Retorik politik adalah biasa dan kalau kita sedar ia bertambah nyata dan mekar dalam situasi sekarang ini.
Apabila situasi keseimbangan kekuatan sokongan diantara parti-parti kerajaan dan pembangkang segala retorik yang diungkapan dengan gah dahulu mungkin tidak terpakai lagi.
Janji-janji untuk perpaduan kaum yang dilaungkan akhirnya tidak kemana juga.
Ciri-ciri dan sentimen perkauman masih menjadi isu sebenarnya.
Omong-omong setengah parti yang memperjuangkan semua kaum tidak juga wujud.
Ia merupakan omong-omong semasa pilihan raya sahaja.
Selepas pilihan raya rakyat baru sedar retorik kosong itu adalah perkara yang selalu berlaku sebelum ini.
Dalam pada beretorik untuk berjuang bagi semua kaum, ketua sebuah parti di sebuah negeri berkata seminggu dua sebelum PRU ke 13, bahawa di negerinya tidak akan ada calon Melayu Islam.
Pengumuman itu tidak salah, ‘content’ pengumuman tidak melambangkan parti untuk semua kaum dan agama seperti yang dilaung-laungkannya selama ini.
Jelas parti itu telah berbohong.
Persoalannya jika benar pun tidak ada calon Melayu dan Islam mewakili partinya, apa perlu menyebut Melayu dan Islam dalam kenyataannya itu?
Bukankah parti itu parti memperjuangkan Malaysian Malaysia?
Bukankah selama ini berucap dengan gah mengatakan parti itu bukan parti Cina dan sebagainya?
Kalau benar parti itu parti semua bangsa tidak perlu menyebut tiada orang Melayu dan Islam sebagai calon dan sebagainya.
Hanya sebut di NS calonnya adalah seperti berikut….dan sebutkan nama mereka sudahlah tanpa memberikan kategori yang mereka itu Cina atau Melayu dan Islam.
Justeru perkauman tetap menjadi isu.
Jika isu perkauman ini tidak juga dapat di selesaikan dan menjadi praktis kepada mana-mana pihak maka tidak salah jika bangsa-bangsa di negara ini memberikan sokongan kepada parti yang dikerumuni oleh bangsa masing-masing.
Hasil dari permainan isu perkauman ini, maka jangan disalahkan jika berlaku syak wasangka diantara kaum dan politik boleh mengubah banyak perkara dalam negara ini.
Jika ada parti yang menang besar dalam mana-mana negeri mengikut saluran perkauman, maka ia akan menjadi kecil jika parti-parti dari bangsa lain berkumpul dan bersatu untuk kepentingan bangsanya pada masa yang akan datang.
Contohnya di Selangor, jika ada penyatuan diantara Umno dan PAS dan beberapa orang wakil Melayu dalam PKR maka kerajaan Selangor akan berubah wajah.
Mungkin seorang MB bernama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu akan menjadi Ketua Pembangkang memimpin DAP yang bakal menjadi pembangkang jika perkara ini berlaku.
Kerajaan Selangor mungkin dipimpin oleh Dr Rani Osman atau Mohamed Azmin Ali jika Azmin bersama-sama mengumpulkan Melayu untuk mempertahankan bangsanya di masa depan.
PAS dan Azmin boleh memberikan sebab yang sebenarnya retorik untuk semua kaum dan agama yang di sebut dalam pilihan raya lalu hanya lah permainan lidah yang tidak bertulang itu.
DAP masih dilihat sebagai parti Cina kerana tidak ada seorang pun wakilnya dikalangan orang Melayu dalam Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN).
Saya menulis ini kerana ramai sangat yang menghubungi saya samada apa yang dikatakan oleh DAP selama ini itu betul-betul jujur atau pun hanya permainan lidah politik sahaja?
Mereka beranggapan jika DAP sesungguhnya parti untuk orang Cina dan menempelkan beberapa Melayu sebagai ‘window dressers’ sahaja.
Maka sudah sampai masanya orang Melayu membuat persediaan untuk mempertahankan maruah mereka dalam semua DUN dalam negara ini.
Kumpulan ini berpendapat jika DAP masih dengan bau Cinanya maka lebih baik pertahankan MCA sahaja.
Setidak-tidaknya MCA telah lama bekerjasama diantara berbagai bangsa sejak mereka dahulu dan jasanya dirasai oleh semua bangsa apabila MCA adalah parti yang bersama-sama menyempurnakan kemerdekaan negara dahulu.
Saya menghormati pandangan semua pihak dan kumpulan seperti inilah yang bertanggungjawab memusnahkan harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri bersama Pakatan Rakyat yang sebelum pilihan raya lalu begitu ‘confident’ untuk mengambil alih Putrajaya.
Mereka ini adalah dari kumpulan yang besar yang kita kenal sebagai kumpulan diatas pagar.
Kita mesti ingat kumpulan diatas pagar ini merupakan kumpulan yang lebih berfikir dari bercakap kerana mereka bukannya ada kepentingan untuk menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar dan sebagainya.
