Thursday, May 16, 2013

Gabungan NGO Desak Anggota SPR Letak Jawatan

Sekumpulan NGO semalam telah membuat lima tuntutan, termasuk mendesak kesemua anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk meletakkan jawatan mereka di atas dakwaan wujudnya keraguan dan berlaku penipuan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), melibatkan 25 NGO berkata mereka merasa dukacita di atas dakwaan berlaku penipuan dan membuat tuntutan-tuntutan berikut:

* Perletakan jawatan serta-merta anggota SPR;
* SPR dijadikan sebuah badan bebas dan hanya bertanggungjawab kepada Parlimen;
* Sebuah jawatankuasa melibatkan semua parti dibentuk untuk membersihkan daftar pemilih;
* Pindaan perlembagaan dilakukan, supaya prinsip “satu orang satu undi” diperkenalkan
* Mendesak satu pembaharuan besar-besaran terhadap sistem proses pemilihan proses bagi mengatasi beberapa isu berkaitan persekongkolan, dan perlaksanaan terhadap sebuah manual yang absah ke atas sistem komputerasi bagi menjamin kredibiliti ke atas proses dan melindunginya dari sebarang bentuk penipuan.

“Orangramai jelas sudah hilang keyakinan terhadap SPR dan daftar pemilih. Jika mereka mahu mengekalkan professionalima mereka, mereka perlu berundur,” kata Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH , Tan Yew Sing, yang juga merupakan anggota gabungan.

Tan menekankan tuntutan mereka terhadap keperluan jawatankuasa dibentuk untuk pembersihan Daftar Pemilih.

“Kami sebagai NGO amat gembira untuk membantu parti-parti politik dari kedua-dua pihak bagi melakukan pembersihan Daftar Pemilih berkenaan,” katanya di sidang konferens di KLSCAH.

Pertubuhan IKRAM Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kumpulan Bertindak Bagi Hak Kaum India (NIAT) dan Persatuan Tindakan Wanita (AWAM) adalah diantara NGO yang menyertai gabungan berkenaan.

Adil untuk tuntut perletakan jawatan Setiausaha Agung IKRAM Zaid Kamaruddin kerata menjadi satu kelaziman untuk pihak berkuasa di dalam negara-negara lain untuk meletakkan jawatan mereka setelah wujud dakwaan keraguan dan penipuan.

“Melihat kepada semua dakwaan keraguan dan penipuan semasa pilihanraya umum 5 Mei lalu, saya rasa adil untuk meminta anggota SPR untuk meltakkan jawatan mereka kerana mereka perlu bertanggungjawab terhadap keseluruhan pemilihan,” tambahnya.

Presiden NIAT Thasleem Ibrahim berkata SPR gagal menjalankan tan ggungjawabnya kerana beberapa isu telah ditimbulkan sejak pilihanraya umum 2008.

“Apa yang SPR lakukan untuk melindungi daftar pemilih apabila mahkamah sendiri pernah memutuskan terdapat ribuan pengundi hantu yang membolehkan berlaku lebih banyak penipuan? Lansung tak ada!” bentaknya.

“Oleh kerana mereka tidak tahu nak jalankan tugas merekayang menyebabkan timbul banyak aduan penipuan, anggota SPR perlu akui kelemahan dan kesilapan mereka dan letak jawatan secdara terhormat,” tambahnya.



102 comments:
Write comments
  1. Letak jawatan sekarang pun tak jadi hal dah barua UMNO ini...... Dah kaya raya dan makan tak habis hingga ke anak cucu dengan hasil mengkhianati amanah rakyat maka begitu lumayan in-come nya. Semoga anak cucu beliau diazab Allah SWT dengan pelbagai penyakit dan kemusnahan hidup sewaktu di dunia lagi. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun dah kaya sebab pandai jadi angjing tipu rakyat namun maruah tiada lg n akan dihina rakyat malaysia selama2nya malah kalau shoping dimana-mana akan kena baling telor busuk malah di caci semua keluarga nya .

      Delete
  2. tak kemana juga tu.dia pun dah tua.harap harap bertaubat lah

    ReplyDelete
  3. SPR ADALAH HANTURAYA... TERUTAMANYA PENGERUSI SPR YANG MAKAN SEMUA DOSA SENDIRI DAN DOSA SEMUA ANGGOTANYA SPRNYA, DAN YANG BERSEKONGKOL DENGANNYA.... LETAKLAH JAWATAN SEKARANG...

    ReplyDelete
  4. Salah satu kaedah yg paling jelas kebangsatan SPR ialah...undi pos le. Kan sekarang ada undi awal pulak lepas tu kaum kerabat anggota tu sekali. Apa ke jadah isteri tentera pun dimnta undi melalui pos? Haa.. nak mnipu le maknanya. Yg tentera tu juga...ada sorang kopral je yg pangkah undi utk beratus org. Nak cabar dmahkamah, umno guna hakim kepala umno pula. Fakta mnunjukkn hakim yg pro umno akan dlantik ke jwtan Ketua Hakim Negara pon. So, ada umno kesah

    ReplyDelete
  5. Perbuatan serta tindak tanduk pembangkang yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan raya Umum (PRU) lalu sebenarnya untuk menutup kegagalan mereka menawan Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah tu.....kamu yg tlg tutup kesalahan spr n bn yg perasuah . kamulah hanturaya yg nak tipu tak habis2 . kalau dah syaitan sampai bila kata diri bukan iblis.

