Setiap rakyat Malaysia akan dibebani dengan tambahan RM1,000 setahun jika kerajaan mengenakan kadar 7 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Menurutnya lagi, kadar GST itu akan membolehkan kerajaan persekutuan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 setahun seperti yang telah dijanjikannya, kerana kerajaan akan memperolehi balik RM5,000 setahun dari setiap isirumah menerusi cukai GST.
Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, BN akan meraih keuntungan yang besar manakala rakyat yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, akan rugi besar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakankan baru-baru ini bahawa kerajaan pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar GST 7 peratus.
Lim berkata, cukai GST pada kadar 7 peratus itu akan menaikkan kadar inflasi tetapi impak paling buruk adalah kepada golongan berpendapatan rendah kerana cukai GST merangkumi semua barangan yang dibeli dan dijual.
Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat secara prinsip menolak sistem cukai penggunaan tersebut kerana rakyat teramai belum lagi mempunyai pendapatan yang munasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang bermaruah dan mampan.
Lagipun, tambahnya, keluarga Malaysia membayar 50 peratus daripada pendapatan untuk membayar balik hutang dan tidak sepatutnya dibeban lagi.
"Pakatan akan lawan cadangan cukai GST 7 peratus ini di Parlimen dengan mengingatkan BN bahawa sebagai sebuah kerajaan dengan undi popular 47 pertas sahaja, ia tidak berhak mengenakan cukai GST ini ke atas majoriti rakyat. -MK
Wednesday, May 22, 2013
GST : Setiap rakyat M'sia tanggung RM1,000 setahun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bangang PR nie masih mau tolong lawan cukai GST nie,biarlah rayat tangung sangsara GST sebab mereka dah sign mau GST semasa pangkah undi BN di PRU 13 terutamanya orang pendalaman Sabah dan Sarawak.
ReplyDeleteHarap kerajaan percepatkan lagi hadiah GST kepada rayat kalu boleh 25% heheheeh memang punya pemimpin BN.
Aku sokong bro.
ReplyDelete