Monday, December 19, 2011

99% Rakyat Sabah Mahu Akses Satelit

TIMBALAN Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Yee Moh Chai berkata 99 peratus penduduk Sabah mahukan kebebasan dalam akses pada maklumat khasnya menerusi khidmat satelit.

Yee yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat berkata peratus ini diperoleh menerusi bancian yang dijalankan oleh kementeriannya.

"Saya sendiri akan memaklumkan kepada kerajaan negeri mengenai pentingnya pengunaan piring satelit di negeri ini termasuk membincangkan perkara berkaitan pengawalan pengedaran khidmat itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival ‘Siok Bah Broadband’ di Kota Kinabalu, kelmarin.

Katanya beliau juga akan memaklumkan mengenai perkara ini kepada pihak lain yang berkenaan.

"Mengenai undang-undang berkaitan kawalan pengedaran khidmat satelit, saya akan pastikan, ia akan dipinda mengikut keperluan dan mengikut keadaan di Sabah dan Sarawak," katanya.

Yee berkata keperluan menggunakan khidmat satelit kian meningkat khasnya di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak di mana signal telekomunikasi sangat rendah.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam teks ucapan berkata sehingga 30 Nov, penerapan isi rumah internet jalur lebar di Sabah ialah 32.7 peratus sementara mereka yang melanggan internet jalur lebar mencecah 293,400.

"Tahun ini, 19 Pusat Komuniti Jalur Lebar (CBC), 23 Mini CBC dan 131 kampung Wi-Fi berjaya diwujudkan di Sabah," kata beliau dalam ucapan yang dibacakan oleh Ketua Pegawai Khidmat dan Sokongan MCMC Tengku Zaib Raja Ahmad.

Mohamed Sharil juga berkata di Sabah, 246 menara telekomunikasi dibina dan kira-kira 60,000 komputer riba diagih-agihkan di bawah Program Netbook 1Malaysia. (BERNAMA)

42 comments:
Write comments
  1. Sebenarnya bukan akses internet saja. Penggunaan parabola pun perlu diberi kebenaran memandangkan ramai penduduk Sabah dan Sarawak yang tidak dapat menonton TV terutama yang tinggal di pedalaman dan payah dapat siaran. Hendak tengok TV1 dan TV2 pun kena bayar tidak kurang RM50 untuk melanggan Astro. Adakah patut? Lagipun Astro semakin cekik darah. Kita dibagi lupus bayar lesen TV dan Radio RM 24 setahun tapi disebaliknya ' diaorang' main wayang bagi kita Astro dgn. bayaran RM50 sebulan. Bukan semua penduduk Sabah dan Sarawak mampu. Menteri pun satu, belum ada yang terfikir atau malas mau fikir. Menteri Penerangan pun kena lah fikir, biarlah banyakkan TV berbayar jadi persaingan banyak, rakyat boleh pilih mana yang baik dan murah. Ini tidak..kasi sama itu Krisnan saja kontrol kenyanglah dia. Atau sudah bagi -bagi. Sebagai contoh, di lahad Datu hampir semua rumah pasang Astro sebab semenjak Astro dilancarkan TV1 dan TV2 samut-samut ditengok. TV3, NTV7, NTV9 yang free macam di KK jangan harap ada. Akhirnya terpaksa lah beli Astro..kalau lah begini sampai mati lah bayar bil hanya mau tengok TV...

    ReplyDelete
  2. di Sabah d amat sukar untuk mendpatkan talian, adalah wajar penggunana parabola dibenarkan di Sabah. majoriti rakyat Sabah setuju parabola digunakan.

    ReplyDelete
  3. harap kerajaan akan membenarkan penggunaan setelit parabola di sabah

    ReplyDelete
  4. I agree that the people should be allowed to access the parabolic satellite, we have the rights for information.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. We should not allow Astro to become the sole monopoly as it is unfair to the consumers. Without competition, a monopoly company will have no motivation to improve their service and yet still allowed to charge premium prices. I support Parabolic Satellite!

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Betul. Jangan biarkan Astro memonopoli semua siaran. Kalau perkhidmatan mereka bagus 24jam, tidak apalah juga. Hujan sikit, siaran hilang. Lepas tu program yang berulang-ulang. Buat apa mahu langgan HBO kalau wayang lama2 saja ditayang?

    ReplyDelete
  7. I don't want my fellow Sabahans called 'katak di bawah tempurung'. They deserve to get better information access.

