Apakah Najib akan mengambil tindakan ke atas Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara? Tahap kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu KPN dan Menteri Dalam Negeri, sedang berjerebu?
Belum pun reda betul jerebu yang diakibatkan oleh kebakaran gambut di Riau dan Sumatera dan telah menyebabkan darurat diisytiharkan di beberapa kawasan dan ribuan sekolah ditutup di beberapa buah negeri, Malaysia kini dilanda pula oleh jerebu baru – jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri.
Siapa sangka dalam masa hanya 48 jam kredibiliti dan kewibawaan dua pegawai tertinggi keselamatan negara – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – boleh hancur lebur.
Pada hari Rabu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham (mencapai usia 65 tahun hari ini dan telah mengambil keputusan untuk bersara setahun lebih awal daripada sepatutnya), mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan. Kugan yang disyaki terlibat dalam kes curi kereta telah mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di Balai Polis Taipan pada 20 Januari 2009.
Sejarah dalam bidang kehakiman tercipta apabila hakim memutuskan keluarga Kugan berhak menerima pampasan sebanyak RM801,700 kerana polis dan kerajaan boleh dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan, manakala Khalid pula boleh dipertanggungjawabkan kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam.
Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman terhadapnya yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah berikutan serangan yang berlaku pada tahun 2006.
Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim menyebut bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam Zahid, Shamsul Bahrain Ibrahim, adalah berfakta dan perlu didengar dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Dengan keputusan mahkamah tertinggi dalam negara ini, saman sivil oleh Amir Bazli Abdullah terhadap menteri dalam negeri akan mula didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos nanti.
Baru dua minggu lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut bahawa pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, iaitu bahawa mereka mahu kerajaan bersikap tegas mempertahankan institusi-institusi penting dalam negara, “menguatkuasakan undang-undang, menegakkan Perlembagaan”. Malangnya dua insiden melibatkan Menteri Dalam Negeri dan KPN ini menyampaikan mesej yang berlawanan, iaitu betapa kredibiliti, integriti, dan kewibawaan institusi-institusi negara sedang diancam hebat selepas PRU13.
Sukar untuk Menteri Dalam Negeri meminta KPN memikul tanggungjawab penuh atas kematian Kugan sedangkan pada masa yang sama persoalan timbul mengapa polis tidak membuat penyiasatan dan mendakwa Zahid atas serangan terhadap Amir Bazli pada tahun 2006.
Pada masa yang sama juga, KPN tidak boleh menggesa Menteri Dalam Negeri untuk memikul tanggungjawab penuh atas kes serangan pada tahun 2006 itu kerana Khalid sendiri sedang dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan dalam tahanan polis pada tahun 2009.
Langkah Menteri Dalam Negeri dan KPN nampaknya sedang terkunci kerana kedua-duanya tidak dapat menggunakan kuasa masing-masing ke atas satu sama lain kerana kedua-dua mereka mempunyai pekung tersendiri.
Apakah ini caranya kerajaan Barisan Nasional memulihkan kepercayaan rakyat dalam negara dan warga dunia terhadap institusi-institusi utama dalam negara selepas PRU13?
Belum pun dua bulan selepas PRU13, kerajaan Barisan Nasional telah mula berdepan dengan krisis tadbir-urus yang parah.
Rakyat Malaysia berhak tahu bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hendak menyelesaikan jerebu terbaru ini yang menjejaskan tahap kebertanggungjawaban, integriti, dan tadbir-urus yang baik oleh dua pegawai keselamatan tertinggi negara. Rakyat mahu tahu sama ada beliau akan menamatkan perkhidmatan mereka, menggantung, atau mengarahkan kedua-dua mereka mengambil cuti sehinggalah mereka berjaya membersihkan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap mereka. -LKS
Sunday, June 30, 2013
Kredibiliti Dua Manusia Ini Hancur Lebur?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAP mencadangkan agar PAS memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai tanda protes dakwaan wujudnya 'taktik kotor' yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
ReplyDeleteisu berkenaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang.
