Saturday, June 15, 2013

Teliti undang-undang Internet untuk dikuatkuasa di Malaysia

Ramai yang setuju supaya kerajaan mencari jalan penyelesaian kepada penyalahgunaan media sosial dan Internet melalui undang-undang baru atau mengemaskini undang-undang sedia ada.

Namun ramai juga yang mencadangkan supaya faktor budaya masyarakat negara ini juga perlu diambil kira dan tahap kesesuaian undang-undang Internet di Barat perlu diteliti sebelum boleh digunapakai.

Sensitiviti kaum, nilai sejarah, tahap pendidikan dan kesediaan warga Malaysia menerima undang-undang ini perlu terlebih dahulu dititikberatkan.

Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Azizul Halim Yahya berkata di Amerika Syarikat misalnya, walaupun rakyat bebas bersuara baik di alam maya dan realiti, namun mereka masih terikat dengan pelbagai akta yang menjaga dan melindungi mereka seperti Akta Hasutan, Akta Buli dan Pencerobohan Privasi.

Masyarakat negara itu perlu berhati-hati ketika berkata-kata sehingga boleh membezakan yang mana satu gurauan dan yang mana perkara serius terutama jika melibatkan isu negara, presiden dan sebagainya.

“Contoh lain, jika buat fitnah, orang yang difitnah itu boleh lawan tuduhan (jika fitnah itu palsu) dan jika mereka yang buat fitnah didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman,” katanya.

“Namun perkara ini jarang berlaku di Malaysia. Sesetengah rakyat kita keliru dengan isu fitnah atau perihal Akta Hasutan.”

Beliau berkata seharusnya kebebasan bersuara perlu datang dengan rasa tanggungjawab termasuk bersedia untuk dihadapkan ke mahkamah.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan berkata kerajaan akan melihat peraturan Internet di tiga Negara – Amerika Syarikat, Britain dan Australia – dalam usaha membendung penyalahgunaan media sosial di negara ini.

Internet di Amerika Syarikat dikawal selia oleh satu set undang-undang di sebalik ia mengamalkan kebebasan bersuara terhadap persekutuan dan negeri.

Pihak berkuasa boleh merampas domain profil pengguna dan komputer tanpa notis dan mampu menyebabkan laman web tidak dapat meneruskan operasi.

Di Australia, kandungan Internet dikawal selia Australian Communications and Media Authority (ACMA) yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan sekatan pada kandungan Internet dalam negara.

Pihak berkuasa negara itu juga boleh menyenarai hitam laman web luar negara selain menapis perisiannya.

Tumpuan sekatan terutamanya kepada pornografi kanak-kanak, keganasan seksual, dan aktiviti haram yang lain yang dilakukan hasil proses aduan pengguna.

Di Britain pula penapisan Internet termasuk menyekat akses kepada laman web, menguatkuasa undang-undang jenayah penerbitan atau pemilikan bahan tertentu, termasuk, fitnah, hak cipta, hasutan keganasan dan pornografi kanak-kanak.

Internet Watch Foundation (IWF) ditubuhkan untuk menyusun dan mengekalkan satu senarai hitam, terutamanya URL pornografi kanak-kanak, maka 98 peratus daripada pelanggan Internet komersil di negara itu ditapis.

Sesuaikan dengan budaya

Azizul berkata negara ini telah mempraktik dan mengguna pakai undang-undang yang hampir sama dengan Britain seperti Akta Hasutan 2013 Britain (yang baru) namun negara tersebut lebih cekap dan pantas mengambil tindakan kerana telah lama melaksanakannya.

Di Malaysia sudah terlalu banyak kes fitnah baik di alam maya dan realiti sehingga tidak tahu di mana asas dan hujung pangkalnya.

Jadi cadangannya ialah pihak berkuasa perlu ambil tindakan cepat dan jangan bertolak ansur dengan mereka yang mengeluarkan kenyataan fitnah kerana kalau tidak dibendung, keharmonian negara tergugat dan keadaan boleh menjadi huru-hara, katanya.

Timbalan Pengarah Pejabat Hubungan Industri Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan bekas Ketua Jabatan Komunikasi UIA Dr Norbaiduri Ruslan berkata rakyat di Barat lebih bertanggungjawab dan faham apa hak mereka termasuk mementingkan kebebasan dan privasi di tahap yang tertinggi.

“Kita masih belum lagi berpendidikan tinggi (dalam hal ini),” katanya. “Bila kita sudah sedar hak kita, hak orang lain, maka kita akan tahu jaga perilaku kita di alam maya dan realiti.

“Kempen kesedaran perlu bermula di peringkat sekolah rendah tentang bagaimana cara menjaga tatasusila di alam maya dan Internet kerana ketika ini terlalu banyak pendedahan tetapi kita kurang dan tidak kuat spiritual, personaliti dan lemah psikologi.

“Jika kita terlalu ingin sama tahap dengan negara maju, kita akan kehilangan budaya kita,” katanya.

Didik rakyat Malaysia

Norbaiduri berkata masyarakat Malaysia perlu dididik dan diperjelaskan apa hak mereka ketika berada di media sosial dan bukan sewenang-wenangnya bersuara tanpa batasan dan mengabaikan undang-undang sedia ada.

Pengamal Undang-Undang Khairul Azam Abd Aziz berkata seseorang penulis termasuk dalam dunia maya perlu bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penulisannya dan bersedia menerima hukuman.

