Rakyat Selangor memberi mandat yang lebih besar kali ini kepada Pakatan Rakyat apabila 44 kerusi Dewan Negeri Selangor berjaya dimenangi gagasan itu.
Ini sekaligus memberikan Pakatan majoriti dua pertiga di dalam Dewan Negeri Selangor. Calon Umno-BN menguasai 12 kerusi Dewan Negeri Selangor.
Keputusan itu membuktikan prinsip pentadbiran “hasil negeri untuk rakyat” berakar di hati rakyat. Malah calon Pakatan berjaya menambah majoriti kemenangan di kebanyakkan kerusi DNS.
Selain memenangi 34 kerusi yang dipertandingkan pada 2008, Pakatan berjaya menawan DUN Dusun Tua, Sabak, Taman Templer, Tanjung Sepat, Paya Jeras, Sri Serdang, Kuala Kubu Baru, Sementa, Morib dan Sungai Pelek.
Walaubagaimanapun, Pakatan tidak berjaya mempertahankan kerusi Kota Damansara dan Bukit Malawati.
Keputusan sekali imbas juga menunjukkan pertambahan majoriti di banyak kerusi yang dimenangi.
Setakat ini Pas memenangi 15 kerusi DNS, DAP 15, dan PKR 14 kerusi.
p/s Nampaknya rakyat Selangor menolak terus segala tohmahan dan fitnah Najib dan UMNO BN yang memperlekehkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini.
Yang paling jelas ialah apabila Mat Komuter yang bernama Ir Md Zin tewas di tangan Hanipa Maidin untuk kerusi Parlimen Sepang.
SENARAI ADUN NEGERI SELANGOR 2013
PAS
N15 TAMAN TEMPLER
PAS: Zaidy Abdul Talib
N17 GOMBAK SETIA
PAS: Hasbullah Mohd Ridzwan
N18 HULU KELANG
PAS: Saari Sungib
N2 SABAK
PAS: Sallehen Mukhyi
N20 LEMBAH JAYA
PAS: Khasim Abdul Aziz
N21 CHEMPAKA
PAS: Iskandar Abdul Samad
N23 DUSUN TUA
PAS: Razaly Hassan
N26 BANGI
PAS:Mohd Shafie Ngah
N29 SERI SERDANG
PAS: Noor Hanim Ismail
N38 PAYA JARAS
PAS: Mohd Khairuddin Othman
N42 MERU
PAS: Abd Rani Osman
N45 SELAT KLANG
PAS: Halimah Ali
N51 SIJANGKANG
PAS: Ahmad Yunus Hairi
N53 MORIB
PAS: Hasnul Baharuddin
N54 TANJUNG SEPAT
PAS: Mohd Haslin Hassan
PKR
N11 IJOK
PKR: Idris Ahmad
N14 RAWANG
PKR: Gan Pei Nei
N16 BATU CAVES
PKR: Amirudin Shari
N19 BUKIT ANTARABANGSA
PKR: Mohamed Azmin Ali
N25 KAJANG
PKR: Lee Chin Cheh
N32 SERI SETIA
PKR: Nik Nazmi Nik Ahmad
N33 TAMAN MEDAN
PKR: Haniza Mohamed Talha
N37 BUKIT LANJAN
PKR: Wong Keat Ping
N40 KOTA ANGGERIK
PKR: Yaakob Sapari
N41 BATU TIGA
PKR: Rodziah Ismail
N43 SEMENTA
PKR: Daroyah Alwi
N46 PELABUHAN KLANG
PKR: Abd Khalid Ibrahim
N49 SERI ANDALAS
PKR: Xavier Jayakumar Arulanandam
N50 SRI MUDA
PKR: Mat Shuhaimi Shafiei
DAP
N22 TERATAI
DAP: Tiew Way Keng
N27 BALAKONG
DAP: Ng Tien Chee
N28 SERI KEMBANGAN
DAP: Ean Yong Hian Wah
N30 KINRARA
DAP: Ng Sze Han
N31 SUBANG JAYA
DAP: Yeoh Tseow Suan
N34 BUKIT GASING
DAP: Rajiv Rishyakaran
N35 KAMPUNG TUNKU
DAP: Lau Weng San
N36 DAMANSARA UTAMA
DAP: Yeo Bee Yin
N4 SEKINCHAN
DAP: Ng Suee Lim
N44 SUNGAI PINANG
DAP: Teng Chang Khim
N47 PANDAMARAN
DAP: Tan Pok Shyong
N48 KOTA ALAM SHAH
DAP: Ganabatirau Veraman
N52 TELUK DATUK
DAP: Loh Chee Heng
N56 SUNGAI PELEK
DAP: Lai Nyuk Lan
N6 KUALA KUBU BAHARU
DAP: Lee Kee Hiong
PEMBANGKANG (BARISAN NASIONAL)
N1 SUNGAI AIR TAWAR
BN: Kamarol Zaki Abdul Malik
N10 BUKIT MELAWATI
BN: Jakiran Jacomah
N12 JERAM
BN: Amiruddin Setro
N13 KUANG
BN: Abdul Shukur Idrus
N24 SEMENYIH
BN: Johan Abd Aziz
