Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terkejut apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain yang menjalankan pilihan raya mengikut sistem yang digemari.
“Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini?” tanya beliau di dalam Facebooknya.
Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.
“Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan,” jelasnya.
Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.
“Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur,” ujarnya.
Sebagai menteri, kata beliau Zahid sepatutnya membangkitkan kasih sayang dan semangat patriotik rakyat kepada negara, bukannya mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social ills dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.
“Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama.
“Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama,” katanya.
Sunday, May 19, 2013
Keceluparan Zahid Hamidi Disanggah Prof Mohd Agus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menghalau' rakyat secara begitu kasar apabila berlaku perbezaan pandangan adalah sikap jumud yang melampau oleh seorang pemimpin umno. Apabila rakyat terbanyak tak bersetuju dengan parti yang memerintah kerajaan, rakyat kena berpindah ke negara lain! Apakah negara ini negara bapak orang menghalau? Macam mana srorang yang berminda kontot ini boleh menjadi menteri atau si Zahid sebenar terlampau teruja apabila dilantik menjadi menteri dalam negeri?
ReplyDeleteZahid ini pemimpin paling x guna..konon nya belajar agama tinggi..tetapi rosak..nafsu nya hanya berkitar dengan duit..
ReplyDeleteSemasa menjadi menteri pertahanan..mcm mcm isu yg timbul..smpaikan siti nuhaliza di jemput menjadi askar wataniah..rupanya supaya syarikat datuk k,mendapat kontrak 3 tahun di hospital mizan wangsa maju..
Kebijaksanan najib meletakkan zahid sebagai menteri dalam negeri hanya untuk mengenelamkan zahid di arus politik malaysia yg ketika ini menerima kebangkitan rakyat menentang penipuan pilihanraya..satu tugas berat yg tak mampu di pikul oleh hishamuddin..
Najib juga tau zahid hamidi tamak dgn harta dunia..ditempatkan zahid untuk menguruskan polis,kastam,imegeresen yg kebiasaan rasuah menjadi mainan..
Bodohnya zahid sehingga di jadikan kambing hitam oleh najib..kerana najib tau zahid adalah golongan biasa yg tamak..bukan dlm golongan bangsawan untuk seperti hisyamuddin dan mukriz untuk dinobatkan bakal perdana menteri..
Pengkhianatan zahid hamidi kepada bangsa adalah menyokong zamri kadir yg bukan melayu tulen sebagai menteri besar perak..
kes zahid memukul org yg bercinta anak beliau..yg menjadi sebutan di blog blog skrg ini...menjadikan zahid tidak relevan sebagi pemimpin di malaysia ...
Zahid telah memberikan gambaran Bagaimana KDN Akan diuruskan dgn sikap & perckpan Beliau yg menunjukkan cara samseng. Klu Beliau membaca posting ini harap dia sedar yg dia dipilih rakyat Dan dia Akan sentiasa diperhatikan sepjg masa samada kenyataan mahupun perjalanan KDN kelak. Rakyat hilang rasa hormatnya bila dia telah mengeluarkan kenyataan tidak berotak spt ini. Kena ingat dia bkn lg Mcm pemuda dahulu klu ditakdirkan nyawa dia dicabut dgn Tanpa sempat bertaubat apa nasib dia nti akhirat. Bila berckp ingatlah idup nie tak lama mana pun.
ReplyDeleteSistem yg baik hya datang dari pemimpin yg baik...
ReplyDeleteSistem yg baik akan hancur jika pemimpinnya pun hancur..
Sistem dan pilihan pemimpin sangat berkait rapat...
Pilih pemimpin yg baik insyaallah sistem tu akan baik dan bertambah baik...
ZAHID menteri 47%.
ReplyDelete