Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu.
Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam.
Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks.
Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya.
Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa.
Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian.
Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut. -SH
Friday, June 21, 2013
Jangan Mudah Terpedaya Dengan Kenalan FB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Usaha menghentikan keganasan terhadap wanita (violence against women, VAW) bukan lagi sekadar perjuangan sebelah pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita atau agensi-agensi kerajaan berkaitan.
ReplyDeleteIni kerana kebangkitan dan kesedaran di kalangan masyarakat sudah mula menunjukkan kesannya dengan penggubalan dasar dan undang-undang bagi melindungi hak kaum Hawa di negara ini.
ReplyDeletePun begitu kemunculan era teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang pada mulanya dianggap 'penyelamat' kepada wanita yang terpinggir hari ini menjadi 'musuh dalam selimut' apabila bekas-bekas suami atau teman lelaki mudah mengesan mangsa melalui kemudahan tersebut.
ReplyDeleteDipanggil keganasan Internet atau siber, ia merupakan satu lagi bentuk keganasan terhadap wanita yang perlu ditangani segera memandangkan lebih ramai menggunakan teknologi untuk berhubung dan mempermudahkan urusan harian.
ReplyDeleteBaru-baru ini, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan The Body Shop mengadakan kolaborasi untuk menghentikan keganasan terhadap wanita termasuk melalui Internet.
ReplyDeleteBeberapa contoh keganasan adalah penderaan wanita mengandung, perkahwinan kanak-kanak, kahwin paksa, keganasan domestik, suami rogol isteri, sumbang mahram, pelacuran kanak-kanak, pornografi, gangguan seksual (sama ada dalam atau luar talian) dan pemburu siber (cyber stalking).
ReplyDeleteRisalah merah jambu We Can End Violence Against Women (Kita boleh hentikan keganasan terhadap wanita) itu dicetak sempena Hari Antarabangsa Menentang Keganasan Terhadap Wanita dengan signifikan Malaysia menyertai kempen 16 hari Aktivisme ( 16 Days of Activism) melibatkan 130 negara di seluruh dunia.
ReplyDeleteTahun ini, kempen VAW memberi tumpuan terhadap aspek ICT yang semakin meluas di setiap lapisan masyarakat sehingga hampir mustahil untuk mengawalnya.
ReplyDeleteMalang sekali, kanak-kanak perempuan, remaja dan wanita merupakan majoriti mangsa pesalah laku ICT atau Internet yang menggunakan kemudahan itu untuk menindas mereka," kata Pengarah Eksekutif WAO, Ivy Josiah.
ReplyDeleteMenurutnya, sebanyak 83 peratus mangsa jenayah siber terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang kurang mahir menggunakan Internet.
ReplyDeletePemangsa akan mencari pengguna Internet yang tidak faham bahasa laman sembang dan sering menunjukkan kelemahan emosi menerusi saluran terbuka yang mudah dikesan pemangsa.
ReplyDeletePesalah laku akan menghantar pesanan peribadi untuk 'menenangkan hati' anda. Ini sebenarnya cara-cara mereka menyerang mangsa pada saat mereka paling lemah.
ReplyDeleteSelain laman sembang yang tentunya menghimpunkan pelbagai jenis manusia yang mustahil diketahui keaslian latar belakang dan identiti mereka, terdapat banyak lagi contoh penyalahgunaan ICT mensasarkan golongan wanita sebagai mangsa.
ReplyDeleteBerlaku banyak kes dipaparkan di akhbar dan televisyen mengenai wanita-wanita yang terperangkap oleh suami atau teman lelaki akibat diri mereka dirakam dalam pelbagai keadaan memalukan. Antaranya;
ReplyDeleteTelefon bimbit dan kamera digital digunakan untuk merakam aksi seks atau berbogel, kadang kala dengan izin atau sebaliknya.
ReplyDeleteSemua imej ini mudah dijadikan alat untuk mengugut, memalukan dan mengawal wanita tersebut.
ReplyDeleteGangguan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pula merupakan sesuatu yang lazim dialami dengan pesanan-pesanan atau panggilan lucah daripada lelaki dikenali atau tidak.
ReplyDeleteFriend Finder disediakan untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi seseorang individu. Ini boleh disalahguna menjadi alat kawalan jika anda sedang dikesan atau diperhatikan gerak-geri oleh suami atau teman lelaki yang suka mendera.
ReplyDeletePenyeludupan Internet juga berlaku apabila si penyeludup 'merekrut' mangsa melalui Internet dengan iklan-iklan peluang pekerjaan.
ReplyDeleteWanita hanya sedar menjadi mangsa penipuan apabila dipaksa melakukan kerja lain atau dijual ke negara asing.
ReplyDeleteUntuk mengelak daripada menjadi mangsa gangguan siber, pastikan anda faham apa itu gangguan dalam talian iaitu apabila seseorang sengaja menghantar e-mel berkali-kali, mesej pantas (IM), laman sembang walaupun selepas anda menyuruhnya berhenti.