N3 SUNGAI PANJANG
BN: Budiman Mohd Zohdi
N39 KOTA DAMANSARA
BN: Halimaton Saadiah Bohan
N5 HULU BERNAM
BN: Rosni Sohar
N7 BATANG KALI
BN: Mat Nadzari Ahmad Dahlan
N8 SUNGAI BURONG
BN: Mohd Shamsudin Lias
N9 PERMATANG BEBAS
BN: Sulaiman Abdul Razak
N55 DENGKIL
BN: Shahrum Mohd Sharif
Monday, May 6, 2013
Pakatan Rakyat Tambah Kukuh Di Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PKR has yet to decide if Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim will continue to lead Selangor as its mentri besar, a party leader said today.
ReplyDeleteFaekah Husin, who is Abdul Khalid’s political secretary, told The Malaysian Insider that the party will decide on the matter only after consultation with Pakatan Rakyat’s (PR) top leadership some time this week or next
ReplyDelete“Tan Sri has already said that we would have a meeting first. It will only be decided within a week or two,” she said.
ReplyDeleteAs the party’s Selangor election chief, Abdul Khalid led PR to a big win in the May 5 polls, bagging 44 of the 56 state seats, eight more than what it won in Election 2008.
ReplyDeletePKR, however, won only 14 seats while its allies, the DAP and PAS, both won 15 seats each, although observers believe the win reflected popular support for the first-term mentri besar.
ReplyDeletePemuda Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi bagi mengkaji trend pengundian pad Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Pengerusinya Khairy Jamaluddin.
ReplyDeleteBeliau berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan strategi bagi menyatukan kembali rakyat dan meningkatkan keyakinan mereka kepada BN.
ReplyDelete
ReplyDelete"Melalui post mortem ini, kita berharap dapat merangka langkah-langkah yang perlu bagi mengembalikan undi kepada BN pada masa hadapan," katanya
Khairy berkata Pemuda BN memperoleh keputusan yang baik pada pilihan raya semalam apabila memenangi sembilan kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
ReplyDelete"Daripada 42 calon Pemuda BN yang menang, 26 merupakan wakil Pemuda Umno yang menang di 21 kerusi Dun dan lima kerusi Parlimen," katanya.
ReplyDeleteBarisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah apabila mendapat majoriti mudah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
ReplyDeleteBN menguasai 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS (9), DAP (2), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (4). Bagi Parlimen, BN memperoleh 10 daripada 15 kerusi manakala PKR (4) dan PAS (1).
ReplyDeleteBagaimanapun, BN tewas mengejut di kerusi Parlimen Alor Setar apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee tewas kepada calon PKR Gooi Hsiao-Leung dengan majoriti 1,873 undi.
ReplyDeleteSelain Chor, pemimpin utama BN yang lain menang di kerusi masing-masing.
Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mempertahan kerusi DUN Bakar Bata yang disandang sejak 1995.
ReplyDeleteBerdepan pertandingan tiga penjuru, beliau menang dengan majoriti 895 undi mengatasi Mohd Eekmal Ahmad (PKR) dan Jawahar Raja Abdul Wahid daripada Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama).
Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir, yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon Menteri Besar jika BN kembali berkuasa di Kedah, menang di kerusi DUN Ayer Hitam.
ReplyDeleteMukhriz menewaskan penyandang kerusi itu, Abd Ghani Ahmad, dengan majoriti 2,446 undi. Beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 3 petang hari ini.
ReplyDeleteMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang bertanding buat pertama kali di Parlimen Jerai, berjaya merampas kembali kerusi itu daripada PAS.
ReplyDeleteBeliau menewaskan penyandang kerusi itu, Mohd Firdaus Jaafar, dengan majoriti 1,196 undi.
PRU kali ini menyaksikan kekalahan teruk PAS, yang menyaksikan mereka hilang kuasa ke atas kerajaan negeri manakala Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang diharap menang di kubu kuat parti itu di Parlimen Pendang, tewas kepada calon BN Datuk Othman Abdul.
ReplyDeleteOthman menang dengan majoriti 2,638 undi untuk menghadiahkan hatrik kalah pada PRU kepada Mohamad, yang tewas di Kuala Kedah pada 2004 dan Kuala Terengganu pada 2008.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menang di DUN Sungai Limau yang diwakili sejak 1995, menewaskan sepupunya Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.
ReplyDeleteNaib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempertahan kerusi Parlimen Pokok Sena selepas menewaskan Datuk Shahlan Ismail dengan majoriti 3,935 undi.
Di kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail tewas kepada calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 1,871 undi.
ReplyDeleteKemenangan BN lonjak sektor hartanah
ReplyDeleteSektor hartanah negara kembali sibuk dan berkembang pantas selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) awal pagi tadi
RHB Bank dalam nota kajiannya hari ini menjelaskan, sentimen pasaran terhadap sektor hartanah kembali memuncak terutamanya melibatkan hartanah mewah.
"Jangkaan kami disokong oleh persepsi kukuh sektor berkenaan termasuk peningkatan penduduk, aliran masuk mudah tunai dan pertumbuhan konsisten nilai pengeluaran dalam negara kasar.
"Sektor berkenaan juga akan sibuk dengan penyenaraian awam, kerjasama, pembelian bank tanah dan kemungkinan pengambilalihan," menurut bank berkenaan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130507/ek_03/Kemenangan-BN-lonjak-sektor-hartanah#ixzz2SZkXGzF6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kemenangan BN lonjak sektor hartanah
ReplyDeleteKeputusan PRU-13 yang memihak kepada BN dijangka mewujudkan sentimen positif dalam pasaran saham hartanah mewah di kalangan pelabur.
Aktiviti-aktiviti mengambil untung minggu lepas telah membuat penilaian dalam sektor kurang menarik dan secara purata, kebanyakan daripada stok didagangkan pada paras sedikit rendah dari nilai jangka panjangnya.
Faktor pendorong seperti, projek My Rapid Transit (MRT), MRT Johor-Singapura, keretapi pantas Kuala Lumpur-Singapura dan siapnya Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah cukup untuk melonjakkan nilai dan permintaan sektor hartanah di kawasan terlibat.
Projek berkenaan juga dijangka melonjakkan sektor sokongan lain seperti bekalan pembinaan.
Potensi penyenaraian Iskandar Waterfront Holdings dan Medini Iskandar akan memberi impak positif kepada pemaju lain yang terlibat secara langsung di Iskandar Malaysia.
UEM Land dan Sunway dijangka penerima manfaat utama daripada kejutan penyenaraian tersebut.
Selain itu, pasaran juga akan menerima kejutan jalinan kerjasama dengan pengambilalihan melibatkan syarikat utama.
Relevan lagikah Pas?
ReplyDeleteHANYA kerana sayangkan Islam, Nasharudin Mat Isa "disingkirkan" dari Pas. Pelik
memang pelik. Tetapi inilah realiti yang berlaku. Pas dikatakan semakin jauh
tersasar daripada perjuangan asal apabila sanggup melakukan apa sahaja hanya
kerana mahu berkuasa. Islam seolah-olah bukan lagi menjadi keutamaan kepada mereka.
