DAP mahu Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan mendesak agar pihak berkuasa bertegas menghentikan semua kenyataan dan tindakan pihak tertentu yang terus membakar sentimen perkauman.
Sentimen perkauman seolah-olah sengaja disemarakkan media kawalan UMNO hingga menjadi rentetan tuduhan emosional Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang melihat kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) pada PRU ke-13 lalu sebagai ‘tsunami Cina’.
Selaras dengan gagasan 1Malaysia, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua dalam kenyataannya meminta agar Perdana Menteri menunjukkan keikhlasan perjuangan beliau dan bertanggungjawab terhadap apa jua tindak-tanduk yang boleh mengancam keharmonian negara.
“Perdana Menteri bercakap mengenai “perpaduan nasional” pada malam keputusan pilihan raya diumumkan tetapi apa yang kami saksikan sekarang ialah “perpaduan nasional yang semakin buruk” dan beliau sendiri seperti tidak mampu mengawalnya.
“Kami dapat lihat selepas itu bagaimana Utusan Malaysia menambah burukkan lagi keadaan dengan menyalahkan masyarakat Cina berikutan keputusan yang berlaku,” ujar Pua.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, tajuk “Apa lagi Cina mahu?” pada muka depan Utusan Malaysia dan kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa “Cina tolak salam persahabatan orang Melayu” memburukkan lagi keadaan.
“Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun, kita tidak boleh menerima serangan Utusan Malaysia ke atas CEO AirAsiaX, Azran Othman yang menuduh beliau ‘anti-Melayu’, ‘lupa asal usul’ semata-mata disebabkan kenyataan beliau; “Saya rakyat Malaysia. Saya anti perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan”.
“Kami berasa hairan dan terkejut bagaimana Utusan Malaysia tergamak mencerca mereka yang menentang perkauman,” katanya.
Keadaan bertambah ‘sakit’ apabila media kawalan UMNO dan blogger mereka menyeru untuk memboikot “perniagaan orang Cina”. Ini termasuk pertubuhan yang mempunyai hubungan dengan mereka seperti Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Apa yang lebih menyedihkan kata Pua adalah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek yang berkata kerajaan tidak menyokong tindakan itu tetapi menyifatkan mereka mempunyai hak untuk membuat seruan boikot itu memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang bebas.
“Kita tak boleh nafikan bahawa sesiapa pun mempunyai hak peribadi, memilih untuk menjadi rasis tetapi menjadi tugas kerajaan menegur dan bertindak terhadap seruan sebegitu kerana ianya memang tidak sihat untuk perpaduan negara.
“Justeru kami di dalam PR-DAP menyeru seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran dan waras untuk bersatu menentang semua ajakan, hasutan dan tindak-tanduk yang menyemarakkan api perkauman kerana kami semua adalah rakyat Malaysia,” ujar Pua lagi.-Roketkini
Monday, May 20, 2013
Mengapa Tak Tangkap Pemimpin UMNO Yang Rasis?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jika benar DAP mahu negara aman, kenapa tidak arahkan supaya Anwar menghentikan perhimpunan haram??
ReplyDeletejika benar DAP mahu negara aman, kenapa majoriti yang berhimpun adalah dikalangan penyokong2 tegar DAP?
ReplyDeleteSiapa tidak mengenali parti UMNO. Ianya adalah parti keramat orang Melayu. Ianya amat berjasa sekali kepada Tanah Melayu kemudian Malaya kemudiannya Malaysia dan rakyatnya. UMNO adalah sebuah parti yang di tubuhkan oleh orang Melayu bagi menentang Malayan Union tajaan British. Kemudian UMNO adalah parti yang telah memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia kemudian bersama-sama dengan parti komponennya iaitu MCA dan MIC.
ReplyDeleteUMNO juga yang telah membawa masuk Sabah dan Sarawak melalui persetujuan pemimpin2 tempatan di Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia pada tahun 1963. Oleh itu hendak mengatakan parti UMNO itu rasis amat jangkal sekali kerana bila hendak menuntut kemerdekaan kita panggil parti-parti MCA dan MIC yang mewakili kaum Cina dan India untuk berunding bagaimana caranya dan apakah polisi serta falsafah yang hendak kita ajukan kepada kerajaan British bagi kita menuntut kemerdekaan Malaya pada ketika itu. Bila hendak menubuhkan Malaysia antara Sabah dan Sarawak UMNO panggil pimimpin2 tempatan yang terdiri dari berbagai kaum.
