Wednesday, May 15, 2013

Penipuan Pilihanraya Akan Diserahkan Kepada Obama

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.

"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Kira-kira 30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar itu.

Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.

Laporan yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebut, Presiden AS itu turut diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Dalam ucapannya juga, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menerima dakwaan undi bukan warganegara Malaysia sebagai "perkara biasa".

"Dan SPR terima itu sebagai perkara biasa. Yalah, dia ada kad pengenalan biru. Penipu! Jawapan yang tidak bertanggungjawab.

"Sebab itu, saya katakan nak selamatkan negara ini, pertama sekali yang perlu undur, (Pengerusi) SPR mesti diberhenti sekarang juga," katanya yang turut disambut dengan sorakan dan tiupan vuvuzela. -mk

99 comments:
Write comments
  1. mana buktinya?? kenapa tidak bawa ke mahkamah? ada hati pula tunjuk bukti dengan Obama.. pehh!

    ReplyDelete
  2. apa maksud Annuuwrr dalam petikan ini:

    Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.

    mahu Amerika serang Malaysia sebagaimana Anwar minta Nur Misuari serang Sabah????????????????????????????????????

    ReplyDelete
  3. Yg pasti ada negsra luar tau yg bnyak pnipuan spr berlaku dn Pres Obama mngkin atas dasar professionalism sbg Pres kpd seorg PM yg baru lepas election. Unsur pnipuan spr satu bnda lain dn Pres Obama mngkin juga akan tau

    ReplyDelete
  4. MALAYSIANS have been engrossed in politics since the 12th General Election and up till now, after we have concluded the 13th General Election, our preoccupation with politics has not dissipated, thanks to politicians who politicise everything.

    ReplyDelete
  5. I guess it is somewhat like advertisements. If you keep quiet, people might forget you. Nevertheless, this obsessive preoccupation with politics and personal viewpoints has resulted in divisions between friends and family. Just because of differences in views and temperaments, familial and friendship ties are severed.

    ReplyDelete
  6. For those who can still carry themselves objectively and have self control, congratulations, as this will only contribute positively to a better democracy and country. But for those who find it difficult to remain objective, it is the time to turn down the heat.

    ReplyDelete
  7. Realise that the election is over and despite your passionate beliefs, the country is still functioning. It is time to move on. There will be another general election, where you can still make your choice count if you are still alive and registered as a voter. No leader, how capable he may be, would be able to build this nation by himself and his supporters only.

    ReplyDelete
  8. He would need all Malaysians behind him in order to have a fair chance of success in fulfilling the aspirations of the people. If he and his team succeeds, then the country benefits.

    ReplyDelete
  9. Let us promote the atmosphere where friends meet, laugh and talk about their lives, families and experiences, rather than politics with no end in sight.

    ReplyDelete
  10. Enough about politics. Let the politicians do their job. Those who won had better get to work fast and those who lost should stop harassing the winners and the people. We, as citizens, have work to do and do not want to be caught up in the drama.

    ReplyDelete
  11. Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telah mengembalikan mandat pentadbiran kerajaan Persekutuan kepada Barisan Nasional (BN) namun malangnya pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terus-terusan membuat penafian dan menganggap terdapat penipuan dalam pelaksanaannya.

    ReplyDelete
  12. Penganalisis politik tempatan, Dr Noor Sulastri Yurni Ahmad, pakatan pembangkang memperbesar-besarkan keputusan dengan mengaitkan undi popular sedangkan sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep demokrasi berparlimen maka keputusan adalah dibuat mengikut kiraan undi.

    ReplyDelete
  13. “Dengan perlakuan yang dibuat oelh pakatan pembangkang iaitu menganjurkan pelbagai demonstrasi maka ia dilihat ibarat cuba menolak proses demokrasi yang berlangsung dengan andaian menyamakan negara ini sama seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan,” katanya

    ReplyDelete
  14. Ujar beliau, pakatan pembangkang seakan berada dalam ‘sindrom penafian’ dengan menganggap kemenangan BN dalam PRU13 adalah hasil daripada penipuan dan pelbagai penyelewengan termasuk oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    ReplyDelete
  15. “Pakatan pembangkang cuba menunjukkan pada rakyat kononnya berlaku ketidaktelusan semasa PRU13 berlangsung supaya rakyat berasa marah dan menolak kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya.