Saya yakin dan percaya, keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya Datuk Fadzil Noor masih
hidup dan terus memimpin Pas.
Kira-kira 12 tahun lalu, sewaktu bertugas di Kedah, saya antara wartawan yang
sering diarahkan untuk membuat liputan ceramah-ceramah diadakan oleh Pas.
Ketika itu, parti ini masih lagi dipimpin oleh Allahyarham atau lebih selesa dengan panggilan Ustaz Fadzil. Beliau orang Kedah. Secara tidak langsung, negeri Jelapang Padi ini adalah antara lubuk kuat Pas.
Pun begitu, sepanjang melaksanakan tugas sebagai wartawan media arus perdana,
saya dan rakan-rakan media lain tidak menghadapi masalah untuk membuat
liputan walaupun menyedari dikelilingi oleh penyokong-penyokong tegar Pas.
Malah, bertemu Ustaz Fadzil setiap kali beliau selesai menyampaikan ceramah
untuk mendapatkan ulasan lanjut tentang sesuatu isu telah menjadi kemestian.
Begitu juga waktu-waktu lain. Jika ada perkara yang memerlukan ulasan atau
komennya dengan kadar segera, telefon menjadi penghubung. Sekiranya gagal
menghubungi, saya akan terus ke rumah beliau. Kebiasaanya kunjungan ke rumah
tidak akan gagal kerana Ustaz Fadzil sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja
yang berkunjung, kecualilah jika beliau keluar atau berada di luar kawasan.
Pernah kehadiran saya ke rumahnya bukan sahaja disambut baik oleh isterinya,
tetapi turut dihidangkan air dan makanan yang ada ketika itu.
Sebagai pemimpin sebuah parti Islam, Ustaz Fadzil telah menunjukkan
sifat-sifat yang terpuji biarpun dalam masa sama, kami berlainan ideologi.
Allahyarham seorang yang sangat sayangkan agama dan sanggup `beralah' demi memastikan Islam dan orang Melayu terpelihara di tanah air tercinta ini.
Kemampuannya memimpin dan mendidik ahli-ahli parti menjadikan beliau
dihormati oleh pihak lawan dan kawan. Beliau dikatakan bertanggungjawab
mengubah rentak dakwah Islam daripada jumud dan melampau kepada sederhana.
Tidak hairanlah pemergiannya menyahut panggilan Ilahi pada 23 Jun 2002
dihadiri dan ditangisi oleh segenap lapisan masyarakat dari seluruh negara.
Malangnya hari ini, apa yang berlaku dalam kepemimpinan Pas amat berbeza.
Islam bukan sahaja gagal untuk terus diletakkan di kedudukan yang paling
istimewa malah keputusan yang dibuat sering kali menimbulkan tanda-tanya.
Dalam hubungan ini, dosa Nasharudin yang juga bekas Timbalan Presiden Pas
sehingga menyebabkan beliau terbuang daripada parti adalah kerana mahu
melihat orang Melayu bersatu dan kesucian agama Islam terus terpelihara.
Jika beginilah sikap pemimpin-pemimpin Pas yang ada sekarang, apakah parti
ini masih relevan untuk mengekalkan namanya sebagai Parti Islam Se-Malaysia?
Angin perubahan melanda Kelantan, Kedah: Satu fenomena
ReplyDeletePEMIMPIN Pas menunjukkan kemiskinan mereka, tetapi orang tahu kekayaan mereka. Rakyat tahu di mana mereka menyorokkan kereta-kereta besar mereka. Orang juga tahu dari mana mereka mendapat kekayaan.
Pemimpin Pas menunjukkan kewarakan mereka, tetapi rakyat tahu sejauh mana waraknya mereka. Dalam diam-diam, rakyat tahu siapa mereka sebenarnya.
Petikan itu cukup menarik untuk difikirkan. Ia datang daripada mulut-mulut orang Kelantan sendiri. Mereka sudah jelak dengan sikap hipokrit Pas.
Jika 23 tahun dulu orang Pas di Kelantan cukup miskin, kini mereka telah kaya dan raya. Kekayaan telah menyebabkan mata mereka menjadi kelabu. Hutan dan tanah ditebang dan dijual ikut suka, sama seperti kerajaan Pas Kedah menjahanamkannya.