Kumpulan ini kebanyakannya adalah dari kaum Melayu dan mempunyai pengaruh besar sebagai penentu dalam mana-mana pilihan raya.
Jika pandangan ini diterima baik oleh wakil-wakil DUN di Selangor, maka kemungkinan kerjasama Melayu Islam dalam negeri itu akan mampu merubah segala-galanya dalam kerajaan Selangor.
Bagi pendapat kumpulan ini jika DAP telah tidak menunaikan komitmen mereka untuk perjuangan semua bangsa maka tidak salah sebagai langkah mempertahankan kewibawaan melayu dan bangsa lain itu diambil.
Ramai dikalangan rakyat sudah jemu dikelirukan dengan strategi yang halus untuk mendapatkan sokongan orang Melayu ini tanpa perlu memberikan 'reciprocal' terhadap sokongan Melayu itu.
Bagi saya jika tidak ada pihak yang benar-benar serius untuk memperjuangkan isu semua bangsa ini maka elok kita bermain politik dengan isu bangsa terus-terusan.
Senang begitu. Tidak payah memaparkan ‘hypocrisy’ buruk itu kerana akhirnya rakyat akan dapat menangkap sifat kita itu.
Tidak salah rasanya jika saya nyatakan dalam posting saya semalam yang orang Melayu merupakan bangsa penentu politik negara ini.
Baik buruknya orang Melayu yang akan menungkah arus jika ada arus yang cuba untuk mengeliru dan mempermainkan bangsa mereka.
Kita cadangkan diforumkan dan diseminarkan isu ini selalu, dan saya akan dengan rela hati beserta dengan sesiapa yang mahu melakukannya.
Kita bincang hal ini secara terbuka. Jangan berselindung lagi.
Kita perlu mengambil sikap jelas.
Hendak meneruskan perjuangan berbilang kaum, atau hanya perjuangkan isu kaum-kaum yang tertentu sahaja.
- aspanaliasnet.blogspot.com
Monday, June 17, 2013
Laungan ‘multiracialism’ hanya retorik kosong semata-mata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ALL Malaysians should unite, regardless of race or creed, to be in one party, as advocated by founding member of Umno, Datuk Onn Jaafar, and his colleagues, including my father, Haji Shamsuddin Md Joonoos.
ReplyDeleteI have witnessed a number of meetings held in Johor Baru and the times my father had packed his bags to attend such meetings long before Merdeka. But sad to say, the British refused to acknowledge the combination of Umno, MCA and MIC as one party before granting independence.
ReplyDeleteKudos to acting Gerakan president, Datuk Chang Ko Youn, who recently said that Malays, Chinese, Indians and others should be members of one party for the sake of our nation's future.
ReplyDeleteI hope other members of his party will emulate his courage and fortitude. This is the right time for us to stand together as equals, with only the king as the head of important ceremonies.
ReplyDeleteHasrat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba untuk mendapatkan simpati serta sokongan rakyat dengan mengajak Ahli Parlimen pembangkang memboikot majlis angkat sumpat Dewan Rakyat pada 24 Jun nanti, akhirnya memakan diri. Pengumuman dan keputusan pemimpin DAP dan Pas untuk hadir pada majlis berkenaan dan tidak menyertai perancangan Anwar memberi tamparan kepada bakal Ketua Pembangkang itu, apabila tidak mendapat sokongan.
ReplyDeleteKeadaan bertambah parah, apabila anak emasnya, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyatakan bahawa dia bersama dengan beberapa Ahli Parlimen PKR lain akan hadir pada majlis itu untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat. Pensyarah dan Penganalisa politik, Prof Datuk Dr Abdul Razak Omar berkata apa yang cuba dilkukan oleh Anwar itu hanyalah untuk mendapat perhatian, dan berkeyakinan bahawa Anwar akan hadir untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
Seperti ketahui umum, Anwar mempunyai pelbagai muslihat untuk mendapat simpati atau sokongan daripada orang ramai, kegagalan menawan Putrajaya pada pilihan raya lalu telah memberi kesan bukan sahaja kepada pembangkang malah kepada dirinya sendiri. Pelbagai usaha cuba dilakukan olehnya, termasuk menuduh adanya berlaku penipuan serta mengadakan perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya ke seluruh negara namun, sambutannya tidak begitu mengalakkan daripada orang ramai.
ReplyDeleteWalaupun pihaknya menyatakan kehadiran melebihi 100 ribu pada perhimpunan yang diadakan di Kelana Jaya, namun dianggap gagal kerana ramai pemimpim pembangkang yang tidak bersetuju dengan perhimpunan itu diadakan, katanya. Menurutnya, bagi memastikan dirinya terus diingati, Anwar akan membuat apa sahaja untuk menarik perhatian dan pada persidangan Dewan Rakyat nanti sudah pasti dia akan memastikan dirinya terus mendapat perhatian masyarakat.
ReplyDeletePersidangan Dewan Rakyat akan digunakan oleh pembangkang untukmencari kesalahan dan menyerang kerajaan tetapi di sana akan kita lihat juga perdebatan mereka sama ada mempunyai asas atau tidak.
