Tuesday, May 28, 2013

Rafizi Dedahkan Laporan Polis Kes Lampu Padam

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan satu laporan polis bagi membuktikan dakwaan bahawa kejadian lampu padam turut berlaku di satu pusat pengundian di Kedah pada 5 Mei lalu.

Rafizi berkata laporan polis itu menunjukkan bahawa kejadian lampu padam itu berlaku di Sedim, Kedah ketika pengiraan sedang berjalan – dan berlangsung selama 15 minit.

Pusat pengundian itu terletak dalam kawasan parlimen Kulim Bandar Baru.

Ia merupakan kes yang kedua selepas PAS menimbulkan dakwaan berhubung kes serupa yang didakwa berlaku di kawasan DUN Seri Serdang.

Laporan itu dibuat oleh seorang ejen pusat pengudian PKR yang bertugas di sebuah sekolah di Sedim.

Ejen parti berkenaan mendakwa kes lampu padam itu hanya berlaku di sekolah berkenaan dan tidak melibatkan kawasan sekitar. -mk


SPR keluarkan borang 10A,.sahkan kewujudan pengundi hantu

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, borang 10A telah dikeluarkan di Alor Setar, Kedah.mengesahkan kewujudan pengundi hantu.

Seorang pengundi, Lim Tiek Hong diserahkan borang 10A yang ditandatangani pegawaii SPR, Mohd Azahar Zakaria.

Menurut peraturan perjalanan pilihan raya 1981, Borang 10A adalah borang yang diserahkan kepada pengundi yang hilang kelayakan mengundi.

Lim yang sepatutnya mengundi di SK Peremba, Alor Setar pada 5 Mei lalu dinafikan hak kerana ada pihak telah mengundi bagi dirinya.

"Borang 10A hanya dikeluarkan atas empat sebab. Pertama pengundi enggan menunjukkan jari telunjuk untuk pastikan tidak ada kesan dakwat kekal. Kedua pengundi enggan telunjuknya ditandakan dakwat kekal," kata Rafizi.

"Ketiga, jari telunjuk telah ditandakan dakwat kekal tetapi tidak ada kertas undi yang dikeluarkan dengan namanya. Keempat, jari telunjuk tidak ada dakwat kekal, tetapi kertas undinya telah dikeluarkan.

"Ini yang dikenakan kepada Lim menyebabkannya hilang hak mengundi," kata Rafizi.

Tambahnya, jika Lim telah mengundi dan tiada kesan calit di jari, bermakna peraturan SPR berkaitan dakwat kekal adalah penipuan.

"Hari ini kita tuntut SPR jelaskan. Jika tiada masalah pengundi hantu, kenapa masih ada borang 10 A yang dikeluarkan?

"Kita minta (SPR) sahkan, berapa banyak borang 10A yang dikeluarkan di seluruh negara," soal Rafizi.

Katanya, SPR ada lebih sepuluh sumber untuk melakukan siasatan, namun mereka tidak menggunakannya dengan baik, malah memperlekehkan aduan rakyat.

"SPR patut malu kerana kegagalan mereka menyelesaikan aduan rakyat berkaitan kegagalan sistem mereka," kata Rafizi.

71 comments:
Write comments
  1. Ha ha bagus Rafizi... koreklah samapai sampai mereka kecacingan..... ini saya mahu tunggu... INI KALILAH...

    ReplyDelete
  2. Mari kita perang habis2an dgn spr yg muka tembok dan anjing suruhan amno. Jika dibiarkan, kita akan selamanya ditipu idup2. Kita doa pemimpin yg mewakili rakyat dlm hal ini dilindungi Allah, diberi kekuatan dan kemudahan dlm perjuangan.

    ReplyDelete
  3. Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan tiada gangguan bekalan elektrik berlaku semasa proses pengiraan undi pada pilihan raya umum ke-13.

    ReplyDelete
  4. Sehubungan itu, TNB dalam kenyataan meminta semua pihak supaya menghentikan dakwaan sedemikian yang tersebar dalam media sosial.

    “Berdasarkan maklum balas pasukan tunggu sedia TNB, kami mendapati semua pusat pengiraan undi tidak mengalami sebarang gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi berlangsung.

    “Kami memohon kerjasama semua pihak agar menghentikan dakwaan tersebut,” menurut kenyataan itu.

