Friday, December 2, 2011

Umno sudah jadi parti budaya maki-hamun?


Saya suka menarik perhatian laporan berita Malaysiakini bertajuk “Perwakilan dakwa penyokong DAP bangsat” dan dukacita sangat menyaksikan Pemuda Umno suda menjadi sebuah pergerakan yang menagih budaya maki-hamun.

Daripada initipati berita itu, nyata sekali Pemuda Umno memiliki taraf budaya dan tamaddun yang rendah sekali. Mereka seolah-olah tidak pandai menggunakan bahasa Malaysia kecuali ayat-ayat kesat dan kasar.

Suatu ketika itu, kerajaan yang dipimpin oleh Umno telah beriya-iya sangat menggerakkan kempen berbudi bahasa tetapi nyata sekali ianya tidak membawa kesan. Adalah lebih berfaedah kalau kempen ini diulangi sekali lagi dengan memfokus kepada tindak-tanduk Pemuda Umno semata-mata.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu giat menggerakkan budaya transformasi dan perubahan. Umno juga dikatakan sedang membuat transformasi untuk memenangi sokongan rakyat.

Barangkali budaya maki-hamun yang dibawa oleh Pemuda Umno menunjukkan parti itu sudah menyempurnakan sasaran-sasaran transformasi. Apakah Pemuda Umno melihat budaya maki-hamun ini sebahagian daripada KPI parti mereka untuk menghadapi PRU-13 ?

Dalam negara demokrasi, rakyat berbilang bangsa dan agama, berhak menyokong mana-mana parti yang didaftarkan mengikut undang-undang. Umno hanyalah salah sebuah parti yang lebih besar daripada yang lain tetapi sazi keahlian parti tidak memberikan lesen kepada Umno untuk memaki hamun penyokong parti lain.

Saya bukan penyokong DAP atau mana-mana parti yang lain. Saya melihat pertembungan mulut dan serangan verbal memang merupakan asam garam politik tetapi segala-galanya hendaklah tertakluk kepada budi bahsa yang tertib teratur.

Apakah Pemuda Umno sudah ketandusan idea selain daripada pandai maki hamun. Umno seolah-olah mahu menunjukkan mereka lebih hebat dan berkuasa daripada parti yang lain kerana memegang tampuk kepimpinan negara sejak hari merdeka.

Oleh yang demikian mereka boleh memaki hamun semua penyokong parti yang tanpa mempedulikan perasaan orang lain ?

Inilah tabiat semulajadi Umno sesudah berkuasa terlalu lama. Mereka hanya pandai memaki hamun orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Kalau inilah budaya perbahasan yang dibawa oleh Pemuda Umno, maka tak hairanlah rakyat bertindak menolak parti kerajaan dalam PRU-13 nanti.

Pemuda Umno mesti tepuk dada dan tanya selera; di mana letaknya kewibawaan dan kredibiliti parti kalau perwakilan hanya pandai memaki hamun orang lain?

12 comments:
Write comments
  1. Inilah tabiat semulajadi Umno sesudah berkuasa terlalu lama. Mereka hanya pandai memaki hamun orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Kalau inilah budaya perbahasan yang dibawa oleh Pemuda Umno, maka tak hairanlah rakyat bertindak menolak parti kerajaan, jawapan tumbang la Umno/Bn

    ReplyDelete
  2. dulu, kini n selamanya. UMNgOk sdh sampai tahap point of no return, inda bulih kena tolong sdh...

    ReplyDelete
  3. Mungkin adakalanya DAP patut dimaki kerana berterusan mencabar dan menghina agama islam dan adalah wajib untuk mempertahankan agama Islam yang tercinta.DAP merupakan chauvenist Cina yang hanya mementingkan diri mereka.

    ReplyDelete
  4. Pencinta Negara bagaimana pula dengan SCL si pelakon Video Lucah itu yang terang-terang menghina Islam? Tak pula UMNO maki hamun! Maki hamun UMNO itu kerana dosa-dosa mereka sudah terbongkar. macam Sarijat yang marah betul dengan Wanita PKR yang suruh beliau letak jawatan tapi bung mokhtar juga suruh dia letak jawatan kenapa dia tak marahkan bung mokhtar!

    ReplyDelete
  5. UMNO tahu maki hamun pembangkang saja tapi nak selesaikan masalah PTI di Sabah tak mampu kan pencinta negara! Komponen BN Sabah suruh tubuh RCI pun takut sebab takut terbongkar rahsia mereka. betul tak pencinta negara!

    ReplyDelete
  6. Kesiannya orang-orang UMNO mempunyai pemimpin yang tahu maki hamun orang saja macam tiada pegangan agama. Macam budak-budak bergaduh pula. Inikah mentaliti pempin UMNO!

    ReplyDelete
  7. dear pencinta negara.

    mungkin anda ndak fahamkan? atau anda mahu kena maki juga

    ReplyDelete
  8. sokong puteri umno = sokong khalwat
    sokong wanita umno = sokong lembu
    sokong pemuda umno = sokong mamak ..
    sokong umno = sokong dengan tongkat
    kua kua kua ... semua kena reject .

    ReplyDelete
  9. Itu menunjukan mereka ketandusan idea bernas kebodohan tanpa cerdik dialaf cyber ini. Sepatutnya mereka lebih bertambah matang bukan sebaliknya. Berkemungkinan ini tanda tanda kehancuran UMNO sedang membilang hari, semoga pandangan ini merubah jatidiri UMNO kealaf baru. Sedarlah wahai UMNO anda diambang bahaya sekarang jika anda tidak mau berubah mengikut acuan rakyat berbilang kaum bukan berpaksikan ketuanan melayu semata-mata malah akan menjerumus kehancuran memalukan diri sendiri.

    ReplyDelete
  10. UMNO kita tukar saja jadi Parti Maki Hamun Malaysia siapa setuju!

    ReplyDelete
  11. ok bah orang sabah ONN jer

    ReplyDelete
  12. Saya pun bingung@hairan kenapa statistik bilangan penduduk tempatan Sabah meningkat secara mendadak bermula pada hujung tahun 80-an.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.