ReplyDeletePakatan pembangkang perlu mengikut saluran undang-undang dan membuat bantahan di mahkamah sekiranya benar berlaku penipuan dan penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin.
ReplyDeleteKatanya, dengan mengadakan himpunan sebagaimana ‘Black 505’ yang bermula pada 8 Mei lalu, mereka menampilkan diri seperti tidak menghormati undang-undang negara.
ReplyDeletePersoalannya untuk apa himpunan diadakan sedangkan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU ke-13 termasuklah pakatan pembangkang boleh mencabarnya melalui saluran yang sah di mahkamah namun malangnya sehingga hari ini tidak ada bantahan dibuat. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata berikutan pewartaan keputusan pilihan raya, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan. Petisyen tersebut boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.
ReplyDeleteSekaranglah masanya untuk pakatan pembangkang bertindak dan membawa apa yang mereka pertikaikan dalam himpunan ‘Black 505’ ke mahkamah bersandarkan kepada bukti-bukti yang kukuh dan bukannya bercakap sesuka hati sahaja, katanya. Pakatan pembangkang meneruskan himpunan di seluruh negeri yang bermula pada 8 Mei lalu dan terbaru di Petaling Jaya selepas lapan himpunan lain dengan alasan membantah keputusan PRU ke-13 dan serangan dibuat kepada Barisan Nasional (BN), Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
ReplyDeleteRuang dan peluang sudah ada, tetapi pakatan pembangkang tetap menggunakan himpunan sebagai alternatif untuk mempopularkan diri mereka iaitu dengan membawa rakyat dan membazirkan banyak perkara. Dikatakan juga pakatan pembangkangkan akan memfailkan beberapa patisyen yang sebelum ini dikhabarkan angkanya terlalu banyak dan kemudian berubah menjadi 27 yang mungkin ia juga belum pasti.
ReplyDeleteNaib Presiden PKR, Tian Chua dilaporkan berkata partinya akan memfailkan 27 petisyen terhadap keputusan PRU ke-13 di mahkamah. Ikutlah cara dan saluran yang betul dan jangan gunakan ketidakpuasan hati dengan alasan penyelewengan dan penipuan sebagai modal untuk mempolitikkan diri sendiri kerana sekarang adalah masa untuk bekerja.
ReplyDeleteSehingga ke hari ini pembangkang terus gagal untuk menunjukkan kabinet bayangan mereka sungguhpun beberapa pihak melemparkan cabaran agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyenaraikan kabinet tersebut.
ReplyDeleteMengulas mengenai perkara itu Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ali Mazat Salleh berkata pembangkang terutama Anwar tidak akan menyahut cabaran itu Anwar seperti yang diketahui umum suka menaburkan segala janji demi cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
ReplyDeleteMenurut beliau jika diumumkan senarai tersebut maka akan terbongkarlah segala janji-janji yang ditaburkan Anwar kerana semua pemimpin pembangkang telah dijanjikan jawatan-jawtaan yang penting.
ReplyDeleteMustahil Anwar akan berbuat demikian…mustahil…Keduanya mereka tidak ada pemimpin yang berkaliber untuk diketengahkan dan ketiganya pula ini menggambarkan kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya tidak berpakat antara satu sama lain.
ReplyDeleteSaya rasa perkara ini sudah banyak diceritakan oleh pelbagai pihak yang mana mereka sebenarnya tidur sebantal dan mimpi lain-lain. Jika sudah boleh tidur sebantal tentunya tidak ada masalah untuk menyenaraikan perkara itu sekarang.
ReplyDeleteBanyak alasan pula yang keluar…Alih-alih bukan masanya dan macam-macam lagilah.
ReplyDeleteJika betul mereka berpakat dan benar-benar untuk berkhidmat kepada rakyat, itu adalah satu perkara yang cukup mudah.
ReplyDeleteKata beliau lagi sepatutnya perkara ini dijadikan peluang keemasan mereka untuk rakyat menilai senarai barisan kabinet mereka.
ReplyDeleteAli Mazat yang juga Ketua Pemuda Kulai seterusnya berharap rakyat dapat melihat bagaimana permainan politik sebenar pembangkang dan kegagalan mereka dalam menguruskan amanah dan tanggungjawab setelah diberikan mandat.
ReplyDeleteSebenarnya pembangkang ini tiap satu parti sudah diberikan peluang untuk membuktikan keupayaan mereka. Pas di Kelantan dan Kedah, DAP pula di Pulau Pinang dan PKR di Selangor. Tapi apa jadi pada negeri-negeri berkenaan.
ReplyDeleteKelantan setelah 22 tahun mentadbir apa yang rakyat dapat manfaat….Dari sudut pembangunan.Masalah air dan sebagainya. Di Selangor ada juga masalahnya dan begitu juga di Pulau Pinang. Jadi harap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik mungkin.