“Kalau penulisan membina, tidak perlu takut, tetapi jika mengganggu gugat ketenteraman awam, suatu bentuk peraturan harus dipatuhi,” katanya.

Seorang blogger yang hanya mahu dikenali sebagai Hazrey berkata kerajaan perlu mengkaji semula akta sedia ada berkaitan sosial media demi masa depan generasi mendatang.

“Penyalahgunaan media sosial semakin berleluasa, anak muda tidak terkecuali. Apabila orang dewasa sudah buat sesuatu sesuka hati tanpa usul periksa semata-mata kerana menaruh perasaan geram, ia akan menjadi ikutan.

“Di peringkat kanak-kanak akan timbul masalah pembuli siber,” katanya. – Bernama

126 comments:
Write comments
  1. Anwar dengan marahsombong menyerang Datuk Zahid Hamidi dengan kata-kata "Zahid, kamu ingat negara ini bapa kamu punya kah?", itupun gara-gara kena sindir dengan sebuah tulisan sahaja.

    ReplyDelete
  2. Rakyat boleh menjawab, "Anwar kau ingat negara ini kau punyakah?"

    ReplyDelete
  3. Tatkala Pemimpin-pemimpin seluruh dunia mengucapkan Tahniah dan mengiktiraf kemenangan DS Najib dan BN dalam PRU13 baru-baru ini, seorang manusia bernama Anwar Ibrahim lantaran malu yang amat sangat, telah menangguhkan janji bersaranya dan kembali mengajak rakyat turun di jalan raya.

    ReplyDelete
  4. Tatkala pemimpin-pemimpin PAS menerima dan menyeru ahli-ahli PAS supaya reda dengan kekalahan Pakatan, tatkala pemimpin-pemimpin PAS di peringkat Pusat, PAS Terengganu, Kerajaan PAS Kelantan dan semakin ramai pemimpin PAS mengucapkan Tahniah kepada DS Najib, maka apakah relevannya tipudemo-tipudemo lagi itu.

    ReplyDelete
  5. Siapa menipu rakyat? Zahid Hamidi atau Anwar Ibrahim? Siapa yang berkata pengundi berkulit gelap dan hitam sebagai pengundi Bangla! Parti mana yang menahan pengundi berkulit gelap, merampas ICnya kemudian apabila tersalah orang memujuk pengundi berkulit gelap itu dengan sejumlah wang ringgit?

    ReplyDelete
  6. Siapa tipu rakyat menggunakan nama Ulama besar Dr. Yusof Qardawi kononnya dialah seorang manusia paling layak menjadi Perdana Menteri! Walhal surat itu surat palsu yang dikarangnya sendiri.

    ReplyDelete
  7. Jika Anwar Ibrahim bukan menipu, tidak mungkin Azmin Ali menyuruhnya "musahabahlah kau Anwar", tidak mungkin Azmin Ali berkata "sudah bosan mengheret rakyat berdemo demi kepentingan peribadi".

    ReplyDelete
  8. Kami rakyat sudah bosan dengan kerenahmu, menyusahkan kami rakyat jelata yang mahu hidup aman dan damai. Kamu tahukah berapa ramai kakitangan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang ponteng kerja, balik awal kerana dipaksa menguruskan dan melibatkan diri dalam demo kamu?

    ReplyDelete
  9. Kamu ingat ini negara kamukah Anwar sehingga mengganggu fikiran mulia anak-anak kami dengan kata-kata Rasis dan Menghasut kamu.

    ReplyDelete
  10. Apakah di Malaysia ini kamu tidak pandai bercakap mulia, berucap mahabbah, bersantun dan bersopan tanpa perlu mengheret rakyat ke tengah padang lalu kamu kotorkan padang itu, kamu rosakkan tandas dengan segala macam sampah, di luar stadium busuk dengan bekas makanan dan rokok-rokok kamu, sehingga kami anak-anak geli dan nak muntah bila lalu di kawasan itu. Kamu ingat ini negara kamu kah kamu suka hati buat begitu?

    ReplyDelete
  11. Kami tahulah kamu pelajar Sastera dengan keputusan kelas 3, tak mengapalah saya pun bukanlah pandai sangat tapi saya tahu membezakan angka 133 dengan 89. Saya tahu siapa menang siapa kalah! Yang saya tidak faham kenapa orang kalah tidak mengaku kalah masih menjerit-jerit meroyan dia menang! Anak saya tahun 1 pun tahu angka 89 lebih kecil daripada angka 133!

    ReplyDelete
  12. Kamu memang penipu Anwar Ibrahim, kamu kata SPR menipu tapi dalam diam-diam kamu sedang menyusun langkah untuk menghantar petisyen kepada SPR?

    ReplyDelete
  13. Tiada siapa mampu menyangkal teknologi dan kemajuan Internet hari ini memberi kemudahan kepada semua pihak.

    Bagaimanapun bagi pihak tidak bertanggungjawab, teknologi itu menjadi alat efektif untuk melakukan jenayah penipuan.

    Maka sebab itulah, jenayah siber kini muncul sebagai cabaran yang paling sukar untuk ditangani oleh pihak berkuasa di seluruh dunia di abad ini termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).


    ReplyDelete
  14. Kamu Anwar sangat ketingggalan zaman, ketika PRU13 sudah berlalu diteruskan dengan pembentukan kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri termasuklah di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, Raja-Raja di Perlis, Johor, Perak, Selangor, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu,Pahang dan SPB Yang DiPertuan Agong turut bertitah supaya rakyat kembali bersatu...kamu pula masih lagi gila-gila bayang di tengah padang!