      Delete
  6. Perkara itu ditegaskan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang melihat tindak tanduk mereka itu sebenarnya menyusahkan rakyat dan sewajarnya pembangkang mengambil langkah untuk sama-sama membina rakyat ke arah yang lebih baik dan bukannya melemparkan fitnah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  7. “Kita lihat di kalangan mereka pun bercanggah pendapat…Kalangan pimpinan Pas pun tidak menyokong sepenuhnya tindakan tersebut dan kita lihat jika wujudnya kecelaruan itu, perhimpunan mereka merugikan rakyat…..rakyat dah pergi pilihan raya dan telah buat keputusan.

    ReplyDelete
  8. “Sekarang ini adalah masa untuk membina rakyat dan menunaikan janji. Pada pandangan saya tindakan tersebut hanya kepura-puraan yang besar yang perlu dihentikan serta merta. tak puas hati buat petisyen. Ikut undang-undang la… Cuma yang rosaknya ajak rakyat untuk menyertai perhimpunan tersebut…Tidak ada arah tuju. Menghabiskan masa rakyat dan mengelirukan mereka. Kena ingat dosa tetap dosa…dosa fitnah cukup besar,” katanya

    ReplyDelete
  9. Sementara itu Ahli Parlimen Setiu Che Mohd Zulkifli Jusoh pula berpendapat tohmahan pembangkang mengenai PRU lalu hanyalah sebahagian daripada misi mereka untuk menunjukkan pilihan raya di negara ini tidak telus.

    ReplyDelete
  10. “Sepertimana yang telah diperkatakan oleh banyak pihak….kenapa boleh terima kemenangan dan bersikap sebaliknya apabila mengalami kekalahan..macam ada satu sindrom tidak puas hati. Itu yang saya nampak dalam soal ini.

    ReplyDelete
  11. Keadaan itu boleh merosakkan negara dan juga rakyat. Sampai bila mereka harus bersikap demikian. Budaya sebegini seharusnya dihentikan…jika tidak dihentikan dikhuatiri boleh merosakkan pembangunan sebuah negara dan seluruh rakyat akan menerima tempiasnya,“ katanya.

    ReplyDelete
  12. Kegelojohan Pakatan Rakyat untuk menyerang SPR sekali lagi memakan diri. Sejak awal pagi lagi Pakatan Rakyat dengan sistematik telah menyerang Media Sosial dengan pelbagai fitnah berkenaan penggunaaan dakwat kekal. Pelbagai gambar dan video telah dimuat naik ke dalam laman sosial yang kononnya menunjukkan bahawa dakwat tersebut boleh dibasuh dengan mudahnya.

    ReplyDelete
  13. Malahan ada satu gambar yang dimuat naik ke dalam laman Facebok menunjukkan kononnya mereka telah membasuh jari mereka dengan mudah sekali. Tapi yang lucunya, jam pada tangan salah srg “pengundi awal” tersebut menunjukkan pukul 7.55 pagi.dan 8.00 pagi ni pusat pengundian awal baru nak buka rasanya. Aduh, beginilah jadinya apabila terlalu fanatik hendak menabur fitnah pada SPR.

    ReplyDelete
  14. Salah seorang rakan Facebook yang mengundi awal hari ini telah memuat naik gambar jari beliau. Beliau telah menyatakan bahawa beliau telah mencuba untuk cuci jari beliau beberapa kali dengan pelbagai jenis sabun. Namun tidak berjaya. Nampak gaya Pakatan Rakyat telah gagal sekali lagi untuk menconteng arang pada SPR berkenaan dengan isu dakwat kekal

    ReplyDelete
  15. Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim hari ini mempersoalkan tindakan pakatan rakyat yang terus mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mempertikaikan sistem pilihan raya negara ini.

    ReplyDelete
  16. .”Sekiranya pembangkang mempersoalkan peranan SPR dan proses pilihan raya negara ini, mengapa pula mereka boleh menerima keputusan tersebut di negeri-negeri yang dimenangi seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan… mengapa perlu selektif sedangkan proses pemilihannya sama,” katanya kepada pemberita di Kuala Selangor.

    ReplyDelete
  17. Katanya, pemimpin dan penyokong pakatan rakyat khususnya dalam kalangan beragama Islam, sepatutnya menerima kegagalan mereka untuk menguasai pentadbiran negara ini sebagai ketentuan yang ditetapkan Allah S.W.T.

    ReplyDelete


  18. Pembangkang Perlu ‘Gentleman’ Sebagaimana Romney Tewas Kepada Obama

    Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ir. Idris Haron menyarankan pakatan pembangkang di negara ini untuk mengambil tauladan bagaimana ‘gentlemannya’ Parti Republikan di Amerika Syarikat apabila tewas dalam pemilihan presidennya semalam.