“Mana tanah kami! Kami pun mahu tanah...!" Jerit rakyat Kelantan secara terbuka kepada Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis baru-baru ini. Mereka cukup marah apabila beribu hektar tanah di Lojing, Gua Musang dikatakan diberikan kepada pemimpin DAP Perak Ngeh bersaudara, semata-mata mahukan Nizar dilantik menjadi MB Perak selepas PRU-12 dahulu.
Dari mula pun kita tahu ada yang tak kena. Macam mana DAP yang ada 18 kerusi boleh tukar pendirian satu malam untuk melantik Nizar dari Pas yang hanya ada enam kerusi menjadi MB?
Rakyat Kelantan tahu itu semua. Mereka bukan buta, mereka masih lagi waras. Kini mereka pun mahu menuntut tanah untuk mereka sendiri, yang senang-senang diberikan kepada orang luar.
Jika 23 tahun lalu, semasa menjadi pemberita di Kelantan, saya berhempas pulas cuba meyakinkan pengundi dan orang Kelantan siapa itu watak-watak Pas, kini tidak perlu lagi bersusah payah. Semua orang Kelantan sudah tahu. Malah ustaz-ustaz pondok pun sudah bosan dengan mereka.
Jika dahulu poster-poster muka Perdana Menteri sukar ditemui di Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu, kini ia dilekatkan merata secara terbuka.
Arus perubahan sedang melanda Kelantan. Ia adalah real dan nyata. Ombak tsunami sedang membadai Kelantan, kata seorang pemerhati yang sedang mengikuti tinjauan politik di negeri itu.
“Saya pasti satu angin perubahan sudah berlaku," katanya. Kawasan-kawasan kubu kuat Pas yang satu ketika sukar dimasuki, kini sudah terbuka luas kepada seteru UMNO.
“Apa sahaja UMNO cakap orang sudah percaya," katanya bersungguh-sungguh.
Angin perubahan melanda Kelantan, Kedah: Satu fenomena
ReplyDeleteJika semasa PRU-12 2008 para penganalisis politik dapat merasakan satu gelombang akan menghentam UMNO dan BN, kini mereka dapat merasakan sebaliknya di Kelantan dan di beberapa negeri pembangkang.
Ia akan berlaku. Kelantan buat pertama kalinya dalam sejarah dua dekad akan berubah. Selama ini pun kemenangan Pas di Kelantan adalah dengan kemenangan margin yang kecil. Namun kini gelombang itu nampaknya akan membadai untuk menukar angka tersebut.
Sebenarnya orang Pas terlalu marah dengan Pas. Kedangkalan pemikiran pemimpin mereka yang terlalu menaruh harapan yang amat sangat kepada PKR dan DAP telah menyebabkan para penyokongnya hilang punca.
Isu kalimah Allah yang dikompromi oleh Nik Aziz telah menyebabkan orang-orang Pas, terutamanya para pemimpinnya menjadi keliru.
Di Kedah sendiri, angin itu turut bertiup kencang. Orang Pas mahu memberi undi protes kepada Pas. Sama seperti orang UMNO memberi undi protes kepada UMNO pada 2008.
“Orang sudah tidak segan-segan lagi memakai baju biru BN."
“Saya masuk minum bersama-sama jentera Pas di sebuah pondok Pas, esoknya pondok itu bertukar biru," kata Mukhriz Mahathir, calon DUN Ayer Hitam, kawasan dulunya hitam Pas, kini berjaya ditembusi anak mantan PM itu.
Kini sudah nampak satu fenomena. Fenomena orang bercakap mengenai BN dan tsunami kepada Pas, PKR dan DAP.
Dr. Hasan Ali adalah pemimpin Pas pertama yang amat marah dengan perkembangan dalaman Pas. Dia menentang keras perangai Pas terhadap Anwar dan DAP. Akhirnya dia dipecat.
Begitu juga dengan Nasharuddin Mat Isa. Yang lain-lain termasuk Dr. Haron Din masih boleh bertahan dengan sabar. Mereka semua adalah orang-orang cerdik pandai dalam Pas.