ReplyDeleteSelepas 56 tahun merdeka kenyataan rasis terhadap parti UMNO masih berkumandang. Kenapa agaknya????? Kalau hendak di bandingkan dengan Doktrin DAP jauh lebih baik parti UMNO kerana parti UMNO yang mewakili kaum Melayu sentiasa inginkan kuasa politik di kongsi bersama dengan kaum-kaum lain di Malaysia, walaupun ada setengah kaum hanya mementingkan diri mereka sendiri.
ReplyDeleteKita kalau melihat akan penguasaan ekonomi oleh kaum-kaum lain di Malaysia, tidak keberatan untuk mengatakan bahawa persaingan ekonomi telah meyebabkan kaum-kaum lain agak curiga dan iri hati serta dengki dengan pencapaian kaum Melayu dalam ekonomi setelah "sistem penswastaan di wujudkan di Malaysia satu ketika dahulu".
ReplyDeleteWalaupun ada terdapat kekurangan di sana sini tetapi sistem itu telah menimbulkan minat dan kecenderungan "kaum Melayu" untuk menceburi bidang perniagaan yang satu ketika dahulu agak asing dan tidak pernah di buat oleh kaum Melayu melainkan "bertani dan berkerja dengan kerajaan ataupun makan gaji".
ReplyDeleteITULAH SEBABNYA YAB PM NAJIB TUN RAZAK KATA UMNO BUKAN PARTI RASIS KERANA IA SENTIASA MEMBERI KEADILAN KEPADA SEMUA RAKYAT TANPA MENGIRA KAUM DI MALAYSIA. INI BERMAKNA UMNO BERPEGANG KUAT KEPADA SERUAN AL-QURAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD [SAW] SERTA PERLEMBAGAAN MALAYSIA. UMNO SEJAK DI TUBUHKAN 67 TAHU LALU SENTIASA MENGANGGAP BUKAN MELAYU SEBAGAI RAKAN KONGSI DAN AKAN TETAP MEMPERTAHANKAN DASAR YANG SEDERHANA, ADIL DAN SAKSAMA KEPADA SEMUA BANGSA.
ReplyDeleteWALAUPUN DALAM UMNO ITU SENDIRI TIADA KAUM-KAUM LAIN CUMA ADA MELAYU DAN BUMIPUTRA TETAPI DALAM BARISAN NASIONAL YANG DI TUNJANGI OLEH UMNO ADA PARTI-PARTI KOMPONEN YANG TELAH BERSAMA-SAMA MEMBANGUNKAN NEGARA DAN MENSEJAHTERAKAN RAKYAT SELAMA 56 TAHUN. MCA DAN MIC TETAP BERSAMA-SAMA DENGAN UMNO BAIK JATUH ATAUPUN BANGUN. INILAH CONTOH BAGAIMANA SEMANGAT BARISAN KITA BARISAN NASIONAL DARI PERLIS SAMPAI KE SABAH MALAYSIA SUDAH BERJAYA.
ReplyDeleteUmno mampu membawa pelbagai kejayaan yang lebih baik untuk Malaysia pada masa hadapan menerusi sokongan berterusan rakyat Malaysia. PRU13 telah menterjemahkan bahawa sokongan padu rakyat terutama sokongan orang Melayu terhadap UMNO telah memperlihatkan bahawa rakyat di seluruh negara menghargai setiap jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh UMNO selama ini.
ReplyDeleteKedudukan UMNO semakin kukuh untuk kita memacu ke hadapan bagi mencapai cita-cita negara maju menjelang Wawasan 2020. Marilah kita bersama-sama berusaha memastikan UMNO terus meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu dan setiap rakyat yang memerlukan bantuan.
ReplyDeleteProses peremajaan UMNO perlu berlaku lebih pantas dengan memperluaskan ruang kepada generasi muda, kumpulan professional dan kelas menengah Melayu untuk bergiat lebih aktif dalam parti. Umno perlu melalui satu proses transformasi politik yang lebih komprehensif dan radikal untuk menjadi parti politik Melayu Islam dan Malaysia dinamis, inklusif serta berwawasan agar universal dari segi perjuangan tanpa melupakan objektif asal penubuhan.
ReplyDeleteHari ini hasil usaha UMNO dan Barisan Nasional memajukan bangsa lahir ramai kelas menengah Melayu berpendidikan tinggi berkerjaya dan tinggal di kota besar. Golongan ini berhadapan realiti baru kehidupan sebagai masyarakat bandar jauh berbeza dengan zaman awal penubuhan UMNO yang lebih tertumpu kepada masyarakat desa dan luar bandar.
ReplyDeleteGolongan kelas menengah Melayu perlu disantuni oleh UMNO kerana mereka pasak kekuatan UMNO yang baru. Selain itu generasi muda juga kelompok penting yang perlu didampingi secara lebih dekat oleh UMNO. Citra dan pemikiran mereka berbeza dengan generasi awal UMNO yang membina asas serta mencorak hala tuju perjuangan parti lama ini. Dengan mendampingi golongan muda serta mengajak mereka untuk bersama-sama berjuang dalam UMNO parti kita akan mendapat suntikan semangat dan idea baru.