    ReplyDelete
  8. Jika majoriti bersetuju, tunaikan saja.

    ReplyDelete
  9. pasti kebanyakan rakyat Sabah bersetuju dengan penggunaa parabola.

    ReplyDelete
  10. Tidak salah jika boleh akses satelit, cuma polisi harus jelas dinyatakan.

    ReplyDelete
  11. Yee berkata keperluan menggunakan khidmat satelit kian meningkat khasnya di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak di mana signal telekomunikasi sangat rendah.

    Sebagai sebuah negara yang berteknologi tinggi, harus juga memberi perkhidmatan satelit supaya trasmisi informasi dapat dibuat dengan lebih pantas.

    ReplyDelete
  12. Informasi untuk generasi adalah amat penting. Kami harus mengatahui apa yang berlaku di tempat lain.

    ReplyDelete
  13. Kawalan informasi harus dibuat.

    ReplyDelete
  14. Semoga permintaan ini diterima agar kawasan luar bandar turut diberi perkhidmatan yang dan servis yang wajar.

    ReplyDelete
  15. bukan sahaja akses satelit malah internet..

    ReplyDelete
  16. Mengenai parabola seharusnya sebagai penduduk Sabah menyokong parabola boleh diguna di Sabah. Mari kita meminta kementerian komunikasi memberikan kebenaran dan menarik balik pengharaman tersebut.

    ReplyDelete
  17. Mari kita menyokong Yee Moh Chai untuk memperjuangkan hak pengunaan akses satelit untuk Sabah.

    ReplyDelete
  18. Baik juga jika diberi perkhidmatan akses satelit ini.

    ReplyDelete
  19. Adakah infrastruktur Sabah memenuhi syarat untuk akses satelit ini?

    ReplyDelete
  20. Kaedah harus dikaji agar tiada pihak menyalahguna perkhidmatan yang diberi.

    ReplyDelete
  21. Not allow any company to monopoly the market, charges way too high.

    ReplyDelete
  22. Undang-undang harus dikaji untuk kawalan perkhidmatan.

    ReplyDelete
  23. hampir seluruh rakyat Sabah setuju dengan penggunaan parabola sebab Astro sangat tidak berbaloi bayarannya dengan kualiti perkhidmatan. rasanya memang patut ni diluluskan.

    ReplyDelete
  24. sedangkan Astro pun ada juga yang kurang sesuai untuk tontonan umum, apa lagi dengan penggunaan parabola. makin bebaslah tengok apa2 rancangan.

    ReplyDelete
  25. jika penggunaan parabola ini diluluskan, pandai2lah individu untuk menggunakan perkhidmatannya.

    ReplyDelete
  26. Harap tu coverage internet lebih meluaskan dan rate lebih tinggi.

    ReplyDelete
  27. Anonymous 25 says
    January 3, 2012 1:28 PM

    sedangkan Astro pun ada juga yang kurang sesuai untuk tontonan umum, apa lagi dengan penggunaan parabola. makin bebaslah tengok apa2 rancangan.


    ............
    Kalau macam tu Astro patut kena ban la kan. Atau dibatalkan lesan.

    ReplyDelete
  28. liputan internet harus diperluaskan lagi di sabah terutama di kawasan pedalaman..

    ReplyDelete
  29. kerajaan juga harus mengawal Astro...bil Astro yang mahal termasuk bil2 tersembunyi membebankan pengguna..

    ReplyDelete
  30. caj broadband juga harus dikurangkan...kadar bayaran sekarang yang tinggi membantutkan penggunaan internet secara meluas..rm80-rm200 sebulan sangat mahal..

    ReplyDelete
  31. rakyat sabah mahu kebebasan dalam akses pada maklumat..maka adalah wajar kemahuan dan keperluan ini dipenuhi..

    ReplyDelete
  32. "Tahun ini, 19 Pusat Komuniti Jalur Lebar (CBC), 23 Mini CBC dan 131 kampung Wi-Fi berjaya diwujudkan di Sabah," kata beliau dalam ucapan yang dibacakan oleh Ketua Pegawai Khidmat dan Sokongan MCMC Tengku Zaib Raja Ahmad.



    diharap tahun 2012 ini akan diperbanyakkan lagi kampung wi-fi dan akses kepada internet dengan mewujudkan lebih banyak menara telekomunikasi di kawasan pedalaman sabah..

    ReplyDelete
  33. Harap rakyat akan mendapat akses satelit tidak lama nanti.