    ReplyDelete
  15. Kenapa kamu tidak beritahu Lim Kit Siang "sudahlah bro Kit Siang, kita dah kalah tak payahlah demo-demo ne, saya malu ne, saya dah tua ne,"...kenapa kamu tidak beritahu penaja-penaja kamu atau orang-orang di luar negara yang barangkali kamu pinjam wang mereka dengan janji-janji manis kamu beritahu kepada mereka "saya sudah kalah, sorilah kita cuba next PRU". Senang dan mudah.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Kalau semua itu kamu tidak boleh buat, apakah kerana kamu fikir negara ini kamu punya wahai Anwar Ibrahim, kamu menghina rakyat yang mahukan keamanan dan kedamaian dengan tipudemo-tipudemo kamu itu?

    ReplyDelete
  18. "Anwar, we don't need RCI on general election. We need urgently RCI on Lahad Datu!".

    ReplyDelete
  19. Apa kamu ingat negara ini negara kamu kah Anwar hanya nak buat RCI pilihanraya PRU13, apa pasal tak buat RCI Lahad Datu yang membunuh dengan kejam lebih 10 perajurit negara? Saja nak sampaikan pesanan ini kepada Anwar, sampaikanlah kepadanya.

    ReplyDelete
  20. Malah nilai kerugian direkodkan pula oleh mangsa bukanlah kecil tetapi boleh mencecah sehingga berbilion ringgit.

    Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM, sebanyak RM1.6 bilion kerugian akibat jenayah siber dicatatkan di Malaysia pada tahun lalu, iaitu peningkatan daripada 1.1 bilion pada tahun sebelumnya.

    ReplyDelete
  21. Perkara berkenaan diakui Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan yang berkata, populariti Internet menjadi penyumbang besar berlakunya jenayah siber di negara ini berikutan kemudahan dan kemajuan yang dicapai Malaysia pada hari ini.

    "Jenayah siber berlaku di seluruh dunia dan di Malaysia, jenayah seperti ini semakin rancak berikutan kemudahan dan infrastruktur yang baik menyebabkan banyak sindiket menyasarkan kita.

    "Malah rakyat juga semakin menerima kehadiran teknologi dan Internet kini menjadi sebahagian keperluan yang melengkapi kehidupan mereka," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

    ReplyDelete
  22. "Kita sentiasa melakukan pelbagai usaha untuk memerangi jenayah penipuan yang dilakukan warga Afrika kerana kita tidak boleh menyekat kemasukan mereka ke dalam negara ini sebagai pelajar.

    "Ini kerana dasar kerajaan Malaysia adalah untuk menjadikan negara ini sebagai satu hab pengajian terkemuka. Kita tidak boleh menentang usaha dan dasar kerajaan kerana kelebihan yang diperolehi akan dinikmati oleh semua rakyat negara.

    "Tetapi kita juga harus sedar kemudahan itu ternyata diambil kesempatan oleh warga asing untuk melakukan pelbagai aktiviti penipuan sekali gus menjejaskan banyak pihak," katanya.

    ReplyDelete
  23. Dalam usaha memerangi jenayah siber ini, Syed Ismail berkata, JSJK sentiasa memastikan anggota dan pegawai mereka bersiap-sedia sepenuhnya dalam menempuh cabaran semasa terutama sekali berkaitan perkembangan teknologi.

    "Dengan kepantasan teknologi dan kemampuan setiap manusia untuk melangkaui pemikiran satu-sama lain, JSJK perlu bergerak bukan sahaja seiringan tetapi beberapa langkah ke hadapan bagi memastikan jenayah siber ini boleh diatasi.

    "Oleh sebab itu, kita sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi dan institusi profesional yang akan membantu meningkatkan ilmu pengetahuan setiap anggota dan pegawai JSJK, terutama sekali ketika menjalankan siasatan," katanya.

    ReplyDelete
  24. "Oleh sebab itu juga, kita memilih pegawai-pegawai yang mempunyai pelbagai latar belakang pengajian bersesuaian sebagai nilai tambah dalam pasukan. JSJK kini mempunyai pegawai berkelulusan dalam perbankan, perakaunan, jenayah komputer dan pelbagai lagi," ujarnya.

    "Kami gembira jika orang ramai kurang membuat aduan sekali gus jenayah komersial turut berkurangan," katanya.

    ReplyDelete
  25. Idea yang bagus dan sememangnya perlulah dikaji dengan sebaiknya mengenai undang-undang internet ini.

    ReplyDelete
  26. Kita sokong apa-apa perkara pun yang pasti perlu mengambil kira banyak perkara.

    ReplyDelete
  27. Kita harap janganlah ada pihak yang menyalah gunakan kuasa dalam internet.

    ReplyDelete
  28. Malaysia telah melangkah masuk ke dunia siber melalui dua pendekatan iaitu melalui hard-infrastructure dan soft infrastructure. Hard infrastructure bermaksud membina infrastructure mewujudkan kawasan fizikal untuk pembangunan berkaitan dengan ICT termasuk membina backbone komunikasi yang berkelajuan tinggi. Soft infrastructure bermaksud mewujudkan undang-undang yang berkaitan berkaitan dengan pembangunan ICT itu.

    ReplyDelete
  29. Secara fizikalnya kawasan yang diperuntukkan dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC). Di sinilah tumpuan pembangunan berkaitan dengan ICT dilakukan. Sehingga 19 Jun 2009, sebanyak 87 buah syarikat antarabangsa yang mendapat status “International World Class MSC Malaysia Status Companies”.