    ReplyDelete
  16. Namun bagaimanapun, katanya ketelusan BN telah dibuktikan dan SPR turut memberi penjelasan dan meminta mana-mana pihak yang mempunyai bukti agar bawa kemuka pengadilan.

    ReplyDelete
  17. “Negara-negara luar yang menjadi pemerhati turut mengiktiraf kemenangan BN dan menggap bahawa perjalanan PRU13 adalah sempurna termasuklah Amerika Syarikat sendiri.”

    ReplyDelete
  18. Terbaru, dilaporkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuat panggilan telefon secara mengejut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyatakan, beliau memahami dan menerima proses serta keputusan PRU13 Malaysia pada Ahad lalu.

    ReplyDelete
  19. “Gerakan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang dengan penolakan yang cuba dimunculkan melalui demonstrasi bukanlah satu perkara baru kerana ia telah menjadi satu kebiasaan kepada pakatan pembangkang dalam melahirkan rasa ketidakpuasan atau mempunyai pertentangan dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  20. Persoalannya apakah hala tuju gerakan ini sedangkan pakatan pembangkang bukanlah dinafikan keseluruhannya kerana mereka turut mempunyai kerusi di Parlimen yang boleh dijadikan satu ruang utama untuk memberikan idea atau menyanggah apa usaha kerajaan.”

    ReplyDelete
  21. Tegasnya yang juga pensyarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya Anwar selaku ketua pembangkang sewajarnya sedar betapa pentingnya kedudukan pakatan pembangkang tanpa perlu mempergunakan rakyat dalam mainan politik mereka.

    ReplyDelete
  22. “Mereka membuat bantahan dan demonstrasi tetapi dalam masa yang sama mereka menerima kemenangan di negeri-negeri tertentu atas nama demokrasi maka sepatutnya mereka melakukan satu rangka kerja yang lebih mantap bagi menyaingi rekod pentadbiran yang dipegang oleh BN selama ini.

    ReplyDelete
  23. “Pembangkang yang bijak akan dapat memberi imbangan kepada sesebuah kerajaan sedangkan tingkah pakatan pembangkang di sini pula lebih cenderung kepada demonstrasi yang sengaja dibuat untuk meraih populariti ibarat tidak ada tanggungjawab pada rakyat hanya kerana mahu jadi pemimpin negara,” tegasnya lagi

    ReplyDelete
  24. Anwar yang tak dapat terima kenyataan, sibuk nak buat provokais lagi!

    ReplyDelete
  25. Saya ada terbaca tentang sebuah kajian yang dijalankan oleh media, The Edge, yang menunjukkan bahawa 81 peratus responden mahu Anwar Ibrahim bersara dari politik sepenuhnya jika Pakatan Rakyat gagal menjajah negara pada PRU ke-13 baru-baru ini.

    Keinginan untuk melihat Anwar bersara itu adalah ekoran kenyataan “pemilik jam tangan OMEGA yang hilang” itu sebelum ini berulang kali menyatakan untuk bersara dari politik sekiranya Pakatan Haram kalah pilihanraya lagi.

    Menurut The Edge, seramai 10,396 orang responden mahu Anwar bersara dari jumlah 12,736 orang yang terlibat dalam tinjauan tersebut.

    Dengan itu, saya ingin memohon kepada semua rakyat Malaysia supaya tolonglah jangan biarkan Anwar bersara dari politik. Kalau Anwar bersara, tak menariklah nanti dunia politik tanahair, kan? Selama ini kita sangat “seronok” melihat telatah Anwar sejak dia menceburi bidang politik…

    ReplyDelete
  26. Sejak Anwar di universiti, dia sudah mula buat kecoh. Dia huru-harakan negara dengan keganasan dan demonstrasi ganas yang kemudiannya mengheret dia ke Pusat Tahanan Kamunting. “Hebat” dia, kan?