ReplyDeleteCALON BN KALAH ATAS FITNAH BUKAN KERNA PEMBANGKANG KUAT
ReplyDeleteDengan kerusi sebanyak 38 daripada 89 jumlah kerusi pembangkang di Dewan Rakyat, Dap sudah amat amat yakin parti itu sudah cukup yakin dan popular di kalangan rakyat.
Malah Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng dengan megahnya berkata masa depan negara akan bertambah cerah jika pihak pembangkang kuat di parlimen.
Namun apakah apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu benar atau apakah asas yang digunakan untuk mengeluarkan kenyataan begitu?
CALON BN KALAH ATAS FITNAH BUKAN KERNA PEMBANGKANG KUAT
ReplyDeleteBenarkah dengan penambahan kerusi parlimen Dap, Pas dan PKR negara akan mendapat keuntungan, kebajikan rakyat lebih terbela, dan negara lebih selamat dan kedaulatan terjamin?
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang baru berlangsung, Barisan Nasional menang dengan 133 kerusi parlimen berbanding 89 untuk pembangkang.
Dengan peningkatan tujuh kerusi daripada 82 yang diperolehi pada PRU 2008, pembangkang memikirkan rakyat sudah menerima mereka dan sudah sedia menjadi alternatif kepada BN sebagai kerajaan pusat.
Jika dianalisa kemenangan yang lebih besar dicatat oleh calon-calon parti pembangkang dalam PRU13, boleh disimpulkan secara ringkas bahawa kerusi yang mereka menangi adalah berlandaskan semata-mata kepada fitnah dan tohmahan.
CALON BN KALAH ATAS FITNAH BUKAN KERNA PEMBANGKANG KUAT
ReplyDeleteKerajaan dilemahkan dengan serangan bertalu-talu, terancang dan secara berterusan sejak 2008 lagi sehingga imej dan prestasi pentadbiran BN terjejas di mata rakyat.
Apatah lagi dengan pendedahan kewujudan beribu-ribu pasukan tentera siber yang dibiayai oleh Dap untuk menyerang kerajaan dengan isu-isu yang sengaja dicipta dan melalui penyelewengan fakta.
Walaupun dinafi sekeras-kerasnya oleh pemimpin veteran Dap, Lim Kit Siang, namun pengakuan bekas salah seorang anggota tentera siber parti itu sebenarnya telah membuka rahsia dan agenda besar parti itu untuk menumbangkan kerajaan melalui budaya fitnah.
Malah pasca PRU13, gerakan menyebar fitnah ini terus meningkatkan serangan fitnah terhadap kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya.
CALON BN KALAH ATAS FITNAH BUKAN KERNA PEMBANGKANG KUAT
ReplyDeleteUmpamanya Dap dengan kerjasama rapat sekutunya PKR dan Pas mencipta pelbagai propaganda untuk mencemarkan keputusan pilihan raya dengan tujuan menimbulkan kekacauan jalanan.
Isu ‘blackout’ dicipta untuk menjaja cerita berlakunya penipuan di beberapa pusat pengiraan undi dengan bekalan elektrik sengaja diputuskan.
Malah disiarkan gambar kejadian ‘blackout’ disebuah pusat pengiraan undi disebuah lokasi yang tidak didedahkan.
Penyokong-penyokong pembangkang tanpa usul periksa dan menyiasat kesahihan andaian tersebut dengan menyebar secara meluas gambar dan dakwaan tersebut.
CALON BN KALAH ATAS FITNAH BUKAN KERNA PEMBANGKANG KUAT
ReplyDeleteDi dalam perhimpunan haram yang diadakan oleh Anwar Ibrahim di seluruh negara isu ‘blackout’ telah dijadikan modal untuk menimbulkan kemarahan rakyat.
Penjelasan SPR yang berjaya membuktikan kepalsuan gambar tersebut tidak dipedulikan dan dipercayai kerana cerita sensasi ‘blackout’ yang dijaja oleh pembangkang lebih menarik hati dan ditelan bulat-bulat oleh mereka.
Begitu juga dengan isu undi popular yang diputar belitkan oleh Anwar dengan mengatakan pembangkang sebenarnya telah menang tetapi dinafikan oleh BN.
Walaupun telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh SPR berdasarkan perundangan negara dan sistem pilihan raya yang telah digunapakai sejak merdeka, namun isu ini terus disebarkan untuk mewujudkan keadaan huru hara oleh penyokong pembangkang.
Seolah-olah Dap bersama-sama Red bean Armynya sudah bersedia dengan satu templat dan agenda yang terlebih dahulu telah ditetapkan untuk menyerang kerajaan.
CALON BN KALAH ATAS FITNAH BUKAN KERNA PEMBANGKANG KUAT
ReplyDeleteGerakan ini bertambah mantap dengan penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh portal-portal berita pro-pembangkang seperti malaysiakini.com, themalaysianinsider.com dan freemalaysiatoday.com
Portal-portal berita ini berganding bahu dengan pasukan siber Dap untuk menyerang sesiapa sahaja yang dianggap musuh kepada pakatan pembangkang.