ReplyDeleteUMNO mempunyai tempoh lima (5) tahun sebelum sekali lagi menghadapi pilihan raya bagi memperoleh mandat rakyat untuk terus menerajui negara. PRU14 akan menjadi titik penentuan penting kelangsungan UMNO sebagai parti keramat orang Melayu. Dalam tempoh singkat ini setiap peringkat kepimpinanUMNO dari pusat negeri hingga bahagian dan cawangan perlu bermuhasabah melakukan pembetulan serta bertindak memastikan UMNO terus mengungguli perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara tercinta.
ReplyDeleteKita amat tertarik dengan kenyataan Nazri Aziz mengenai kenapa ANWAR DAN KIT SIANG AMAT KECEWA. KETUA PEMBANGKANG, ANWAR IBRAHIM DAN SEKUTU FASISNYA PUNAHSIHAT DOKTRIN DAP SIBUK MENGADAKAN PERHIMPUNAN HARAM MEMBANTAH KEPUTUSAN PRU13 KERANA AMAT KECEWA SETALAH GAGAL MENUMBANGKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL.
ReplyDeleteSEPATUTNYA SEBAGAI PENGAMAL DEMOKRASI BUKAN DEMONCRAZY ATAU DEMOCRAZY KEPTUSAN RAKYAT MESTI DITERIMA BERDASARKAN KEPADA SISTEM DIGUNA PAKAI BERDASARKAN PERLEMBAGAAN. YAB PM SEBAGAI PENGERUSI BARISAN NASIONAL DARI AWAL LAGI MENYATAKAN "BARISAN NASIONAL AKAN MENERIMA APA JUGA KEPUTUSAN RAKYAT PADA PRU13 NANTI". TETAPI MASALAHNYA KENAPA KEDUA-DUA KEPALA "PUNASIHAT" ITU TIDAK MAHU TERIMA "HUKUMAN RAKYAT"?????
ReplyDeleteMohamed Nazri berkata, pengundi Cina menolak BN kerana merasakan kerajaan tidak ikhlas melaksana konsep 1Malaysia kerana masih mengekalkan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Sedangkan, kata beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak awal lagi menegaskan konsep 1Malaysia itu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan yang mempertahan golongan bumiputera dan Melayu tanpa meminggirkan kaum-kaum lain.
ReplyDeleteUMNO tidak pernah mengamalkan perjuangan yang bersifat rasis sebaliknya sejak ditubuhkan, parti itu telah bekerja keras membawa kemajuan pada negara ini yang boleh dinikmati oleh semua kaum terutama bangsa Cina dalam sektor perniagaa
ReplyDeleteVeteran UMNO Kelantan, Datuk Rozali Isohak berkata, walaupun jelas perjuangan parti itu berdasarkan Perkara 153 Perlembagaan, namun dasar yang dibuat adalah secara adil iaitu mengutamakan Melayu dan bumiputera, pada masa sama kaum lain tidak pernah dipinggirkan.
ReplyDeleteBekas Timbalan Menteri Besar II Kelantan itu berkata, pandangan bahawa UMNO adalah parti rasis hanya timbul selepas gerakan ekstremis DAP menggunakan sentimen perkauman sehingga kebanyakan rakyat terutama golongan muda lupa perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) selama ini yang membawa kemakmuran negara. Memang betul apa yang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata, cuma apa yang berlaku sekarang adalah orang tidak menilai semua itu. Kita memang bukan rasis walaupun kita Melayu tetapi berjuang untuk semua bangsa malah di Sabah dan Sarawak bukan orang Melayu sahaja menjadi ahli UMNO.
ReplyDeleteUMNO sama dengan DAP, bukan parti rasis cuma bezanya gerak kerja DAP sangat rasis sehingga UMNO tidak lagi dikenang jasanya dan kalau kita tengok trend pilihan raya umum baru-baru ini memang ke arah perkauman sehingga orang Cina tolak," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini
ReplyDeletePresiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan bahawa UMNO tidak tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu sebaliknya parti tersebut berjaya menambahkan bilangan kerusinya daripada 79 kepada 88.
ReplyDeleteTegas beliau, perhimpunan sempena ulang tahun ke 67 UMNO di Dewan Merdeka menunjukkan bahawa parti tersebut gagah perkasa.
ReplyDelete"UMNO bukan parti rasis. UMNO parti yang sederhana dari dulu hingga sekarang. Kita memberi keadilan hak kepada bukan Melayu dalam negara kita dan kita menganggap mereka sebagai rakan kongsi.
