Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata BN berada dalam kedudukan yang baik untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, yang mungkin diadakan awal tahun depan.Bagaimanapun, beliau berkata persoalannya ialah sama ada BN akan memperoleh majoriti, memandangkan sebuah kerajaan yang lemah akan diserang oleh pembangkang, yang akan mewujudkan isu untuk melemahkannya.
"Saya fikir mereka kini sibuk berkempen untuk memastikan mereka boleh menang. Perhimpunan Agung Umno agak baik, sambutannya agak bagus. Nampaknya seperti Umno kini kembali semula menjadi popular kepada rakyat," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Dr Mahathir berkata pilihan raya mungkin diadakan tahun depan, sungguhpun tempoh penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada 2013."Jika pilihan raya diadakan terlalu awal, negeri-negeri yang dikuasai pembangkang mungkin tidak mahu mengadakannya kerana mereka ingin mengekalkan negeri-negeri berkenaan dan cuba memenangi negeri lain pula. Mungkin itu yang akan menjadi strategi mereka.
"Bagaimanapun jika pilihan raya diadakan terlalu hampir dengan tempoh berakhirnya penggal, tiada sebarang manfaat bagi mereka. Jadi mereka terpaksa bersatu, mengharungi pilihan raya bersama-sama. Terpulanglah kepada kerajaan untuk menimbangkan perkara ini," katanya.Ditanya sama ada ada kes mahkamah membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berperanan dalam pilihan raya akan datang, Dr Mahathir berkata: "Dalam apa cara sekalipun, beliau akan menjalankan peranannya."
Mengimbas semula pilihan raya umum 1999, beliau berkata ketika Anwar didapati bersalah dalam kes mahkamah ketika itu, beliau menggunakan insiden mata lebam dan BN kehilangan kira-kira 300,000 undi daripada kaum Melayu.
"Kaum Cina mengundi BN. Kaum Cina merupakan penyokong BN yang sangat kuat kerana kami berjaya menangani krisis kewangan dan ramai di antara mereka yang terselamat daripada menjadi muflis. Sebab itulah kami mengekalkan majoriti dua pertiga, sungguhpun Umno kalah bannyak kerusi," katanya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ramai daripada penyokong kuat Anwar dan kalangan yang menaruh kepercayaan kepadanya yang meninggalkannya, termasuk Dr Chandra Muzaffar dan peguam Zainur Zakaria, yang tidak lagi percaya dengan apa yang diperkatakannya.Mereka yang meninggalkan Anwar kini menyerangnya kembali dan mengutuknya.
"Pada 1999, dia sangat kuat kerana dia berada dalam penjara dan mempunyai mata yang lebam dan berkata saya melakukan konspirasi untuk menyingkirkannya. Untuk apa saya berkonspirasi? Lagipun, saya mahu meletak jawatan," katanya.
- Bernama
Tuesday, December 13, 2011
Dr M Yakin BN Boleh Menang PRU13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Untuk apa saya melakukan konspirasi? supaya DSAI di pecat dan lu ambil alih jawatan Menteri Kewangan dan perkara pertama yang lu buat adalah bail out Renong Sdn Bhd sebanyak RM10 000 000 000....lu ingat semua orang lupa? bukan bangsa Melayu yang mudah lupa tapi lu...
ReplyDeletetun ckp apa sj rakyat tahu dan boleh merasa apa yg tun ckp , tak lebih ckp mcm budak budak , klu anwar tak di pecat mana boleh sy ada wang banyak , lepas tu nak bersihkan nama buat prosedur pm mesti pegang menteri kewangan , mana ada negeri pm pegang 2 jawatan klu bukan tun yg buat pandai2 smua ni . ini anak sy pun boleh paham la tun , smga tun akan mendapat balasan yg lebih keji dan hina dari alloh swt . smga mala petaka tun akan di nampak kan kepada smua rakyat malaysia sebelum tun mati amin amin amin . dgn kuasa alloh yg maha pengasih dan penyayang dgn kebesaran mu ya alloh kami mohon bebaskan lah anwar selamatkan lah dia dari segala fitnah tak ada org yg boleh tlg melain kan engkau ya alloh , hanya engkau pengadil yg seadil2nya , aminnnnnnnnnnnn
ReplyDeleteSepanjang kepimpinan Tun Mahathir,Malaysia telah menikmati kemajuan yang amat ketara dan aspirasi kecemerlangan ini diteruskan.Sewajarnya pandangan beliau wajar diambil perhatian memandangkan dirinya telah diiktiraf pelbagai pihak diseluruh dunia.Sememangnya tindakan Tun yang mahu Menteri Kewangan dibawah Perdana Menteri merupakan tindakan yang tepat memandangkan Anwar telah menggunakan kedudukan itu untuk menggulingkan Tun Ghafar Baba dalam pilihan umum Timbalan Presiden Umno serta diakatakan membawa sejumlah wang ke Sabah dan membeli MP Sabah ketika BN kalah disana.
ReplyDeletemungkin dah ada "cara" @ "jln belakang" baru berani ckp mcm gitu, kena hati2.
ReplyDeletepandangan tun mader sudah expired laa..pandangan org lain pun apa kurang hebatnya, pehh..mader ni pun pandai cakap saja. sebab utama anwar dipecat dahulu ialah anwar mahu tanding mader sebagai PM dan kalau ada pertandingan, anwar dijangka menang sbb anwar pada masa tu sangat terkenal. tak seperti mader yang rasis. sikit2 kata org melayu hilang la, mati la, dan macam2. ala tun..kita dah cerdik sikit laa... bikin malu saja kau asyik cakap pasal melayu saja. asyik nak jaga melayu saja so, nak tanya sikit laa..apa UMNO buat pada melayu selama 54 tahun UMNO berkuasa? mcm inikah dikatakan mahu jaga melayu? alaa...cik mader..alasan berkaitan bangsa melayu dah lama expired daa...pigi daa.... UMNO/BN tak releven lagi daa...org2 dusun kadazan murut ang dah jadi ahli UMNO, fikir2 laa..korang bukan bangsa melayu kenapa tak pilih PBRS ka, UPKO ka, PBS ka? ehh..peliknya org sabah ni,
ReplyDeleteRakyatmesia:
ReplyDeleteApa jenis pemimpinkah Anwar yang pada waktu masih dalam UMNO - begitu gelojoh ingin gulingkan Mahathir yang telah mendidik dan membesarkan dia sampai jadi Timbalan Presiden UMNO dan TPM? Dia cuma perlu tunggu, tapi malangnya rakus sangat nak jadi PM. Ini ke jenis pemimpin yang baik? Jangan ceritalah lagi tentang kronisme yang dipraktikkan Anwar masa Timbalan PM dan Menteri Kewangan. Point anda yang Mahathir racist juga tidak munasabah, dan jika ya pun, maksudnya Anwar pun racist juga kerana bertahun2 dalam UMNO mempertahankan DEB. Kalau nak hentam ahli politik pun, janganlah nak dewakan orang macam Anwar. Sebenarnya UMNO dan PKR, BN dan PR tu sama saja. Jangan tertipu dengan dakyah politik. Fikir sendiri masa PRU 13 dan buat keputusan pada calon tempatan yang boleh buat kerja. Itu saja.