    ReplyDelete
  5. Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU-13 lagi.

    Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

    “Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

    “Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

    ReplyDelete
  6. Beliau berkata, bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

    “Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul… mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

    ReplyDelete
  7. “Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR,” katanya.

    Wan Ahmad berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

    “Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

    ReplyDelete
  8. “Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya mendapat “tweet” mengatakan lampu padam oleh “cybertrooper” yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa,” katanya.

    Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

    Beliau berkata, namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU-13.

    ReplyDelete
  9. “Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis… itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan.

    “Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu,” katanya.

    Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.

    ReplyDelete
  10. Sementara itu, Wan Ahmad berkata, cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.

    “Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?,” katanya.

    ReplyDelete
  11. Pakatan Haram memang penipu: ADUN DAP nafi 'blackout' waktu pengiraan undi

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Ketari, Lee Chin Chen tampil menafikan dakwaan berlaku gangguan elektrik di pusat penjumlahan undi Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong pada malam 5 Mei lalu.

    ReplyDelete
  12. Pakatan Haram memang penipu: ADUN DAP nafi 'blackout' waktu pengiraan undi

    Penafian pemimpin parti sekutu pakatan pembangkang itu sekali gus membuktikan dakwaan berkenaan yang dilemparkan pihak tertentu, tidak berasas sama sekali dan dipercayai hanya mahu menghasut rakyat kononnya berlaku penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  13. Pakatan Haram memang penipu: ADUN DAP nafi 'blackout' waktu pengiraan undi

    Malah, Chin Chen mengaku beliau berada di dewan berkenaan pada 5 Mei lalu, dari jam 8.30 malam hingga selesai proses penjumlahan undi dan terus menunggu sehingga keputusan PRU-13 bagi DUN Ketari, Bilut dan Sabai diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Toantowee Mohd Lotfie.

    ReplyDelete
  14. Pakatan Haram memang penipu: ADUN DAP nafi 'blackout' waktu pengiraan undi

    “Dakwaan berlaku gangguan elektrik ketika proses pengiraan undi (di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah) adalah tidak benar. Saya ada di sana sejak jam 8.30 malam sampai awal pagi... mana ada gangguan bekalan elektrik pun.

    ReplyDelete
  15. Pakatan Haram memang penipu: ADUN DAP nafi 'blackout' waktu pengiraan undi

    “Ramai orang juga ada di sana... wartawan ada, jurugambar ada, wakil calon bertanding pun ada. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai dan anggota polis pun ada di sana. Kalau betul berlaku (gangguan elektrik), mesti semua yang ada di sana boleh sahkan,” katanya.

    ReplyDelete
  16. Pakatan Haram memang penipu: ADUN DAP nafi 'blackout' waktu pengiraan undi

    Chin Chen yang menang kerusi DUN Ketari selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wong Choo Yak dengan majoriti 4,243 undi pada PRU-13, mengaku beliau juga pelik dengan dakwaan itu dan tidak pasti pihak mana yang menyebarkan tuduhan berkenaan.

    ReplyDelete
  17. Pakatan Haram memang penipu: ADUN DAP nafi 'blackout' waktu pengiraan undi

    Dakyah terbabit disebarkan media sosial sebaik PRU-13 berakhir, malah turut ditambah kononnya kejadian itu turut mencetuskan kekecohan dan tunjuk perasaan.

    ReplyDelete
  18. Satu lagi pembohonngan haprak pakatan, untuk pengetahuan anda pusat pengiraan undi adalah kawasan larangan mana boleh wartawan sedangkan polis pun kena tunggu kat luar apatah lagi wartawan. Tidak ada satu pun laporan polis dibuat dan ternyata haprak pakatan berbohong sekali lagi kepada penyokong sendiri.

    ReplyDelete
  19. Rafizi Ramli muncul balik. Kali ini dengan kes black-out di Sedim Kedah yang melibatkan Parlimen Kulim-Bandar Baharu di mana Saifuddin Nasution kalah. Rafizi Ramli juga muncul dengan Borang 10A yang kononnya mengesahkan kewujudan pengundi hantu.

    ReplyDelete
  20. Dan seperti biasa, Rafizi Ramli adalah dari jenis sembrono yang bertindak berdasarkan arahan dan upah! Dia sekarang adalah Ahli Parlimen Pandan, dengan kemenangan besar. Justeru, tiada sebarang rungutan, komplen atau tidak puas hati berhubung penyelarasan SPR di kawasan Pandan yang telah memberikan kemenangan kepadanya.