ReplyDeleteMenurutnya langkah memboikot pilihan raya kecil berkenaan adalah tanda protes ekoran kegagalan SPR 'memberi penjelasan berhubung taktik yang mencurigakan dalam penggunaan dakwat kekal pada PRU-13'.
ReplyDeleteBagaimanapun, terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mereka mahu memboikot atau tidak kerana kerusi berkenaan milik mereka. Mereka mempunyai kata putus dalam isu in
ReplyDeletePada pilihan raya umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
ReplyDeleteJika Ulamak terkemuka dunia seperti Dr Zakir Naik mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam diatas kebijaksanaan pentadbiran dengan penyebaran Islam secara intelek iaitu penerapan nilai-nilai Islam kedalam bangsa majoriti Melayu, sudah pasti pengiktirafan itu jujur kerana beliau tidak punyai apa-apa kepentingan sebagaimana Ulamak mulut berus Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
ReplyDeleteDalam satu forum Dr Zakir menjawab soalan mengenai salah faham tentang Islam yaitu jika Islam agama keamanan, kenapa ia disebarkan dengan pedang, Dr Zakir memulakan bicaranya dengan menjelaskan pengertian Islam, secara ringkas dimana Islam bermaksud mengabdikan atau menyerahkan diri kepada Allah Taala.
ReplyDeleteIslam adalah agama yang mahu menyebarkan keamanan ke seluruh dunia, tetapi terdapat beberapa individu yang tidak mahu keamanan didunia demi kepentingan mereka, agar mereka boleh miliki faedah tertentu , demi kepuasan material mereka, dan kita tahu mereka memang wujud
ReplyDeletePasti kita tertanya apa istimewanya negara kita apabila ia dikaitkan dengan Islam ia menjadi sebutan tokoh Islam terkemuka dunia seperti Dr Zakir ini, sedangkan pemerintahnya dikalangan orang-orang Umno yang disifatkan oleh Ulamak nyanyuk sebagai solatnya tidak mendapat pahala.
ReplyDeleteSedangkan dunia mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai pentadbiran yang baik disamping penyebaran Islam melalui kebijaksanan apabila penerapan nilai-nilai Islam keatas kaum majoriti yaitu Melayu dilihat mencatatkan perkembangan umat Islam yang agak baik.
ReplyDeleteBegitu juga dengan pandangan Mufti Perancis yang fasih berdialek 'Kelate' Dr. Sheikh Mohamad Abdul Aziz Ghonn, beliau turut mengtakrifkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, jadi siapalah sangat Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu untuk menafikan Islam yang dibawa dan diperjuangkan oleh Kerajaan Umno BN ini sehingga tergamak mengatakan orang Umno yang mendaulatkan Islam di Malaysia ini solatnya tidak mendapat pahala dan secara tidak langsung turut mengkafirkannya.
ReplyDeleteBagaimanapun terpulanglah kepada penilaian anda untuk mempercayai kata-kata Ulamak nyanyuk yang mempunyai kepentingan politik atau Tokoh Ulamak terkenal dunia yang bebas dan berkecuali tanpa ada apa-apa kepentingan. Anda Mampu Mengubahnya.
ReplyDeleteAKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 23 Mei 2013 memaparkan tulisan Loh Han Chew melalui ruangan Pendapat Yuan Lun berkenaan meneruskan perjuangan agresif kaum Cina. Pilihan raya umum (PRU) kali ini terzahir keadaan yang membanggakan. Masyarakat Cina akhirnya melihat diri mereka sebagai bukan kaum yang dikatakan dingin terhadap politik. Saved
ReplyDeleteDahulu ada yang kata orang Cina hanya pandai cari duit, tidak berminat, dingin terhadap politik dan dingin membuang undi di musim pilihan raya. Tetapi daripada keputusan PRU kali ini, rupa-rupanya sebelum ini orang Cina rasa kecewa terhadap politik, keadaan struktur politik sedia ada serta garis sempadan kawasan yang tidak seimbang.
