Saturday, May 25, 2013

Penyatuan Najib - Anwar Hanyalah Harapan Palsu

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla sedang merintis satu usaha untuk mendamaikan perseteruan politik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Usaha yang dilakukan atas dasar kedua-dua mereka adalah sahabat baik Jusuf dan bagi menjaga kepentingan Malaysia dan Indonesia, walau bagaimanapun setakat ini belum diketahui hasilnya.

Jusuf yang ke Kuala Lumpur bersama beberapa orang bekas menteri Indonesia pada 5 Mei lalu semasa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diumumkan telah menemui Anwar pada malam tersebut bagi menyatakan hasratnya itu.


Beliau kemudiannya menemui Najib pada 7 Mei di Putrajaya untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Barisan Nasional (BN) dan menyatakan harapannya agar kedua-dua tokoh itu tidak terus menerus berseteru.

"Ini perlu untuk meneruskan pembangunan Malaysia yang memerlukan kestabilan dan kompromi kedua-dua kubu," kata Jusuf seperti dipetik media Indonesia mengulas pertemuannya dengan Anwar.


Jusuf yang juga seorang ahli korporat berkata, beliau bersahabat dengan Najib kerana kebetulan mereka berdua berketurunan Bugis manakala dengan Anwar sejak zaman mahasiswa.

Najib kini tertekan ekoran prestasi BN lebih teruk pada PRU lalu berbanding keputusan pada 2008.

Sehubungan itu, Najib membentuk kabinet berteraskan kepada pemimpin yang diharapakan mempertahankannya dari serangan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Anwar selepas ini.

Mahathir dan Muhyiddin sedang merancang menggulingkan Najib melalui pemilihan Umno pada Oktober ini.

Manakala Anwar menekan Najib melalui siri himpunan membantah penipuan PRU kerana 27 Parlimen di menangi BN baru-baru ini terbukti berlaku penipuan undi.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.