    ReplyDelete
  34. Takkan ini akan menambah kos semua pihak?

    ReplyDelete
  35. Line access will be better for us if they approve it.

    ReplyDelete
  36. SAYA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG BERKETURUNAN SIAM MEMBERI CADANGAN SAYA KEPADA KERAJAAN MALAYSIA SUPAYA MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA SEPERTI NEGARA-NEGARA LAIN.RAKYAT JUGA MEMBAYAR HASIL CUKAI KEPADA KERAJAAN MALAYSIA.BAGI SAYA SEPATUTNYA KERAJAAN MALAYSIA MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA DAPAT MELIHAT SIARAN DARI LUAR NEGARA.

    ReplyDelete
  37. SAYA HARAP AGAR KERAJAAN MALAYSIA BERI PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA.SAYA LEBIH SUKA PAKAI PARABOLA BERBANDING DENGAN ASTRO KERANA SIARAN DI ULANG SETIAP BULAN DI BAYAR BERBANDING DENGAN PARABOLA SEKALI PAKAI BOLEH LIHAT SAMPAI BILA-BILA.SAYA BERCADANGKAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA SUPAYA INGAT RAKYAT MENGGUNDI PEMIMPIN JANGAN LUPA KEPADA RAKYAT SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT.

    ReplyDelete
  38. Zarina,Kuala LumpurOctober 7, 2012 at 1:21 AM

    SAYA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA BERHARAP AGAR KERAJAAN MALAYSIA DAPAT MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA SEPERTI NEGARA-NEGARA LAIN.APA YANG SAYA LIHAT NEGARA-NEGARA LAIN BANYAK YANG PAKAI PARABOLA SERTA KERAJAAN MEMBERI LESEN SECARA SAH KEPADA RAKYATNYA LIHATLAH SEPERTI CONTOH BRUNEI.SAYA HARAP KERAJAAN MALAYSIA DAPAT MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA DAPAT MELIHAT SIARAN DARI LUAR NEGARA.SAYA AMAT TERTARIK DENGAN BLOG CINRAI DARI KEDAH MENGATAKAN BENARKAN RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA DI MALAYSIA INI LAMAN WEB WWW.CINRAI.BLOGSPOT.COM

    ReplyDelete
  39. SAYA BERHARAP AGAR KERAJAAN MALAYSIA DAPAT MEMBENARKAN RAKYAT SATU MALAYSIA DAPAT MENGGUNAKAN PARABOLA SEPERTI NEGARA-NEGARA LAIN.BAGI SAYA NEGARA MALAYSIA SUDAH MAJU SEPATUTNYA KERAJAAN MALAYSIA MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA DAPAT MENGGUNAKAN PARABOLA SEPERTI NEGARA THAILAND,INDONESIA,LAOS,KEMBOJA DAN BRUNEI.RAKYAT MALAYSIA JUGA ADA HAK UNTUK MEMBELI PARABOLA SERTA MEMASANG DI KEDIAMAN.

    ReplyDelete
  40. BAGI SAYA KERAJAAN MALAYSIA ADALAH SIFAT YANG ZALIM SERTA TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA DI MALAYSIA.KERAJAAN MALAYSIA ADALAH CELAKA BESAR HARAM PUNYA KERAJAAN MALAYSIA HANYA CEKIK KEDARAH DUIT RAKYAT MALAYSIA DENGAN MELIHAT ASTRO SAHAJA.BAGI SAYA KERAJAAN MALAYSIA ADALAH SIFAT YANG ZALIM SERTA TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA.

    ReplyDelete
  41. SAYA BERDOA KEPADA ALLAH SWT SUPAYA MALAYSIA DI TERIMA MUSIBAH SEPERTI NEGARA-NEGARA LAIN.BAGI SAYA NEGARA MALAYSIA ADALAH PALING TAK GUNA SERTA TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA ANTARABANGSA DI MALAYSIA.KERAJAAN PERLU SEDAR SELAMA INI SIAPA YANG MENGGUNDI KERAJAAN BUKAN RAKYAT MALAYSIA KE.KERAJAAN MALAYSIA HANYA GILA KUASA DAN PANGKAT TIDAK MEMIKIR KEPADA RAKYAT MALAYSIA.SAYA BERDOA SEMOGA ALLAH SWT TURUNKAN BALA DAN MUSIBAH DI NEGARA MALAYSIA IATU KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA.AMIN.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.