ReplyDelete"Kita tetap akan pertahankan dasar yang sederhana dan saksama dalam negara ini. Inilah formula yang terbaik dan bukannya formula keterlaluan untuk memancing undi yang akhirnya akan memusnahkan negara kita. Kita tidak akan benarkan politik yang sedemikian," tegas beliau.
ReplyDeleteUjarnya, meskipun diasak dan diserang dengan pelbagai tuduhan, tohmahan, fitnah dan mehna tetapi akhirnya rakyat Malaysia telah membuat keputusan bahawa mereka ingin kepada kestabilan, ingin kepada kesinambungan dan ingin melihat agenda pembangunan dan transformasi negara yang dibawa oleh BN diteruskan.
ReplyDelete"Saya sebagai Pengerusi BN lebih awal lagi menyatakan bahawa BN akan menerima apa juga keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam PRU namun yang anehnya mereka yang banyak bersuara tentang demokrasi, yang mengatakan bahawa rakyat itulah yang akan menentukan segala-galanya setelah PRU berakhir tetapi enggan menerima keputusan demokrasi Parlimen yang telah ditentukan oleh rakyat Malaysia."
ReplyDeleteKatanya, pelbagai alasan diberikan oleh pembangkang kononnya telah berlaku penipuan dalam PRU13.
ReplyDelete"Mereka bawa cerita kononnya kita mengimport 40,000 Mat Bangla untuk mengundi dalam pilihan raya. Kalau nak bawa 40,000 Mat Bangla, sebuah Jumbo muatannya 400 bererti 100 buah Jumbo terpaksa mendarat di lapangan terbang. Saya nak tanya kepada pembangkang, tunjuk d imana ada 100 buah jumbo yang telah mendarat di lapangan terbang kita.
ReplyDelete"Mereka mengembar-gemburkan satu pembohongan dalam media sosial dan dalam cerita-cerita yang tersebar dari mulut ke mulut seolah-olah satu cerita dongeng sebagai kebenaran yang mutlak. Yang menghairankan kita, orang yang dikatan cerdik pandai pun termakan dengan cerita tersebut. Inilah angkara yang telah dibuat oleh pembangkang."
ReplyDeleteBidasnya, dakwat kekal dipertikaikan walhal dakwat kekal itulah yang dituntut mereka sebagai satu kaedah dalam pilihan raya.
ReplyDelete"Cerita yang kecil dibesarkan, 'blackout' dalam satu kawasan dikatakan sebagai salah satu cara untuk menipu walhal daftar pemilih itu ada dalam tangan mereka di setiap saluran mengundi, ada 'polling agent' yang menunggu dan menyaksikan segala prosesnya.
ReplyDelete"Sehingga ke hari ini belum ada bukti bahawa penipuan berlaku, maka kalau ada satu bukti bawalah ke mahkamah dan kita sanggup menerima apa jua keputusan mahkamah tetapi jangan sekali-kali menyusahkan rakyat, mencemarkan nama negara kita ini semata-mata kemaruk kuasa yang tidak kesampaian."
ReplyDeleteSoal beliau lagi, inikah yang dikatakan mereka mengamalkan prinsip demokrasi, memperjuangkan sistem yang adil, yang terbuka dan sebagainya?
ReplyDelete"Tidak ada rasuah, tidak ada nepotisme tapi hari ini Timbalan Presiden partinya telah pun berlaku nipotisme dalam parti.
ReplyDelete"Adakah ini 'double standard' kalau sistem pilihan raya ini begitu tercemar, sudah dinodai dengan penipuan walhal kenapa angkat sumpah (Ketua Menteri) di Pulau Pinang, kenapa angkat sumpah di Kelantan, kenapa sudah terima di Permatang Pauh, kenapa sudah terima di Gelang Patah. Dengan sistem yang sama digunakan tapi jika menguntungkan mereka akan diterima sebaliknya jika tidak menguntungkan akan ditolak. Inilah hipokrasi yang paling besar."
ReplyDeleteDalam masa yang sama, beliau juga mengajak rakyat bermuhasabah dengan memperbetulkan segala kelemahan dan kekurangan di samping berterima kasih kepada semua pengundi selain mencari punca kenapa mereka tidak mengundi BN.
ReplyDelete"Jangan kita sombong, jangan kita angkuh kerana kita adalah parti yang disokong rakyat yang suka dan percaya dengan apa yang telah kita perjuangkan."
ReplyDeleteRakyat Malaysia mempunyai peranan yang besar dalam membentuk sebuah negara yang maju dan sewajarnya kembali bersatu selepas melalui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih dua minggu lalu.
