Friday, May 17, 2013

Presiden Wartawan Melayu "Mengamuk" Di Wacana Sinar

Wacana Sinar Harian siri ke-20 semalam sedikit tegang apabila peserta wacana gagal mengawal perasaan ketika sesi soal jawab.

Kehangatan sesi itu bermula apabila peserta pertama Pengerusi Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman bangun dan bertanyakan soalan mengenai maksud kebebasan media kepada Zairil Khir Johari.

Menurut beliau, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang tidak mengamalkan kebebasan media seperti mana yang dilaungkan oleh kepimpinan Lim Guang Eng.

"Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang," katanya.

Menjawab persoalan tersebut Zairil yang juga ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, memang benar akhbar Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan kerana akhbar tersebut telah menyalahgunakan kebebasan media dengan menyebar fitnah.

"Memang kita mengamalkan kebebasan media dan bukannya mengamalkan kebebasan memfitnah," katanya.

"... sebab itulah Utusan Malaysia banyak memberi dana pilihan raya kepada PR, kerana selalu disaman," sindir beliau.

Sementara itu, Yazid turut mendakwa, nasib pensyarah Melayu di Universiti Malaya (UM) kini semakin terpinggir kerana kemasukan ramai pensyarah Cina di institusi berkenaan.

"Di UM, sejak dua tahun lalu sudah berlaku perubahan besar, di mana pensyarah Melayu mula terpinggir dek kerana kemasukan pensyarah kaum Cina," katanya.

Menjawab persoalan tersebut Zairil mengatakan perlunya ada fakta dan ulasan kukuh berkenaan isu tersebut.

"Perkara ini perlu disertakan dengan fakta yang tepat, jangan terlampau emosi sehingga hilang nilai kewarasan ilmu,"katanya.

7 comments:
Write comments
  1. Memang patut kena halang pon BERITA HAIRAN atau UTUSEX atau mna2 akhbar suara setan.... almaklum le,setan tu pmecahbelah masyrkat.

    ReplyDelete
  2. presiden melayu tu watawan perkauman cuma angjing melayu yg cuba nak rosak kan minda rakyat malaysia terutama melayu utk jaga kepentingan mrk sj. dia harus dibuang malah tak berhak jadi presiden wartawan dimalaysia. berita2 kat malaysia semuanya rekaan palsu n tak tulin baik baca berita pr semuanya tulin n berbukti malah telus.

    ReplyDelete
  3. Ketidakwarasan yang ditanam oleh idealogi umnoporno

    ReplyDelete
  4. sepatutnya selangor dan kelantan pun harus halang utusan dari membuat liputan di negeri tersebut

    ReplyDelete
  5. la brita d media skrang pun smua d kawal oleh kerajaan, apa yg keluar online, tiada pun keluar2 di media telvision,
    yg keluar pun asyik memfitna

    ReplyDelete
  6. Inilah president wartawan yang racist.
    Lidah kepada barisan yang konon melaungkan 1Malaysia. bubar. Chit! porah!

    Fyi, university malaya amik lecturer yang berminat dan berkelayakan berkhidmat mengajar. Depa keluar dan ada kekosongan. Tak kan nak biarkan mahasiswa takde lecturer. Siapa yg rugi? bukankah rakyat juga? Bodoh punya president wartawan.

    ReplyDelete
  7. Sedih, jika Malaysia terus diterajui oleh Umno-Bn, terutama Umno, yang kalangan pemimpinnya bertsikap "cakap tak serupa bikan"; konon nak jadikan Malaysia negara hebat berfikiran kelas pertama, tetapi mentaliti kebanyakan pemimpin Umno masih di takuk lama; tiada kebebasan utk orang lain menyuarakan pendapat, TERUS GEMAR MENYEBAR FITNAH PADAHA L ajaran ISLAM MELARANG BERBUAT DEMIKIAN, DAN BANYAK LAGI KEMUNGKARAN serta "KESOMBONGAN DIRI" yg ditonjolkan oleh pemimpin UMno. Terbaharu, Zahid Hamidi nak singkir mana-mana rakyat Malaysia yg tak setuju dgn kepemimpinan kerajaan Umno-BN, bahkan nak tangkap kalangan pemimpin pembangkang yang celupar...sepatutnya pemimpin umno dan polis kawal negara daripada pelbagai keganasan, jangan asyik berpolitik...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.