Saturday, December 10, 2011

Menunggu stesen petrol 1Malaysia?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilLytGLK2scnWyfgNNBO8iyB_eCWkcDd2DFJnQ4GRj_4T1n8Is6ptPieclGhv5fEyb3mQHHQko-OWDfnsyLTxxS3zt6laFUVAQ6QmAsLzriK0uWqapa0SsWNh4A8szXJSqC3s_tqmhKnA/s1600/pix_gal0.jpgMula mula kedai 1Malaysia yang berkonsepkan kedai runcit, kini,kedai ikan 1Malaysia yang berkonsep barang barang basah keperluan harian rakyat.Tujuannya ialah untuk membekal barangan keperluan harian pada harga yang rendah.Matlamat yang nampak berorentasikan keutamaan rakyat sesuai dengan slogan 1Malaysia.

Akan tetapi satu fakta yang mahu dibohongi oleh UMNO ialah keperitan hidup rakyat hari ini banyak berpunca dari kegagalan kerajaan menguruskan hasil negara sehingga minyak mentah yang dikorek di dasar laut negara gagal di menafaatkan untuk kebajikan rakyat.

Maknanya keperitahan hidup rakyat hari ini bukan kerana peniaga yang menjual barangan keperluan pada harga yang tinggi tetapi lebih disebabkan harga barangan keperluan naik melambun akibat kepenyangakan kerajaan UMNO/BN.Dua perkara yang nampak sama tetapi tak serupa dan kenaikan index harga pengguna banyak disumbangkan oleh kenaikan terlampau harga pertol dan disel.

Oleh itu pembukaan kedai 1Malaysia dan kedai ikan 1Malaysia hanyalah pertunjukan wayang pacak kerajaan sebagai menunjukkan kerajaan mahu membantu rakyat tetapi disebalik tabir kerajaan tetap mencekik rakyat.Untuk itu, kalau kerajaan mahu menafikan dakwaan ini, sahutlah cabaran untuk membuka stesen minyak 1Malaysia bagi menawarkan petrol dan disel pada harga yang rendah dari harga pasaran sekarang.Ada berani ka?

Kerajaan semakin hari semakin rancak bermain wayang pacak dengan rakyat tetapi UMNO semakin rancak merancang penipuan menjelang pilihanraya.Sementara big mama Rosmah semakin rancak shoping menggunakan duit rakyat.

Rakyat semakin terdesak dengan pelbagai cengkaman walaupun kedai 1Malaysia dan kedai ikan 1Malaysia ditayangkan kepada rakyat kononnya akan dapat barang keperluan pada harga yang murah.Tanya semua rakyat, kalau diberi pilihan untuk mendapatkan ikan pada harga yang rendah di kedai 1Malaysia dengan harga pertol atau disel yang murah mana yang rakyat mahu?Siapa mahu jawab?Najib?, Ismail Sabri?,Mukhriz Mahadir?Atau siapa?

Barangkali cuma pencacai UMNO yang akan jawab mahu harga ikan yang rendah di kedai 1Malaysia kerana harga petrol dan disel yang tinggi itu diperlukan untuk pelan kontigensi negara seperti pembelian kondo mewah oeh NFC menggunakan dana lembu.

1 comment:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.