    ReplyDelete
  30. Manakala sehingga 24 Mei 2005, sebanyak 67 incubators pula mendapat taraf international world Class MSC Malaysia Status Companies. Selain itu, sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam dan swasta turut turut tersenarai sebagai institusi yang mempunyai program ICT.

    ReplyDelete
  31. Malaysia telah telah meletakkan pada asas yang kukuh pembangunan ICT dengan menyediakan undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan diluluskan, seperti berikut:

    Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
    Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998.
    Akta Tandatangan Digital 1997.
    Akta Jenayah Komupter 1997.
    Akta Teleperubatan 1997.
    Secara kolektifnya, undang-undang ini dikenali sebagai undang-undang siber.

    ReplyDelete
  32. Kita tahu media sekarang ini amat mudah disebarkan. Jadi ada pihak yang cuba mengunakannya kearah yang salah.

    ReplyDelete
  33. Kita tidak mahu perkara itu berlaku berterusan. Kerana itu akan memburukan keadaan pada akan datang.

    ReplyDelete
  34. Kita seharusnya tahu sebagai hak pengguna. Jangan kita tersalah gunakan hak yang diberikan kearah yang tidak sepatutnya.

    ReplyDelete
  35. Percayalah yang mana perkara ini sememangnya dilakukan untuk kebaikan bersama. Dan bukannya untuk kepentingan peribadi semata-mata.

    ReplyDelete
  36. Terlit jangan tidak teliti undang-undang internet itu. Kerana semakin hari semakin sukar dikawal kesalahan penggunaannya.

    ReplyDelete
  37. Kerajaan bukannya menyekat kebebasan bersuara di internet. Tapi cuba untuk menangani masalah kesalahan penggunaan tersebut. Jadi kita perlu sedar akan perkara itu.

    ReplyDelete
  38. Mari sama-sama kita menyokong usaha yang baik untuk kita semua.

    ReplyDelete
  39. Jangan kita mudah terpedaya dengan kata-kata hasutan yang cuba diberikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  40. Kita perlu faham yang mana sekarang ini media menjadi senjata mereka untuk menyebarkan maklumat palsu dan fitnah. Maka perkara sebegini patut dibendung sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  41. Saya sokong.. Undang-undang baru perlu dilaksanakan. Macam-macam berlaku sekarang ini.

    ReplyDelete
  42. Media sekarang ini semakin hari semakin mendapat sambutan. Itu sebabnya ada pihak mengambil kesempatan dalam semua ini.

    ReplyDelete
  43. Terbaik... Biar orang yang tidak bertanggungjawab itu akan dikenakan tindakan undang-undang yang cuba menjadikan internet sebagai alat penyebaran yang tidak sepatutnya.

    ReplyDelete
  44. Jangan dikasih lama itu penelitian undang-undang internet itu. Sebaiknya laksanakan dengan segera.

    ReplyDelete
  45. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima banyak aduan mengenai kandungan atau tulisan berunsur hasutan dan fitnah yang disebarkan menerusi laman media sosial sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

    ReplyDelete
  46. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, segala aduan itu kini dalam siasatan pihak SKMM.

    ReplyDelete
  47. Saya puji apa yang telah SKMM lakukan baru-baru ini iaitu dengan menahan seorang wanita bagi menjalankan siasatan kerana menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman Facebook.

    ReplyDelete
  48. Bagi saya tindakan itu satu langkah yang sangat baik bagi memberikan peringatan kepada pengguna laman media sosial lain supaya lebih berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya membuat posting.

    ReplyDelete
  49. Selain RTM dan SKMM, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul itu turut melawat Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) bagi mendengar pandangan dan cadangan pihak terbabit untuk menambah baik sistem komunikasi multimedia di negeri ini.

    ReplyDelete
  50. Shahaniza berkata, beliau bersetuju dengan cadangan supaya ada kawalan terhadap penggunaan kemudahan di laman media sosial.

    ReplyDelete
  51. Kita tidak mahu kerajaan buat kemudahan penggunaan internet sampai ke kampung, kawasan luar bandar akhirnya disalahgunakan oleh masyarakat itu sendiri.

    ReplyDelete
  52. Jadi sebab itu saya lihat pendekatan SKMM selepas ini mereka juga akan menumpukan kepada kandungan, ilmu pengetahuan, maknanya boleh buat pusat jalur lebar komuniti tetapi perlu disertakan dengan program-program bagaimana melayari internet dengan baik.

    ReplyDelete
  53. SKMM pada 29 Jun ini akan melancarkan kempen Klik Dengan Bijak bagi menjelaskan bagaimana untuk mengelakkan diri daripada menghasut, menggunakan perkataan tidak baik dan yang paling penting mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam jenayah siber.

    ReplyDelete
  54. Jenayah siber ini merupakan satu perkara yang perlu diambil berat kerana ramai khususnya wanita terpedaya dalam jenayah ini.

    ReplyDelete
  55. Demikian lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Red Bean Army agar tampil memberi maklumat segera bagi membantu siasatan.

    ReplyDelete
  56. Ketua Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd. Rahman berkata, sehingga kini siasatan masih dijalankan dan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan berdasarkan undang-undang diperuntukkan.

    ReplyDelete
  57. Orang ramai diminta memajukan apa jua maklumat berkaitan perkara ini kepada pihak kami dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan.