Jadi apalah sangat yang hendak dibanggakan oleh Dap dan sekutu pembangkang mereka kerana kemenangan yang mnemberangsangkan bagi mereka adalah berlandaskan pembohongan dan fitnah semata-mata.
Politik Dap hanyalah berasaskan kepada agenda menimbulkan sebanyak mungkin isu yang boleh dijadikan modal untuk menghentam kerajaan samada dalam Dewan Rakyat atau di ceramah-ceramah mereka.
Calon-calon BN bukan dikalahkan kerana tidak layak atau ‘winnable’ tetapi kecundang akibat fenomena fitnah yang disebarkan seluas-luasnya oleh pembangkang semasa masa berkempen.
Najib calls for national reconciliation
ReplyDeleteNAMPAKNYA PEMBANGKANG SUDAH TIDAK MENGENDAHKAN KEPADA KEAMANAN MALAYSIA, TETAP MENERUSKAN DEMONSTRASI DI BAWAH SEPANDUK "BLACKOUT 505"
NAJIB SUDAH DAN MENGINGINKAN PERDAMAIAN ANTARA SEMUA LAPISAN MASYARAKAT DI MALAYSIA KERANA PERPECAHAN KAUM TIDAK AKAN MEMBAWA KEPADA KEBAIKAN
Prime Minister Najib Tun Razak called for national reconciliation after Barisan Nasional won a simple majority of 128 seats in the 13th General Election.
“National reconciliation is necessary to weed out extremism and racism,” he said at a press conference held at Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.
At press time, BN had won a simple majority of 128 parliament seats out of 222 contested to form the new federal government. In 2008, BN won 140 parliamentary seats.Najib also emphasised on the need for moderation to ensure racial harmony is maintained.When asked to assess his coalition’s performance, Najib said: “We expected it, but not to this extent.”
Nevertheless, Najib said he was happy over BN’s victory, especially in capturing the PAS led Kedah government.He also conceded that BN’s campaign to woo the Chinese missed the mark, and said: “What we had planned did not reach them.”
On another question relating to the election process, Najib said: “We had a free and fair election. If you have allegations, please prove it. We have a transparent system.”When asked on BN preparedness to face any dissatisfaction over the election results, he said the “authorities would be able to manage them.”
sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersyukur kerana dikurniakan Tuhan sebuah negara yang aman dan stabil. Biarpun penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, adat, agama dan budaya, kerukunan hidup masyarakat masih terpelihara sehingga kini.
ReplyDeleteNamun begitu, biarpun peristiwa yang dialami oleh Muammar Gadaffi diharapkan tidak akan berlaku di Malaysia, masyarakat tidak harus menganggap perpaduan dalam kepelbagaian kaum di negara ini tidak akan tergugat. Hal ini ditegur oleh Profesor Ulung Negara, Profesor Datuk Dr.Shamsul Amri Baharuddin dalam siri Syarahan Kepimpinan Profesor Ulung yang berlangsung di ibu negara beberapa hari sebelum Muammar Gadaffi dibunuh.
ReplyDeleteDalam syarahan tersebut, Shamsul Amri menyebut bahawa Malaysia sering digambarkan sebagai sebuah negara yang berpotensi berlakunya pertelingkahan etnik terutamanya oleh media asing.
ReplyDeleteAkibatnya terdapat sebilangan penduduk di negara ini yang menggunakan perbezaan etnik sebagai pelantar ideologi untuk memperjuangkan kesukuan dan chauvanisme melalui keganasan. Hal ini jika tidak dipantau, dikhuatiri akan menggugat perpaduan dan keselamatan negara.
ReplyDeleteKebimbangan Profesor Ulung Negara ini berpunca daripada kekeliruan banyak pihak dalam mengenali wajah sebenar masyarakat Malaysia. Menurut beliau lagi, di negara ini tidak wujud perpaduan dalam kepelbagaian sebagaimana yang difahami umum tetapi sebaliknya yang wujud ialah kesepaduan dalam kepelbagaian.
ReplyDeleteMenggunakan imaginasi sosiologikal (sociological imagination) sebagai satu konsep besar mengamati masyarakat, beliau berhujah perpaduan dalam kepelbagaian yang diidamkan dan belum wujud itu berasaskan suatu matlamat akhir yang bersifat Utopia, yang tidak boleh dilaksanakan, iaitu unity is uniformity, atau ‘perpaduan’ – adalah kesamaan atau kesatuan – satu bangsa, satu agama, satu bahasa dan satu negara.
ReplyDeleteSebaliknya, seperti negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia, yang wujud dan terus-menerus dinikmati oleh sebilangan besar anggota masyarakat majmuk itu ialah “kesepaduan”. Kesepaduan merujuk suatu fenomena sosial yang dipacu oleh keinginan mendalam terhadap perpaduan yang seterusnya pula mempengaruhi para anggota masyarakat yang dianggap sebagai prasyarat untuk mencapai perpaduan tersebut.
ReplyDeleteHimpunan usaha ini sering tanpa disedari telah membawa kepada keamanan, keharmonian dan kestabilan masyarakat biarpun masih belum mencapai perpaduan idaman.
