Andai anda masih ingat terdapat beberapa kemalangan atau
 kecelakaan besar yang mengakibatkan kerugian yang banyak suatu ketika 
dahulu dan menjadi sejarah buat dunia hari ini. Ini antara 
10 kemalangan paling mahal di dunia..
1. Chernobyl ($200 Billion)

Pada
 April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam sejarah 
dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya kemalangan paling 
berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa 
dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, 
termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi.
 Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya 
dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima
 pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan 
prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia 
dirombak dan diberi kajian semula.
2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)

Masih
 anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah 
ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di 
ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil 
di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya 
gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat
 kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut 
terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 
($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan 
serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.
3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)

Pada
 13 November 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 
tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya 
meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Akibat risau kapal
 akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak 
keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan 
berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari
 kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari 
perairan mereka. Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak 
keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut 
semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya 
tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah 
ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih 
dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.
4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)

Pada
 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 
saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan,
 ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya 
gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan 
kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan 
ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan 
Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah 
memakan kos hampir $5 billion.
5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)

Hari
 terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil 
merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per
 tong sehari. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di 
dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal 
oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas 
cecair. Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk
 menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan 
seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan 
dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam 
keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan 
nyawa.
6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)

Pada
 March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince 
William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya 
merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos 
pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.
7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)

B-2
 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling 
mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan 
selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat 
berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku
 di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. 
Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight 
Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat
 membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. 
Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh 
US.
8. MetroLink Crash ($500 Juta)

Ianya
 berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, 
Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling
 buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 
yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific
 bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi 
Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di 
mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan 
konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa 
pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan
 melibatkan nilai lebih $500 juta.
9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)

Pada
 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang 
membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki 
tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan 
Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan 
“load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki 
Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.
10.Titanic ($150 Juta)

Karamnya
 Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal di dunia, Hollywood pernah
 menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 
1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika 
berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi 
Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama 
mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk 
dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta 
Sekarang)
 
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.