Wednesday, December 28, 2011

PRU 13 : Lajim Bakal Disingkirkan?

JANANG Gayuh, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin yang pernah mengkhianati perjuangan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk membolehkan UMNO memerintah Sabah mungkin bakal ditimpa ‘Hukum Karma’ kerana akan dipinggirkan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang; ibarat kata bidalan, ‘Dari Sampah Kepada Sampah!’

Jasa Lajim terhadap UMNO semakin sirna bagaikan ombak yang berarus deras tetapi hancur ketika menghempas pantai kerana khidmatnya tidak diperlukan lagi di era Najib menjadi Perdana Menteri, disebabkan ‘Transformasi’ adalah kata kunci yang mencipta kejayaan.

Walaupun saya berbangsa Bisaya, tetapi tidak boleh dijinakkan oleh Lajim yang menggunakan Persatuan Bisaya untuk kepentingan politik beliau, sedangkan masa hadapan kami terus diperjudikan di kasino.

Sebagai pemilih berdaftar, saya tidak boleh tidur lena selepas membaham ‘ambuyat’ (kanji daripada sagu rumbia) kerana di hadapan mata saya Beaufort bakal menjadi ‘Bandar Transformasi’ termaju di Sabah mengalahkan POIC di Lahad Datu kerana sejumlah RM45 Bilion dilabur di Projek Bersepadu Minyak dan Gas di Kimanis. Apalah sangat Projek Gula Sabah jika dibandingkan dengan projek mega ini.

Pelaburan ini adalah 10 peratus daripada Keluaran Negara Kasar Negara (GDP) dan Beaufort memerlukan seorang pemimpin yang dinamik, berintegriti, berdaya tahan dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk memastikan Pelan Transformasi Ekonomi mencipta ruang dan peluang kepada penduduk Beaufort yang terketinggalan serba serbi.

Cukuplah peluang yang diberikan kepada Lajim selama ini kerana beliau hanyalah seorang ‘Desperado’ yang menubuhkan Persatuan Bisaya untuk menonjolkan diri sebagai Pemimpin Agung yang menunggu peluang untuk dipanggil Ketua Menteri atau Ketua Menteri dengan pujukan dan tawaran; sebagaimana sejarah pengkhianatan beliau terhadap PBS pada 1994. Impian Desperado ini tidak mungkin berulang!

Dengan pelaburan Projek Gas Bersepadu bernilai RM45 Bilion di Kimanis dan Beaufort; Lajim tidak mampu mengikut jejak langkah ‘Aman Bersaudara’, Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Seri Anifah Aman yang menjadi ‘arkitek’ dan memacu pembangunan pesat di Bandar Transformasi ini melalui SEDIA dan SDC.

Kehebatan Anifah Aman sebagai Pengerusi Task Force Projek Gas di Kimanis telah berjaya menjinakkan Petronas yang sebelum ini bagaikan ‘Anjing Liar’ yang suka merebut segala harta kepada penjaga harta dan memulangkan kembali kepada rakyat Sabah dalam bentuk pembangunan berkala yang berkekalan.

Sebagai pendesak berintegriti, Anifah telah berjaya memujuk Petronas agar prihatin dengan nasib dan masa hadapan rakyat Sabah terutama di Kimanis dan Beaufort yang selama ini bagaikan anak ayam kehilangan ibu; semata-mata pemimpinnya terlalu berpolitik daripada bekerja.

Walaupun Perdana Menteri telah memaju ekonomi Malaysia melalui pelbagai Pelan Transformasi Ekonomi dan Sabah mencatat Bajet tertinggi dalam sejarah; namun pemimpin berideologi lama seperti Lajim tidak dapat mengejar kemajuan dan gagal menjadi pencetus idea baru untuk menjadikan Beaufort sebagai Bandar Transformasi di Sabah.

Kini tibalah masanya Lajim berundur daripada politik atau menghabiskan sisa usianya dengan kesihatan yang dikurniakan Illahi, untuk meneruskan perjuangan sebagai NGO dan meninggalkan hasratnya untuk memimpin Sabah People Front (SPF) yang diwar-warkan sejak seminggu lalu.

Lajim sewajarnya memberi peluang kepada pemimpin pelapis menggantikan beliau dan menghargai jasa UMNO dengan membantu ‘Aman Bersaudara’ memajukan Sabah, sekalipun beliau banyak mendapat projek NKRA daripada ‘Mentor’ Beliau, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Oleh : JIKIRUN YUSMAN (sabahkini)

43 comments:
Write comments
  1. kita sokong juga ada pembaharuan calon pemimpin rakyat..mana-mana pemimpin kuda kayu dan tidak mampu memikul tugas sebagai pemimpin, seharusnya mengundur diri secara hormat sebelum rakyat yang singkirkan.

    Kita mahu pemimpin yang bermaruah,berwawasan, mampu membimbing rakyat ke jalan pembangunan sejahtera, saksama dan bertimbangrasa.Rakyat tidak mahu pemimpin yang hanya menjadi pak turut buta, membaca teks ucapan semata-mata yang dikarang oleh orang lain.

    ReplyDelete
  2. resepi istimewa utk UrmMNgOk-sup katak masak lihing...

    ReplyDelete
  3. ini hnya kabar angin, kita belum samada Lajim akan disingkirkan atau tidak.

    ReplyDelete
  4. jika benar dia disingkirkan, Lajim kena terima keputusan tersebut, mgkin dah tiba giliran orang muda.