ReplyDeleteExco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Seriwani Sabtu melihat agenda pembinaan bangsa Malaysia perlu dilaksanakan bersama-sama dan bukan sepenuhnya peranan pihak yang menang iaitu Barisan Nasional (BN) walaupun telah mendapat mandat daripada rakyat tetapi pembangkang juga.
ReplyDelete“Rakyat sudah muak dengan politik kebencian yang ditaburkan khususnya oleh pihak pembangkang sepanjang berkempen dalam PRU13 lalu malah sehingga ke hari ini ia masih berlarutan dengan kecenderungan kepada politik perkauman dan perpecahan,” katanya
ReplyDeleteJelas beliau, dalam sisitem demokrasi, semua pihak memainkan peranannya dan bukan terletak kepada golongan yang menang semata-mata malah pihak yang tewas juga perlu akur dan menerima kekalahan dengan sikap yang profesional.
ReplyDelete“Generasi hari ini tidak boleh ditiupkan dengan semangat kebencian sebagaimana yang dibawa oleh pembangkang apabila mereka mempertikaikan keputusan PRU13 dan membawa kepada himpunan atas dakwaan berlaku penyelewengan dan penipuan kepada kemenangan BN.
ReplyDelete“Berdasarkan keputusan PRU13, sewajarnya pakatan pembangkang mengakui bahawa suara majoriti adalah kepada BN selaku penerima mandat kerajaan Persekutuan tetapi dalam masa yang sama tidak bermakna mereka sebagai golongan minoriti tidak boleh memberikan sumbangan.”
ReplyDeleteTambahnya yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Setiawangsa, pakatan pembangkang perlu akur dengan kehendak rakyat yang memberikan suara majoriti kepada BN selepas PRU13.
ReplyDelete“Ini tidak bermakna bahawa peranan pakatan pembangkang sebagai rakyat Malaysia ditolak kerana mereka juga boleh memberikan ruang dengan meneruskan kerja-kerja dan usaha yang baik serta tidak menonjolakn perkara-perkara yang tidak betul.
ReplyDelete“Pembangkang juga boleh buat kerja dengan menumpukan kepada kawasan yang mereka sendiri menangi dan bukannya menanamkan agenda negatif kepada rakyat yang mana kesannya amat buruk untuk generasi akan datang.”
ReplyDeleteUjarnya lagi, peranan pemimpin bukan saja melaksanakan tugas untuk kebajikan rakyat tetapi apa yang lebih penting adalah pengisian untuk generasi awal khususnya di peringkat sekolah agar mereka dapat menyemai budaya permuafakatan yang cemerlang pada masa hadapan.
ReplyDeleteSelepas menerajui kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menyeru rakyat agar mengadakan penyatuan nasional supaya sikap ekstremis dan isu perkauman tidak sihat dapat diketepikan atas dasar yang berpaksikan kesederhanaan atau wasatiyah.
ReplyDeleteBN mendapat mandat baru pada PRU13 apabila menguasai 133 kerusi Parlimen bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti yang meyakinkan. Pakatan pembangkang pula mendapat 87 kerusi dengan DAP memperoleh 38 kerusi, PKR (28 kerusi) dan Pas (21 kerusi)
ReplyDeleteYB zahid suruh pungundi keluar dari malaysia sinis kepada PR jadi kalu begitu bagus Pak Zahid keluarkan negeri yang diperintah PR Kelantan,pulau pinan,dan Selangor dari Malaysia,jadi negeri kita yang menang BN hanya yes bos pada pemimpin sama ada salah atau betul so aman lah tiada kata no hanya yes.
ReplyDeleteKeputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang baru lalu memberi pengajaran amat berguna kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia mendedahkan betapa soal perkauman sebenarnya masih menebal dalam jiwa sebilangan rakyat dan menjadi duri dalam daging masyarakat majmuk Malaysia.
ReplyDeleteWalaupun sudah lebih lima dekad kita merdeka dan amalan perkongsian kuasa antara kaum berjaya memakmurkan Malaysia, sentimen perkauman ternyata sesuatu yang bukan mudah untuk dikikis. Apatah lagi pihak pembangkang sering memomokkan kepada rakyat kononnya UMNO sebagai parti dominan Barisan Nasional (BN) adalah punca kepada permasalahan itu.
ReplyDeleteMalangnya, enigma yang dicipta pembangkang itu semakin meresap dalam pemikiran rakyat sehingga akhirnya sekelompok mereka sudah tidak lagi mampu membezakan antara kebenaran dan pembohongan.