    Katanya, sewajarnya ia menjadi contoh kepada pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan Pas untuk mengambil iktibar dan memahami erti demokrasi yang sebenar tanpa mewujudkan pelbagai manipulasi kepada pihak lawan dan anggota yang menang.

    “Keadaan tersebut tidak berlaku di Malaysia kerana pakatan pembangkang di sini tidak dapat menerima hakikat apabila ditolak malah sekiranya merasakan bahawa mereka sudah tidak ada kekuatan maka mereka akan melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan dan agensi-agensi yang terlibat dalam pilihan raya,” katanya kepada UMNO-Online.

    Jelasnya, ini dapat dilihat sebagaimana pakatan pembangkang melemparkan pelbagai manipulasi termasuklah menuduh kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus, tidak cekap dan bersikap tidak adil.

    “Sebagaimana yang berlaku dalam penggal-penggal yang lalu pembangkang akan menuduh bahawa pilihan raya yang dijalankan tidak bersih, dikaitkan dengan wujudnya pengundi hantu dan macam-macam lagi apabila mereka tewas.

    “Lebih dari itu pakatan pembangkang juga akan menggunakan rakyat untuk mengadakan perhimpunan beramai-ramai sebagaimana Bersih yang telah membawa kepada kekacauan dan suasana tegang di Ibu Kota,” katanya lagi.

    Terang beliau yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, pembangkang perlu berpegang kepada demokrasi tulin sebagaimana Matt Romney yang mengakui kekalahannya tetapi menyeru rakyat Amerika untuk bersama-sama menyokong kepimpinan Obama sebagai Presiden negara terbabit biarpun Obama dari Parti Demokra

    ReplyDelete
  19. Gagal Tunai Janji: Rakyat Kedah Perlu Hukum Pakatan Pembangkang

    Rakyat semua kaum di Kedah perlu menghukum kerajaan negeri pakatan pembangkang yang diterajui PAS pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang atas kegagalan menunaikan janji dalam manisfesto mereka pada pilihan raya umum lepas.

    Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata kegagalan pakatan pembangkang menunaikan janji yang mereka buat itu membuktikan mereka bukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

    Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mudah termakan dengan hasutan PAS dan anggota pakatan pembangkang lain yang kini dilihat semakin terdesak meraih simpati rakyat menjelang PRU-13.

    “PAS…menabur fitnah kononnya wang BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) haram dan sebagainya yang berunsur negatif untuk memesongkan fikiran rakyat,” katanya semasa merasmikan program Gelombang Merah Peringkat Parlimen Baling di Perkampungan Keda Ulu Bakai di sini hari ini.

    Pada majlis itu, Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut menyampaikan sumbangan wang dan barang makanan kepada 70 warga emas dan veteran Umno.

    ReplyDelete
  20. Kerajaan Persekutuan Bantu Selesai Masalah Air Bersih Di 20 Lagi Kawasan Di Kelantan

    Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan sedang mengenal pasti 20 kawasan di jajahan Tumpat, Pasir Mas, Bachok dan Tanah Merah untuk pemasangan alat penapis air bagi memproses air dari sumber sungai dan telaga.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kos pemasangan alat penapis di kawasan terbabit dianggarkan berjumlah RM2 juta.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju menambah peruntukan bagi pemasangan alat penapis tersebut kerana prihatin dengan nasib penduduk di kawasan terbabit yang berada di tahap kritikal untuk mendapatkan air bersih, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama warga JPP Kelantan di sini, hari ini.

    Baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan mengambil langkah segera mengatasi masalah bekalan air bersih di Kampung Derdap di Tumpat dan Kampung Kubang Bemban di Pasir Mas, dengan memasang alat penapis yang setiap unit berharga RM95,000 bagi memproses air telaga.

    Mustapa, yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, berkata langkah segera Kerajaan Persekutuan itu berikutan bekalan air bersih yang dibekalkan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd kepada penduduk di kawasan terbabit tidak mencukupi.

    Beliau berkata maklum balas penduduk Kampung Derdap dan Kampung Tualang menunjukkan mereka berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang berjaya mengatasi masalah mereka dalam tempoh singkat dan dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih selesa.

    “Pemasangan alat penapis air ini adalah penyelesaian jangka pendek untuk membantu penduduk yang terlibat manakala penyelesaian jangka panjang kita serah kepada kerajaan negeri Kelantan,” katanya.

    Beliau berkata Kerajaan Persekutuan mempunyai komitmen tinggi untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat Kelantan tanpa ‘pilih bulu’ walaupun di kalangan mereka memiliki fahaman politik yang berbeza.

    Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan tomahan daripada pihak tertentu, Kerajaan Persekutuan terus membantu membangunkan negeri ini dalam semua bidang supaya rakyat hidup makmur, aman dan harmoni, katanya.

    ReplyDelete
  21. SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA


    Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang Pengerusi dan 2 orang Ahli.

    Pengerusi pertama Suruhanjaya ialah Y.Bhg. Dato' Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan, manakala Ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh.

    Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, bilangan Ahli Suruhanjaya ditambah kepada 3 orang. Ahli tambahan itu sama ada dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir.

    Y.Bhg. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama mewakili 2 negeri berkenaan. Pada tahun 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi. Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama mengisi jawatan Timbalan Pengerusi. Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi 7 orang iaitu Seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak.

    Bagi membolehkan ia menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya membentuk sebuah Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan. Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958.

    Sejak penubuhannya pada tahun 1957 sehingga 1978, Ibu Pejabat Suruhanjaya terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Clark, Kuala Lumpur.

    Dari tahun 1978 hingga 1985 Suruhanjaya Pilihan Raya beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1985 ia berpindah ke Bangunan Tong Ah, Jalan P.Ramlee dan beroperasi di sana sehingga tahun 1988 sebelum berpindah pula ke Aras 5-8, Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Pada bulan November 2000 Ibu Pejabat Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya.

    ReplyDelete
  22. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan para petugasnya sentiasa bersikap berkecuali serta profesional dalam melaksanakan perjalanan pilihan raya di negara ini.

    ReplyDelete
  23. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini dibuktikan dalam 16 pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum 2008 di mana Barisan Nasional (BN) menang lapan kali dan lapan lagi dimenangi pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  24. SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

    Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:-

    1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8
    tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;

    2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

    3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

    Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dalam setiap pilihan raya.

    ReplyDelete
  25. SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

    Bagi memudahkan pelaksanaan tugas-tugasnya yang berkaitan dengan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan-peraturan telah digubal. Undang-undang dan peraturan-peraturan ini bukan hanya memberi mandat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi juga digunakan sebagai panduan kepada parti-parti politik, calon-calon dan ejen-ejen mereka yang perlu diikuti.

    Senarai undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan adalah seperti berikut:

    Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
    Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
    Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya), 1981
    Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih), 2002
    Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003

    Sebagai tambahan, Perkara 113 hingga Perkara 120 dan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan dan Perkara lain yang berkaitan dalam Perlembagaan Negeri hendaklah juga dirujuk.

    ReplyDelete
  26. "Kami tidak berpihak kepada mana-mana parti. Ini hanya satu persepsi. Sesiapa yang menang sebab rakyat berdasarkan sentimen pengundi itu sendiri.

    ReplyDelete
  27. Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat adalah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihanraya umum yang diadakan setiap lima tahun sekali. Pilihanraya mula diperkenalkan di Tanah Melayu sejak sebelum merdeka di mana pilihanraya pertama Tanah Melayu telah diadakan pada tahun 1955. Pilihanraya adalah sebagai satu kaedah yang berwibawa bagi memilih pemimpin-pemimpin politik dan ketua negara di seluruh dunia. Pilihanraya juga merupakan pemilihan umum ke atas seseorang untuk sesuatu jawatan dan pemilihan dibuat menerusi undi sesebuah perkumpulan (constituent body).

    Pilihanraya boleh dijalankan menerusi pelbagai cara atau kaedah. Prosedur mengundi adalah rahsia, direkod dan diterbitkan seperti dalam banyak pilihanraya dan diadakan di seluruh dunia. Dari segi sejarah, pilihanraya merupakan salah satu kaedah daripada berbagai-bagai cara pemilihan dan ia menjadi kaedah yang sangat dominan dalam abad ke 20 iaitu seperti kaedah pendemrokasian.

    Dalam pilihanraya, pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh pihak tertentu. Maka dalam satu-satu pilihanraya terdapat dua pihak yang terlibat iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya.Tujuan mengadakan pilihanraya adalah untuk memilih seseorang yang akan mewakili kepentingan rakyat dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa organisasi di mana seseorang berkenaan dipilih untuk bertugas melaksanakanya.

    Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dilantik oleh Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja. Suruhanjaya ini terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tiga orang ahli. Salah seorang daripada ahlinya hendaklah memegang jawatan mengikut giliran samada dari Sabah atau Sarawak. Setiap ahli mempunyai kedudukan istimewa iaitu tidak dilucutkan daripada jawatannya melainkan dengan tatacara yang sama melucutkan seorang Hakim Mahkamah Tinggi. Ahli SPR boleh memegang jawatan sehingga meningkat usia 65 tahun.

    ReplyDelete
  28. Kalau rakyat suka, mereka akan menang. Semua proses yang kita buat adalah mengikut undang-undang, kerana itu ejen parti dijemput sama

    ReplyDelete
  29. Beliau berkata SPR tidak pernah menolong mana-mana parti untuk menang dan sepanjang tempoh berkempen, semua calon dan parti dibenarkan berkempen dengan syarat mendapat permit.

    ReplyDelete
  30. Apa yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu, mereka cuba menunjukkan bahawa SPR tidak boleh dipercayai... jadi orang kesian kepada dia. Pembangkang kalau kalah macam-macam dia kata kepada SPR... kalau dia menang dia puji melambung

    ReplyDelete
  31. Kata Abdul Aziz, beliau sendiri sebagai Pengerusi SPR tidak pernah meminta petugas SPR supaya memihak kepada mana-mana parti dan membuat program bagi orang tertentu.

