Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak dakwaan media kononnya parti islam itu mengugurkan Exco Selangor, Hassan Ali daripda menjadi calon pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Abdul Hadi berkata pihaknya kini dalam perbincangan akhir menetapkan senarai calon untuk disenaraikan bertanding pada PRU yang bakal menjelang tidak lama lagi.
"Tarikh sebenar pilihanraya umum (PRU-13) belum diumukan, soal penetapan calon tidak timbul, jadi untuk mengetahui siapa yang tercalon kita tunggu pengumuman tarikh pilihanraya,"katanya.
Abdul Hadi berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Dokumen Negara Berkebajikan di ruang legar kompleks PKNS Shah Alam hari ini.
Hari ini akhbar Mingguan Malaysia melaporkan terdapat sumber-sumber yang mengesahkan bahawa Hassan Ali disingkirkan oleh Pas Selangor sekaligus pas Pusat merestui penguguran nama beliau untuk PRU akan datang.
Media arus perdana itu juga melaporkan PAS turut mengugurkan beberapa pemimpin PAS yang antaranya bekas Timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.
Mengulas lanjut perkara ini, Abdul Hadi bertegas apa yang dilaporkan itu bukan dari keputusan PAS tetapi hanya semata-mata dakwaan media milik Umno yang ketiadaan isu selain sengaja mahu memecah belahkan PAS dan gabungan Pakatan Rakyat.
Tuesday, December 13, 2011
PRU 13 : Hasan Ali Jadi Isu Di Selangor?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Teringat era PAS ketika itu diterajui oleh Ustaz dan para Ulamak yang disegani seperti ustaz Harun Din dan sebagainya,mereka jelas dengan ideologi mereka dan dihormati oleh seteru politik.Pas sekarang nampak tidak lagi relevan dengan kepimpinan Tuan Hadi Awang yang hanya lebih kepada mengikut telunjuk DAP serta saf yang berpecah belah dimana dikatakan wujudnya puak Erdogan dan mereka yang menyanjung tinggi ideologi asal PAS.Pas sudah lesu
ReplyDelete