    Kalau Anwar tidak ada lagi dalam dunia politik negara, siapa pula yang akan menggantikan dia dengan pembabitan pelbagai skandal yang menggempar negara?

    Dulu ketika Anwar di dalam kerajaan, para “balaci”nya mengelar Anwar sebagai “Mr. Pink Form”. Dia “beli” sokongan politik dari rakan-rakan dalam UMNO melalui “pink form” dan memikat hati akar umbi dengan ceramah auta penglipur laranya yang mengasyikkan.

    Setelah “bapa politik wang” itu dipecat dari UMNO, boleh dikatakan sudah tidak meriah lagi “rasuah politik” di dalam parti. Kroni-kroni Anwar makin hambar dan kecewa apabila budaya yang diperkenal Anwar itu semakin terhakis dan boleh dikatakan hampir pupus di dalam UMNO, kini.

    Bila dia dipenjara, kita gelihati melihat telatah lakonan “pembalut leher” Anwar. Sekejap ada, sekejap tidak ada. Dalam penjara dan kereta tak pakai, tapi bila depan penyokongnya di mahkamah tergopoh gapah dia pakai. Padahal, lehernya tidak ada masalah pun!

    ReplyDelete
  27. Lagipun kalau Anwar tidak ada pemimpin politik mana yang layak gantikan Anwar sebagai “pelakon filem” bertaraf antarabangsa? Lakonannya disiarkan hingga ke Jepun dan para penyokongnya masih lagi memujanya sebagai “hero”. Isterinya sendiri menggelarnya “pemimpin anugerah Tuhan”!

    Papa Nurul Izzah memang “hebat”. Anwar sangat menjiwai wataknya sehingga kadangkala terlupa tentang jam tangannya yang berjenama mewah, OMEGA. Mana nak cari pemimpin politik yang mampu berlakon “sehebat” Anwar?

    ReplyDelete
  28. Kalau dilihat pula “koleksi mangsa Anwar” sepanjang pembabitan dirinya di dalam dunia politik, rasanya Bill Clinton pun boleh “tabik spring” padanya. Bill Clinton hanya seorang saja skandalnya, tapi Anwar bukan saja lebih dari 10 orang, malah berbilang bangsa dan jantina pulak tu!

    Oleh itu, saya memohon pada Anwar supaya janganlah bersara sampai mati. Kami nak ketawakan siapa nanti kalau disebut “16 September”? Susah nak cari pemimpin pembangkang yang buruk perangainya seperti Anwar, kan? S

    ReplyDelete
  29. Rakyat Malaysia perlu tahu. Kalau Anwar tak ada, pada siapa lagi rejim Zionis Yahudi Israel nak salurkan wang mereka untuk tawan Malaysia? Siapa lagi yang nak diharapkan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan Israel kalau bukan Anwar?

    Lihatlah betapa berani dan vokalnya Anwar di mata dunia Islam. Dia begitu berani menyatakan sokongan terhadap Israel secara terbuka di media antarabangsa. Tak ada pun pemimpin Islam dunia yang seberani Anwar yang sanggup membenarkan Israel membunuh saudara seagamanya di Palestin! Saved

    Justeru itu saya mohon, janganlah biarkan Anwar mengundur diri dari politik. Biarlah dia menjadi “bahan rujukan” untuk sedekad lagi bagi generasi muda untuk melihat dengan mata kepala sendiri betapa buruk, jijik dan hinanya sikap seorang ketua pembangkang di zaman ini.

    ReplyDelete
  30. Sebaik-baiknya, biarlah Anwar teruskan “aksi”nya. Dan kita pula lihat saja telatahnya menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebegitu hina. Cuma, sebagai umat Islam, saya doakan supaya Anwar sempat bertaubat dan meminta ampun dari seluruh rakyat negara ini sebelum dia mati nanti.

    Bukan apa, banyak sangat dosa dan ketidak wajaran yang telah dia lakukan. Ya, Anwar memang “hebat”. Tapi dia “hebat” sebagai pemimpin pembangkang yang paling tidak bermoral, paling ampuh “auta”nya dan paling jijik dalam dunia! Rugi Israel tak ambil dia jadi Perdana Menteri, kan?