ReplyDeleteOrang Cina menganggap kalah terlebih dahulu sebelum pilihan raya diadakan, sebab itu mereka tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap PRU kerana tidak kira macam mana PRU dilaksanakan, kemenangan tetap akan memihak kepada parti pemerintah. Tiket undi yang ada di tangan tiada kesan, sebab itu tidak ramai orang Cina yang turun mengundi, malah ada yang tidak mendaftar sebagai pengundi.
ReplyDeleteSebaliknya, PRU kali ini orang Cina secara agresif turun mengundi, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini. Ramai pengundi yang berusia 20-an sehingga usia 60 dan 70 tahun turun mengundi. Sikap mereka berbeza dengan dahulu. Kini mereka bertukar menjadi “tidak boleh kurang walaupun satu undi dari saya". Diharap orang Cina terus mengekalkan sikap agresif sedemikian pada masa akan datang.
ReplyDeletePerlu diingat, kawasan sempadan di kerusi Parlimen pembangkang ditambah dengan bilangan orang Melayu yang banyak, kesedaran mereka terhadap politik tidak kurang hebatnya daripada kaum Cina. Pendidikan mereka, bahasa mereka dan kesedaran mereka begitu terbuka, ilmu pengetahuan tentang politik orang Melayu ini telah ditarik dan dipengaruhi oleh sebahagian daripada orang Cina. Ini bermakna orang Cina boleh gabungkan kekuatan politik bersama mereka, sebab itu orang Cina jangan lagi memperkecilkan dan memandang rendah terhadap kekuatan satu tiket undi yang ada di tangan.
ReplyDeleteFenomena baharu yang berlaku termasuk rakyat kita dari luar negara secara agresif kembali membuang undi, sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Ada yang sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit untuk kembali ke tanah air melalui kapal terbang sementara pekerja di Singapura mengambil cuti dua hari lebih awal kembali ke kampung halaman untuk membuang undi. Semua ini menunjukkan mereka sudah ada kesedaran “tidak boleh kurang walaupun satu tiket undi dari saya".
ReplyDeleteOrang yang dari luar negara ini, termasuk yang balik dari Singapura, ramai daripada mereka adalah orang Cina. Menampakkan orang Cina tidak kira mereka tinggal di mana sahaja, walaupun sejauh beribu batu mereka langsung tidak gentar, setiap saat mereka ingat negara kesayangan mereka ini, jiwa mereka di Malaysia. Orang yang menggelarkan orang Cina pendatang, orang yang mahu orang Cina balik ke China, apa pula anda hendak katakan?
ReplyDeleteSatu lagi fenomena yang berlaku iaitu dalam pertubuhan-pertubuhan Cina termasuk bidang seni dan bidang profesional, mereka telah secara terbuka mengumumkan mereka sokong dwikuasa, menyeru orang ramai memperkukuhkan dwikuasa.
ReplyDeletemereka berdua patut bersara.... orang cina tetap orang pakatan....
ReplyDeleteThe Home Ministry is working out ways to reduce the number of foreign detainees in prisons, including by prisoner exchanges, Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said previously.
ReplyDeleteHe noted that 29.4 percent of the 39,144 prisoners nationwide were foreigners and the cost of funding them at RM35.00 daily could be better used for citizens.
ReplyDelete“The government’s daily cost for keeping them in prison is about RM35.00 per person and this is a big amount,” he told reporters after the Penang Yang DiPertua Negeri Tun Abdul Rahman Abas opened the Seberang Perai Prison, here today.
ReplyDeleteHe added that most of the foreign detainees’ offences were overstaying or not having valid work permits.
ReplyDeletePrisoner exchange discussions with Thailand were at the final stage and would later be expanded to Indonesia, he said.
ReplyDeleteMeanwhile, Ahmad Zahid said a large percentage of local convicts were in prison for drug offences.