    ReplyDelete
  32. Perkara 114. Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya.

    (1) Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi,seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain.

    (2) Pada melantik anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

    (3) Seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya terhenti daripada memegang jawatan apabila mencapai umur enam puluh lima tahun atau apabila hilang kelayakan di bawah Fasal (4) dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

    (4) Walau apa pun apa-apa jua dalam Fasal (3), Yang di-Pertuan Agong hendaklah melalui perintah memecat daripada jawatan mana-mana anggota Suruhanjaya Pilihan Raya jika anggota itu--
    (a) seorang bankrap belum lepas; atau(b) melibatkan diri dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya; atau(c) ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan sesuatu Negeri.

    4A) Sebagai tambahan kepada apa-apa kehilangan kelayakan yang diperuntukkan di bawah Fasal (4), pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu jika selepas tiga bulan pelantikannya ke jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu dia ialah atau menjadi anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal ehwal atau urusan, mana-mana organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana pengusahaan komersial, perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya:

    Dengan syarat kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai jika organisasi atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang bersifat khairat atau sosial, dan anggota itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.

    (5) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.(5A) Tertakluk kepada Peruntukan perkara ini, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi terma-terma jawatan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya selain saraan mereka.

    (6) Saraan dan terma-terma lain jawatan bagi seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya tidaklah boleh, selepas pelantikannnya, diubah menjadi kurang baik baginya.(

    7) Jika, dalam apa-apa tempoh, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya telah diberi kebenaran bercuti oleh Yang di-Pertuan Agong atau tidak dapat menunaikan fungsinya kerana dia tidak ada di dalam Persekutuan, sakit atau apa-apa sebab lain, maka timbalan pengerusi hendaklah menunaikan fungsi pengerusi selama tempoh itu, dan jika timbalan pengerusi juga tidak ada atau tidak dapat menunaikan fungsi itu, maka seorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menunaikan fungsi pengerusi selama tempoh itu.

    ReplyDelete
  33. Sementara itu, beliau berkata tindakan SPR tidak membenarkan Malaysians For Free and Fair Elections (Mafrel) menjadi badan pemerhati bebas untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 adalah kerana Mafrel gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  34. Jika benar SPR menjadi alat kepada parti memerintah sekarang iaitu Barisan Nasional (BN), mengapakah BN hanya mendapat majoriti mudah ketika PRU-13 ini?

    ReplyDelete
  35. Satu lagi bukti jelas SPR bebas dan adil mengendalikan pilihan raya ialah dalam 16 pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung selepas PRU-12, yang mana lapan daripadanya dimenangi pembangkang dan hanya tujuh memihak kepada BN. Oleh itu kita tahu bahawa kemenangan BN pada kali ini adalah oleh sebab pilihan rakyat.

    ReplyDelete
  36. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    FASTEN your seat belts. Campaigning for the 14th General Election (GE14) is already under way. In 2008, the opposition recorded its most impressive victories with five states going its way. A lot have gone its way since then, including in this year's elections despite losing Kedah to the ruling Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  37. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    The opposition's modus operandi since four years ago remains, and seems to be expanding by the minute. Rule number one -- always say the winner won in a dubious manner, no matter how much it has gained.

    ReplyDelete
  38. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    Next, always put the onus on BN leaders to explain and re-explain repeatedly to the people about allegations of vote fraud, phantom voters, corruption and whatever else that makes negative reading.

    ReplyDelete
  39. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    Number three -- maximise social media application 24/7 to remind the electorate of such allegations, with so-called friendly non-governmental organisations and media chipping in.

    ReplyDelete
  40. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    The newest tactic -- take its grievances out in the open, in shopping centres with kids in tow dressed in black, mouths taped-up and keep coming out with statements about protests and demonstrations -- done peacefully, of course.

    ReplyDelete
  41. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    And so, while the mainstream media focus is on why a large bloc of Chinese voters swung away from BN, friends of the opposition trumpet that the votes it got are from all races.

    ReplyDelete
  42. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    The agitation against the results of GE13 seems to have a two-pronged motive -- the first is to force the authorities, especially the police and security agencies, to act against the demonstrators and, perhaps, arrest Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  43. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    The rally in Kelana Jaya is the start of a continuous government and Election Commission bashing tactic until the next general election. The police had advised people not to join the gathering and also for the organisers to delay it, but to no avail. The police are now exploring the possibility of making a few arrests.

    ReplyDelete
  44. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    Selangor police chief deputy commissioner Datuk Tun Hisan Tun Hamzah said there were 33 speakers at the rally, but 28 of them, including top opposition party leaders, had allegedly made speeches with elements of sedition and instigation.

    ReplyDelete
  45. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    He said those identified would be investigated under the Peaceful Assembly Act, Sedition Act and Penal Code, and might face arrest if they did not comply with the summons for questioning by investigators.

    ReplyDelete
  46. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    If the authorities do act against them, especially by arresting Anwar, we can probably visualise the headlines and the kind of reports that will follow. Anyone who has a keen eye for news can see a few reports that refer to the BN government as a "regime".