Kegelojohan kumpulan Anwarinas - satu kumpulan pro-Anwar dalam Pas, yang diketuai Husam Musa, Mat Sabu, Kamaruddin Jaafar cukup menghantui kumpulan ulama parti itu.
Husam mahukan Anwar menjadi PM ditakdirkan mereka menang kelak. Namun rata-rata Pas mahukan Hadi Awang menjadi PM. Pas sebenarnya sudah keliru.
Pas sudah hilang punca. Perjuangannya sudah tersasar. Islam, yang kononnya menjadi matlamat perjuangannya sudah boleh dibawa berbincang dengan DAP.
Jika DAP tidak sukakan hudud, maka demi mahukan kemenangan dan menawan Putrajaya, maka “ia boleh dibincangkan".
Ahli-ahli Pas yang di atas pagar dan rasional, bukan yang fanatik, melihat perkembangan ini.
Kelantan, jantung Pas bagi Pas seluruh Malaysia kini sedang tersumbat teruk. Sikap kira-kira 15 peratus pengundi diaspora atau perantau Kelantan yang akan pulang mengundi, tidak sekeras dulu lagi, mereka kini lebih rasional.
Melihatkan kepada perkembangan mutakhir ini, degupan itu semakin lemah dan jantung itu bakal berhenti. Tsunami menanti mereka.
Ini kali sudah tiada gara-gara Dr. jeffery tamaha dan gila kuasa kalau tidak PR akan memerintah
ReplyDeletePRU ke-13 sudah berakhir dan mandat sekali lagi diberikan rakyat kepada BN untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Walaupun gagal merampas Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, setidak-tidaknya kemenangan BN di Kedah agak melegakan para penyokong BN di seluruh negara.
ReplyDeleteNamun dalam kelegaan itu, seorang rakan yang bukan berbangsa Melayu kelam kabut menghubungi saya, katanya ada cerita “menarik” untuk diceritakan. Kami bertemu dan “ngeteh tarik” bersama.
Katanya, Timbalan Pengerusi DAP Kedah/Perlis baru saja menghubungi rakannya dalam keadaan yang sangat marah dan kecewa. Katanya, pemimpin DAP itu begitu marah dan kecewa terhadap Anwar yang dikatakan telah menipu bangsa Cina di seluruh negara!
Menarik! Saya minta dia teruskan cerita tersebut…
Katanya, sebelum PRU ke-13, Anwar telah meyakinkan DAP dan rakyat berbangsa Cina di seluruh negara bahawa dia akan menjadi Perdana Menteri pada PRU kali ini. Kata-kata Anwar itu sangat meyakinkan mereka…
Dalam pada masa yang sama, Anwar turut menjelaskan bahawa undi-undi majoriti bangsa Melayu sudah ada di dalam tangannya. Katanya, hampir seluruh bangsa Melayu di negara ini sudah memihak pada PKR dan PAS. Anwar jamin Melayu akan beri undi pada Pakatan Haram.
Dalam ertikata lain, DAP uruskan kaum Cina, Anwar uruskan banga Melayu. Dan pada 6 Mei, kononnya bolehlah dia angkat sumpah menjadi PM…(mujurlah saya tak muntah masa tu!)
Rakan saya memberitahu bahawa jaringan masyarakat Cina telah bersepakat untuk berkempen secara besar-besaran dan “all out” habis pada PRU ke-13 ini.
Buktinya, kedai-kedai Cina di Kedah sebelum ini tidak pernah ditutup pada setiap kali PRU diadakan. Tapi berlainan pada PRU ke-13 ini, boleh dikatakan hampir seluruh kedai Cina tutup dan mereka beramai-ramai berkempen dan mengerah anak beranak mereka untuk mengundi Pakatan Haram.
Apabila tiba hari mengundi, boleh dikatakan hampir seluruh bangsa Cina memang memberika undi pada Pakatan Haram. Hanya segelintir saja yang tidak percaya pada Anwar sanggup untuk menongkah arus memberikan undi pada BN…
Malangnya, kaum Cina dan DAP tidak sedar bahawa Anwar sekali lagi telah menipu mereka. Anwar gagal memastikan bangsa Melayu memberikan undi pada Pakatan Haram.