ReplyDeleteHe urged all parties concerned, including government agencies, non-government organisations and local communities to work together for the prevention and rehabilitation of drug offenders.
ReplyDelete“The Prison Department’s KPI (Key Performance Index) for reducing the rate of recidivism is to maintain it at below 10 percent,” he said.
ReplyDeleteAs of June this year, the Department has achieved a KPI of 7.97, he said.
ReplyDeleteThis is also for the better welfare of police management.As well as for peace safeguard measure.
ReplyDeletePKR Selangor dijangka berhadapan dengan krisis perpecahan yang dahsyat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terus diserang oleh kepimpinan PKR negeri.
ReplyDeleteBermula dengan isu perlantikan exco yang dilihat menjadi punca krisis pertelagahan, kini masalah semakin meruncing apabila Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor mempertikaikan perlantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar.
ReplyDeletePerkara itu dipertikaikan sendiri oleh Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafei yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan tentang skop kerja jawatan itu dalam pentadbiran negeri Selangor.
ReplyDeleteMenurut beliau seperti dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian, MPN Selangor akan meminta penjelasan lanjut daripada Tan Sri Abdul Khalid kerana timbul pertanyaan mengapa pula Setiausaha Agong PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
ReplyDeleteShuhaimi menegaskan, semua posisi penting yang berada di pentadbiran kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan yang terdiri dari Menteri Besar, Exco kerajaan negeri dan ahli majlis adalah terdiri daripada orang politik.Beliau juga mempersoalkan dengan pelantikan tersebut, bagaimana pula tafsiran tidak mahu orang politik berada dalam kerajaan dapat dipenuhi atau diabaikan.
ReplyDeleteNamun menurut sumber lain, tindakan Shuhaimi sengaja dibuat kerana ada hubung kait dengan pembersihan yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim dalam kerajaan Selangor dan anak syarikat kerajaan negeri yang mengetepikan semua pemimpin PKR yang disyaki adalah kroni Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
ReplyDeleteSumber berkata, mungkin Azmin Ali menjadi perancang untuk memporak-perandakan kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor sebagai tindakan balas dendam.Shuhaimi turut menemplak Khalid Ibrahim ekoran peristiwa seorang wakil rakyat PR dihalau keluar dari mesyuarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
ReplyDeleteZAHID HAMIDI: WIBAWA DALAM POLITIK
ReplyDeleteYang saya kenali: Penampilannya sederhana namun bergaya.Kata tuturnya ramah dan di seli dengan madah. Matanya memandang kita, hatinya nampak menilai. Ingatannya berkapasiti besar dan pemikirannya sepantas 'Intel Processor'
Dalam beberapa kali pertemuan dengan beliau, saya dapat rasakan getaran auranya yang cukup kuat mampu di kesan mengunakkan alat pengukur reiki walaupun dalam jarak jauh. Teringat saya pada salah seorang sifu iaitu Pak Siddiq Ghause, bekas setiausaha politik Tun Mahathir. Beliau telah memberi tunjuk ajar dalam bidang aura ini sehinggakan saya dapat merasakan getaran di sekeliling.Berbalik kepada cerita tadi, saya katakan bahawa aura putih Dato Zahid Hamidi ini sangat kuat.
ReplyDeleteBaru -baru ini saya terbaca mengenai seorang lelaki Melayu telah tampil kehadapan untuk memohon keadilan kononnya beliau telah di pukul oleh Dato Seri Zahid. Motifnya tidak jelas maka saya jalankan risikan melalui kenalan rapat namun jawapan nya masih kurang pasti tetapi katanya ada kaitan dengan keluarga.
ReplyDeletePak Abu (bukan nama sebenar) secara berseloroh berkata pada saya " Kalau aku di tempat Dato Zahid, lagi teruk aku kerjakan! Seperti mana mana Bapa yang bertanggungjawab, Maruah keluarga patut di pertahankan" Saya kurang faham lalu menghabiskan makanan yang terhidang.