    ReplyDelete
  31. UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU< MENANGIS TERESAK-ESAK

    MCA kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mendapatkan bantuan daripada kerajaan Australia untuk memastikan pilihan raya umum berjalan secara bebas dan adil di Malaysia.


    SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR

    ReplyDelete
  32. UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU< MENANGIS TERESAK-ESAK

    Timbalan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tindakan itu bukan sahaja membelakangi negara malah akan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia.

    SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR

    ReplyDelete
  33. UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU MENANGIS TERESAK-ESAK

    Katanya apa yang cuba dilakukan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu adalah sesuatu yang serius dan sudah pasti rakyat tidak mahu melihat mana-mana pihak menggunakan unsur luar untuk campur tangan dalam hal politik dan pentadbiran di negara ini.

    SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR

    ReplyDelete
  34. UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU MENANGIS TERESAK-ESAK

    "Lagipun kita sudah ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mantap dan boleh menangani sebarang penyelewengan. Kita juga sudah lalui 12 kali pemilihan dan ada sistem yang mantap, jadi kenapa perlu minta bantuan Australia?

    SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR

    ReplyDelete
  35. UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU MENANGIS TERESAK-ESAK

    "Dalam hal ini, beliau (Anwar Ibrahim) tidak sepatutnya gunakan unsur luar untuk mencampuri urusan dalaman negara ini dan rakyat juga mengecam tindakan berkenaan,

    SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR

    ReplyDelete
  36. UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU MENANGIS TERESAK-ESAK

    Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno berkata, kerajaan Malaysia tidak boleh menggunakan campur tangan pihak lain bagi menangani masalah sistem pilihan raya di negara ini.


    SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR

    ReplyDelete
  37. UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU MENANGIS TERESAK-ESAK

    "Jangan kita, negara luar campur tangan dalam negara kita yang mempunyai masa hadapan.

    "Jangan bagi malu negara kita dengan meminta campur tangan negara luar sedangkan negara kita telah diiktiraf dunia dan ramai yang merujuk Malaysia dalam masalah pendamaian dan
    sebagainya,"

    SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR

    ReplyDelete
  38. UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU MENANGIS TERESAK-ESAK

    Pelbagai pihak termasuk bekas pemimpin PKR terus mengecam tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Australia mencampuri urusan pilihan raya negara ini.

    Bekas Bendahari PKR Selangor, S Kotappan, berkata Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana negara akan tergadai kepada kuasa asing akibat tindakannya yang suka meminta bantuan pihak luar yang terbaru Australia.

    SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR

    ReplyDelete
  39. UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU MENANGIS TERESAK-ESAK

    “Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terbukti telus mengadakan proses pilihan raya yang terbukti menerusi kejayaan pakatan pembangkang memenangi beberapa negeri dalam pilihan raya lalu.

    “Jika Anwar menganggap SPR tidak telus, beliau harus meletak jawatan sebagai Ketua Umum PKR kerana pelantikannya dibuat isterinya sendiri iaitu Presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tanpa sokongan ahli parti,”

    SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR

    ReplyDelete
  40. Amerika serang Iraq bukan untuk demokrasi, tapi kerana Amerika inginkan minyak Iraq..

    ReplyDelete
  41. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kelmarin menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk terus menerajui Malaysia.

    ReplyDelete
  42. Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.

    ReplyDelete
  43. ejabat Perdana Menteri berkata dalam perbualan itu, Presiden AS itu juga diberikan taklimat ringkas mengenai usaha kerajaan untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

    ReplyDelete
  44. Menurut kenyataan itu, di pihak beliau, Obama telah bersetuju untuk menyertai Sidang Kemuncak Keusahawanan Global selama dua hari di Kuala Lumpur, bermula 11 Oktober.

    ReplyDelete
  45. Malaysia dan Amerika Syarikat akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa," menurut kenyataan itu.