ReplyDeleteSoal keadilan dan hak kesamarataan dimanipulasi dalam pengertian yang amat berat sebelah. Mereka menyebarkan stigma kononnya Kerajaan BN yang diterajui UMNO selama ini bersikap tidak adil kepada bukan Melayu. Malah kontrak sosial yang dipersetujui sekian lama mula dipertikaikan tanpa berselindung lagi.
ReplyDeleteJusteru, penegasan Datuk Seri Najib Razak bahawa UMNO bukan parti rasis kerana sentiasa memberi keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum di negara ini seharusnya menolak segala dakwaan pembangkang itu.
ReplyDeleteKenyataan Perdana Menteri itu satu jawapan ikhlas seorang pemimpin seluruh rakyat Malaysia bahawa kerjasama UMNO dan parti komponen BN lain adalah berasaskan keadilan, kesederhanaan dan kesaksamaan kepada semua kaum.
ReplyDeleteHakikat ini terbukti menerusi dasar dan wawasan Kerajaan BN untuk membawa kemajuan dan pembangunan yang menyeluruh kepada seluruh rakyat Malaysia.
ReplyDeleteWalaupun sektor ekonomi dikuasai bukan Melayu, UMNO tidak pernah bertindak mengekang pencapaian kaum itu, sebaliknya sentiasa berusaha mengembangkan kekayaan negara supaya orang Melayu, Bumiputera dan kaum lain dapat sama menikmatinya.
ReplyDeleteLangkah kerajaan memberi bantuan untuk melahirkan usahawan dan kelas menengah Melayu dan Bumiputera tidak boleh dianggap rasis kerana ia berteraskan kepada matlamat mengecilkan jurang ekonomi antara kaum dan sejajar peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
ReplyDeleteJusteru, wajar untuk kita mempersoalkan niat sebenar pembangkang yang menuduh UMNO dan orang Melayu sebagai rasis sedangkan kekayaan negara hasil dasar kerajaan lebih dinikmati bukan Melayu. Apakah mereka tidak lagi mahu meneruskan amalan berkongsi kuasa dan kekayaan yang dipelopori UMNO dan BN selama ini?
ReplyDeleteUmum mengetahui Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) adalah dugaan terbesar untuk rakyat Malaysia kerana ianya dipenuhi fitnah dan kebencian yang ditimbulkan sesetengah pihak demi hayat politik masing-masing.
ReplyDeleteMenyedari ianya semakin berlarutan dan tidak bersempadan, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya tampil menggesa semua pihak agar menghentikan budaya politik maki hamun dan fitnah demi memastikan ianya tidak menjurus kepada politik kebencian yang akan memusnahkan kerukunan rakyat di negara ini.
Fathul Bari menegaskan, kalah menang pilihan raya adalah adat dalam berpolitik, namun ianya tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mana-mana pihak menjadikan punca kemenangan mahupun kekalahan sebagai asas untuk menimbulkan politik kebencian kepada pihak lain.
Beliau turut menjelaskan kalah menang dalam pilihan raya telah menjadi ketentuan Allah swt dan mereka yang tewas tidak seharusnya memutuskan hubungan saudaranya semata-mata kerana perbezaan ideologi politik.
ReplyDeleteKomentar » RENCANA » Utama
Jauhi Politik Perpecahan Dan Kebencian
May 21, 2013 · 0 Comments
Umat+Islam+Mesti+Bersatu+-+UFB[1]
Oleh: Zul Rawi
Umum mengetahui Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) adalah dugaan terbesar untuk rakyat Malaysia kerana ianya dipenuhi fitnah dan kebencian yang ditimbulkan sesetengah pihak demi hayat politik masing-masing.
Menyedari ianya semakin berlarutan dan tidak bersempadan, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya tampil menggesa semua pihak agar menghentikan budaya politik maki hamun dan fitnah demi memastikan ianya tidak menjurus kepada politik kebencian yang akan memusnahkan kerukunan rakyat di negara ini.
Fathul Bari menegaskan, kalah menang pilihan raya adalah adat dalam berpolitik, namun ianya tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mana-mana pihak menjadikan punca kemenangan mahupun kekalahan sebagai asas untuk menimbulkan politik kebencian kepada pihak lain.
Beliau turut menjelaskan kalah menang dalam pilihan raya telah menjadi ketentuan Allah swt dan mereka yang tewas tidak seharusnya memutuskan hubungan saudaranya semata-mata kerana perbezaan ideologi politik.
Gesaan itu dilihat ada asasnya kerana penyatuan ummah adalah agama dan hubungan persaudaraan kerana politik hanyalah sekadar ideologi yang dicipta manusia. Adakah semata-mata ketaasuban berpolitik, nyawa menjadi taruhan? Gesaan Fathul Bari ini dilihat kena pada masanya memandangkan budaya kebencian dalam berpolitik semakin menjadi-jadi dan mula melampaui norma dan batas manusia, lebih-lebih lagi budaya Melayu yang penuh dengan nilai-nilai kesopanan dan tatasusila.
