Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Laporan Bernama menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini akibat kanser paru-paru di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.
Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman yang mengesahkan perkara itu.
"Pagi ini keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan disahkan meninggal pukul 10.18 pagi ini di HSNZ," katanya Anwa seperti dipetik Bernama.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri Terengganu itu meninggalkan seorang balu dan empat anak.
Jenazah dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Teluk Bayu Kuala Besut selepas solat Zohor hari ini, lapor agensi berkenaan.
Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei.
Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Kawasan berkenaan terdiri daripada lebih 17,000 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu.
BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila berjaya meraih 17 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan.
-MK
ALFATIHAH.
ReplyDeleteSekarang dah jadi BN 16, PR 15.
.
Andaikata PR dapat tawan Besut, PR 16, BN 16. :)
Kuasa ALLAH. Siapa tahu.
**TAGAP-TAGAP PINDIK..
Kita sedekahkan Al Fatihah pada yg telah pergi...dan perjuangan utk menegakkan kerajaan ISLAM diTerengganu mesti diteruskan.....
ReplyDeletebn umnongok menang kerana pengundi berdaftar hanya 17,713 shj, majoriti adalah melayu pulak tu, hanya perlu bayar duit kpd lebih kurang 10 ribu pengundi shj maka bolehlah menang majoriti, apa nak susah duit bn umnongok kan banyak, sehingga hari kiamat selama2 bn umnongok akan menang, tahniah pengundi bn umngok.
ReplyDeleteEntah di mana silapnya, susuk bernama Anwar Ibrahim yang satu ketika dulu diwar-warkan sebagai seorang yang matang berpolitik kini boleh dikatakan semakin kehilangan kewibawaan dan kredibilitinya. Hakikat ini ibarat diakui oleh orang-orang kanan beliau sendiri seperti Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Pengerusi SAMM, CheguBard yang dilihat agak lantang mengkritik Anwar sebagai Ketua Umum PKR sejak kebelakangan ini.
ReplyDeleteAnwar yang selama ini ibarat 'untouchable' dan diperkuatkan lagi dengan pengiktirafan 'ANUgerah Tuhan' oleh Presiden PKR yang 'KEBETULAN' merupakan isteri beliau sendiri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, dan juga Naib Presiden PKR yang sekali lagi 'KEBETULAN' adalah anak beliau, kini dilihat sudah semakin tidak relevan dan terlampau teruja untuk mendapatkan kuasa yang diketahui umum merupakan agenda peribadinya.
ReplyDeleteJesteru, satu contoh yang memperlihatkan betapa Brader Anwar Bin Ibrahim ini kini sudah semakin tidak relevan selain diselitkan persoalan-persoalan yang menarik untuk diulas Anwar sendiri iaitu perihal Pilihan Raya Kecil pertama selepas PRU13, iaitu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang dijangkakan bakal berlangsung pada bulan Ramadhan.
ReplyDeleteDalam pada banyak pihak yang meramalkan/mengharapkan negeri Kedah bakal menjadi 'tuan rumah' untuk PRK yang pertama penggal ke-13 ini, namun takdir Allah menetapkan Terengganu untuk sekali lagi mengulangi sejarah penggal ke-12 pada tahun 2009 yang lalu dengan kembalinya ke Rahmatullah penyandang kerusi DUN N1 Kuala Besut, Dr Abdul Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru.
ReplyDeleteUntuk rekod, pada penggal ke-12 yang lalu PRK yang pertama diadakan selepas pilihanraya adalah untuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang menyaksikan PAS berjaya merampas kerusi tersebut daripada Barisan Nasional.
ReplyDeleteDan di saat kebanyakan orang menerima perkhabaran tersebut dengan rasa dukacita, namun ianya disambut ibarat rahmat oleh Anwar yang di kepalanya hanya memikirkan kuasa, kuasa, kuasa.. Nyatanya apa yang didukacitakan oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah apabila sekadar mampu mengesahkan kembali kedudukannya sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.
ReplyDeleteMengukuhkan lagi tanggapan tersebut adalah apabila beliau memberikan respon berbaur ego apabila dikemukakan soal sensitivitinya kepada keluarga Allahyarham. Selain itu, portal rasmi PKR, Keadilan Daily pula melaporkan kenyataan Anwar yang melihat PRK itu sebagai peluang baik untuk Pakatan Rakyat.
ReplyDeleteMelihatkan kepada fakta diatas, rasanya tak salah kalau dikatakan Anwar sebenarnya sedang cuba menggunakan kepakarannya di dalam memanipulasi (putar-belit) keadaan untuk memberikan gambaran yang boleh memberikan imej positif kepadanya.
ReplyDeleteDigambarkan menerusi tajuknya akan kononnya Pakatan sebenarnya mempunyai sokongan yang kukuh di negeri Darul Iman itu. Sedangkan faktanya adalah di Terengganu itu sebenarnya tidak keterlaluan jika dikatakan di sebelah Pakatan hanya PAS. PKR dan DAP dilihat hanya menumpang kekuatan PAS di Terengganu. Dan hakikatnya, inilah yang dilakukan Anwar melalui kenyataannya itu, menumpang populariti PAS.
ReplyDeleteSatu lagi realiti perit yang perlu ditelan Anwar dan pengikut PKR adalah PAS sendiri menolak kehadiran PKR di negeri itu. Ibarat karma, bagaimana kita lihat Parti Sosialis Malaysia (PSM) dianggap sebagai pengacau oleh PKR, begitu juga PAS sebenarnya melihat PKR di Terengganu. Tidak ubah seperti langau yang menyakitkan hati saat kedengaran bunyinya. Buktinya, lihat saja bagaimana PAS dengan slumbernya sailang PKR di tiga kerusi DUN Terengganu..Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.
ReplyDeleteUmum mengetahui Anwar, mantan Timbalan Perdana Menteri yang dipenjarakan ini terkenal dengan sifatnya yang pendendam. Justeru, berdasarkan pengalaman partinya 'dicabul' oleh PAS pada PRU lalu, maka daripada menjaja cerita khayalan dan manipulasi itu lebih baik Anwar berpijak di bumi yang nyata dan declare terang-terang pendirian PKR terhadap persoalan-persoalan yang bakal diutarakan.
ReplyDeleteTak payah nak putar alam kata BN dan Umno dalam kedudukan tertekan. Ini kerana realitinya daerah Besut sememangnya merupakan salah satu kubu kuat BN. Rekod PRU 13 juga kita boleh saksikan betapa kemenangan yang dicatatkan BN itu agak besar majoritinya.
ReplyDeleteini PKR pertama sejak PRU 13
ReplyDeleteTakziah kepada keluarga mangsa.
ReplyDelete