    ReplyDelete
  47. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    One gets the feeling that demonstrations and protests against the GE13 results have another objective -- to force BN supporters to react and that will lead to more tension.

    ReplyDelete
  48. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    In the process, the opposition hopes to derail whatever positive and "lets move on" messages from the Datuk Seri Najib Razak-led administration. Truly, the age of free speech has arrived, especially in cyberspace with government and opposition-friendly sites trading blows relentlessly.

    ReplyDelete
  49. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    Also, it is interesting to note that Utusan Malaysia and other newspapers attempt to kick start an honest and transparent review of why a large bloc of Chinese voters rejected BN candidates is met with criticism and threats of court proceeding.

    ReplyDelete
  50. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    So now we hear that the Anwar bandwagon will roll to every state to show Malaysians and the outside world how he and Pakatan supporters will never recognise GE13 results.

    ReplyDelete
  51. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    In light of such incitement, it is remarkable that the prime minister has chosen to remain calm and remind everybody to not lose perspective over the election results.

    ReplyDelete
  52. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    One classic quote from him was when he highlighted a strange phenomenon of the opposition not accepting BN's win at the national level but accepted the results in the states it won, describing this kind of attitude "weird".

    ReplyDelete
  53. While Najib is concentrating on nation building, the other party is on nation-inciting mode. Which do you prefer?

    "In Kelantan, Selangor and Penang, the opposition is going ahead with appointing the menteris besar and chief minister. "So, why can't it accept the results at the national level as it has at the state level? Don't be selective. When you win, you accept. When you don't win, you don't accept. It cannot be like that."

    ReplyDelete
  54. Protests or rallies will not be able to change the result of 13th general election or cause the polls to be held again, according to the Election Commission (EC).

    Chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said the unhappy candidate could apply for a review of the result by making a petition after the result was gazetted in accordance with the law.

    ReplyDelete
  55. "After the result is gazetted, he has 21 days to file a petition and if there is proof and the judge admits the existence of corruption, fraud or illegal acts, the High Court judge will declare the election result invalid.

    "Only then a re-election will be called. A rally such as the one tonight will not change anything," he said.

    ReplyDelete
  56. Abdul Aziz said despite issues over as indelible ink, and allegations of phantom voters and power blackout, the polls were clean and orderly and the EC was not involved in helping any party to win.

    "I would say that GE13 was fair. The winner did not receive EC help while the loser was not because EC did not help. The votes of registered voters determined the winner and the loser."

    ReplyDelete
  57. The Election Commission (EC) dismissed Parti Keadilan Rakyat adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim's allegation that it did not carry out any improvement in the 13th General Election (GE13) as a lie aimed at confusing the people.

    EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said the commission had carried out various improvements for the just-concluded general election on Sunday, including providing the cleanest-ever electoral rolls.

    ReplyDelete
  58. He said the electoral rolls used in GE13 had been gazetted through a thorough cleaning process and online review of citizen record and latest voters' address in the data base of the National Registration Department.

    "As the voter registration system uses the unique 12-digit of the identification card as registration identifier, therefore, it was impossible to obtain multiple registration in GE13 electoral rolls," he said.

    ReplyDelete
  59. He explained that through the registration system, non-citizens - whether they were from Bangladesh, Indonesia, China or India - could not register as additional voters.

    Apart from that, Abdul Aziz said the electoral rolls used in GE13 had been verified, gazetted and finalised.

    ReplyDelete
  60. "It is impossible to enter additional voter name after a certain electoral roll has been gazetted for the election.

    "As such, the allegation that 40,000 Bangladeshis were brought in to vote in GE13 was completely unfounded and slanderous after the electoral rolls were gazetted and finalised," he added.

    ReplyDelete
  61. In the general election, the EC also conducted early voting on April 30, which involved 235,826 police and armed forces staff and their spouses to replace the balloting process through the post for the group.

    He said in line with the claims of opposition political parties and non-governmental organisations, the EC introduced the indelible ink in GE13 as an additional element to strengthen the balloting procedure to prevent any attempt by a party to vote twice.

    ReplyDelete
  62. Abdul Aziz said the primary basis of reviewing voter identity and the method to ensuring a voter did not vote more than once, was that the name list in the electoral rolls was used in each stream or voting place on polling day.

    "If a person's name could not be found or has been deleted after voting, the voter could not vote more than once. This means multiple voters could not have happened in the balloting process of this country," he said.

    ReplyDelete
  63. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengotakan janjinya untuk berundur kerana gagal menawan Putrajaya selepas PRU13.

    ReplyDelete
  64. Bekas Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Abu Seman Yusop berkata, Anwar dilihat masih mengimpikan jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi merealisasikan cita-citanya.

    ReplyDelete
  65. “Beliau telah menyatakan sebelum ini, jika kalah beliau akan berundur tetapi jelas sehingga kini beliau masih lagi menjadi Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).

