Wednesday, December 28, 2011

Prof Aziz Bari Mungkin Bertanding PRU 13

Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari mungkin bertanding di kawasan parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang, seandainya terdapat permintaan dan sokongan agar beliau bertanding di situ.

MerdekaReview dimaklumkan sumber bahawa ada tanda-tanda Aziz Bari bertanding di kawasan parlimen tersebut, melihat kepada kekerapan beliau kembali ke kampungnya di situ kebelakangan ini. Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari enggan mengulas panjang, tetapi berkata, "Kalau ada sokongan, kena fikirkanlah juga, untuk perubahan..."

Dalam PRU 11 pada tahun 2004, calon PKR Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari UMNO dengan perbezaan 5,348 undi. Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 orang pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi. Bagaimanapun, undi majoriti dikurangkan sehingga 1,335 undi dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, Abdul Rahman Bakri dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin yang mendapat 10,720 undi. Daripada jumlah 31,381 orang pengundi, 81.25% adalah Melayu, 13.61% adalah Cina, 5.12% adalah India dan 0.02% lain-lain.

Menurut seorang sumber maklumat yang enggan mendedahkan identitinya, tinjauan mendapati kawasan Sabak Bernam mungkin ditembusi Pakatan Rakyat pada PRU akan datang. Sumber berkata, PKR sepatutnya telah menembusi kawasan itu dalam PRU 12 yang lalu, namun berlaku "politiking" dalaman sehingga calon PKR tewas tipis dengan perbezaan 1,335 undi. Meskipun mengakui bahawa Badrul Amin juga seorang pemimpin yang baik, namun sumber tersebut mendakwa bahawa "politiking" yang berlaku di PKR Cabang Sabak Bernam menyebabkan akar umbi gagal disatu-padukan.

Menurut sumber lagi, seandainya Aziz Bari direstui pimpinan tertinggi PKR untuk bertanding di Sabak Bernam, beliau yakin bahawa kemunculan Aziz Bari mampu "meneutralkan" keadaan yang sedia ada. Sumber yang dekat dengan parti komponen Pakatan Rakyat ini berkata, penampilan Aziz Bari mampu menyuntik keyakinan agar PR menawan kerusi Sabak Bernam.

Badrul Amin juga mantan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), terlibat dalam gerakan Reformasi sejak tahun 1998. Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun, bersama Tian Chua, Hishamuddin Rais, Saari Sungib, Mohd.Ezam Mohd Nor dan lain-lain.

Aziz Bari mencetus kontroversi apabila mendakwa "tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim", ketika ditemuramah Malaysiakini. Kenyataan pakar perlembagaan ini dibidas dalam Utusan Malaysia, malah ada yang membuat aduan polis terhadap Abdul Aziz Bari dan Malaysiakini. Ekoran daripada itu, Abdul Aziz Bari dan wartawan Malaysiakini disoal-siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 17 Oktober 2011.

Jawatan Aziz Bari digantung, dan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada UIAM pada 19 Oktober 2011. Siswa-siswi dan orang awam bangkit mempertahankan Aziz Bari, mengutuk tindakan mencabul kebebasan akademik. Keputusan penggantungan tersebut ditarik balik kemudian lantaran desakan umum, namun Aziz Bari akhirnya memilih untuk meletak jawatan.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

8 comments:
Write comments
  1. Kalau takut menghadapi risiko jangan bicara mengenai perjuangan....kawasan parlimen yang amat sesuai jika mau terjun kealam politik ialah Sabak Bernam... tempat kelahirannya....boleh bertanding atas tiket mana pun dalam gagasan Pakatan Rakyat... tidak menjadi masalah Asalkan Bukan Umno....

    ReplyDelete
  2. elok lawan di KULIM..pasai ZuL NOORdin yang cabar sangat Prof Aziz hari tuh..kita tgk sapa yang kenaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. DAP adalah medium terbaik untuk hang masuk ke dunia politik. Hang pakar perlembagaan...DAP bercita2 mencipta perlembagaan baru...memang sesuai...nanti hang bleh la jd PM.

    ReplyDelete
  4. Politik adalah medium terbaik utk memperbetulkan perlanggaraan Perlembagaan Negara yg dinodai kerana rakyat bukannya pandai dan arif spt D Aziz Bari.

    ReplyDelete
  5. Dr Aziz Bari statusnya diragui dengan penglibatan beliau dalam IDEAS serta buku-buku terbitanya yang dibiyai oleh Konrad Adeanur Fund yang merupakan satu organisasi Yahudi.Sikap beliau yang menegur Sultan Selangor walaupun berkaitan akidah umat Islam tidak boleh diterima sebagai alasan "kebebasan akademik" kerana sudah menjadi bidang tugas baginda Sultan menjaga hal ehwal agama.

    ReplyDelete
  6. Bagus Prof Dr Abdul Aziz Bari, kasi bangkrap sama itu Zul Kolim dgn Utusan. Asyik fitnah tak henti2 je kerja si Zul Kolim ni.

    ReplyDelete
  7. SEKARANG ZUL NORDIN DAH JADI RAJA FITNAH. DULU DIA TUDUH ANWAR SENGAJA TIMBULKAN ISU VIDEO SEKS UTK MENGALIH KES LIWATNYA. RUPA2NYA DATUK T YG TIMBULKAN ISU ITU. APAKAH MASIH ADA ORG NAK PERCAYA ZUL NORDIN YG MENGARUT DAN TAK PAKAI OTAK NI.

    ReplyDelete
  8. Saman kaw2 punya.... baru si zul kambing tu taw ttp mulut.... ingat lawyer org takut sgt ker? Utusan tu biaq ksi bankrap... ada pun wat rugi kertas jer.. dah tak berapa nak laku...... yg duk beli pejabat kerajan UMNO jer....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.