ReplyDeleteTI-M memandang berat dan mengharapkan isu penyelewengan kuasa dan rasuah ditangani bersama secara tuntas dan lebih sistematik lagi. Kami merakamkan tahniah atas kerja kuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menyentuh kes segelintir kakitangan imigresen baru-baru ini, beberapa persoalan timbul antaranya berapa ramai kakitangan terbabit dan apakah kakitangan atasan saja serta berapa lama penyelewengan kuasa dan rasuah terjadi?
ReplyDeleteApakah tidak ada usaha dalaman (imigresen sendiri) menangani soal meningkatkan integriti kakitangan mereka dan tidakkah pihak bertanggungjawab imigresen melihat perkara ini adalah barah dalam organisasi yang perlu dipulihkan, malah dicegah terlebih dulu? Cukupkah usaha memindahkan kakitangan kerana tidakkah nanti perkara sebegini merebak ke tempat lain? Apakah rasuah kewangan saja berlaku atau membabitkan seks? Apakah kita berpuas hati usaha pemulihan, khususnya berkaitan jati diri kakitangan terbabit dan apakah usaha pencegahan seterusnya untuk jangka panjang dan jangka pendek
ReplyDeleteDilaporkan mereka yang terbabit ialah pegawai muda dan lama. Tentu ini memberi imej dan implikasi buruk bukan saja terhadap imigresen dan institusi kakitangan beruniform, malah negara yang ingin membuat transformasi bebas rasuah serta menerapkan imej kakitangan kerajaan yang berintegriti tinggi setiap masa.
ReplyDeleteDengan imej kakitangan dan pegawai beruniform ditangkap rasuah dan penyelewengan kuasa, akan merudumkan Indeks Persepsi Rasuah negara pada peringkat antarabangsa. Penjawat awam tidak boleh menyalahgunakan kuasa untuk diri, keluarga atau kerabat sendiri. Dalam pemikiran Melayu, ‘elok kain eloklah coraknya, elok pemimpin eloklah negerinya.’ Penulis terkenal Austria, Karl Kraus (1874-1936) mengingatkan rasuah lebih buruk daripada pelacuran yang meruntuhkan moral kerana rasuah meruntuhkan moral negara.
ReplyDeleteManusia tidak ada yang sempurna dan pasti ada yang melakukan kesilapan.
ReplyDeleteDS Zahid yang terkenal dengan ketegasannya juga mempunyai karakter yang kuat sebagai seorang pejuang... Lihat sahaja bagaimana beliau sentiasa memacu kehadapan dalam tindakan yang dilakukan oleh beliau terutamanya dalam memimpin kementerian yang beliau ketuai...
ReplyDeleteSiapa pernah terfikir dengan tindakan tegasnya dalam menangani jenayah melalui PDRM? sebagai contoh... Tidak hairanlah beliau sentiasa tenang dalam menggalaskan tugas beliau sebagai seorang pemimpin...
ReplyDeleteKalau anak-anak muda terutamanya yang mendokong perjuangan Agama Bangsa dan Negara menyukai akan insan yang OPEN-MINDED, inilah contoh pemimpin terbaik untuk diikuti dan dijadikan contoh dalam UMNO selepas Presiden dan Timbalan Presiden...
Beliau juga seorang yang berlapang dadalah dalam menerima sesuatu... Itulah kunci kekuatan seorang pemimpin... Tidak gelojoh dan punyai perancangan rapi dalam membuat sesuatu...
ReplyDeletePH pasti dan percaya, ahli-ahli UMNO tidak akan rugi mengangkat DS Zahid Hamidi sebagai seorang pemimpin apatah lagi UMNO sangat memerlukan pemimpin yang kuat jatidirinya, Tegas dalam tindaknnya, berupaya menyelesaikan sesuatu perkara dengan cekap dan berkesan...