    ReplyDelete
  21. Walhal kalau dia nak komplen tentang black-out dan sepertimana yang diuar-uarkan berlaku black-out di seluruh negara, Rafizi Ramli boleh bercakap perkara yang sama, meluahkan perasaan tidak puas hati dan curiga terhadap SPR di Parlimen Pandan.

    ReplyDelete
  22. Berdasarkan laporan yang diterima, beberapa pusat pengundian telah mengalami black-out atau lampu terpadam di Parlimen Pandan, terutama sekali di saluran-saluran bermajoritikan Cina. Bukan itu sahaja, terdapat juga laporan tentang penyerahan BORANG 10A di beberapa tempat pengundian di Parlimen Pandan.

    ReplyDelete
  23. Menurut peraturan perjalanan Pilihan Raya 1981, Borang 10A adalah borang yang diserahkan kepada pengundi yang hilang kelayakan mengundi. Borang 10A hanya dikeluarkan atas empat sebab; Pertama, pengundi enggan menunjukkan jari telunjuk untuk pastikan tiada sebarang kesan dakwat kekal; Kedua, pengundi enggan telunjuknya ditandakan dakwat kekal; Ketiga, jari telunjuk telah ditandakan dakwat kekal tetapi tidak ada kertas undi yang dikeluarkan dengan namanya; Keempat, jari telunjuk tidak ada dakwat kekal, tetapi kertas undinya telah dikeluarkan.

    ReplyDelete
  24. Daripada Rafizi Ramli sibukkan tempat lain, ada lebih baik dia memperjuangkan hak mengundi dan keputusan di Parlimen Pandan terlebih dahulu. Walaupun dia menang besar, tetapi fenomena black-out dan Borang 10A yang berlaku di beberapa tempat dalam Parlimen Pandan, wajar diberitahu dan diselesaikan terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  25. Takkan disebabkan dia menang majoriti besar, maka dia boleh buat-buat pejam mata dan buat-buat tidak tahu apa yang berlaku di Parlimen Pandan, kut?

    ReplyDelete
  26. tiada sebarang laporan polis berhubung BLACK-OUT di Parlimen Pandan atau mana-mana kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dengan majoriti besar. Malah wakil-wakil ejen calon dari Pakatan Rakyat juga tidak menyuarakan sebarang kejadian black-out di kawasan-kawasan dimenangi majoriti besar itu.

    ReplyDelete
  27. sejak dulu lagi rafizi ni suka buat tuduhan..tapi semuanya tidak dibuktikan.

    ReplyDelete
  28. PKR harus menerima kekalahan dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
  29. Pakatan pembangkang perlu mengikut saluran undang-undang dan membuat bantahan di mahkamah sekiranya benar berlaku penipuan dan penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, baru-baru ini, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin.

    ReplyDelete
  30. Katanya, dengan mengadakan himpunan sebagaimana ‘Black 505’ yang bermula pada 8 Mei lalu, pakatan pembangkang memperlihatkan bahawa mereka ibarat tidak menghormati undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara ini.

    ReplyDelete
  31. “Persoalannya untuk apa himpunan diadakan sedangkan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU ke-13 termasuklah pakatan pembangkang boleh mencabarnya melalui saluran yang sah di mahkamah namun malangnya sehingga hari ini tidak ada bantahan dibuat,” katanya

    ReplyDelete
  32. Rabu lalu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata berikutan pewartaan keputusan pilihan raya, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan. Petisyen tersebut boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.

    ReplyDelete
  33. “Sekaranglah masanya untuk pakatan pembangkang bertindak dan membawa apa yang mereka pertikaikan dalam himpunan ‘Black 505’ ke mahkamah bersandarkan kepada bukti-bukti yang kukuh dan bukannya bercakap sesuka hati sahaja,” katanya.

    ReplyDelete
  34. Pakatan pembangkang meneruskan himpunan di seluruh negeri yang bermula pada 8 Mei lalu dan terbaru di Petaling Jaya selepas lapan himpunan lain dengan alasan membantah keputusan PRU ke-13 dan serangan dibuat kepada Barisan Nasional (BN), Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    ReplyDelete
  35. “Ruang dan peluang sudah ada, tetapi pakatan pembangkang tetap menggunakan himpunan sebagai alternatif untuk mempopularkan diri mereka iaitu dengan membawa rakyat dan membazirkan banyak perkara.