    ReplyDelete
  66. “Beliau sepatutnya menunaikan janjinya itu tetapi saya lihat apa yang dilakukan hari ini lebih kepada keinginan peribadi berbanding kepentingan rakyat,” katanya

    ReplyDelete
  67. Menurutnya, usaha PR menganjurkan pelbagai perhimpunan untuk menolak keputusan PRU13 bakal memberi impak negatif kepada negara.

    ReplyDelete
  68. petisyen dah dihantar. jdi tnggu keputusannya.

    ReplyDelete
  69. Timbalan Setiausaha Agung Pas, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyifatkan isu penyebaran berita palsu melalui laman sosial mengenai kenaikan harga barang oleh pembangkang termasuk yang dikaitkan dengan peranannya sendiri sebagai satu perkara remeh.

    Beliau yang bagaimanapun tidak menafikan dakwaan itu berkata, isu yang dianggap sebagai cubaan menghasut dan membangkitkan kemarahan rakyat itu tidak perlu 'digembar-gemburkan' kerana baginya, lebih banyak isu besar yang perlu diselesaikan ketika ini.

    ReplyDelete
  70. "Tak payah cakaplah pasal tu (penipuan kenaikan harga barang). Saya banyak benda lain lagi nak handle. Sebab apa nak highlight (ketengahkan) benda kecil macam tu?

    "Sekarang ni orang tengah heboh pasal kebangkitan rakyat dan penipuan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dalam PRU (Pilihan Raya Umum) yang lalu. Bukan lagi pasal isu ini,

    ReplyDelete
  71. Pas tetap akur dan menerima hakikat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dibuat oleh rakyat walaupun Ketua Pembangkang terus menggerakkan siri perhimpunan mengajak rakyat untuk membantah.

    Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Wahid Endut berkata, Pas berpegang kepada prinsip politik matang dan sama ada keputusan PRU memberi kemenangan atau kekalahan tetap diterima dengan berlapang dada.

    ReplyDelete
  72. "Kita tak mahu politik fesyen lama, kita gentleman. Kita terima menang atau kalah (keputusan PRU-13). Kita dah rasa semua, kalah dan menang kita dah rasa, tapi banyak kalah dari menanglah.

    "Tak apalah, tapi kita nak politik kita lebih matang, jangan ada unsur dendam dan benda-benda yang tak sepatutnya berlaku dalam senario politik sekarang.

    ReplyDelete
  73. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis bagi meminta siasatan dijalankan terhadap segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang yang meragui ketelusan suruhanjaya tersebut sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  74. Laporan dibuat oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada pukul 5.13 petang ini.

    Menurut sumber, laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan terhadap tuduhan pembangkang mengenai isu pengundi hantu serta bekalan elektrik terputus.

    ReplyDelete
  75. Sebelum ini, pakatan pembangkang mempertikaikan keputusan PRU-13 yang didakwa tidak telus serta menyalahkan SPR hingga ada kumpulan propembangkang merancang untuk menganjurkan demosntrasi jalanan bagi menumbangkan kerajaan.

    ReplyDelete
  76. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertekad untuk mengadakan lebih banyak perhimpunan secara terbuka di seluruh negara kononnya untuk membantah proses pilihan raya umum yang tidak adil.

    ReplyDelete
  77. Pemerhati luar yang terdiri daripada dalam dan luar negara walau bagaimanapun mengakui PRU-13 dijalankan dengan prinsip ketelusan dan semangat demokrasi.

    ReplyDelete
  78. Difahamkan, sebanyak 27 kawasan Parlimen dipertikaikan keputusannya dengan calon pakatan pembangkang telah kalah di kawasan itu. Kenapa tidak pertikaikan semua kerusi yang ada. Nampak sangat mereka ini cuma ingin mengejar Kemenangan paksa.

    ReplyDelete
  79. Sudah biasa..kalau ikut stail puak pembangkang segalanya terus nak memekak.Kali ini belum apa-apa lagi sampai nak minta Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof letak jawatan.

    ReplyDelete
  80. Kalau bab nak cetuskan keraguan konon kerajaan nak menipu masa PRU13 serah saja kepada puak-puak pembangkang ini.

    ReplyDelete
  81. Naib Presiden PKR Tian Chua terus buat laporan polis selepas dakwa 20 orang anggota pasukan keselamatan tunjuk kepadanya dakwat itu tanggal setelah dibasuh. pembangkang pasti akan menimbulkan keraguan untuk menjadikan isu.

    ReplyDelete
  82. Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013

    ReplyDelete
  83. Ujian yang dilakukan oleh SPR adalah terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos dengan sebahagian daripada mereka dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian yang lain pula dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang.

    ReplyDelete
  84. Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal

    ReplyDelete
  85. SPR memaklumkan bahawa SPR membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam pilihan raya umum ke-13.

    ReplyDelete
  86. Sebarang demonstrasi tidak akan selesaikan masalah. Demonstrasi ini tidak akan meluluskan pindaan kerana kerajaan sedia ada tidak ada majoriti dua pertiga.