ReplyDeleteMALAYSIA: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
ReplyDeleteSepanjang lebih 30 tahun dalam dunia akademik,.Shamsul Amri telah membina dan melahirkan sekelompok “alat analisis” yang difikirkan dapat membantu memberikan gambaran wajah sebenar masyarakat Malaysia.
ReplyDeleteMALAYSIA: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
Shamsul turut menegaskan bahawa, kini perpaduan di Malaysia berada pada peringkat “kerja dalam perkembangan”. Dengan mengambil kira keadaan konflik, keamanan dan kestabilan masyarakat dalam tiga era, iaitu era konflik (1945 – 1960), era stabil tapi tegang (1961-70) dan era kesepaduan sosial (1971 – 2011), Malaysia jika dibandingkan dengan Sri Lanka ternyata menikmati lebih banyak waktu dalam keadaan aman dan stabil.
MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
ReplyDeleteHal ini dikatakan demikian kerana, pada waktu ketiga-tiga era berlangsung Sri Lanka telah menghadapi konflik etnik berdarah yang mengorbankan lebih 150 ribu nyawa. Namun begitu, hal ini tidak bermakna Malaysia tidak berhadapan dengan sebarang konflik yang sesetengahnya meragut nyawa penduduk.
MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
ReplyDeleteMisalnya, pada masa penguasaan Bintang Tiga selama 14 hari sejurus tamatnya penaklukan Jepun yang menjejaskan hubungan antara kaum di Malaysia. Malah untuk beberapa ketika selepas itu, hubungan antara kaum Melayu dengan Cina terutamanya di Malaysia mengalami episod pasang-surut.
MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
ReplyDeleteWalau bagaimanapun, semua ini telah mematangkan masyarakat Malaysia. Hal ini dibuktikan dengan penubuhan beberapa jawatankuasa, parti politik dan badan tertentu yang menggabungkan pelbagai kaum dalam organisasi tertentu.
MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
ReplyDeleteSehubungan dengan hal itu, beliau menegaskan kunci kesepaduan sosial masyarakat Malaysia ialah kematangan rakyatnya. Selain daripada usaha oleh pihak berkuasa melalui gabungan keahlian pelbagai kaum dalam sesebuah organisasi, rakyat Malaysia jelas gembira dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan.
MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
ReplyDeleteBuktinya, sejak Pilihan Raya Umum keempat pada 1974 (PRU4 1974) sehingga PRU12 2008, sebanyak sembilan kali pilihan raya telah diadakan namun tiada sebarang kekacauan besar berlaku. Tiada pihak yang kalah yang mencetuskan perbalahan walaupun melibatkan pilihan raya kecil yang diadakan secara berulang kali.
MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
ReplyDeleteRakyat Malaysia bebas menyalurkan perasaan tidak puas hati mengenai sesuatu perkara melalui medium terkini seperti sistem mesej singkat (SMS), e-mel dan pelbagai saluran siber yang lain.
MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
ReplyDeleteDalam suasana ini timbul satu pola yang jelas, iaitu rakyat Malaysia sangat suka bertikam lidah tetapi tidaklah sampai berbunuhan. Keterbukaan rakyat Malaysia ini hujah beliau lagi telah menimbulkan salah sangka besar pemerhati dari dalam dan luar negara.
MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
ReplyDeleteDi bahagian akhir syarahan beliau telah mengingatkan supaya kesepaduan sosial di Malaysia diperkukuh. Hal ini dikatakan demikian kerana kesepaduan sosial di Malaysia telah terbina di atas lapisan jaringan hubungan yang rumit dan kompleks.
MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
ReplyDeleteKesepaduan sosial masyarakat Malaysia sedia ada tidak boleh diambil seperti sesuatu yang alamiah dan tidak diambil peduli akan keadaan sebenarnya. Beliau menyarankan supaya rancangan jangka panjang diambil untuk mengukuh dan mengekalkan kesepaduan sosial yang wujud sekarang.
MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
ReplyDeleteOleh itu tindakan menubuhkan jawatan kuasa pada ketika terjadinya masalah dalam masyarakat, haruslah digantikan dengan sistem pemantauan yang lebih kekal sifatnya.
MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
ReplyDeleteSehubungan dengan hal itu, masanya untuk Malaysia memperkenalkan konsep pembangunan dan penyelidikan sosial, di samping pembangunan dan penyelidikan dalam bidang Sains dan Teknologi yang sedia ada sekarang.
1 Malaysia Foundation trustee Tan Sri Lee Lam Thye said that the Education Ministry has a vital role to play in uniting a nation. Lee recalled that Deputy Prime Minister Tan Sri Tan Sri Muhyiddin Yassin had stated that the nation’s progress and development lies in the ability of teachers to unite the young by encouraging them to inculcate the Rukun Negara principles. He said the task of meeting these challenges has to be shouldered by teachers who are the agents or role models for inter-racial integration and unity.