    ReplyDelete
  58. Elakkan daripada menyebarkan spekulasi di laman sosial yang boleh menjejaskan siasatan kerana informasi di internet mudah dipercayai walaupun tidak benar.

    ReplyDelete
  59. Selain itu juga, fitnah dan hasutan berterusan yang disebarkan oleh Red Bean Army menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

    ReplyDelete
  60. kegiatan tentera siber pembangkang itu mesti dikekang demi menjaga kestabilan negara dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

    ReplyDelete
  61. Aktivis Red Bean Army sengaja memainkan sentimen perkauman sempit semata-mata mahu mengapi-apikan kaum Cina bagi memburukkan- burukkan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.

    ReplyDelete
  62. Kita bimbang perbuatan tidak bertanggungjawab mereka itu boleh mengundang keadaan huru-hara sehingga menghancurkan negara.

    ReplyDelete
  63. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis perlu bertindak tegas terhadap dalang-dalang di sebalik Red Bean Army dengan segera mengheret mereka ke muka pengadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    ReplyDelete
  64. Red Bean Army yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang BN, malah sesiapa sahaja yang menyokong parti itu.

    ReplyDelete
  65. Pasukan berkenaan yang berpangkalan di sebuah hotel di ibu negara dan juga di pejabat Komtar, Pulau Pinang akan menyerang serta menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang bercakap buruk tentang DAP dan pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  66. Red Bean Army juga didakwa memainkan peranan memanipulasi sentimen perkauman untuk menolak calon-calon Melayu daripada BN yang bertanding dalam PRU-13 lalu.

    ReplyDelete
  67. Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melesenkan portal berita Internet di negara ini tidak bermakna penulis blog boleh menulis dengan sewenang-wenangnya dalam media sosial.

    Penulis blog atau pemilik media sosial mesti beretika dan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk maklumat disebarkan dalam Internet dengan memastikannya adalah berasaskan fakta sahih bukannya berbentuk spekulasi atau berbaur provokasi.

    ReplyDelete
  68. Setuju dengan tindakan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak melesenkan portal berita Internet tetapi memperketatkan undang-undang sedia ada. Kalau hendak dilesenkan bermakna kerajaan menyekat kebebasan bersuara dan jika hendak menyekat sepenuhnya penggunaan media sosial memang susah kerana ia juga mempunyai impak positif khususnya dalam berkomunikasi.

    Dengan memperketatkan undang-undang sedia ada, pihak yang menyalahgunakan media sosial boleh dikenal pasti sekiranya tindakan perlu diambil ke atas seseorang penulis atau pemilik laman sosial tersebut.

    ReplyDelete
  69. Ketika ini wujud kes penulis atau pemilik blog tidak menggunakan identiti sebenar mereka, justeru cara atau kaedah perlu ada untuk mengenal pasti mereka menerusi ‘ketetapan-sendiri.’

    Kalau nak menyekat sepenuhnya penggunaan media sosial adalah mustahil kerana ia juga mempunyai kesan positif terutama dalam berkomunikasi, misalnya sekarang kita boleh berkomunikasi dengan Perdana Menteri menerusi Facebook (FB) dan Twitter.

    ReplyDelete
  70. INTERNET AND POLITICS

    Use of the Internet as an information source is the widespread global phenomenon, "without borders and penetrate various fields and is regarded as a 'new media' of the people.

    Cyberspace applications through alternative media such as blogs, websites, cyber forums, you tube, email, face book and twitter can expand the expression and increase participation and social mobilization and democracy.

    Usually, people get information in traditional print media (newspapers, magazines and books) and electronic media (television) and political speech. However, in the 20th century, the internet or cyberspace as a source of information is
    becoming increasingly important to find the information that serves as a cyber-democratic and free. Internet also serves as a platform to move the transparency, openness, and also as a base to generate a wide range of views widening spectrum of public space and allow the production of a democratic culture.

    In the Malaysian context, is still considered the use of new media, emerging around the end of the 1990s.The role of alternative media is widespread and significant as well as prominently in the 2008 general election campaign with a dial-up subscriptions to reach 11.76Mmillion people, and from there it gives indication of rapid increase in digital democracy in Malaysia.

    ReplyDelete
  71. INTERNET AND POLITICS

    Approach to campaign through the digital world or the cyber war has fueled the 12th (2008) general election campaign with website visitors increased sharply during the week after the nomination period.

    Campaigning through the cyberspace, especially websites, political blogs, short message service (SMS), email and video conferencing into a new method to warm the atmosphere either involved party or candidate contesting for the campaign period until polling day.

    Among the sites affected were the Barisan Nasional (BN) is www.bn2008.gov.my, it recorded an increase during the first week of 40,000 during the campaign began than 6.000 visitors during inaugurated on February 25, 2008.

    Opposition websites such as DAP has recorded more than double the rate of increase amounted to 133.929 visitors until the end of February 2008 compared to64.997 visitors before the election. For the People's Justice Party (PKR), the website recorded an increase of 11.000 visitors for the same period compared with 2.000 visitors on nomination day.

    While the website for local Malay newspaper like Berita Harian and Harian Metro also received encouraging response during the 2008 general election season. Through www.bharian.com.my, Star website has seen a surge to reach 138,000 visitors compared to an average of 74.000 visitors yesterday before the election season.

    Election website Daily Metro (praya.hmetro.com.my) also recorded a growth of up to 6,000 visitors for the same period compared to 1.664 after the nine days since its launch.