Malah bangsa Melayu, khususnya golongan atas pagar, pada 5 Mei lalu tidak sabar-sabar keluar mengundi BN di seluruh negara! Lebih menyakitkan Anwar lagi, boleh dikatakan semua masalah dalaman UMNO selesai dan seluruh orang ahlinya setia memberikan undi pada BN..!
Kini fahamlah saya. Anwar berbohong pada DAP dengan memberi harapan palsu kepada kaum Cina di seluruh negara. Kaum Cina pula “terlalu bijak pandai” sehingga termakan pembohongan Anwar itu dan kini mereka marah pada Anwar kerana merasakan diri mereka tertipu.
Lebih teruk lagi, kaum Cina kini dikatakan turut marah pada DAP yang turut dituduh berbohong dan memberikan harapan palsu pada PRU ke-13. Dan ketika itulah senyuman saya bertukar menjadi ketawa besar yang bergema di ruang restoran tersebut.
Saya ulangi, ini bukan cerita tipu. Ini adalah kisah benar. Namun ia tidak dapat dibuktikan kerana rakan kepada rakan saya itu tidak merakam perbualan telefon yang melucukan dengan Timbalan Pengerusi DAP Kedah/Perlis itu.
Merah padam muka rakan saya itu. Dia berbangsa Cina. Walaupun memberikan undi pada BN pada PRU baru-baru ini, dia malu besar mengenangkan kebodohan kaumnya sendiri.
Katanya, sampai bilakah kaum Cina nak percaya pada Anwar? Melayu sudah sedar betapa pembohongnya Anwar. Tapi masyarakat Cina pula yang kononnya “bijak” telah ditipu secara “mega” oleh “chameleon” itu. Nasiblah! Siapa suruh percaya, kan? Padan muka..!
Khaliq indeed a good Menteri Besar in Selangor also.
ReplyDeleteThe people are unite for a better government.
ReplyDeleteJumlah pencapaian pembangkang amat membanggakan juga khas di Selangor.
ReplyDeleteBN still don't know why the people strike such a way.
ReplyDeleteOpposition didnt do well in Kedah.
ReplyDeleteKedah akan merasa pemerintahan 5 tahun BN dan selepas itu akan kembali kepada pakatan dengan pertambahan beberapa negeri lagi....
ReplyDeleteselangor akan lebih makmur dibawah PR... banyak free...
ReplyDeleteApakan daya rakyat malaysia nih masih tak mahu minyak turun, kereta turun, dan banyak lagi.... selangor akan menyaksikan free 100% air di seluruh negeri tak lama lagi....
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan rasa syukur kerana Kedah kini kembali ke tangan Barisan Nasional (BN) selepas lima tahun diteraju pakatan pembangkang.
ReplyDelete"Kerajaan BN akan menjalankan tugas dan menunaikan segala janji membangunkan Kedah supaya sama dengan negeri-negri lain," katanya.
ReplyDeleteSusulan kejayaan BN membentuk kerajaan negeri selepas menang majoriti mudah iaitu 21 daripada 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dipertandingkan, anak beliau Datuk Mukhriz yang memenangi kerusi DUN Ayer Hitam dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.
ReplyDeleteMengenai pelantikan anaknya, Dr Mahathir berkata beliau mahu Mukhriz menjalankan tugas sebaik mungkin dan berusaha sedaya upaya menunaikan janji untuk membangunkan negeri itu.
ReplyDelete"Bekerja baik dan bekerja kuat, jangan kira diri sendiri, jangan bagi orang tuduh terlibat dengan korupsi dan sebagainya, buat kerja secara lurus dan berkhidmat untuk negeri dan Malaysia," nasihatnya kepada Mukhriz.
Beliau juga mengingatkan Mukriz agar tidak menyalahgunakan kuasa dan mandat yang diamanahkan rakyat.
ReplyDeleteMukhriz yang juga Timbalan Pengerusi BN negeri hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10.
Banyaknya macai umno di sini. Kita citer pasal selangorlah bangang. BN masih cam dulu. Tak mau berubah bangangnya. Dahlah tak popular.
ReplyDelete