    ReplyDelete
  36. Dikatakan juga pakatan pembangkangkan akan memfailkan beberapa patisyen yang sebelum ini dikhabarkan angkanya terlalu banyak dan kemudian berubah menjadi 27 yang mungkin ia juga belum pasti.”

    ReplyDelete
  37. Naib Presiden PKR, Tian Chua dilaporkan berkata partinya akan memfailkan 27 petisyen terhadap keputusan PRU ke-13 di mahkamah.

    ReplyDelete
  38. “Ikutlah cara dan saluran yang betul dan jangan gunakan ketidakpuasan hati dengan alasan penyelewengan dan penipuan sebagai modal untuk mempolitikkan diri sendiri kerana sekarang adalah masa untuk bekerja,” tegasnya lagi .

    ReplyDelete
  39. Jika benar ada bukti, tindakan harus diambil.

    ReplyDelete
  40. Himpunan pembangkang mun gkin tidak membawa apa-apa manfaat, semoga pembangkang boleh membuat tuntutan melalui saluran yang lebih betul.

    ReplyDelete
  41. Serahkan bukti dan biarkan mahkamah yang menentukannya.

    ReplyDelete
  42. They can do anything as long as stay in power.

    ReplyDelete
  43. Penjelasan TNB telah diberi, benar ke tidak, harus dibuat siasatan.

    ReplyDelete
  44. Semua tuduhan perlukan bukti yang kukuh.

    ReplyDelete
  45. BN disyaki menjalakan penipuan, tetapi tuduhan ini harus ada bukti. Jika tidak, fitnah rupanya.

    ReplyDelete
  46. Semoga pembangkang menggunakan cara lebih rasional atas tuntutan mereka.

    ReplyDelete
  47. Bantahan ada tempoh dan prosedur, harus juga pembangkang mengikut kesemuanya.

    ReplyDelete
  48. Tidakkah TNB juga berpihak kepada BN? Siapa tahu, buatlah siasatan.

    ReplyDelete
  49. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyertaan tenaga kerja wanita yang ketika ini berada pada kadar 47 peratus perlu ditingkatkan bagi memastikan pertumbuhan teguh dan mampan di negara ini.

    ReplyDelete
  50. Perdana Menteri berkata lebih banyak peluang pekerjaan yang berkait rapat dengan keperluan wanita mesti ditawarkan untuk menggalakkan penyertaan mereka dalam tenaga kerja misalnya secara bekerja dari rumah, separuh masa atau waktu kerja anjal.

    ReplyDelete
  51. “Wanita masih belum diwakili secara saksama dalam tenaga kerja. Ekonomi Malaysia menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan pada kadar 5.6 peratus tahun lepas.

    ReplyDelete
  52. “Bagaimanapun penyertaan tenaga kerja wanita mesti ditingkatkan jika kita mahu terus menyaksikan pertumbuhan yang teguh dan mampan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Global Women Deliver 2013 kali ketiga di sini kelmarin.

    ReplyDelete
  53. “Bagaimanapun penyertaan tenaga kerja wanita mesti ditingkatkan jika kita mahu terus menyaksikan pertumbuhan yang teguh dan mampan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Global Women Deliver 2013 kali ketiga di sini kelmarin.

    ReplyDelete
  54. Turut hadir Penaung Women Deliver 2013 yang juga isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden Women Deliver Jill Sheffield dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim.

    ReplyDelete
  55. Najib menegaskan kerajaan melaksanakan dasar untuk menggalakkan peralihan itu, dengan melakukan perubahan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang memperteguhkan keperluan untuk menarik, meningkat dan mengekal petugas wanita dalam tenaga kerja.

    ReplyDelete
  56. “Kami mempunyai beberapa sasaran yang menyeluruh bagi wanita dalam tenaga kerja seperti melonjakkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita kepada 55 peratus, dan meningkatkan jumlah wanita yang bekerja dalam lembaga syarikat senaraian awam kepada 30 peratus,” katanya.

    ReplyDelete
  57. Lebih 3,000 perwakilan, termasuk penggubal dasar, penyokong dan pemimpin dunia mewakili lebih 150 negara, menghadiri persidangan tiga hari itu bermula hari ini.