    ReplyDelete
  72. Namun, ia harus diikuti dengan penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu menulis dalam apa jua platform media sosial untuk menghasut atau membangkitkan sensitiviti pihak-pihak tertentu.

    Dengan memperketatkan lagi undang-undang sedia ada sekurang-kurangnya penulis akan mengehadkan penulisan mereka. Hakikatnya apabila sudah memiliki media sosial masing-masing mahu menjadi penulis tetapi tidak menyedari bahawa mereka tertakluk di bawah Akta Penerbitan.

    ReplyDelete
  73. Penulis perlu sedar mereka sebenarnya tertakluk di bawah Akta Penerbitan negara apabila apa yang ditulis untuk dibaca oleh umum. Ini yang mereka (penulis blog) lupa. Memarahi pihak lain, akhirnya di saman oleh individu yang diaib atau dimarahi dalam laman sosial. Siapa yang susah?

    Pembaca agar perlu membaca setiap yang disiarkan dalam portal berita Internet atau laman sosial lain dengan bijak bukannya terus menerima atau mengiyakan segala yang ditulis di Internet.

    Pembaca seharusnya ada akal fikiran, mencerna setiap fakta yang disiarkan dalam Internet kerana apa yang ditulis dalam laman sosial dan blog lebih banyak berbentuk spekulasi serta provokasi.

    ReplyDelete
  74. Kalau ada fakta yang meragui dapatkan penjelasan daripada agensi bertanggungjawab misalnya Jabatan Penerangan. Masalah pemilik akaun FB hanya suka ‘Share’ (berkongsi) maklumat, manakala pengguna Twitter ‘Repeat’ (mengulang) maklumat tanpa berfikir panjang sama ada ia benar atau sebaliknya.

    Undang-undang sedia ada negara sudah memadai bagi menangani masalah penyalahgunaan laman sosial tetapi ia harus diperketatkan. Selain itu, kerajaan harus bertindak adil apabila mengambil tindakan terhadap penulis blog yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah tanpa mengira sama ada mereka dari Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.

    ReplyDelete
  75. Dalam hal ini kerajaan mesti tegas dan adil, siapa yang membangkitkan isu agama atau sensitiviti kaum lain, ambil tindakan ke atas invididu tersebut sebagai pengajaran kepada yang lain dan menghapuskan tanggapan ‘tidak apa’.

    Najib berkata kerajaan tidak akan melesenkan portal berita Internet seperti dilakukan Singapura 1 Jun lalu, bagaimanapun beliau menegaskan kerajaan tetap akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi mencegah perbuatan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu.

    ReplyDelete
  76. Pihak yang beliau maksudkan ialah penulis blog dan pemilik akaun FB yang menyebarkan maklumat tidak pernah serta fitnah untuk menjejaskan keharmonian nasional.

    “Mana-mana pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan mahupun cuba subvert (menjatuhkan) sistem demokrasi berparlimen akan diambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang,” tegas beliau.

    ReplyDelete
  77. Ramai yang setuju supaya kerajaan mencari jalan penyelesaian kepada penyalahgunaan media sosial dan Internet melalui undang-undang baru atau mengemaskini undang-undang sedia ada.

    ReplyDelete
  78. Namun ramai juga yang mencadangkan supaya faktor budaya masyarakat negara ini juga perlu diambil kira dan tahap kesesuaian undang-undang Internet di Barat perlu diteliti sebelum boleh digunapakai.

    ReplyDelete
  79. Sensitiviti kaum, nilai sejarah, tahap pendidikan dan kesediaan warga Malaysia menerima undang-undang ini perlu terlebih dahulu dititikberatkan.

    ReplyDelete
  80. Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Azizul Halim Yahya berkata di Amerika Syarikat misalnya, walaupun rakyat bebas bersuara baik di alam maya dan realiti, namun mereka masih terikat dengan pelbagai akta yang menjaga dan melindungi mereka seperti Akta Hasutan, Akta Buli dan Pencerobohan Privasi.

    ReplyDelete
  81. Masyarakat negara itu perlu berhati-hati ketika berkata-kata sehingga boleh membezakan yang mana satu gurauan dan yang mana perkara serius terutama jika melibatkan isu negara, presiden dan sebagainya.

    ReplyDelete
  82. Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa penulis blog supaya berpegang teguh dengan kod etika untuk menulis perkara yang benar demi kebaikan masyarakat supaya mereka dan blog masing-masing lebih dihormati.

    ReplyDelete
  83. Bekas perdana menteri itu berkata kod etika berkenaan perlu diwujudkan secara sukarela demi kebaikan penulis blog sendiri kerana ia bakal membina reputasi mereka di mata orang ramai.

    ReplyDelete
  84. seharusnya kebebasan bersuara perlu datang dengan rasa tanggungjawab termasuk bersedia untuk dihadapkan ke mahkamah.

    ReplyDelete
  85. Dr Mahathir, yang juga seorang penulis blog berkata, masyarakat kini mempunyai akses kepada blog, satu medium yang hampir di luar kawalan mana-mana pihak berkuasa, dan jika mereka mematuhi kod etika untuk menulis perkara yang benar sahaja, lebih ramai orang awam akan membacanya.

    ReplyDelete
  86. Dr Mahathir berkata walaupun blog menyediakan ruang bagi kebebasan menulis apa yang dikehendaki secara mutlak, namun penulisnya masih perlu bertanggungjawab terhadap penulisan mereka serta tidak menyalahgunakannya.

