Thursday, May 2, 2013

Kempen BN Penuh Dengan Fitnah Perkauman?

Risalah bertajuk “Malaysia Negara Rakyat Cina” adalah diantara yang turut diedarkan kepada hadirin yang majoritinya terdiri daripada Melayu ke program ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Barisan Nasional (BN) malam tadi.

Risalah empat muka itu berlatarkan logo DAP, menceritakan tentang perjumpaan kaum Cina yang didakwa diadakan di Ipoh pada 15 Mei 1978, turut diberikan oleh salah seorang petugas BN kepada The Malaysian Insider.

“Mari sama-sama kita bersatu padu demi untuk keuntungan diri dan perniagaan hidup bangsa Cina yang mulia. Kita patut memakai peribahasa Melayu yang bodoh itu, seperti kadok naik junjung dan beri betis hendakkan peha. Mula-mula kita tumpang negara orang, kemudian kita takluk dengan cara halus lagi berkesan serta lebih rapi yang mana semua pemimpin-pemimpin kita khasnya sudah pun ada matlamat ini. Mungkin dalam 2 atau 3 pilihan raya lagi kita akan berkuasa dan berjaya memecah belahkan pemimpin Melayu,” tulis risalah tersebut.

“Saya dan pemimpin-pemimpin DAP sangat-sangat berharap semoga semua sama-sama kita bersatu padu merampas hak melayu kepada hak Cina, bantulah bangsa kita walau dengan apa cara sekalipun. Kejayaan inilah atas kerjasama serta persefahaman dari bangsa kita yang cerdik lagi mulia.”

Di muka surat akhir risalah itu tertulis keterangan mengatakan rencana itu diterjemahkan oleh seorang Melayu mirip wajah Cina yang mendapat risalah yang ditulis dalam bahasa Cina.

Beliau yang tidak dinamakan, mengingatkan orang-orang Melayu tentang ancaman terhadap kedudukan mereka oleh orang Cina.

Risalah itu diakhiri dengan amaran, “Mahukah tuan-tuan rela dan meredahi bangsa laknat (Cina) ini berkuasa dengan sewenang-wenangnya, hidupkan semangat menentang kafir itu demi agama suci Islam kita.”

DAP adalah salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang seringkali dikatakan sebagai parti perkauman oleh Umno yang menerajui BN.

Sementara MCA yang merupakan ahli BN pula dalam iklan-iklan mereka diakhbar-akhbar arus perdana mengatakan undi kepada DAP sama dengan pelaksanaan hukum Islam hudud oleh PAS.

Secara ironinya, Dr Mahathir yang menjadi penceramah utama turut menyentuh tentang Penasihat DAP Lim Kit Siang yang beliau sifatkan sebagai seorang pelampau perkauman dan menghasut orang-orang Cina supaya membenci Melayu.

“Tuan-tuan dan puan-puan, malam ini pun saya nak sebut dengan suara yang selantang mungkin. Bahawa Kit Siang adalah seorang rasis, Kit Siang adalah seorang rasis, Kit Siang adalah seorang pelampau perkauman,” kata bekas perdana menteri itu disambut oleh hadirin yang menjeritkan “betul”.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan gambar provokatif papan iklan kempen pilihan raya mengatakan gereja sebagai merampas “Allah” telah merebak di internet dan mencetuskan kemarahan di kalangan orang Kristian dikala parti-parti politik dan penyokong dilihat semakin ghairah untuk menawan Putrajaya.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik dari agensi berita nasional Bernama walau bagaimanapun menafikan sekerasnya dakwaan BN menerbit, mencetak serta memasang banner kempen yang melampau dan tidak bertanggungjawab.

Tinggal tiga hari lagi sebelum rakyat Malaysia akan membuat keputusan pada 5 Mei ini sama ada akan mengekalkan BN atau memberi peluang kepada PR untuk mentadibir negara. -TMI

48 comments:
Write comments
  1. Sungguh sedih melihat budaya politik yang kotor jelas dilakukan oleh parti-parti yang bertanding. Di Semenanjung, kerana ideologi politik berbeza walaupun menganut agama sama dan pada pilihan raya nampaknya politik emosi banyak mempengaruhi perbuatan dan perkataan yang dikeluarkan kedua-dua pihak. Saling membutukkan antara satu-sama yang lain. Suasana politik yang tidak terkawal jelas menunjukan ketidakmatangaan parti-parti yang bertanding. Kempen secara sihat seolah-olah tidak ada dalam kamus politik mereka.

    ReplyDelete
  2. Ini adalah senarai perbuatan yang dikategorikan sebagai budaya politik yang tidak sihat:

    - Keganasan
    - Kekejaman
    - Vandalisme
    - Unsur lucah
    - Main isu perkauman dan agama
    - Rasuah
    - Beremosi
    - Janji manis dan kosong
    - Unsur menghina mana-mana lapisan masyrakat
    - Berbahasa kesat dan kasar

    Nampaknya semua perkara diatas telah berlaku sepanjang PRU-13 ini. Inilah yang harus dielakkan sebenarnya. Memetik kenyataan Aznil Nawawi bahawa bercakap biar lembut, esok mungkin anda terpaksa memakannya.