    ReplyDelete
  5. Maybe this is Karma, what goes around, comes around.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. The next GE will tell the fate of Lajim Ukim. We should wait for it.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Lajim perlu tanya diri sendiri sama ada beliau masih relevan untuk rakyat ataupun tidak. Mampukah beliau pikul tanggungjawab dengan baik?

    ReplyDelete
  8. Untunglah mereka yang terlibat dengan projek Petronas di Kimanis tu..

    ReplyDelete
  9. People will remember the bad things of you rather than the good one. If only he didn't 'lompat' that time..the scenario might be different.

    ReplyDelete
  10. entah benar atau tidak. mungkin hanya khabar angin saja.

    ReplyDelete
  11. apa yang kita dengar tidak semestinya tepat.

    ReplyDelete
  12. seaiknya jika semua meberikan fokus untuk berkhidmat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  13. Mungkin gimmick politik saja, apapun Datuk lajim banyak jasa dengan masyarakat Beaufort dan seharusnya pihak pimpinan tertinggi melihat perkara ini.

    ReplyDelete
  14. Lajim harus berani menerima hakikat jika betul disingkirkan. Teruskan usaha agar rakyat akan memberi sokongannya.

    ReplyDelete
  15. May be the right time to give others especially young generation a chance.

    ReplyDelete
  16. PRU13 akan membuktikan sama ada Lajim masih diterima oleh rakyat. Walaubagaimanapun, jika ikhlas berkhidmat untuk rakyat, pasti akan diberi peluang lagi.

    ReplyDelete
  17. Semoga WR yang betul-betul bertanggung jawab yang akan dipilih.

    ReplyDelete
  18. "Walaupun Perdana Menteri telah memaju ekonomi Malaysia melalui pelbagai Pelan Transformasi Ekonomi dan Sabah mencatat Bajet tertinggi dalam sejarah; namun pemimpin berideologi lama seperti Lajim tidak dapat mengejar kemajuan dan gagal menjadi pencetus idea baru untuk menjadikan Beaufort sebagai Bandar Transformasi di Sabah."

    Memandangkan keadaan, tidak hairan juga Lajim akan disingkirkan.

    ReplyDelete
  19. kalau datuk lajim ne diberi sokongan,sampai kiamat pun dia mahu.tapi pada pendapat saya undur sajalah,harta pun sudah banyak, cukup2la jadi hero purba,bagilah peluang pada yang lain,ndak kan takda orang beaufort yang lebih hebat dari dia????

    ReplyDelete
  20. kalau benar beliau bukan winnable candidate, maka wajarlah beliau disingkirkan.. gantikan dengan muka baru..

    ReplyDelete
  21. lets see how things progressing. Hope right candidate for right position.

    ReplyDelete
  22. Kalau boleh, saya berharap peluang diberi kepada golongan muda yang berkaliber.

    ReplyDelete
  23. Mungkin ini satu lagi gimik politik. Sama-sama kami melihat perkembangannya.

    ReplyDelete
  24. Tiada seorang boleh berkekalan di politik, harus memberi calonyang muda dan berkeupayaan.

    ReplyDelete
  25. Pembaharuan dan strategi baru diperlukan.

    ReplyDelete
  26. Tersingkir atau tidak itu terpulang dengan pihak atasan sendiri. Yang penting Datuk Lajim telah memberikan yang terbaik maka tidak mustahil akan terus mendapat sokongan daripada penduduk.

    ReplyDelete
  27. Terukan usaha membantu penduduk untuk memastikan masih relevan kepada mereka.

    ReplyDelete
  28. Baru bakal belum tentu lagi.

    ReplyDelete
  29. Sudah ada keputusan rasmi ka pasal hal si Lajim ni? Tiada perkabaran pun.

    ReplyDelete
  30. belum lagi tau siapa2 yang tersenarai sebagai winnable candidate. tunggu saja pengumumannya.

    ReplyDelete
  31. kalau tengok faktor usia, memang ramai ni yang mau diganti dengan orang2 baru.

    ReplyDelete
  32. lajim akan disingkirkan?

    ReplyDelete
  33. kalau seseorang wakil rakyat tersebut tidak lagi kompetitif dan berdaya maju maka adalah wajar pengganti dicari..dan pengganti ini biarlah dari golongan muda dengan ideologi moden..

    ReplyDelete
  34. sama ada lajim disingkirkan atau tidak, kita tunggu dan lihat..

    ReplyDelete
  35. yang pasti PRU13 adlaah yang paling getir buat UMNO..jadi sudah pasti UMNO tidak akan mengambil risiko meletakkan calon yang ada kontroversi..winnable candidate akan menjadi fokus utama UMNO..

    ReplyDelete
  36. muka2 lama yang kini dilihat tidak disukai oleh pengundi di kawasan diwakili harus ditukar..apa2 pun ianya terletak pada penilaian pucuk pimpinan parti..

    ReplyDelete
  37. kita tunggu dan lihat pada PRU13 jika lajim disingkirkan atau tidak..

    ReplyDelete
  38. tidak payah menggembar-gemburkan isu Lajim ini jika tidak ada bukti yang kukuh

    ReplyDelete
  39. it is up to the people who they want to vote during GE-13

    ReplyDelete
  40. terpulanglah jika rakyat masih mahukan Lajim

    ReplyDelete
  41. jika benar Lajim akan tersingkir, wajarlah beliau memberi peluang kepada pemimpin pelapis untuk menggantikan beliau

    ReplyDelete
  42. walau apa pun, rakyat Sabah masih perlukan pimpinan KM untuk memajukan negeri termiskin ini

    ReplyDelete
  43. bukan hanya KM tetapi kita memerlukan YB yang benar2 memajukan sabah terutama tempat mereka wakili.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.