Ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tinggal dua hari sahaja lagi, media arus perdana yang menjadi nadi kepada parti pemerintah dikritik tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin.
Bercakap di pentas forum sempena Sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Kadir berkata, dunia media pada hari ini seolah-olah dicemari oleh pemberitaan yang berbeza dalam pilihan raya lalu.
"Pada 2008, media arus perdana ini menghina, mencaci media baru.
"Blogger-blogger ini dahulunya dipanggil 'goblok' dan 'monkey'. Tetapi sekarang media arus perdana menggunakan alasan media baru ini untuk mengeluarkan benda-benda yang sebelum ini tidak dikeluarkan?," ujar beliau.
Kadir merupakan salah seorang penalis Public Forum In Conjunction With Press Freedom Day, "Safe To Speak : Securing Freedom Of Expression In All Media".
Forum yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini adalah anjuran Asian Institute for Development Communication, Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Selangor (Unisel) dan Sinar Harian.
Selain Kadir yang juga Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, panelis lain ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman.
Sekiranya menjadi calon PRU kali ini, Kadir yang juga bekas Ketua Pengarang NSTP berkata, beliau sendiri bimbang dengan suasana politik semasa dan peranan media yang mula menghidangkan berita-berita yang tidak sepatutnya kepada umum.
"Sekarang ini di mana-mana ada kamera. Payah. Saya tidak tahu berapa banyak video yang sudah dibuat mengenai saya. Belum keluar lagi.
"Tetapi kalau saya jadi calon pilihan raya, mesti keluar. Sebab itu, saya tak nak jadi calon pilihan raya seba takut banyak video saya keluar," sindir Kadir sinis.
Berdasarkan pengamatan yang membimbangkan beliau, Kadir berkata, PRU13 mencatatkan sejarah politik paling teruk di matanya.
"Kita sebenarnya terlalu bebas dan lucah pada hari ini. Pilihan raya ini adalah pilihan raya paling lucah dalam sejarah kita yang saya pernah lihat.
"Ini bukanlah lagi soal keselamatan bersuara mendapatkan hak kebebasan, untuk bercakap, berekspresi untuk semua media, untuk konteks Malaysia hari ini, saya ingin bertanya kerana saya merasa gusar, sejauh manakah lagi
kita hendak pergi untuk membusukkan dunia media pada hari ini?" ujarnya.
Kadir juga mengingatkan supaya pihak yang menjadi mangsa tidak menuding jari ke arah pihak lain pula.
"Sekarang ini kita bercakap tentang kebebasan untuk bersuara yang mana sebenarnya kita tak perlu minta.
"Anda hanya perlu layari Malaysiakini. Apa yang tidak ada dalam Malaysiakini?
"Kadang-kadang, kita sendiri suka buat video. Hari ini, kalau video anda keluar, jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri," katanya lagi yang merujuk kepada minat orang ramai untuk mengambil klip video secara spontan di mana-mana sahaja.
-sinarharian.com
Saturday, May 4, 2013
PRU13 pilihan raya 'paling lucah'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengingatkan semua parti politik bahawa tempoh berkempen pilihan raya umum ke-13, yang bermula 20 April lepas, akan tamat pada 11.59 malam hari ini.
ReplyDeletePengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata selepas tempoh itu, tiada aktiviti berkempen dibenarkan langsung terutamanya pada hari mengundi.
ReplyDeletePada Ahad ini, katanya SPR akan menguatkuasakan subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang melarang diadakan, memanggil atau mengaturkan sebarang bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan, hiburan atau memberi ucapan terbuka.
ReplyDeleteAkta itu juga melarang membekalkan apa-apa alat pembesar suara bagi maksud politik serta melarang membuka pejabat atau barung di dalam bahagian pilihan raya, katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini.
ReplyDeletePRU-13 kali ini sememangnya bukan politik dan kempen yang sihat. Lihat sahaja parti-parti pemerintah dan juga pembangkang yang saling memburuk-burukkan parti lawan masing-masing.
ReplyDeleteAdakah masih releven kebebasa medai yang dikatakan tidak cukup sampai pihak tertentu membuat dan menubuhkan saluran media seperti blog dan juga website untuk menyebarkan informasi-informasi terkini, tidak kurang juga kutuk-mengutuk dalam blog.