    ReplyDelete
  3. PR, hebat kamu kempen??!!

    boley tunaikan janji kah?


    buatlah. kami tatap DACING!!!

    ReplyDelete
  4. Ingat BN- Ingat Barang Naik
    Ingat BN- Ingat Gst dilaksanakan
    Ingat BN- Ingat Minyak Naik
    Ingat BN- Ingat Budget seluar dalam
    Ingat BN- Ingat video porno
    Ingat BN- Ingat Lembu kondo
    Ingat BN- Ingat jawatan penting Sabah bagi pada Malaya
    Ingat BN- Ingat permit bas sekolah pun diluluskan di putrajaya
    Jadi Kita sokonglah BN

    ReplyDelete
  5. Jika Malaysia berhasrat untuk mencapai sasaran menjadi negara maju menjelang 2020, maka landskap politik negara ini perlu menjauhi daripada politik perkauman dan regionalistik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

    ReplyDelete
  6. Aktivitis Sosial Wan Zain Syed Mohdzar berkata para pemimpin politik sama ada parti pemerintah atau pembangkang wajar berfikir secara terbuka dan serius membentuk corak politik yang harus diwariskan kepada generasi akan datang.

    ReplyDelete
  7. Beliau berkata Malaysia mempunyai puluhan kumpulan etnik serta penganut agama yang berbeza, sudah tentu memaksa barisan pemimpin parti-parti politik untuk bertindak tegas dan menganggap diri mereka mewakili pelbagai kaum dari kawasan masing masing.

    ReplyDelete
  8. “Misalnya satu kawasan itu sudah tentu mempunyai pengundi yang terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Melanau dan sebagainya. “Justeru, mereka yang menjadi wakil rakyat atau bakal calon-calon yang bertanding pada PRU13 nanti perlu memikirkan secara holistik dan pembangunan yang diagihkan mengikut keperluan penduduk kawasan terbabit,” katanya

    ReplyDelete
  9. Wan Zain menarik perhatian jika tidak dilakukan secara adil sudah tentu wujud rasa tidak puas hati di kalangan pengundi pelbagai kaum disebabkan wakil-wakil (rakyat) mereka hanya membela satu kaum sahaja sambil kaum-kaum lain disisihkan demi kepentingan kaum dan agama mereka.

    ReplyDelete
  10. Justeru konsep 1Malaysia memerlukan wakil rakyat dan bakal-bakal wakil rakyat memikirkan secara terbuka dengan hasrat untuk memajukan negara bertunjangkan keharmonian pelbagai kaum.

    ReplyDelete
  11. Konsep itu tidak akan bererti jika semua wakil rakyat hanya memikirkan dari kaca mata kumpulan etnik majoriti di kawasan mereka dan bukan secara menyeluruh untuk kebaikan semua. “Oleh yang demikian, sistem politik negara harus diubah bagi memberi peluang kepada semua kaum mendirikan satu bangsa Malaysia dan mencapai negara maju menjelang 2020

    ReplyDelete
  12. hak Bumiputera dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan tetap dijaga untuk menjamin kesinambungan dan keseimbangan dalam memberi peluang kepada rakyat berganding bahu dalam banyak hal agar mereka tidak ketinggalan daripada arus kemajuan.

    ReplyDelete
  13. Rakyat yang sudah jemu mendengar politik tohmah mentohmah serta fitnah memfitnah kerana struktur landskap pengundi sekarang sudah banyak berubah.

    ReplyDelete
  14. Barisan Nasional (BN) needs a fresh mandate to accelerate reforms to stimulate the economy, tackle graft, strengthen security and education for a more cohesive society, Datuk Seri Najib Razak said today.

    ReplyDelete
  15. In an open letter to Malaysians before the May 5 general election, the country’s sixth prime minister said there has been much transformation in his four years of office but there was a lot more to be done.

    ReplyDelete
  16. “There is still much to be done: I am conscious that our transformation is still a story that is not yet complete.“With a fresh mandate, I hope to accelerate reform; to continue to make our economy stronger and our politics more responsive. I want t do more to tackle corruption, to strengthen our security and education system, and build a more cohesive society. I want to help build a better nation that I see for Malaysia,” he said

    ReplyDelete
  17. The BN chairman became prime minister on April 3, 2009 and immediately worked on the New Economic Model (NEM) that included the Government Transformation Programme (GTP) and the Economic Transformation Programme (ETP) for a high-income nation by 2020.

    ReplyDelete
  18. Both programmes have helped rejuvenate the local economy, attracting fresh foreign and domestic investments, and enticing Malaysians abroad to return home in the past few years.

    ReplyDelete
  19. Najib also said that everyone should exercise their right to vote, no matter their political affiliation, adding Election Day “reminds us all that ultimate power rests not with politicians but with the people”.

    ReplyDelete
  20. “This is the 13th general election, and I believe the choice we face is the clearest yet. This election is about the country we want to be, about two competing visions of our future. I ask that you approach this choice with an open mind, for this election will determine our future for decades to come,” he said, adding “it is a once-in-a-generation chance to set the direction for our country”.