    ReplyDelete
  87. Beliau berkata penulis blog mempunyai kelebihan daripada segi kebebasan namun mereka mesti menggunakannya dengan penuh tanggungjawab bagi membentuk pemikiran ke arah membina masyarakat dunia yang lebih baik demi kebaikan umum.

    ReplyDelete
  88. Dr Mahathir juga berkata media biasa tidak boleh menulis semua perkara yang berlaku kerana tidak mempunyai ruang dan bukan disebabkan editor dan penyunting tidak adil.

    ReplyDelete
  89. Berdasarkan pengalamannya, Dr Mahathir berkata, memandangkan media tidak melaporkan semua yang dinyatakan beliau, blog menyediakan ruang untuknya meluahkan pendapat “termasuk rungutan peribadi”.

    ReplyDelete
  90. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan berkata kerajaan akan melihat peraturan Internet di tiga Negara – Amerika Syarikat, Britain dan Australia – dalam usaha membendung penyalahgunaan media sosial di negara ini.

    ReplyDelete
  91. Internet di Amerika Syarikat dikawal selia oleh satu set undang-undang di sebalik ia mengamalkan kebebasan bersuara terhadap persekutuan dan negeri

    ReplyDelete
  92. Pihak berkuasa boleh merampas domain profil pengguna dan komputer tanpa notis dan mampu menyebabkan laman web tidak dapat meneruskan operasi.

    ReplyDelete
  93. Di Australia, kandungan Internet dikawal selia Australian Communications and Media Authority (ACMA) yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan sekatan pada kandungan Internet dalam negara.

    ReplyDelete
  94. Sejak pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) pada Ogos 1996 negara mengalami ledakan penggunaan Internet secara drastik. MSC berjaya menggalakkan penggunaan dan pembangunan teknologi maklumat (ICT) secara meluas dalam semua sektor dan menjadikan kita sebagai masyarakat bermaklumat.

    ReplyDelete
  95. Pelbagai bentuk jenayah siber dilakukan oleh “penggodam” atau penjenayah siber. Antaranya ialah, pencerobohan terhadap hak individu, pencurian maklumat, penggodaman terhadap maklumat dan data komputer, penyebaran virus komputer, melakukan fitnah dan penipuan, menyebar pemikiran keganasan, perjudian siber dan penyebaran pornografi. Selain itu, berlaku jenayah kecurian sejumlah besar wang secara maya dan bentuk jenayah komersial yang lain melalui Internet.

    ReplyDelete
  96. Oleh sebab jenayah siber dilakukan melalui talian bersifat maya yang melangkaui sempadan keselamatan fizikal dan sempadan negara, maka pengawalan dan penguatkuasaan terhadap jenayah ini tidak terhad kepada bidang kuasa mana-mana negara. Justeru, dari segi hubungan antarabangsa wujud penguatkuasaan Akta Jenayah Komputer melalui Interpol.

    ReplyDelete
  97. Namun, beberapa isu timbul dalam penguatkuasaan antarabangsa ini. Antaranya ialah hanya sebilangan negara komited untuk menjalin kerjasama erat dalam isu jenayah siber ini.

    ReplyDelete
  98. Selain itu, sistem keadilan jenayah siber antarabangsa ini tidak selari dengan kemajuan pantas teknologi Internet. Apapun, negara kita sentiasa komited untuk memperkukuh hubungan antarabangsa bagi menangani jenayah siber ini.

    ReplyDelete
  99. Malaysia sendiri mempunyai beberapa akta berkaitan undang-undang siber yang diluluskan oleh Parlimen, iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Tandatangan Digital 1997 (Akta 562), Akta Jenayah Komputer 1997 (akta 563) dan Akta Teleperubatan 1997 (Akta 564).

    ReplyDelete
  100. Akta Komunikasi dan Multimedia adalah bagi menggantikan dua akta terdahulu, iaitu Akta Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1998. Akta Komunikasi dan Multimedia boleh dianggap sebagai teras kepada semua undang-undang siber di negara ini. Akta ini merangkumi dokumen dasar untuk MSC dan usaha Malaysia untuk membangun masa depan digital.

    ReplyDelete
  101. Secara dasarnya, objektif utama akta ini bertujuan mewujudkan suatu kerangka pelesenan dan regulatori bagi in-dustri komunikasi dan multimedia serta mewujudkan kuasa dan fungsi untuk sebuah suruhanjaya komunikasi multi-media. Justeru, akta ini memperuntukkan penubuhan sebuah suruhanjaya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang diberi kuasa untuk menyelia aktiviti ko-munikasi dan multimedia di Malaysia.

    ReplyDelete
  102. Satu lagi akta tidak kurang pentingnya ialah Akta jenayah Komputer 1997 yang diwujudkan bagi mengadakan peruntukan bagi kesalahan berhubung kesalahan penggunaan komputer. Bahagian II akta ini menyenaraikan beberapa kesalahan berkaitan dengan penyalahgunaan komputer.

    ReplyDelete
  103. Kesalahan terbabit termasuklah capaian tanpa kuasa kepada bahan komputer (Seksyen 3); capaian tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan atau memudahkan berlakunya kesalahan lanjut (Seksyen 4); pengubahan tanpa kuasa kandungan mana-mana komputer (Seksyen 5); Komunikasi Salah (Seksyen 6); Bersubahat atau percubaan melakukan kesalahan (seksyen 7) dan anggapan — memperoleh capaian tanpa kuasa kepada program, data atau maklumat.