Tidak cukup dengan itu, PRU-13 kali ini mempamerkan ketidakmatangaan masyarakat di Malaysia terutamanya pengikut-pengikut parti yang taksub. Tanpa memikirkan kesan-kesan perbuatan mereka akan menyebabkan isu negatif akan timbul. Mereka sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan sanggup menggunakan sentiman dan isu agama sebagai modal untuk berkempen.
Sesungguhnya kemepn atau berpolitik secara sihat tidak lagi dipraktikkan oleh kebanyakan masyarakat. Pemimpin-pemimpin sana dan sini menabur janji untuk mengambil hati pengundi, satu janji merupakan janji penting untuk negara.
Ada juga yang bertanding atas kepentingan sendiri bukan mendahulukan kepentingan parti dengan menunjukkan protes kerluar parti dan bertanding atas tiket calon bebas. Sememangnya negara Malaysia adalah negara demokrasi sesiapa saja yang layak boleh menjadi calon bertanding samada mewakili parti-parti atau pun bertanding atas nama sendiri akan tetapi tindakan keluar parti menimbulkan kesan negatif terhadap para pengundi.
Mereka turut dipengaruhi oleh tindakan pemimpin mereka, apatah lagi yang berpindah dari parti kerajaan kepada parti pembangkang dan juga sebaliknya. Dimanakah prinsip pemimpin-pemimpin ini? Jika kita melihat ahli BN iaitu Datuk kamilia yang keluar parti kerana berkecil hati tidak diberikan peluang untuk menjadi calon BN bagi PRU-13 menunjukkan bahawa nilai kesetiaan dan keakuran mereka terhadap keputusan atasan tiada, walaubagaimanapun pengerusi MCA yang tidak dicalonkan tetap menyokong BN dan tidak bertindak meninggalkan parti itu walaupun tidak diberikan mandat untuk bertanding. Apa yang penting adalah prinsip pemimpin itu. PArti tidak akan mampu mentadbir negara sekiranya tiada kerjasama dan kesefahaman antara ahli.
Penglibatan secara langsung bekas pegawai tinggi angkatan tentera dalam politik khususnya di pihak pembangkang dikhuatiri boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.
ReplyDeleteTimbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, taktik pembangkang mempergunakan kumpulan berkenaan untuk kepentingan politik merupakan satu perkembangan yang tidak siha
ReplyDelete"Trend baru ini yang digunakan pembangkang ini perlu ditolak kerana kita tidak mahu rahsia keselamatan dan ketenteraan negara bocor kepada musuh.
ReplyDelete"Kadang-kadang mereka mengeluarkan kenyataan yang dianggap sebagai rahsia negara, sudah tentu nanti ia akan digunakan oleh musuh kita di luar,"
ReplyDeleteSetakat ini pakatan pembangkang menamakan dua bekas pegawai tinggi angkatan tenteta sebagai calon mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei nanti.
ReplyDeleteBagi kerusi Parlimen Baling di Kedah, PAS menamakan Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad sebagai calon manakala Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein diumumkan sebagai calon Parlimen Johor Baharu mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mengulas lanjut Mukhriz berkata, Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asean yang tidak mengamalkan kerajaan berasaskan ketenteraan.
Menurutnya Malaysia terbukti berjaya mengekalkan kestabilan negara apabila mengamal sistem pembentukan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan diwakili oleh orang awam.
"Kerajaan negara ini merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan bukannya melalui rampasan kuasa.
"Penglibatan bekas pegawai tertinggi dikhuatiri mencetuskan banyak masalah kerana kita tak dapat tahu apa kesannya nanti,"
KEMPEN YANG TIDAK SIHAT
ReplyDeletePemasangan replika berbentuk seorang wanita dengan seekor lembu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat sekitar Hutan Kampung, dekat sini, kerana ia disifatkan tidak munasabah.
Tinjauan mendapati, replika yang didakwa itu terletak di tepi Jalan Hutan Kampung dengan tertera perkataan RM250 juta, dipercayai merujuk kepada seseorang dan seolah-olah cuba menjatuhkan imej pihak tertentu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Hutan Kampung, Muhammad Ismail, berkata, tindakan pihak terlibat mampu mencetuskan ketegangan dan kekecohan antara penduduk di sini.