Malahan, Fathul Bari juga dipetik sebagai berkata, semua pihak yang bertanding inginkan kemenangan dan membolehkan mereka menjawab segala fitnah dan dakyah pihak lawan. Namun ia juga perlu dilakukan dengan cara berhemah, kerana jika mereka menjawab tuduhan dengan menggunakan cacian dan maki hamun, tiada beza pemfitnah dan mangsa fitnah.
Amat menyedihkan apabila melihat bangsa sendiri berbalah sesama sendiri sehingga mengakibatkan pertumpahan darah semata-mata demi politik. Bangsa lain yang melihat hanya tersenyum sinis kerana mereka merupakan pemerhati sebelum mengorak langkah yang lebih jauh untuk memastikan kelangsungan mereka terus terpelihara.
ReplyDeleteFathul Bari turut menjelaskan, budaya hormat menghormati itu perlu diketengahkan, kerana kita hendak buktikan bahawa itulah akhlak Islam, itulah tujuan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam diutuskan, iaitu untuk memperbetulkan dan bukan menghancurkan orang lain.
Nabi diutuskan untuk membawa petunjuk dan hidayah, bukan membawa permusuhan dan kebencian. Nabi diutuskan untuk menyatukan padukan Umat Islam, bukan membawa perpecahan.
Siapa tidak mengenali parti UMNO. Ianya adalah parti keramat orang Melayu yang menjadikan Sabah negeri termiskin di Malaysiia walhal Sabah kaya dengan minyak, kayu balak dan hasil pertanian. Kenapa miskin, tanyalah UMNO!
ReplyDeleteMarilah kita bersama-sama berusaha memastikan UMNO terus meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu dengan MEMBERIKAN HADIAH GST kepada rakyat selepas memenangi PRU13.
ReplyDeletePR ibarat palestin..umno umpama israel...dibuat apa pun utk palestin..xkan berjaya selagi israel x dihilangkan dlm dunia,selagi apco dibelakang umno...
ReplyDeleteAku harap kepimpinan PR jangan buang masa hak protes ttg kenaikan harga barang berikutan pelaksanaan GST. Biarkan saja rakyat, terutama org melayu yg sangat cerdik, menderita akibat kenaikan harga barang. Orang melayu cerdik ini tak suka harga barangan diturunkan, mereka sangat gembira dgn pelaksanaan GST. Itulah sebabnya mereka mengundi UMNO/BN
ReplyDeleteApa yang saya nampak dalam kerajaan sekarang ialah tidak lebih daripada kerajaan perkauman. Seopatutnya dah menang sambutlah kemenangan itu dengan ucapan tahniah kepada semua warga malaysia termasuklah pembangkang.... Tidak perlu lagi salahkan orang cina, atau pembangkang... nak memerintah ambil hati kesemua orang... dengan cara ini penyokong pembangkangpun akan beralih kembali kepada kerajaan. Jika kerajaan hari ini asyik menghantam dan kritik sahaja, percayalah rakyat dan penyokong pembangkan akan lebih membenci kerajaan dan tsunami rakyat akan berlaku lebih dasyat selepas ini...
ReplyDeletePolitik malaysia masih tahap tadika... nazib gagal mengawalnya... wujudkan undang-undang baru untuk memodenkan politik negara ini... mana sudah perginya para pemikir UMNO.... contoh politik cam zahid hamidi nihlah politik tadika... pemikir pakatan dilihat lebih advance sekarang nih... nama sahaja hamid ini menteri keselamatan... dia juga yang mengundang perbalahan... bengong lah dia nih...
ReplyDeletekenapa nazib nih tak tegur komen yang melampau.... contoh hamid ini?
ReplyDeleteSebab nazib tak ada kuasa dah... jika tegur nanti menteri nih akan jadi katak... lebih baik diam demi keselamatan jawatannya... itu je...
Kalau mahu adil tidak kira parti apa, jika memang timbulkan isu perkauman haruslah dikenakna tindakan.
ReplyDeleteSaya bukan orang politik. Saya mempunyai sahabat dari berbagai kaum dan bangsa tetapi kenyataan rasis dari pemimpin-pemimpin BN serta Utusan menyebabkan saya begitu meluat dengan BN. Tidak pernah dalam sejarah hidup saya begitu meluat dengan mereka-mereka ini. Ckap mahu perpaduan tetapi mengapi-apikan pula pengikutnya agar membenci kaum lain semata-mata populariti sudah menurun..! 1Malaysiakah ni yang telah memakan wang rakyat berbilion-bilion? Kami rakyat Malaysia yang tidak memihak mana-mana pihak merasa sangsi akan tujuan sebenar pemimpin-pemimpin BN terutamanya UMNO dalam meneruskan agenda yang dinamakan 'PERPADUAN'..