Nama: Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
ReplyDeleteTarikh Lahir: 4 Januari 1953
Tempat Lahir: Bagan Datoh, Perak
Jawatan: Menteri Dalam Negeri
PRU13 lalu menceritakan segalanya... Keputusan yang masih memihak kepada Barisan Nasional melihat secara jelasnya, Orang Melayu/Bumiputera secara majoritinya terus meletakkan UMNO sebagai sandaran Utama kepada untung nasib Melayu/Bumiputera...
PRU14 kurang dari 5 tahun lagi, justeru, UMNO kena terus kuat dan kekuatan itu perlu ditiingkatkan lagi agar kepercayaan orang Melayu/Bumiputera terus mendokong perjuangan parti keramat ini... Saya melihat pucuk pimpinan dalam UMNO kena kuat dan paling penting adalah pejuang kuat kepada Melayu/Bumiputera...
ReplyDeleteDato Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin telah mengesahkan akan mempertahankan kerusi Presiden dan Timbalan Presiden... Pertandingan yang cukup menarik kali ini adalah yang melibatkan Naib Presiden UMNO..
ReplyDelete3 penyandang, Dato Seri Zahid, DS Hishamuddin dan DS Shafie telah mengesahkan untuk mempertahankan kerusi tersebut, manakala Tan Sri Isa, Dato Seri Ali dan Datuk Mukhriz telah mengesahkan untuk bertanding bagi kerusi tersebut... Dato Seri Zahid Hamidi adalah orang yang paling layak diangkat untuk terus mempertahankan kerusi tersebut...
ReplyDeleteBeliau seorang yang cukup dedikasi, tegas, istiqomah dalam perjuangan dan lebih penting lagi sentiasa dibaris hadapan dalam mempertahankan Parti UMNO dari serangan musuh/pembangkang... Mengenali Dato Seri, secara ringkasnya, beliau sebelum menceburi bidang politik beliau adalah seorang ahli perniagaan dan pernah juga menjadi seorang guru... Bermula pada tahun 1986, beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Dato Seri Mohd Najib Tun Razak... Beliau menapak selangkah ke hadapan pada tahun 1995 apabila memenangi parlimen Bagan Datok..
ReplyDelete
ReplyDeleteDengan kepakaran yang ada, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi BSN pada tahun 1995-1998... Menariknya, dalam tempoh yang singkat itu, beliau berjaya mengubah BSN daripada imej `bank pejabat pos' kepada sebuah bank yang cukup disegani... Memiliki Ijazah Kedoktoran dari UPM, neliau terus meniti pentas politik dengan penuh istiqomah dan iltizam untuk memastikan perjuangan UMNO terus relevan dan gah sebagai wadah perjuangan untu orang Melayu Bumiputera...
Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri penerangan, Timbalan Menteri Pelacongan dan seterusnya diangkat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2008... Perubahan kabinet negara pada tahun 2009, menyaksikan Dato Seri Zahid diberi amanah untuk memegang jawatan Menteri Pertahanan Malaysia... Sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, beliau telah membawa banyak perubahan yang melibatkan ketenteraan, memperkemaskan pentadbiran ATM dan yang lebi penting lagi menjadikan ATM terus kehadapan dan cemerlang dalam banyak perkara... Sebagai contoh, peranan ATM dalam isu lahad Datu di Sabah, telah menampakkan beliau sebagai Menteri Pertahanan cukup efektif, konsisten dan jitu menyelesaikan isu tersebut bersama PDRM.
ReplyDeleteDengan kepakaran yang ada, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi BSN pada tahun 1995-1998... Menariknya, dalam tempoh yang singkat itu, beliau berjaya mengubah BSN daripada imej `bank pejabat pos' kepada sebuah bank yang cukup disegani... Memiliki Ijazah Kedoktoran dari UPM, neliau terus meniti pentas politik dengan penuh istiqomah dan iltizam untuk memastikan perjuangan UMNO terus relevan dan gah sebagai wadah perjuangan untu orang Melayu Bumiputera...