    ReplyDelete
  104. Seksyen 10 (1), (2) dan (3) akta itu memberikan kuasa kepada majistret untuk mengeluarkan waran tangkap kepada pegawai polis berpangkat inspektor ke atas untuk menggeledah, menyita dan menahan apa-apa keterangan serta berhak mendapat capaian kepada mana-mana komputer yang disyaki digunakan bagi melakukan kesalahan, mengehendaki mana-mana orang disyaki bagi memberikannya bantuan munasabah dan menghendaki maklumat dikeluarkan dalam bentuk boleh dibawa pergi, dilihat dan dibaca.

    ReplyDelete
  105. Isunya ialah sejauh mana semua akta berkaitan dengan kesalahan siber itu dikuatkuasakan bagi menangani pelbagai kesalahan jenayah siber yang semakin berkembang di negara kita. Apakah kita sudah cukup memiliki anggota penguatkuasaan, kepakaran dan kemudahan logistik serta hubungan dan kerjasama rapat antara agensi yang memiliki bidang kuasa penguasaan?

    ReplyDelete
  106. Selain itu, kelemahan kuasa undang-undang seperti kuasa merampas harta bersifat intangible (yang tidak nampak) seperti data komputer serta kandungan perjanjian berkaitan ekstradisi dan kelemahan kerjasama antarabangsa secara konkrit berkaitan dengan jenayah siber harus diatasi secara berkesan.

    ReplyDelete
  107. Semua isu penguatkuasaan itu harus diteliti dan disemak serta diberi perhatian serius supaya penguatkuasaan terhadap undang-undang berkaitan kesalahan siber menjadi lebih berkesan.

    ReplyDelete
  108. Jika perlu satu jawatankuasa pemantau diwujudkan bagi meneliti kelemahan dan isu berkaitan pelaksanaan dan penguatkuasaan semua undang-udang berkaitan jenayah siber. Jawatankuasa ini boleh memberi cadangan bagi memperbaiki dan memperkukuh sama ada dari segi undang-undang itu sendiri ataupun dari aspek penguatkuasaan oleh agensi terbabit.

    ReplyDelete
  109. Ahli-ahli yang dilantik mestilah mereka yang memiliki kepakaran dalam bidang terbabit.

    ReplyDelete
  110. Desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar seluruh kepemimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana tidak boleh menerima kekalahan adalah idea bodoh dan mereka yang membuat desakan tersebut tidak layak menjadi Ahli Parlimen.

    ReplyDelete
  111. Timbalan Wrip Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) sehubungan itu berkata, jemaah menteri tidak akan sesekali tunduk kepada desakan bodoh berkenaan kerana tidak mungkin sistem pilihan raya di Malaysia berlaku penipuan seperti dituduh pembangkang.

    ReplyDelete
  112. Jelasnya, pilihan raya umum di Malaysia baik di peringkat persekutuan dan negeri berlangsung secara serentak oleh pengundi sama, diperhati wakil ejen setiap calon bertanding, ada senarai daftar pemilih serta dakwat kekal yang tidak memungkinkan sebarang penipuan berlaku.

    ReplyDelete
  113. "Macam mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor sudah angkat sumpah? Macam mana yang mereka menang sah, yang kalah tidak sah?

    ReplyDelete
  114. "Waktu mengundi setiap parti berhak meletakkan ejen. Pembangkang mereka memiliki wakil ejen lebih ramai berbanding calon BN kerana mereka tidak bertanding di bawah satu lambang, kalau ada penipuan masa pilihan raya saya nak tanya adakah ejen-ejen pembangkang ini tidur," katanya.

    ReplyDelete
  115. Ramai yang setuju supaya kerajaan mencari jalan penyelesaian kepada penyalahgunaan media sosial dan Internet melalui undang-undang baru atau mengemaskini undang-undang sedia ada.----> setuju

    ReplyDelete
  116. Sensitiviti kaum, nilai sejarah, tahap pendidikan dan kesediaan warga Malaysia menerima undang-undang ini perlu terlebih dahulu dititikberatkan kerana masyarakat kita tidak semua yang berfikiran terbuka....

    ReplyDelete
  117. terutama mereka yang berfikiran sempit dan susah untuk menerima pendapat orang lain secara terbuka..

    ReplyDelete
  118. betul, fakta ini adalah penting ---> walaupun rakyat bebas bersuara baik di alam maya dan realiti, namun mereka masih terikat dengan pelbagai akta yang menjaga dan melindungi mereka seperti Akta Hasutan, Akta Buli dan Pencerobohan Privasi.

    ReplyDelete
  119. sememangnya masyarakat kita perlu berhati-hati ketika berkata-kata dan dapat membezakan yang mana satu gurauan dan yang mana perkara serius terutama jika melibatkan isu negara, perkauman dan sebagainya...

    ReplyDelete
  120. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperingatkan orang ramai tentang bahayanya penyebaran berita palsu menerusi internet dan SMS.

    ReplyDelete
  121. Di bawah seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

    ReplyDelete
  122. Jika media disalah gunakan, ia akan mendatangkan kesan yang amat negatif.

    ReplyDelete
  123. Jangan salah gunakan kuasa yang diberi.

    ReplyDelete
  124. Undang-undang harus dikaji, mungkin ada pihak ayng salah gunakan kebebasan yang diberi.

    ReplyDelete
  125. Isu jenayah cyber memerlukan kerjasama semua golongan.

    ReplyDelete
  126. Rakyat harus bijak menilaikan laporan dari internet sama ada rekaan atau kebenaran.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.