ReplyDeleteKalau pemimpin UMNO yang cakap sampai menghina kaum lain dikatakan tidak rasis. Kalau orang Cina tidak menyokong BN dikatakan rasis...padahal mereka berhak menentukan kerajaan yang mereka suka melalui pilihanraya. Pemimpin- pemimpin UMNO dengan akhbar Utusannya yang sering menimbulkan pertikaian antara kaum tidak pernah diambil apa- apa tindakan. Bila ada yang menegur cepat- cepat melenting. Kononnya 1Malaysia, tapi cakap tak serupa bikin. Pigidaa!!
ReplyDeleteFatul Bari patut menasihatkan pemimpin2 UMNO supaya lebih matang dan saling hormat menghormati diantara kaum...apa guna dia dalam UMNO kalau tak dapat menasihatkan ketuanya.
ReplyDeletesekaran BN yang berkuasa jadi harap kuasa itu digunakan utuk mengeratkan lagi perpaduan dan bukannya tambah masalah.
ReplyDeleteGuan Eng dibidas keluar kenyataan biadab
ReplyDeleteBadan Perhubungan UMNO negeri membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang secara terbuka menuduh UMNO menjadi dalang kejadian membakar Pejabat DAP Pulau Pinang.
Sambil menyifatkan kenyataan Guan Eng itu sebagai biadab, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menegaskan, tuduhan tersebut amat keterlaluan malah dibuat tanpa menyatakan sebarang bukti.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan menghantar notis tujuh hari meminta Guan Eng menyatakan bukti berhubung kenyataan tersebut atau tampil meminta maaf secara terbuka jika gagal berbuat demikian.
ReplyDelete‘‘Bagi saya, kenyataan ini sangat biadab dan tidak bertanggungjawab. Sebagai Ketua Menteri, beliau (Guan Eng) sepatutnya malu kerana membuat tuduhan cukup berat tanpa menyatakan sebarang bukti,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang dipetik beberapa blog dan portal berita bahawa UMNO menjadi punca berlakunya ketegangan agama di Pulau Pinang sehingga membawa kepada kejadian membakar Pejabat DAP negeri di Jalan Talipon awal pagi ini.
ReplyDeleteGuan Eng dipetik portal pembangkang, The Malaysian Insider sebagai berkata: ‘‘Kami merasakan bahawa ini adalah sebahagian serangan orang UMNO berhubung isu bacaan al-Quran”.
ReplyDeleteGuan Eng merujuk kontroversi larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum solat subuh oleh Jawatankuasa Fatwa negeri.
Zainal Abidin bagaimanapun menegaskan, kenyataan Guan Eng itu amat bahaya kerana cuba meniup api kebencian dalam kalangan orang bukan Islam terhadap UMNO di Pulau Pinang.
ReplyDelete‘‘UMNO negeri mengutuk perbuatan tersebut (membakar Pejabat DAP negeri) tetapi kenyataan menuduh UMNO sebagai dalang adalah tidak berasas sama sekali.
‘‘Api yang membakar pejabat tersebut mungkin tidak terlalu marak tetapi kenyataan Guan Eng itu sebenarnya memarakkan api kebencian khususnya orang Cina untuk membenci UMNO yang digambarkan sebagai dalang dalam kejadian itu,” katanya.
Zainal Abidin bagaimanapun menegaskan, kenyataan Guan Eng itu amat bahaya kerana cuba meniup api kebencian dalam kalangan orang bukan Islam terhadap UMNO di Pulau Pinang.
ReplyDelete‘‘UMNO negeri mengutuk perbuatan tersebut (membakar Pejabat DAP negeri) tetapi kenyataan menuduh UMNO sebagai dalang adalah tidak berasas sama sekali.
‘‘Api yang membakar pejabat tersebut mungkin tidak terlalu marak tetapi kenyataan Guan Eng itu sebenarnya memarakkan api kebencian khususnya orang Cina untuk membenci UMNO yang digambarkan sebagai dalang dalam kejadian itu,” katanya.
Beliau menambah, kes tersebut merupakan kes jenayah dan tidak sepatutnya dipolitikkan dengan mencetuskan sentimen perkauman untuk menimbulkan kebencian sesuatu kaum kepada kaum yang lain.
ReplyDelete‘‘Kita sedang meneliti beberapa laporan mengenai kenyataan tersebut, Guan Eng perlu mengemukakan bukti dan jika beliau gagal, kita akan bawa perkara ini ke mahkamah,” tegas beliau.