Monday, December 19, 2011

Sumpah Laknat : Mahathir cuba alih isu

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.3010.1319949603!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpgMantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila tindakan beliau meminjam dari Bank Dunia sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.

Ketika dihubungi harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999.

"Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan krtika itu.

"Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain," katanya.

Tambahnya lagi pendedahan pinjaman itu menunjukkan ianya berlaku pada tahun 1999 iaitu selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat dari kabinet.

Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek "Malaysia Education Sector Support Project", "Malaysia Social Sector Support Project" dan "Malaysia Year 2000 Technicial Assistance Project" manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan".

"Dulu beliau cuba tunjukkan dirinya sebagai 'hero' yang tidak akan tunduk kepada Bank Dunia yang bersikap 'kapitalis'.

"Tetapi sekarang segalanya terbukti bahawa Mahathir diwaktu siang beliau bermusuh dengan Bank Dunia tetapi malam menjadi teman perbualan telefon.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat sendiri boleh melihat sikap berpura-puraan dan berbohong Mahathir hanya untuk kepentingan sendiri.

Katanya, dalam isu itu Mahathir yang sepatutnya perlu bersumpah bukan Anwar, dan seluruh rakyat sedang menunggunya.

"Beliau sepatutnya bersumpah yang beliau tidak pernah memohon bantuan dari Bank Dunia, dan jika laporan tersebut itu tidak benar maka beliau perlu mengambil tindakan undang-undang.

"Tapi adakah beliau seberani itu untuk bertindak, yang saya pasti beliau akan terus menyerang Anwar kerana baginya isu Bank Dunia sewaktu Anwar berada dalam kabinet beliau," kata Mahfuz.


KEADILAN dedah bukti Dr M buat 38 pinjaman Bank Dunia

KEADILAN mendedahkan bukti pautan memuatkan senarai pinjaman Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini sekaligus membuktikan tohmahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ejen Barat dan perkakas Bank Dunia, tidak benar, sebaliknya Mahathir berbohong dan cuba memutar belit fakta sebenar.

Rujukan pautan itu di sini

Semakan berdasarkan pautan itu, Mahathir melakukan sebanyak 38 pinjaman antara 18 Mei 1982 hingga 30 Mac 1999.Walaupun Mahathir kerap memfitnah Anwar, bekas Presiden Umno itu bersekongkong dengan Jack Abramoff untuk melobi bagi bertemu Presiden Amerika Syarikat, George W Bush.

Sedangkan, Anwar ketika masih Menteri Kewangan pernah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.

“Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.

“Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel,” kata kenyataan media KEADILAN hari ini.

8 comments:
Write comments
  1. nampaknya PR cuba menyerang mantan PM walaupun rakyat mengetahui dengan jelas bahawa dibawah kepimpimpinan beliau,Malaysia melangkah maju dalam pelbagai bidang.Anwar pula adalah jurucakap IMF yang meminta Malaysia meminjam daripada IMF

    ReplyDelete
  2. awak cakap jer pandai,

    ReplyDelete
  3. banyak lagi yg harus dibongkar yg selama ni berlaku tanpa diketahui orang ramai oleh pihak tertentu................ harap dgn membongkar satu persatu permasalahan yg berlaku di negara kita demi kebaikan rakyat negara ni & menyelamatkan wang serta kepentingan rakyat negara kita ni ......... orang ramai boleh menilai kebenarannya................

    ReplyDelete
  4. doc apanama, sumpah laknat buat apa, UrmMNgOk sendiri takutkan tuhan???

    ReplyDelete
  5. yg nie mmg lawak sungguh..tun m cabar anwar bersumpah dgn pegang quran..haahaha laaa nie sumpah pegang quran dh jadi trend la pulak..nie nk kira camne nie..bidaah ke sunnah.haahaha.

    ReplyDelete
  6. kisah pinjam duit yg 13 thn lepas x lupa tp kisah PKFZ yg 8 thn lepas dan drama v k lingam tu mudah je ckp kat hakim " saya lupa dan x ingat".....
    dah kena kat batang idung baru nak berdiri tegak...wat mende wei.....
    mamak memang kaki putaq.....kalu terjumpa ulaw dan mamak cam gini, jgn diketuk tular tu sebaliknye ketuklah mamak ini dulu coz dia ni lg la pembelit no

    ReplyDelete
  7. Trade mark UMNO/BN (6P)
    Penyamun..harta rakyat, mcm harta BN yg punya
    Penipu..mcm Dr M
    Penyangak..samseng, nk ludah
    Perasuah..gula2 pd rakyat
    Perampas..PRU12 (Perak)
    Pi mampus.. PRU13....

    ReplyDelete
  8. Dasar penipu dan kaki putar belit.... TM ingat rakyat bodoh macam zaman pra sejarah... ingat pijam duit kat bank dunia macam pijam kat kenalan di kedai kopi dan boleh cakap dengan mulut aje.... Ini lah dia puak2 yang suka buat kerja tak ikut peraturan dalam mengurus negara.... sampaikan lupa bahawa dia berurusan dengan bank dunia... dah biasa buat kerja menipu tanpa permohonan pun peruntukkan boleh keluar...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.