“Nak pasang replika tidak salah, nak letak bendera dengan poster parti pun tak apa, sebab tak ada orang pun yang akan halang asalkan tidak ganggu lalu lintas. Tapi janganlah sampai cuba mengaibkan orang lain.
SEMAKIN TIDAK SIHAT
ReplyDeleteSelepas melalui 12 kempen Pilihan Raya Umum (PRU) satu perbezaan ketara yang boleh disaksikan dalam pilihan raya negara ini adalah kempen sudah menjadi semakin tidak sihat.
Itu kesimpulan yang dibuat oleh beberapa pengundi yang berpengalaman melalui suka duka 12 PRU, sejak PRU pertama diadakan pada 1959.
Umar Hamid, 75, berkata, jika mahu dibandingkan, sememangnya suasana pilihan raya umum dahulu dan sekarang sangatlah berbeza terutama apabila bercerita tentang kempen-kempen yang dilakukan bagi meraih undi.
Pada masa itu, ceritanya, kempen banyak menyentuh mengenai pengisian kemerdekaan seperti menaikkan taraf ekonomi, pendidikan, membina kemudahan asas dan kehidupan penduduk.
"Setelah berpeluang mengundi 12 kali ini (memasuki yang ke-13), saya melihat cara berkempen pada masa kini menjadi semakin tidak sihat terutama dengan wujudnya teknologi dan media baharu.
Kempen asyik memburuk-burukkan antara satu sama lain, berbanding berbicara tentang memperjuangkan hak rakyat.
"Sebab itu, jika terdapat ceramah yang dianjurkan mana-mana parti politik pada masa dahulu, pasti berduyun-duyun orang datang untuk mendengar manifesto yang disampaikan calon bertanding walau di mana pun ia dianjurkan.
"Kalau diikutkan, penduduk Tanah Melayu dahulu bukannya senang seperti sekarang. Tetapi yang menghairankan, ada antara mereka sanggup berjalan kaki atau menaiki basikal berbatu-batu jauh semata-mata mahu memberi sokongan kepada calon pilihan mereka.
"Malah, yang menggunakan kereta lembu untuk ke lokasi ceramah pun ada pada masa itu dek kerana tidak mempunyai kenderaan lain," katanya sambil tersenyum mengimbau kenangan 54 tahun lalu.
Cerita Umar, wakil rakyat yang bertanding pada ketika itu juga sangat mesra rakyat.
Sebab itu katanya, calon-calon yang bertanding pada PRU dahulu tidak perlu bersusah-payah berkempen kerana mereka selalu melawat kawasan yang mahu ditandinginya.
Datuk Seri Najib Razak berkata sokongan yang diterimanya daripada rakyat menjadikan beliau lebih bersemangat dan penuh berkeyakinan kerana sedar kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk kaum Cina sejak bertahun-tahun lamanya.
ReplyDelete“Saya pasti ini adalah hakikatnya terutama sekali dalam bidang pendidikan, dan kami akan meneruskan peruntukan tahunan RM100 juta bagi penyenggaraan dan penambahbaikan sekolah Cina.
ReplyDeleteCadangan kerajaan Barisan Nasional (BN)meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan keprihatinannya membantu rakyat tanpa mengambil kira perbezaan fahaman politik.
ReplyDeleteTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu membuktikan kesungguhan kerajaan BN membela rakyat.
ReplyDeleteKatanya kerajaan BN bukan sahaja menyalurkan BR1M, tetapi banyak lagi bantuan yang memberi kemudahan kepada rakyat mengurangkan kos harian akibat kenaikan harga barangan.
ReplyDeleteJusteru itu, rakyat boleh menilai sendiri perbezaan yang dilakukan BN dan pembangkang, antara contoh perkara buruk yang dilakukan pembangkang seperti penganjuran demonstrasi dan perhimpunan haram yang tidak memberi sebarang faedah kepada rakyat dan negara berbanding BN yang banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat,
ReplyDeleteTimbalan yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyambut baik cadangan kerajaan meneruskan pemberian BR1M 3.0 dan BR1M 4.0 sambil mengesyorkan beberapa penambahbaikan agar sesuai dengan kos hidup pada masa depan.
ReplyDeleteKatanya pemberian BR1M bukan sahaja meringankan beban rakyat berpendapatan rendah malah ia turut menggerakkan sistem kewangan negara.