    ReplyDelete
  46. Presiden AS itu juga menyentuh mengenai topik perdagangan dua hala dan pelbagai hala dan secara spesifik mengenai 'Trans Pacific Partnership', dan berharap inisiatif itu dapat dimuktamadkan lebih awal.

    ReplyDelete
  47. Najib berkata beliau menghargai panggilan peribadi itu dan minat yang ditunjukkan oleh Obama ke atas Malaysia, dan hasrat beliau untuk menjalin hubungan lebih erat antara kedua-dua negara dan pentadbiran.

    ReplyDelete
  48. Anwar minta kesianlah tu dengan Obama..

    ReplyDelete
  49. Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menerima kekalahan pakatan pimpinannya secara matang dengan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di atas kemenangan Barisan Nasional (BN).

    Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman, berkata perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak akan berlaku jika Ketua Pembangkang itu bersikap profesional.

    ReplyDelete
  50. “Namun sebaliknya berlaku di negara kita. Sehingga kini, Anwar belum ucapkan tahniah kepada Najib. Ini budaya tidak sihat yang sepatutnya dihentikan segera,” katanya.

    ReplyDelete
  51. Sementara itu, Aziz turut mencadangkan Perdana Menteri tidak melantik Ahli Dewan Negara atau Senator sebagai Menteri bagi mengelakkan ia dipolitikkan, bukan saja oleh pembangkang malah penyokong BN, sebaliknya jawatan Menteri dan Timbalan Menteri perlu diisi Ahli Parlimen kerana mereka mendapat mandat rakyat. Beliau berkata, memang tidak salah melantik Ahli Dewan Negara mengisi jawatan berkenaan, malah ia sudah dilakukan sekian lama, namun ketika ini tidak sesuai dilaksanakan dan dikhuatiri dalam pilihan raya akan datang, rakyat marah serta melakukan sabotaj kerana wakil rakyat pilihan mereka tidak dilantik mengisi jawatan Jemaah Menteri.

    ReplyDelete
  52. “Bagaimanapun dalam kes tertentu, misalnya parti berteras Cina seperti MCA dan GERAKAN yang tak mahu menganggotai Kabinet, jawatan itu boleh diisi profesional Cina yang berfikiran terbuka dan tidak perkauman,” katanya.

    Mengenai sumbangan Sabah dan Sarawak terhadap kejayaan BN, Aziz berkata, majoriti penduduk dua negeri itu selesa dengan keamanan dan keselamatan di bawah BN, sekali gus menolak parti berteraskan perkauman, anti Semenanjung dan memperjuangkan autonomi.

    ReplyDelete
  53. Beberapa pemimpin pembangkang ternyata tidak dapat menerima hakikat kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan menyatakan kekecewaan masing-masing menerusi laman media sosial.

    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menerusi laman twitternya berkata, beliau berada seharian di pejabat hari ini dengan berpakaian serba hitam.

    "Hari yang muram untuk demokrasi," katanya.

    ReplyDelete
  54. Anak perempuannya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai, juga dalam laman twitter berkata:

    "Kemenangan moral milik kita berkat usaha rakyat! lawan tetap lawan."

    ReplyDelete
  55. Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya, blog.limkitsiang.com mengkritik kenyataan Barisan Nasional (BN) bahawa kemenangan DAP hasil tsunami Cina yang dianggap tidak tepat.

    Malah, Kit Siang menganggap hal itu sebagai tsunami Malaysia yang memperlihatkan peningkatkan kerusi Parlimen pakatan pembangkang daripada 82 pada PRU-12 kepada 89 pada PRU-13.

    ReplyDelete
  56. Cara yang terbaik sebenarnya adalah dengan memfail petisyen dan membawa bukti2 ke mahkamah untuk supaya hakim mahkamah tinggi memutuskan jika pilihan raya sah atau tidak.

    ReplyDelete
  57. Pembangkang dan penyokongnya seharusnya jangan beralih kepada perbuatan perhimpunan beramai-ramai kerana ianya tidak membawa hasil manakala hanya kekecohan yang timbul.

    ReplyDelete
  58. Jangan kita, negara luar campur tangan dalam negara kita yang mempunyai masa hadapan. Kerana sistem politik boleh terjejas dan negara luar boleh mengambil kesempatan ke atas kita.