    ReplyDelete
  87. Sejak mula lagi.. ada sahaja di laman sosial mempertikaikan 2 perkara yang mempertikaikan kredibiliti SPR sebagai agensi yang adil dalam melakukan tugasan mereka. Ketakutan pakatan pembangkang menyebabkan mereka mengalami delusi dan bersangka buruk kepada pihak yang jelas tidak menyebelahi mereka.

    ReplyDelete
  88. Kononnya ada seorang pengundi boleh mengundi 2 atau 3 lokasi berbeza malahan dikatakan pula konon mencalit dakwat kekal adalah kaedah SPR untuk memastikan kertas undi rosak kerana dakwat kekal ini akan meninggalkan kekotoran pada kertas undi. Ini konon menyebabkan calon pakatan pembangkang kalah! Alahaiiii...

    ReplyDelete
  89. Mereka ini siapa?

    ReplyDelete
  90. Jika Pakatan Tak Terima Keputusan PRU13, Kenapa Guan Eng & Ahmad Yaakob Angkat Sumpah?

    Anwar nampaknya tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan apa yang diidamkan beliau selama ini. Beliau akan bertindak dengan apa cara sekalipun bagi memastikan rancangan dan agendanya untuk menjadi PM tercapai.

    PRU13 ini, Anwar sekali lagi mengambil bahagian dan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan bersara sekiranya gagal dalam percaturannya kali ini. Namun, apabila terbukti dia gagal dalam meluaskan empayarnya untuk menguasai Putrajaya, sekali lagi makhluk munafik ini mungkir. Tidak cukup dengan itu dia turut mengugut untuk mendesak agar diadakan pilihanraya semula semata-mata untuk memuaskan nafsu hatinya.

    ReplyDelete
  91. Namun apa yang pasti, beliau telah gagal untuk menambah bilangan negeri untuk dikuasai malah telah hilang kerajaan negeri Kedah apabila majoriti rakyatnya mengundi untuk kembali kepada BN. Seperti kebiasaannya, salah sendiri akan ditunding kepada orang lain, dalam kes yang melibatkan pilihan raya, sudah tentu SPR yang akan menjadi kambing hitamnnya.

    ReplyDelete
  92. Beliau menuduh kononnya SPR tidak adil dan tidak telus malah menipu ketika melaksanakan proses pengiraan undi dan juga beberapa proses lain yang melibat penggunaan dakwat kekal, senarai daftar pengundi dan banyak lagi.

    Ini semua bagi menunjukkan protes Anwar ynag sekali lagi gagal membuktikan bahawa sistem pilihan raya negara ini tidak bersih dan tidak adil dengan mereka cerita dan tuduhan pelbagai kepada SPR. Tindakan Anwar menganjurkan Perhimpunan Kemarahan Rakyat malam tadi antara bukti, cita-citanya yang kemaruk untuk menjadi PM.


    ReplyDelete
  93. Sebagai contoh tuduhan mengenai bekalan eletrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial, yang menurutnya selepas disiasat, perkara itu tidak pernah berlaku.

    Mereka cuba untuk nampakkan kononnya SPR ini tidak ada integriti, tidak 'credible', suka menipu, sehinggakan boleh buat putus bekalan (elektrik), tukar keputusan dalam gelap. Ini adalah satu satu penipuan, pembohongan, dusta yang sangat melampau, sangat keji.


    ReplyDelete
  94. Asyik dok sesak sini sesak sana

    ReplyDelete
  95. Persepsi merupakan mainan penting dalam politik, dan pihak yang kalah biasanya akan berusaha mencipta persepsi bahawa SPR ini satu badan yang tidak berwibawa, tidak berintegriti, sedangkan ia hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah.

    Walaupun Anwar tidak menerima keputusan pilihan raya, nampaknya KM P Pinang dan MB Kelantan sudah pun mengangkat sumpah. Adakah mereka juga tidak terima keputusan PRU13? Kenapa mereka tidak bersetuju dengan Ketua Umum mereka dan turun bersama untuk memperjuangkan kononya hak Pakatan Rakyat yang lain?


    ReplyDelete
  96. Selain daripada itu, tindakan Anwar menulis tweet, kononnya PR telah menang sebelum sebarang keputusan diumumkan adalah taktik Anwar untuk memburukkan proses pilihanraya. Ini bagi memastikan rakyat tertipu dengan taktik kotor beliau dan secara tidak langsung menggembirakan penyokongnya.

    ReplyDelete
  97. Namun, setelah pengiraan secara teliti dibuat, ternyata mereka kalah dalam undi sehingga membuatkan penyokong PR yang sebelum ini rasa kecewa dengan keputusan yang rasmi. Inilah taktik Anwar Ibrahim, segala penipuan dan politik kotot digunakan bagi mengejar cita-citanya selama ini.

    Rakyat yang menyokong beliau nampaknya masih belum sedar bahawa mereka sekarang sedang ditipu dan dikaburkan pandangan mereka oleh Ketua Pembangkang ini


    Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2013/05/jika-pakatan-tak-terima-keputusan-pru13.html#ixzz2TZ4kfc2A

    ReplyDelete
  98. APakah yg mereka peroleho?

    ReplyDelete
  99. This is merely to gain attention

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.