ReplyDeletePemburu siber pula hampir sama dengan gangguan dalam talian tetapi ia dikategorikan menerusi usaha si pemburu mendapatkan mangsanya dan turut menggunakan serangan di luar talian.
ReplyDeleteIni perlu diberi perhatian lebih serius kerana boleh membawa kepada serangan fizikal berbahaya lebih-lebih lagi jika si pemburu mengetahui maklumat lokasi mangsanya itu.
ReplyDeleteSecara amnya, adalah kurang bijak untuk terus berdepan dengan orang yang mengganggu anda. Bagaimanapun, sebaik yakin anda sedang diganggu anda mesti jelaskan padanya agar berhenti.
ReplyDeleteAnda tidak perlu menjelaskan kenapa, hanya katakan anda tidak mahu lelaki itu menghubungi anda langsung.
ReplyDeleteApa kata anda membuat salinan e-mel gangguan tersebut dan simpan sebagai rekod atau hantar ke abuse@yahoo.com atau abuse@hotmail.com agar e-mel penghantar itu akan ditutup atau disenarai hitamkan.
ReplyDeleteUntuk pengguna Facebook, dicadangkan agar anda menghalang akses individu tidak dikehendaki menggunakan butang pada laman profil peribadi atau rangkaian aduan pada peti mel anda.
ReplyDeleteAkhir sekali, simpan segala-galanya. Salah satu reaksi mangsa gangguan siber adalah untuk memadamkan segala bukti komunikasi mangsa dengan suspek. Ini adalah tindakan salah.
ReplyDeleteSebaliknya, simpan semua maklumat yang ada termasuk e-mel dan log sembang.
ReplyDeleteJika suspek mencipta laman web negatif mengenai anda, simpan salinan pada sistem tempatan anda dengan baik agar dapat digunakan dalam perbicaraan mahkamah, jika perlu kelak.
ReplyDeleteMalangnya ada wanita membiarkan diri mereka menjadi mangsa dengan membuka ruang kepada lelaki rambang untuk menghubungi mereka secara terbuka.
ReplyDeleteJadilah bijak, gunakan ICT dengan selamat agar wanita tidak terus-menerus menjadi mangsa keganasan.
ReplyDeleteBE CAREFUL WITH STRANGERS FRIENDS IN FACEBOOK
ReplyDeleteAdding tons of Facebook friends doesn’t necessarily make you popular; it may actually put you and the Defense Department (DoD)’s information security at risk—especially when you have friends you don’t even know.
Provide Security, a cyber security company, illustrated this danger with the Robin Sage Experiment. The experiment created fake Facebook, Twitter and LinkedIn profiles under the alias “Robin Sage.” A photo of a cute girl (borrowed from an adult website) and the job title “Cyber Threat Analyst” completed the fake profiles.
BE CAREFUL WITH STRANGERS FRIENDS IN FACEBOOK
ReplyDeleteIf a stranger came up to you on the street, would you give him your name, Social Security number and e-mail address?
Probably not.
Yet people often dole out all kinds of personal information on the Internet that allows such identifying data to be deduced. Services like Facebook, Twitter and Flickr are oceans of personal minutiae — birthday greetings sent and received, school and work gossip, photos of family vacations, and movies watched.
Computer scientists and policy experts say that such seemingly innocuous bits of self-revelation can increasingly be collected and reassembled by computers to help create a picture of a person’s identity, sometimes down to the Social Security number.
[...]In social networks, people can increase their defenses against identification by adopting tight privacy controls on information in personal profiles. Yet an individual’s actions, researchers say, are rarely enough to protect privacy in the interconnected world of the Internet.
You may not disclose personal information, but your online friends and colleagues may do it for you, referring to your school or employer, gender, location and interests. Patterns of social communication, researchers say, are revealing.
Dalam statistik terbaru, lebih dari 10 juta rakyat Malaysia telah mempunyai akaun Facebook. Ia berkembang dengan sangat pantas. Namun tanpa kita sedari, ia mempunyai bahaya yang terselindung yang tidak disedari oleh kita disebabkan terlalu asyik dengan FB.
ReplyDelete10 Bahaya Facebook Yang Perlu Anda Tahu
ReplyDelete1. Ketagih Facebook Ini banyak kali kita dengan dimana rumahtangga berantakan disebabkan si isteri atau suami terlalu ketagih dengan facebook. Biasanya terjadi kepada isteri atau surirumah. Mereka terlalu asyik dengan Facebook sehingga mengabaikan keperluan suami dan anak anak. Ia sangat bahaya untuk hubungan kekeluargaan. Sebagai surirumah yang mempunyai akses internet, berpada pada mengunakan Facebook. Jangan mendedahkan rahsia rumah tangga di FB anda.
2. Lubuk Penipuan/ Scammer Penipu atau scammer mula mengalihkan modus operandi mereka kepada media sosial seperti Facebook untuk mencari mangsa mereka. Mereka akan cuba mengenali anda dan akan cuba menipu secara perlahan lahan. Ia bermula dengan mengambil perhatian dan juga kepercayaan mangsa mereka sebelum menipu.