    ReplyDelete
  59. Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menerima kekalahan pakatan pimpinannya secara matang dengan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di atas kemenangan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  60. Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman, berkata perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak akan berlaku jika Ketua Pembangkang itu bersikap profesional.

    ReplyDelete
  61. Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Anwar harus menjadi budiman untuk menerima kekalahan.

    ReplyDelete
  62. Anwar sepatutnya berdiri sebagai seorang pemimpin dan menerima keputusan pemilihan dan bukannya menyebarkan pembohongan

    ReplyDelete
  63. Timbalan Presiden MIC dan Segamat MP Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Anwar hanya cuba untuk mendapatkan kuasa selepas gagal berbuat demikian melalui pilihan raya

    ReplyDelete
  64. Jangan bermimpi sehingga semua jenis idea dan tuduhan dikeluarkan. Tunjuk di mana ia berlaku dan bukannya membuat tuntutan tidak berkesudahan tentang penipuan pilihan raya Katanya.

    ReplyDelete
  65. Seperti yang dikatakan pengerusi SPR, dalam pilihan raya kali ini ada pembangkang menang dan juga pihak Barisan menang maka pilihanraya ini adil dan tidak berpihak mana parti oleh SPR.

    ReplyDelete
  66. Adakah Obama akan mengambil tindakan?

    ReplyDelete
  67. The people also not accept the PRU13 result.

    ReplyDelete
  68. Semua tuduhan harus bersama dengan bukti.

    ReplyDelete
  69. Any explain about the blackout? PATI? Taxi? Helicopter?

    ReplyDelete
  70. The people also know what actually is happening.

    ReplyDelete
  71. Dalam konteks Sabah, pertambahan jumlah menteri kepada enam orang dan empat timbalan menteri menunjukkan kerajaan pusat menghargai Sabah.

    ReplyDelete
  72. Sudah tentu 10 pemimpin Sabah yang dilantik ini mampu membawa suara dan harapan orang Sabah,

    ReplyDelete
  73. Enam pemimpin yang dilantik sebagai menteri ialah Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman, Datuk Dr Maximus Ongkili, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Ewon Ebin dan Tan Sri Joseph Kurup.

    ReplyDelete
  74. timbalan menteri pula ialah Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Rahim Bakri, Datuk Azizah Mohd Dun dan Datuk Mary Yap.

    ReplyDelete
  75. saya percaya, negara lain tidak boleh sesuka hati mencampuri hal ehwal negara lain

    ReplyDelete
  76. urusan Obama adalah untuk mengucapkan tahniah kepada parti yang menang dan juga atas perlantikan baru/semula Perdana Menteri di negara itu.

    ReplyDelete
  77. ini adalah atas dasar protokol yang perlu dipatuhi oleh setiap negara

    ReplyDelete
  78. jika benar ada penipuan, pengerusi SPR harus adakan siasatan ke atas perkara ini

    ReplyDelete
  79. adalah satu langkah yang tidak bijak jika kuasa asing diminta untuk masuk campur-tangan politik negara kita

    ReplyDelete
  80. Jika ada bukti, patut juga mengambil tindakan.

    ReplyDelete
  81. Pemimpin yang dilantik harus menjalankan tanggung jawab masing-masing.

    ReplyDelete
  82. PILIHAN Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah tamat dan saya mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) kerana kekal memerintah negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  83. Pada masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada parti komponen BN di Pahang kerana kerjasama yang mantap berjaya menghasilkan kejayaan yang diimpikan sekali gus membuatkan pembangkang berputih mata.

    Calon-calon BN yang telah menang di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu bekerja lebih kuat untuk membalas jasa rakyat yang telah mengundi mereka 5 Mei lalu.

    ReplyDelete

  84. Pemilihan anda sebagai wakil rakyat adalah disebabkan keyakinan pengundi terhadap manifesto BN yang mampu melonjak pembangunan negara dan menjaga kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  85. Tinjauan yang saya buat melalui media massa mendapati calon-calon BN yang menang telah berazam untuk melaksanakan aku janji yang dikemukakan sebelum PRU13.

