Thursday, December 1, 2011

Ucapan Pemimpin Bukti UMNO Kini Sedang Nazak

Datuk Seri Najib Razak mahu Umno mengutamakan perpaduan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang presiden parti itu melihat sebagai “sesuatu yang luar biasa” bagi perikatan yang mengepalai kerajaan pusat.

Najib yang juga Perdana Menteri mengarahkan pemimpin-pemimpin kanan parti pada satu taklimat di sini agar tidak memandang mudah atau mengambil ringan pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu katanya, pemimpin-pemimpin parti seharusnya bertindak agak luar biasa kali ini.

“Beliau telah meminta pemimpin-pemimpin peringkat bahagian dan akar umbi agar bekerja luar biasa sebab pilihan raya ini adalah sesuatu yang luar biasa... banyak cabaran dan beliau mahu kami utamakan perpaduan,” kata Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata demikian pada sidang media bersama dua rakan sejawatannya Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal selepas taklimat presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini hari ini.

Beliau menambah bahawa Najib juga telah mengarahkan pemimpin-pemimpin Umno agar menyelesaikan kesemua konflik dalaman bagi memastikan bahawa tiada sabotaj atau unsur menikam dari belakang apabila tibanya pilihan raya.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, mesej itu dikeluarkan di sebalik peringatan berkali-kali daripada Najib bahawa hanya calon-calon yang boleh menang akan mewakili Barisan Nasional (BN).

“Konflik mesti diselesaikan bagi memastikan kejayaan kita sama ada kerusi peringkat kerusi ataupun parlimen,” kata beliau.

“Hanya ada satu pasukan iaitu Pasukan Umno,” kata Zahid.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, BN meletakkan sasaran untuk menawan balik empat negeri dikuasai Pakatan Rakyat sekarang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. -TMI

Muhyiddin: PRU-13 tentukan jatuh bangun Melayu

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan anggota parti itu bahawa pilihan raya umum ke -13 adalah "ibu segala pilihan raya" yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu.

Bahkan beliau yang juga timbalan perdana menteri turut membangkitkan kebimbangan sama ada kuasa politik akan kekal pada parti itu atau terlepas ke tangan pihak lain.

"Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini.

"Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?

"Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa ketiga-tiga sayap parti bersatu dan bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.

'Jangan main belakang'

"Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak.

"Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara malam ini.

Peringatan itu dilontarkan susulan wujudnya persepsi kuasa Melayu semakin goyah susulan kemerosotan sokongan Umno dalam pilihan raya umum lalu dan ekoran dakwaan "fitnah jahat" yang dilemparkan pada Umno.

Sementara itu, untuk mencapai kejayaan, Muhyiddin mengingatkan supaya tidak berlaku sabotaj dalam parti ekoran pemilihan calon pilihan raya.

"Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan 'mandikan' calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan main belakang. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan.

"Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati," katanya. -mk

13 comments:
Write comments
  1. Perhimpunan terakhir UMNO sebelum berkubur pada pRU13 nanti, Insyallah.

    ReplyDelete
  2. expiry date utk UMNgOk sdh limpas n x ada yg mampu menyelamatkannya, not even saiful's back door!!!

    ReplyDelete
  3. satu perhimpunan yang memalukan dan menunjukkan kebodohan pemimpin orang melayu, sangat membazir dan x berkualiti, ingatkan buat perhimpunan ada agenda bagaimana nak memaju dan memertabatkan bangsa melayu agar dihormati dan dipandang mulia oleh bangsa lain dimalaysia, rupanya perhimpunan mencaci dan menyalahkan orang lain yang tidak sekapal dengan umno, tak adakah cara lain bagaimana nak mencari pengaruh agar rakyat menyokong umno/bn selain dari memaki hamun parti yang tidak sealiran dengan mereka, pelik pelik, ini orang umno ka? atau ahli umno?

    ReplyDelete
  4. Mentaliti pemimpin umno sekarang ini lebih rendah dari mentaliti budak tadika, mereka tidak tahu bagaimana memberi gagasan yang baik mereka hanya tahu memaki hamun orang lain. Inilah realitinya pemimpin UMNO. Kesian orang yang sokong pemimpin yang berfikiran macam budak tadika ini.

    ReplyDelete
  5. Betul itu macam Wanita itu nak tunjuk hero sinsing lengan baju kenapa tak tarik kain naik atas sekali!

    ReplyDelete
  6. Itu lah sebab melayu umno sudah tahu bila akan dikuburkan
    Tak berani istiharkan PRU13 . maka mula buat propaganda membodohkan rakyat . Kua kua kua
    - OOOi ... Melayu umno , dunia politik sekarang anak muda semakin cerdik, semakin sesitif bukan senang ditipu .
    - Melayu umno berperang dengan rakyat , tapi mahu rakyat mahu sokong dia di PRU13. kah kah kah ... minta musuh eri bantuan . kua kua kua.

