Wednesday, December 28, 2011

Hassan Ali Minta Maaf Kepada TG Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."

Kenduri kesyukuran

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat. -HD

5 comments:
Write comments
  1. Tertarik dengan penegasan Dr hasan Ali bahawa PAS kini bukan lagi terdiri dari golongan ulamak tetapi dikuasai oleh golongan "profesional".Yang menjadi persoalanya,adakah golongan ini benar-benar mendokong cita-cita PAS dikala mereka dilihat cenderung kepada perjuangan individu tertentu

    ReplyDelete
  2. Betulkah dia mohon maaf? The star menyiarkan penafian Dr Hassan!

    ReplyDelete
  3. Itulah karisma Dato' Hassan Ali (DHA) yang kita semua mengenali sejak beliau menjadi penceramah dalam Hal Ehwal Islam TV1 masa tu aku masih sekolah menegah lagi. Dan kebijaksanaan Dato Mustapha yang memberikomen sekadar berlandaskan kepentingan PAS bukan isu peribadi.

    Ayuhhhhhhhhhhhhhhh semua kita bersama sama memberi sokongan kepada PR. Kita berharap DAP juga dapat mengikuti jejak PAS. Mr. Karpal Singh.....kasi checkmate isu DAP biar musuh2 kita gigit jari

    ReplyDelete
  4. ALHAMDULILLAH.. Kita telah mendapat anugerah yang sangat bernilai kerana mendapat seorang pemimpin seperti Tok Guru Nik Aziz Nik Mat seorang yang sangat terbuka dan berlapang dada dan kaya dengan sifat pemaaf kepada sahabatnya yang masih mahu bertaubat, Ternyata aura Tok Guru sangat berkesan dalam mempengaruhi sikap sahabat2 kepimpinan yang lain khasnya dalam PAS. Takbir , ALLAHUAKBAR!

    ReplyDelete
  5. Macam ni laa baru betul....Syabas pada semua....bila Saf sudah rapat Iblis dan Syaitan tak dapat nak mencelah.
    Tahniah TGNA dan Hassan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.