ReplyDelete"Apabila ekonomi domestik bergerak, harapan kita untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 akan tercapai," katanya.
ReplyDeleteBR1M menyuntik kecairan kepada sistem kewangan negara apabila wang yang diterima rakyat dibelanjakan di premis runcit dan kedai-kedai di seluruh negara sekaligus menggerakkan ekonomi di sesebuah tempat.
ReplyDeleteSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan yang terbaik untuk memastikan pengendalian pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah yang terbaik.
ReplyDeleteSambil menolak tanggapan kononnya PRU13 bakal menjadi pilihan raya paling kotor, Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini berkata SPR telah membuat perancangan teliti di samping memperkenalkan banyak pembaharuan ke arah menjadikannya yang terbaik.
ReplyDeleteAntara pembaharuan yang diperkenalkan ialah pengundian awal untuk anggota polis, tentera, pengamal media dan rakyat Malaysia di luar negara serta penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pemilih berdaftar mengundi lebih daripada sekali.
ReplyDelete“Jika berlaku sedikit ‘kotor’ di sana, sini, ia bukan disebabkan oleh SPR, parti-parti politik, para penyokong mesti menghormati undang-undang, mesti mematuhi garis panduan, mesti mematuhi tata etika (pilihan raya).
ReplyDelete“Saya harap semua parti politik, pemimpin parti politik menasihatkan anggota dan penyokong anda supaya bersikap rasional dan tidak terlalu emosional. Patuhi undang-undang, patuhi peraturan dan patuhi nasihat polis dan SPR,” katanya
ReplyDeleteAbdul Aziz berkata SPR telah memperkenalkan sekurang-kurangnya 19 perubahan untuk penambahbaikan proses pilihan raya kali ini.
ReplyDeleteKatanya, terdapat banyak undang-undang, panduan dan kod etika yang jika dipatuhi akan menghasilkan pilihan raya yang aman.
ReplyDeleteBerdasarkan pengalaman SPR, beliau menjangkakan keputusan pertama PRU13 boleh diketahui seawal-awalnya 7.30 malam pada 5 Mei nanti.
ReplyDeletepapagomo punya blog paling lucah... rugilah kerajaan menaja ci bodoh tu...
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/photo.php?v=467576196650820
ReplyDeleteIf we see BN member Datuk Kamilia who left the party because discouraged not given the opportunity to be the BN candidate for the 13th general election shows that the value of loyalty and their conformity to the top no results, however, are not nominated chairman of MCA still support BN and not act leave although the party was not given a mandate to compete.
ReplyDeleteChairman of the Election Commission (EC) chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said that after that period, no campaigning allowed to live primarily on polling day.
ReplyDeleteThe Act also prohibits the supply any loudspeaker tool for political purposes and prohibit open an office or a booth in the constituency, he said at a press conference at the EC headquarters here.
ReplyDeleteIndeed kemepn or healthy politics is no longer practiced by most societies. Leaders there and here to pay lip service to please voters, a promise is a promise important for the country.
ReplyDeleteThere is also a contest on its own interests not advance the interests of the party to show kerluar protest party and independent candidates contesting on the ticket. Indeed, Malaysia is a democracy anyone can qualify as a candidate contesting parties whether represented or even compete in their own name but that of the party will pose a negative impact on the voters.
ReplyDeletePRU kini dah ada keputusannya
ReplyDeleteBanyak sindiket negatif dilaporkan, kami menantik apakah tindakan yang akan diambil oleh SPR.
ReplyDeleteJangan bertindak mengikut emosi.
ReplyDeleteSPR diragui tidak adil. Apakah komen?
ReplyDelete"Sekarang ini di mana-mana ada kamera. Payah. Saya tidak tahu berapa banyak video yang sudah dibuat mengenai saya. Belum keluar lagi."
ReplyDeleteHarus dikenal pasti terlebih dahulu.
"Kita sebenarnya terlalu bebas dan lucah pada hari ini. Pilihan raya ini adalah pilihan raya paling lucah dalam sejarah kita yang saya pernah lihat.
ReplyDeleteThese is indeed disappointing.
Laporan ini seakan menjejas imej baik seorang pemimpin.
ReplyDelete