Sekurang-kurangnya 500 peguam dan aktivis masyarakat menyertai perhimpunan membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di Parlimen, hari ini.
Perhimpunan 'Walk for Freedom to Walk' itu mula berkumpul di Taman Tasik Perdana seawal 11 pagi dan telah bergerak ke Parlimen jam 12.30 tengahari ini bagi menyerahkan kertas cadangan supaya kerajaan meminda rang undang-undang perhimpunan aman.
Perhimpunan ini tercetus apabila Kerajaan membentangkan rang undang-undang bagi mengawal jenis perhimpunan yang boleh diadakan.
Badan Bukan Kerajaan seperti Majlis Peguam dan Suaram telah mengecam Rang tersebut kerana ia dikatakan lebih mengongkong hak rakyat untuk berhimpun.
Mereka berkata rang itu bertentangan dengan prinsip demokrasi dan anti-artikel 10 perlembangaan.
Walaubagaimana pun Kerajaan Pusat tetap tegar untuk meluluskan rang tersebut dalam sidang Parlimen minggu ini.
Shahrezan Othman dari wakil majlis peguam berkata himpunan ini bukan atas dasar politik Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat sebaliknya adalah untuk mewakili suara rakyat Malaysia.
Perarakan 'Walk for Freedom to Walk' yang menuju ke Parlimen bagaimanapun bertembung dengan sekumpulan lelaki yang hanya lingkungan 50 orang.
Kumpulan itu bertindak melemparkan kata-kata kesat seperti 'kami bantah seks bebas, kami tolak majlis peguam negara'
Pergerakan terhalang apabila polis dengan kekuatan jentera seramai hampir 30 anggota bertindak menghalang rombongan itu masuk ke laluan utama Parlimen.
Walaubagaimanapun hanya 10 wakil peguam sahaja dibenarkan masuk bagi menghantar kertas cadangan
Saksikan keratan video ''Walk for Freedom to Walk' dibawah. -tvsnews
Thursday, December 1, 2011
Ribuan Berhimpun Bantah Bil Perhimpunan Aman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pelik Majlis Peguam seakan-akan menyokong budaya berdemonstrasi dijalanan walhal akta ini memberi banyak manfaat kepada rakyat.
ReplyDeleteIni persoalan Hati... Sememangnya mereka yg berada di belakang RUU Bil Perhimpunan Aman adalah berhati busuk, dan langsung tidak boleh di percayai... Mereka ANTI KPD BERSIH & CERAMAH PENERANGAN OLEH PEMBANGKANG.
ReplyDeleteDear Pencinta Negara
ReplyDeletePR berjuang untuk rakyat..Umno berjuang untuk kroni2nya supaya mereka ini tidak akan hilang kuasa, mana ada dia berjuang untuk rakyat, mana ada rakyat didahulukan,kalau betul dia berjuang untk rakyat kenapa selalu diubah2 rang undang2 sekatan keatas rakyat untuk berdemokrasi. PENCINTA NEGARA NAMPAK KE?
mari ramai2sokong usaha pas saman kerajaan malaysia yg cuba sekat kebebasan rakyat....kita kena ubah dan perbetulkan parlimen, polis, kehakiman, spr dan sprm....badan2 ni semua ketua lama bagi pencen dan ganti dgn ketua2 baru yg reformis...
ReplyDeletedear pencinta negara:
ReplyDeletepeguam X TAHU undang2????