    ReplyDelete
  7. tulah yg terbaik...hidup LGE...biarlah Malayisa yang makmur ini ditadbir oelh org Melayu tak mengapa...org Melayu yg betul2 menghayati ajaran Islam seperti PAS adanya Nik Aziz, Salehuddin, Ayub, Mahfuz, Mat Sabu dan byk lagi tentulah akan menjaga kepentingan kaum2 lain.Percayalah itu ajaran Islam yg mana tidak menindas kaum lain. DSAI, Azmin, Saifuddin Nasution dan byk lagi perjuangan mereka sgt ikhlas... tak membazir atau gunakan duit rakyat..semua perjuangan mereka sekarang byk guna duit tetapi mereka berkorban wang ringgit, tenaga dan masa untuki rakyat. Usahlah bimbang wahai kaum cina india dll...kami akan menjaga kebajikan tuan2....marilah undi PR kita hapuskan UMNO dan BN....

    ReplyDelete
  8. .sepatutnya umno membincangkan masalah dalam umno dan juga macamana nak pikat rakyat...cara perbahasan membuat org bertambah menyampah melihat muka2 puak unmo...memang patut pun kita singkirkan diorg pd PRU13..MEMANG TAK LAYAK MEMERINTAH tahap pemikiran puak2 ni macam LE..????

    ReplyDelete
  9. secara langsung di TV najib asyik kutuk anwar ibrahim..bercerita tentang kononnya apa yg anwar telah lakukan...termasuk soal liwat..saya tak nampak di sini yg PM kita ada ciri2 karismatik untuk disanjung sebagai wira bangsa..mengikat orang lain dan terus membulinya adalah kaedah amat terkebelakang...saya rasa malu bila semua orang bertepuk dan menjerit keriangan...inilah kelemahan umno..kata orang, kuman di seberang laut nampak, tapi gajah depan mata tidak kelihatan...jika ini diukur sebagai kpi, pasti ia merupakan petanda awal berkuburnya umno tidak lama lagi..

    ReplyDelete
  10. hanya org melayu bodoh shj yg msih menerima PATI Umno ... klu hasrat nk bela rkyt x kan lah org melayu hanya berada di ceruk kmpng dgn motong getah, nelayan dan pling tinggi kerja kerajaan shj... yg kaya hanya pemimpin PATI bangsat nie... oleh itu, bangunlah semua org melayu dan tumbangkan umno/BN di PRU13 utk kesejahteraan kita....

    ReplyDelete
  11. Najib, najib. Ksian tgk kat dia. Rupanya dia yg kuat berkokok x berhenti hari ni. Cuba tgk apa dia kata, '"Berkokok sana sini, bohong sana sini, tipu sini, tipu sana, fitnah sini, fitnah sana, main sini dan main sana," kata Najib sambil disambut gelak ketawa perwakilan.
    "(Dia) bohong tak berhenti-henti, dia kat eh kami juara...parti sendiri (pun) kucar-kacir," katanya sambil menyifatkan pembohongan terbesarnya adalah mengenai 16 September.
    Saya balas balik, najib, awk x perasan ke bnda2 yg awk dok bilang tu sebijik2 kena kat kpale awk? Yg dok bohong sana sini, yg dok fitnah sana sini, bukan awk dgn geng2 awk ke cik pm?? La.... klau saya kan, saya malu giler klau cakap bnda2 yg akan kena sebijik kat kpale saya! Contoh yg awk berbohong, mcm yg awk kata kat atas tu la! Cakap2 awk yg kononnya PKR kucar kacir, sbnarnya x begitu pun, tu cakap2 awk sj yg nak menunjukkan kelemahan PKR. Ya, saya x nafikan permainan awk & geng2 awk utk memporakperandakan PKR, tapi dgn kuasa Allah, PKR tetap utuh. Tapi yg saya nmpak skrg, parti awk pulak yg bergolak. Sbb itu smpai kena buat sumpah ta'at setia. Tak gitu cik najib?...

    ReplyDelete
  12. Najib kata lagi, PAS telah diperkudakan oleh DAP, jadi dia cabar PAS spaya tinggalkan DAP. Dan klau perjuangan berdasarkan Islam, tinggal drpd jadi rakan DAP. Bila masa PAS diperkudakan DAP wahai presiden umno? Kita bekerjasama lah! Islam x melarang umatnya membuat perjanjian & kerjasama melalui tahaluf siyasi. Ke, cik najib kita ni tak tau bnda tu? Klau x 'arif, kenalah rujuk pd jamil khir baharom pak menteri agama tu. Kata2 najib dgn menyerang anggota Pakatan, menunjukkan bahawa umno dah x ada modal utk dptkan sokongan. Maka cara terakhirnya, serang parti lawan. persoalannya, berhasil ke taktik sebegitu? Ke bakal memakan diri balik?...

    ReplyDelete
  13. ini lah wajah pemimpin umno, mereka akan buat apa saja untuk membohongi raayat, najib na mpak gagah apabila berucap, tapi hakikat nya beliau semakin cemas dengan kesedaran raayat yang semakin tinggi, penyelewengan, rasuah salah guna kuasa.sekali lagi najib menunjukan yang umno pembela bangsa, buat lah apa pembaharuan raayat tetap akan tolak umno, raayat sedikit tidak terpengaruh dengan ucapan najib yang pandai berpura2 tapi kosong isi nya.umno lah penipu seluruh raayat malaysia,,, KITA TUMBANGKAN UMNO/BN setuju tak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.