    ReplyDelete
  86. Saya berkeyakinan tinggi ia bukan janji manis sahaja sebaliknya akan menjadi kenyataan sepanjang lima tahun mereka menjadi wakil rakyat sehingga PRU akan datang.

    Di sini juga saya ingin menasihati pembangkang agar tidak terus menabur fitnah kepada BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disebabkan kegagalan mereka merampas kerajaan pada kali ini.

    ReplyDelete
  87. Mereka harus melihat kelemahan yang dibuat selama ini kerana rakyat mahukan kerajaan yang ikhlas dan bukannya kerajaan yang terdesak dengan membentang satu manifesto tidak masuk akal.

    ReplyDelete
  88. Pada pandangan saya, sekiranya pembangkang menang PRU-13 pun mereka belum tentu dapat menunaikan janji kerana masih banyak janji yang belum tertunai di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.

    ReplyDelete
  89. Kegagalan tiga parti dalam pakatan pembangkang untuk bergabung pada PRU-13 sudah jelas menunjukkan mereka tidak mampu bersatu untuk membentuk kerajaan kerana masing-masing ingin menang sehingga sanggup lawan sesama sendiri.

    ReplyDelete
  90. Terimalah keputusan dengan penuh reda kerana semua yang berlaku adalah suratan yang telah tertulis. Tidak perlu lagilah hendak menegakkan benang yang basah.

    ReplyDelete
  91. Jangan jadikan rakyat yang tidak berdosa sebagai mangsa kerakusan politik terutama generasi muda yang sepatutnya dibimbing dan bukannya dihanyutkan bagi memuaskan nafsu politik pemimpin.

    ReplyDelete
  92. Kalau rakyat x setuju dengan pilihanraya, suruh anwar kemuka bukti pada mahkamah!bukan obama!why obama?obama x akan bantu untuk dapat demokrasi tetapi menghancurkan negara kita.what happen with u chinese people?kaji.. what happen in Iraq? Hancur la!

    ReplyDelete
  93. Kalah perangai budak2 si ANwar ni.... bmacam bodoh saja kenyataan beliau.... serahkan kepada OBAMA??? hahaha/// bukti tu sampai sekarang pun tiada, Obama sudah ucapkan taniah lagi dengan Najib.

    ReplyDelete
  94. Obama ucap tahniah kepada Najib atas pelantikan sebagai PMSeptember 30, 2013 at 12:03 AM

    Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri dan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Najib di masa depan.

    ReplyDelete
  95. Obama ucap tahniah kepada Najib atas pelantikan sebagai PMSeptember 30, 2013 at 12:03 AM

    Dalam perutusan tahniah kepada Najib, Obama berkata: “Kedua-dua negara kita menjalin hubungan yang erat dan saya tahu bahawa anda sudah memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan itu.

    ReplyDelete
  96. Obama ucap tahniah kepada Najib atas pelantikan sebagai PMSeptember 30, 2013 at 12:04 AM

    “Anda dan saya berpeluang untuk menerajui negara kita pada ketika sedang berdepan dengan pelbagai cabaran dan peluang. Tindakan kita akan memberikan kesan yang besar dan usaha bersama kita akan memberikan impak positif berkekalan,” katanya.

    ReplyDelete
  97. Obama ucap tahniah kepada Najib atas pelantikan sebagai PMSeptember 30, 2013 at 12:04 AM

    Obama berkata, beliau bersedia menjalin kerjasama erat dengan Najib dalam menangani cabaran berkenaan dan memanfaatkan setiap peluang yang ada.

    ReplyDelete
  98. Obama ucap tahniah kepada Najib atas pelantikan sebagai PMSeptember 30, 2013 at 12:05 AM

    “Saya ucapkan selamat maju kepada anda dalam menjalankan tanggungjawab baru sebagai Perdana Menteri,” katanya.

    ReplyDelete
  99. Sudahlah tiada BUkti, menfitnah, tidak menunaikan janji untuk bersara.... bagus kamu go to hell la Anwar.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.