    ReplyDelete
  58. Malaysia menjadi negara pertama Asia diberi penghormatan menganjurkan persidangan global itu yang sebelum ini diadakan di London dan Washington D.C.

    ReplyDelete
  59. Acara itu disifatkan sebagai sebagai persidangan global terbesar pada dekad ini yang memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan gadis serta wanita.

    ReplyDelete
  60. Persidangan ini dianjurkan Women Deliver yang beribu pejabat di New York. Mengulas lanjut, Najib berkata Institut Pengupayaan Wanita Negara mengendalikan program latihan pengarah wanita untuk merealisasi sasaran yang ditetapkan berkaitan wanita dalam tenaga kerja.

    ReplyDelete
  61. Beliau menarik perhatian sehingga ini, lebih 300 wanita telah pun dilatih dan kini sedia mengisi jawatan dalam lembaga korporat. Najib memperjelaskan kerajaan menyokong program kemahiran dan peluang keusahawanan bagi pekerja berpendapatan rendah.

    ReplyDelete
  62. Jika semua bukti ada, then buatlah apa yang patut cuma pastikan anda tidak bergerak mengikut spekulasi semata-mata.

    ReplyDelete
  63. Kita nantikan apa yang mampu Rafizi lakukan nanti.

    ReplyDelete
  64. “Tambahan pula, jika kita ingin turut sama melihat demokrasi yang mampan, jelas bahawa kita perlu meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang politik,” kata Najib. Najib berkata beliau menjadi bersemangat dengan peranan aktif dan ketara yang dilaksanakan oleh beberapa wanita dalam politik negara namun percaya bahawa menjadi kewajipan mereka untuk mencari punca wanita kurang diwakili dalam wacana politik Malaysia.

    ReplyDelete
  65. RAFIZI GAGAL KETEPIKAN TUDUHAN BAFIA!!!

    Mahkamah Tinggi menolak permohonan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli untuk mengetepikan pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989 terhadapnya di Mahkamah Sesyen.


    Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan dibuat Mohd Rafizi bersifat pramatang berikutan saksi pendakwaan masih belum dipanggil untuk memberi keterangan.

    Beliau berkata mahkamah tidak boleh membuat keputusan bahawa tiada kes prima facie hanya berdasarkan kepada keterangan sebelah pihak Mohd Rafizi.

    ReplyDelete
  66. "Terlalu awal juga untuk pemohon (Mohd Rafizi) menyatakan bahawa pertuduhan ke atasnya adalah 'mala fide' (berniat jahat), bermotifkan politik dan sebagainya.

    "Afidavit jawapan yang difailkan oleh responden antara lain menyatakan bahawa terdapat bukti dalam bentuk keterangan langsung dan dokumen mengenai pertuduhan ke atas pemohon (Mohd Rafizi)," katanya.

    ReplyDelete
  67. Sehubungan itu, Ghazali berpuas hati bahawa tidak berlaku ketidakadilan undang-undang apabila Timbalan Pendakwa Raya memutuskan untuk mendakwa Mohd Rafizi di Mahkamah Sesyen.

    Beliau berkata mahkamah juga tidak boleh mempersoalkan tindakan Timbalan Pendakwa Raya yang mempunyai kuasa mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan.

    "Dengan ini mahkamah menolak permohonan pemohon (Mohd Rafizi) dan memerintahkan kes di Mahkamah Sesyen diteruskan tanpa sebarang kelewatan," katanya.

    Peguam R.Sivarasa yang mewakili Mohd Rafizi kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan pada Isnin ini.

    Beliau juga memohon supaya prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan. Ghazali membenarkan permohonan itu.

    ReplyDelete
  68. The federal government has allocated RM276.04 million to improve electricity supply in Sabah and the Federal Territory of Labuan this year.

    ReplyDelete
  69. A total of 142 projects under the System Average Interruption Duration Index (SAIDI) in Sabah will be implemented in 2012.

    ReplyDelete
  70. Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Managing Director Ir. Haji Abd Razak Sallim at a media luncheon yesterday said the allocation will pay for 26 power generation projects, 14 transmission projects, 94 distribution projects and eight other major projects which are currently being implemented.

    ReplyDelete
  71. the implementation of several SAIDI Sabah projects in the past had managed to show a positive reduction in SAIDI for the state.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.