rakyat berfikir dalam “environment” yang baru supaya masing-masing akan merasa kebersamaan dalam melakukan perubahan dan membina negara yang bersatu padu itu. Semua pihak wajar merasakan keterlibatan mereka dalam usaha ini. Apabila dibawa rakyat bersama untuk mencapai penyatuan ini, maka rakyat akan bersama-sama menjaga apa yang telah diputuskan bersama itu.
Saya selalu membawa isu ini kerana saya sedar yang Umno akan kecundang dan pihak yang mengambilalih pun tidak mungkin berjaya melakukan perubahan sepenuhnya. Yang menang tidak akan dapat semua dan yang kalah tidak akan kehilangan semua. Justeru masalah perbalahan itu akan tetap wujud.
Bagaimanapun ini hanyalah pandangan peribadi jika diberikan ruang untuk difikirkan bersama. Jika tidak abaikan sahaja pandangan ini dan teruskanlah dengan perbalahan yang anda sekalian sedang lalui sekarang. — aspanaliasnet
Wednesday, May 22, 2013
Kerajaan Minoriti BN Tidak Akan Bertahan Lama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMALAH BN DAH MEMERINTAH YANG PENTING RAYAT GEMBIRA DAPAT HADIA GST.
ReplyDeleteTrimlah hakikat bahawa PRU13 Bukan UMNO/BN yg menang hakiki secara Demokrasi dn adil tetapi benr dan jelas kemanangn UMNO/BN adalah TDK SAH lagi HARAM krn SPR mnjadi DALANG penipuan BESAR dalm PRU13 dg cara bnyk PENIPUAN undi POS bnyk kertas undi daripd org yg mgundi POS. Mgugut rakyat dn memaksa rakyat supy mgundi BN dn memberi wang rasuah pd saat2 mgundi PRU13!!!!!!!! Ada org yg sudh lama meninggal dunia knpa masih nama nya dalm buku daftar mgundi dn tlh bgun mgundi!!! Ada org mgundi tanpa nama bapanya boleh mgundi dan org ASING bukn org tmpatn atau warga negara Malaysia tetapi memiliki kad pgenalan dn boleh mgundi!!! Dakwat dgunakn tdk kekal dn boleh mgundi lbh dari sekali undi semua ada bokti!!!!SPR jelas telah mnjd penyebb kemenangn HARAM UMNO/BN TDK SAH secara penipuan yg jelas!!!!!!!!!!
ReplyDeleteBN tetap yang terbaik. Jadi terima kenyataan..
ReplyDelete