ReplyDelete“With every passing day the need to foster unity among students and to enhance their patriotism based on the principles of the Rukun Tetangga is all the more greater if we are to succeed in making Malaysia a truly united nation,” he said in a statement yesterday.
ReplyDeleteBesides the teachers, he stressed that parents also have to play a vital role in planting the seed for a 1 Malaysia by encouraging their children to mix around and have multiracial friends. While the government has a major role to play towards achieving unity through its policies and actions, he said it is also necessary for our children to be educated on unity with the participation and involvement of the parents.
“Children are children and they are colour blind. They are innocent and their minds are not polluted by racial issues. They can mix and play with one another irrespective of race.
ReplyDelete“I have on several occasions emphasized that children and young people must be completely unconscious of the fact that the person next to him or her is of another race or religion. They must be aware of only one thing that he or she is their friend,” said Lee.
With each passing day, he said Malaysian youths must relentlessly break down the racial divide, reach out and make friends with those from other ethnic groups.
Parents who themselves were brought up in a multiracial environment and who made friends from different races should encourage their children to mix with others of different races so that they are aware of the importance of inter-racial and inter-religious harmony.
ReplyDeleteChildren and young people of diverse races should be taught to respect one another in the spirit of 1 Malaysia, he added.
According to Lee, unity should be the guiding principle for all schools in their activities ranging from sports to co-curricular activities in order to foster greater inter-racial understanding. Programmes need to be introduced and initiated to bring together students from different schools such as the national, Chinese and Tamil primary schools allowing them to interact and make friends in the larger interests of nation building.
ReplyDelete“Today’s students are our future leaders. Upon their shoulders lie the responsibility of building a united Malaysian nation with common and shared destiny for all.
ReplyDelete“Unity and harmony must be embedded in our culture and there must be more opportunities for children and young people of diverse races to meet and forge closer friendship and understanding for the sake of our nation*s future in the interest of 1 Malaysia,” he said.
Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai.
ReplyDeleteOleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni “Bersekutu Bertambah Mutu”untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita.
ReplyDeleteSebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan.
ReplyDeleteMelalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara.
ReplyDeleteOleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.
ReplyDeleteSelain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
ReplyDeleteKebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati.
ReplyDeleteAmalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.
ReplyDeleteSeterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia.
ReplyDeleteMisalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan.
ReplyDeleteSaya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.
ReplyDeleteDi samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan.
ReplyDeletePergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
ReplyDeleteSemua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.
ReplyDeletesemua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia.
ReplyDeleteHal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
ReplyDeleteSaya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum.
ReplyDeleteIngatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.
ReplyDeleteMari kita sama mengekalkan keamanan yang telah lama kita kecapi ini.
ReplyDeleteBukannya mudah kemerdekaan dan keamanan yang kita rasai selama ini diperolehi. Semua ini hasil usaha daripada pemimpin-pemimpin dahulu yang memperjuangkannya.
ReplyDeleteComical and shocking incidents punctuating the nomination day of the 13th general election yesterday which revolved around a handful of disgruntled party members, who joined the fray as Independent candidates, have somewhat tarnished the image of the Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR).
ReplyDeletethe PR was more affected as the tussles for seats were not only among party members, but also among component parties, thus raising the question on the cohesiveness of the opposition pact.
ReplyDeleteThe clash among opposition component parties will set voters into thinking to what extent the opposition can reach an agreement on bigger and more pressing issues like the national administration?
ReplyDeleteOn the other hand, there was no overlapping of candidates among 14 component parties of the BN, the successor of Perikatan or Alliance.
ReplyDeleteAccording to political observers, they could be driven by the thought that they could tilt the balance or contribute to the formation of a new government after the polls, which are expected to be the toughest ever.
ReplyDeleteThe intelligent adoption of measures or actions, small scale or large scale by a community alone or in partnership with other communities, that enables, unbinds or secures the effort, entrepreneurial and inspirational potentials of individuals of the community, or, nudges its productive potentials to (or supports them in) activities with learning spillovers or know-how spinoff -hence, improving terms of trade overtime-causing decades-long income per capita growth and building up of viariety and flexibility, in its productive structurc that leads to attainment with reasonable resilience community"
ReplyDeleteHURAIAN 1MALAYSIA
ReplyDelete1. PENGENALAN
Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun stategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tampa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang berfikir dan bertindak ke arah mengcapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih aman, maju selamat dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.
Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak memperkenalkan Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktup dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di Negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga,jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani olh seluruh dunia.
2. DEFINISI
ReplyDeleteKonsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak :
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam Negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputra asalkan dasar itu dilaksanakan kepada golongan Bumiputra yang layak mendapatsesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”
2.1. Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :
2.1.1. Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan peminpin memainkan peranan masing-masing.
2.1.1. Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan peminpin memainkan peranan masing-masing.
ReplyDelete“Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.
Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, tidak wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikian juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama.
Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam Negara kita” lrbih menjurus adalah bersangkutan dengan kepimpinan negara. Berenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak rakyat tampa mengira kaum dan etnik di Malaysia.