ReplyDelete3. Eksplotasi dan Kecurian Data Menerusi Facebook, penggunanya boleh membangunkan perisian mereka untuk Facebook. Sesetengah daripada developer ini mengunakan kod sumber yang boleh dieksploitasi oleh pembangun perisian ini untuk mencuri data penting daripada akaun Facebook mangsa. Data penting seperti alamat emel dan password boleh dicuri menerusi malware yang diselitkan menerusi aplikasi FB.
ReplyDelete4. Kebocoran Maklumat Peribadi Jangan sesekali memasukkan maklumat peribadi yang penting seperti nombor kad pengenalan dan maklumat penting dalam profile Facebook. Anda boleh masukkan maklumat asas sahaja. Ia adalah untuk mengelakkan maklumat anda digunakan untuk tujuan tidak baik. Malah maklumat ini juga boleh digunakan oleh musuh Islam untuk memahami orang Islam..Facebook adalah milik orang Yahudi. Mereka pasti ada agenda yang tersebunyi. Isu ini juga berlaku pada Google kerana data yang diperolehi oleh Google digunakan oleh Amerika Syarikat untuk analisis diatas nama “membanteras keganasan”.
ReplyDelete5. Mengurangkan Prestasi Kerja Bagi mereka yang terlalu asyik berfacebook boleh menyebabkan prestasi kerja seseorang menurun. Lebih banyak masa diluangkan dengan Facebook menyebabkan kerja lain tertangguh. Ini akan menyebabkan prestasi kerja akan menurun.
ReplyDelete6. Fitnah Disebabkan Dengan Mudah Fitnah boleh disebarkan dengan cukup mudah. Dengan fungsi viral yang ada pada Facebook, ia menyebabkan sebarang fitnah boleh disebabkan dan tersebar dengan cukup pantas.
ReplyDelete7. Pasangan Curang Sekarang cerita tentang suami/isteri curang disebabkan semakin menjadi jadi. Masakan tidak dengan Facebook, kita boleh mencari kembali rakan rakan lama dan juga kekasih lama. Lama ke lamaan, cinta kembali berputik dan berakhir dengan kecurangan. Syaitan sentiasa mencari masa yang sesuai untuk mencucuk jarumnya maksiatnya. Malah semakin banyak kes penceraian disebabkan oleh Facebook ini.
ReplyDelete8. Perangsang Masalah Sosial Remaja Facebook juga boleh mendedahkan remaja kepada gejala sosial yang serius. Bermula dengan cinta siber, kemudian ia berubah kepada dunia luar. Maka terjadilah seks diluar perkahwinan dan juga rogol. Ibu bapa perlu mengambil serius tentang perkara ini. Mereka perlu memantau anak anak mereka di internet. Jangan menyangka anak anak hanya bermain internet tetapi tidak tahu menahu mengenai apakah yang mereka lakukan.
ReplyDelete9. Buli Siber Istilah buli siber atau cyber bully ini masih tidak cukup dikenali di Malaysia. Mereka yang suka memberikan gambar mereka sesuka hati di facebook boleh menjadi mangsa buli siber ini. Malah ada yang memberikan gambar bogel mereka kepada kenalan Facebook. Mereka kemudian mengugut untuk mendedahkan gambar tersebut jika tidak melakukan apa yang mereka mahu. Mereka akan terus membuli mangsa sehabis habisnya.
ReplyDelete10. Kecurian Identiti Dengan facebook, kecurian identiti sangat merbahayakan. Ini adalah kerana hacker boleh menyamar sebagai anda dan melakukan jenayah. Sebelum ini ada dikalangan artis dan golongan biasa digodam akaun Facebook mereka. Hacker ini kemudian menghantar mesej kepada rakan rakan anda dan meminta wang yang kononnya anda dalam kesusahan. Ini pernah kepada seorang usahawan internet yang juga penulis buku beberapa tahun lepas.
ReplyDeleteInilah antara bahaya facebook yang perlu anda ambil perhatian. Mungkin anda tidak menyedarinya akan bahaya yang menanti ini. Diharap anda sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa penipuan dan juga mangsa bahaya facebook ini.
ReplyDeleteGolongan wanita digesa supaya tidak membiarkan diri mereka menjadi mangsa jenayah, terutama menerusi laman maya.
ReplyDeletewanita berkerjaya profesional turut tidak terkecuali menjadi mangsa jenayah dan keganasan di negara ini.jadi, hati2.ada yang hanya ambil kesempatan untuk menipu wang anda.
ReplyDeleteKes jenayah yang membabitkan wanita sebagai mangsa di negara ini merangkumi pelbagai peringkat usia dan latar belakang iaitu dari pelajar hingga yang tidak bekerja, dan tidak terkecuali di kalangan profesional seperti doktor serta pensyarah.
ReplyDeleteBila berFB, sila elakkan berChatting. Itu sahaja ubatnya untuk tidak berlebihan.
ReplyDeleteJangan gedik sangat. huhu