    ReplyDelete
  21. Najib also said he was proud of his government’s record and the difference it has made to people’s lives in reducing poverty, building roads and clinics.“We can build a more prosperous, more confident nation, where economic growth and political reform bring unity, stability and opportunity for all. I am confident that our manifesto reflects this belief,” he said, adding the BN candidates shared “this reformist outlook”.

    ReplyDelete
  22. The Umno president also said he had listened to the people, especially the young voters, and acknowledged their demands for political reforms. In a decision that surprised the nation two years ago on Malaysia Day, Najib showed his democratic zeal by announcing that he would repeal the Internal Security Act, end the state of emergency and amend laws to allow student participation in politics, expand peaceful assembly rights and publishing restrictions on the print media.

    ReplyDelete
  23. He noted the difficulty in making “such sweeping political reforms”, saying “I always have people telling me to go faster, while others say we should slow down. But I believe the pace of change has been right for Malaysia.”“And I ask you to re-elect a government that has delivered on its promises, expanded democratic freedoms and set Malaysia firmly on the path to a brighter future.“With humility I ask that you choose me as your prime minister. I will be honoured to serve you for the good of our nation.”

    ReplyDelete
  24. pakatan pn byk mainkan isu sensitif

    ReplyDelete
  25. Bn /umnu amat tersesak hingakan kempen perkauman/lucah so mahukah tuan2 bertuan orang masam ini,ini kali lah kita kuburkan BN/umnu biar PRU 13 menjadi sejarah kita tukar kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  26. PR, hebat kamu kempen??!!

    boley tunaikan janji kah?


    buatlah. kami tatap DACING!!!

    otak kami tatap dupang !!!

    ReplyDelete
  27. Let's fight until the end of the day

    ReplyDelete
  28. Jangan hanya pandai cakap2 saja

    ReplyDelete
  29. I dont care, as long as I know what is going on

    ReplyDelete
  30. Fitnah perkauman? Macam macam ada skrg

    ReplyDelete
  31. As realisation dawns on Pakatan Rakyat that its hopes of winning the general election appear bleak, Datuk Seri Najib Tun Razak said the coalition was now desperate and had resorted to dirty tactics to achieve its aim.

    ReplyDelete
  32. Pakatan coalition had also hoodwinked and exploited the international community into making them sceptical of the election process in Malaysia.

    ReplyDelete
  33. they have mind-conditioned the people, and via the international media, that there is fraud and they want to discredit the election process in Malaysia, and also the results.

    ReplyDelete
  34. Campaigning ends at 11.59pm on Saturday and the Election Commission warned that all parties should cease their campaigns thereafter.

    ReplyDelete
  35. Voters who have moved and changed their address on the identity card with the National Registration Department but had not applied for a change in their polling centre were still eligible to vote

    ReplyDelete
  36. The law states clearly that voting is based on the registration of a voter, whereby the name of the voter remains in the register and the polling centre would be changed only after he or she applied to the EC to do so

    ReplyDelete
  37. Abdul Aziz advised voters not to give up their ballot papers to third parties on the pretext of ensuring the confidentiality of their vote

    ReplyDelete
  38. "The EC wishes to stress that the vote is secret and the EC clerk is not authorised to place any mark on the ballot paper or against the name on the electoral roll.

    ReplyDelete
  39. Setiap pihak digesa untuk menghormati semangat demokrasi berparti dan menghindari elemen ganas sepanjang PRU-13.

    ReplyDelete
  40. Tempoh berkempen selama 15 hari yang telah ditetapkan akan dipantau sepenuhnya oleh pasukan keselamatan bersama pemerhati yang dilantik-Wan Ahmad Wan Omar

    ReplyDelete
  41. Calon perlu menasihati dan menerangkan etika kepada penyokong untuk saling menghormati hak demokrasi setiap parti.

    ReplyDelete
  42. Berkempenlah secara matang, jangan buat kecoh. Kita tahu tak semua tempat calon boleh pergi untuk memantau tapi mereka perlu bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  43. Hormatilah hak demokrasi pelbagai parti, ikutlah etika dan beri kerjasama dengan pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  44. Setiap calon dan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum kali ini diingatkan mengelak sebarang bentuk kempen melampaui batas sehingga boleh mengaibkan pihak lain.


    ReplyDelete
  45. Keghairahan sesetengah calon PRU-13 ketika ini sewaktu berkempen turut menyentuh keperibadian calon lawan mereka sehingga ke tahap mengaibkan.


    ReplyDelete
  46. Pemimpin politik diharap tidak menyatakan sesuatu yang bukan pada hakikat sebenarnya.


    ReplyDelete
  47. Sepatutnya dalam kempen, kita sebut perkara terbaik yang akan dilakukan dan perkara terbaik yang dirancang itu ada fakta-fakta yang boleh diterima, bukan membuka keaiban seseorang.


    ReplyDelete
  48. Kempen yang melampaui batas boleh menjurus kepada perbuatan fitnah dan memudaratkan orang lain.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.