2.1.2. Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1Malaysia
“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang terdiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.
Melalui konsep 1Malaysia, YAB. Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.
3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAAN MALAYSIA
ReplyDeleteBerpandukan definisi konsep 1Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:
3.1. 1Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza” “Konsep Malaysiaan Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil kira reality dan sejarah negara Malaysia.
3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1Malaysia juga menekankan soal interegrasi dan pewujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysiaan Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamaratan hak tampa mengambil kira reality dan sejarah Malaysia.
4. KEDUDUKAN KONSEP 1MALAYSIA
Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
HUBUNGAN KONSEP 1MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU
ReplyDeletePerkaitan antara konsep 1Malaysia dan dasar-dasar Negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah keinambungan daripada dasar-dasar yang oleh pemimpin-pimimpin terdahulu.
Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta Negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tungku Abdul Rahman Purta Al-Haj.
Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.
6. MATLAMAT
ReplyDelete1Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipepelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
1Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB. Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
7.1. 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwajudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.
ReplyDelete1Malaysia juga akan mewujudkan sesebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
7.2. 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
7.3. 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
7.4. Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
7.5 Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan peribadi demi Negara. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
7.6. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malaysia merupakan sebuah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia dimana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Setiap ahli dalam masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan mendapat kerajaan yang sewajarnya.
ReplyDelete7.7. 1Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina Negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
7.8. Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
8. PRINSIP TERAS 1MALAYSIA
ReplyDelete1Malaysia disandarkan kepada tiga teras dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:
PRINSIP PENERIMAAN
PRINSIP KENEGARAAN
PRINSIP KEADILAN SOSIAL
8.1. PRINSIP PENERIMAAN
Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum yang mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagainya rakan setia.
8.2. PRINSIP KENEGARAAN
8.2.1. Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.
8.2.2. Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum dinegara ini.
8.2.3. Tun Hussein Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.
8.2.4. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang, Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
8.3 PRINSIP KEADILAN NASIONAL
ReplyDelete8.3.1. Setiap kaum dinegara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting.
8.3.2. Melalui konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum yang lain. Namun begitu, Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan.
9. NILAI-NILAI 1MALAYSIA
ReplyDeleteTerdapat lapan nilai yang diterapkan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
• Budaya kecemerlangan
• Ketabahan
• Rendah hati
• Penerimaan
• Kesetiaan
• Meritokrasi
• Pendidikan
• Integriti
9.1 BUDAYA KECEMERLANGAN
9.1.1 Pengalaman budaya cemerlangan akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
9.1.2 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
9.1.3 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan.Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
9.1.4 Ketepatan pengukuran,jadual penyampaian dan kualiti berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
9.1.5. Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting dalam mengukur pencapaian perkhidmatan yang diberi di samping dedikasi, komitmen dan bekerja keras.
9.1.6. Negara luar akan mengiktirafkan Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketetapan dalam segala bidang terutama dalam system perdagangan dunia yang berteraskan eksport.
9.2. KETABAHAN
9.2.1 Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
9.2.2. Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai seduatu matlamat.
9.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
9.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan hendaklah memperbaikinya secara positif.
9.2.5. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya.
9.2.6. Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan.
9.2.7. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan Negara.
9.3 RENDAH DIRI
ReplyDelete9.3.1. Rasa rendah diri adalah suatu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri. Sifat berhemah dan berbudi bahasa amat perlu menjadi amalan hidup kita.
9.3.2. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk malu atau mengalah dengan orang lain.
9.3.3. Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.
9.3.4. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.
9.3.5. Sikap merendah ini perlu bersesuain dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.
9.3.6. Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekerasan dan penindasan.
9.5 KESETIAAN
ReplyDelete9.5.1. Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kapentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
9.5.2. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan.
9.5.3. Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.
9.5.4. Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan antara dua pihak.
9.5.5. Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.
9.5.6. Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambing setia kawan.
9.5.7. Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.
9.5.8. Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.
9.5.9. Kesetian perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.
9.5.10. Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berdasarkan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.
9.5.11. Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tampa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.
9.5.12. Perhubungan yang berasasjan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan .
9.6. MERITOKRASI
9.6.1. Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi criteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.
9.6.2. Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-setet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut.
9.6.3. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.
9.6.4. Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.
9.6.5. Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.
9.6.6. Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi masing-masing dan memberi tawaran yang terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.
9.6.7. Prinsip meritokrasi membudayakan mesyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi atau liberalisasi.
9.7. INTEGRITI
ReplyDelete9.8.1. Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.
9.8.2. Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
9.8.3. Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
9.8.4. Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
9.8.5. Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
9.8.6. Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan unutk memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.
9.8.7. Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.
9.8.8. Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan Negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.
9.8.9. Budaya cemerlang adalah asas utama integriti dalam semua aspek dan khidmat yang diberi.
10. KESIMPULAN
ReplyDeleteKonsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai anatara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan Negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia dimana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita dimana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharapkan dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep1Malaysia tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang menpunyai satu hala tuju dan citarasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Sesungguhnya, semua rakyat Malaysia perlu mandasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.