ReplyDeleteBeliau pernah menjadi Timbalan Menteri penerangan, Timbalan Menteri Pelacongan dan seterusnya diangkat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2008... Perubahan kabinet negara pada tahun 2009, menyaksikan Dato Seri Zahid diberi amanah untuk memegang jawatan Menteri Pertahanan Malaysia... Sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, beliau telah membawa banyak perubahan yang melibatkan ketenteraan, memperkemaskan pentadbiran ATM dan yang lebi penting lagi menjadikan ATM terus kehadapan dan cemerlang dalam banyak perkara... Sebagai contoh, peranan ATM dalam isu lahad Datu di Sabah, telah menampakkan beliau sebagai Menteri Pertahanan cukup efektif, konsisten dan jitu menyelesaikan isu tersebut bersama PDRM.
ReplyDeleteBeliau juga adalah Menteri yang menjadi penggerak utama kepada penyelesaian konflik di Selatan filipina bagi bangsamoro di mana Malaysia telah memainkan peranan besar kearah pendamaian tersebut.baca Dato Seri Zahid Hamidi telah menawarkan diri untuk bertanding kerusi Naib Presiden UMNO (2009) dan alhamdulillah berkat sokongan dan doa beliau telah berjaya memenangi kerusi Naib Presiden UMNO tersebut dengan undian tertinggi... UMNO semakin hari semakin mendapat sokongan orang Melayu/Bumiputera sehinggalah ia diterjemahkan dalam PRU13 yang lalu...
ReplyDeleteDato Seri Zahid sekali lagi memenangi kerusi parlimen Bagan Datok dan dalam keadaan negara penuh dengan suasana tidak menentu, ditambah lagi dengan provokasi pembangkang yang cukup keterlaluan sehinngga mengganggu ketenteraman negara, beliau diamanahakan tanggungjawab cukup besar oleh Perdana Menteri bagi mengetuai Kementerian Dalam Negeri... Isyaratnya cukup jelas, beliau yang dikenaali dengan kata-kata yang cukup berbisa 'Tiada Lagi Amaran, Tindakan akan diambil' telah membawa KDN secara cukup pantas kehadapan...
ReplyDeleteWalaupun baru beberapa bulan, beliau telah meningkatkan imej PDRM dengan pengenalan kepada Ops-Cantas yang bertujuan untuk membasmi jenayah di negara ini... Lihat sahaja, ianya berjaya menangkap dan menyelesaikan isu jenayah yang pastinya telah membuatkan ramai penjenayah tidak tidur lena... Bayangkkan dalam beberapa bulan sahaja seramai 8449 orang ditahan dalam operasi Ops-Cantas...
ReplyDeleteDalam pada itu juga, operasi membasmi pedatang tanpa izin juga diperhebatkan semula melalui imegrasen malaysia... Apa yang menakutkan PATI, mereka akan dicari dan dijejak secara habis-habisan walaupun sehingga ke lubaang cacing sekalipun... Ini pastinya menimbulkan kerisauan terutamanya kepada PATI dan Tauke-tauke yang menggaji PATI atas niat untuk mendapat keuntungan besar...
ReplyDeleteJelas! Tindakan dan Kapasiti Dato Seri Zahid Hamidi secara tidak langsung telah menggambarkan bahawa beliau adalah Pemimpin Melayu yang cukup tegas, berani dan istiqomah... Apatah lagi, tindakan yang beliau lakukan ini memberi signal jelas kepada semua, Melayu memerlukan pemimpin seperti beliau. Justeru, Melayu kena berani bertindak! Nah! Inilah masanya, Dato Seri Zahid Hamidi telah menawarkan diri bertanding bertanding jawatan naib Presiden, saya menyeru kepada semua perwakilan dan ahli-ahli UMNO agar kita memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Dato Seri Zahid Hamidi bagi mendokong perjuangan parti keramat Melayu ini...
ReplyDeleteBersama-sama kita pastikan Pemimpin yang beriwa besar seperti beliau diangkat pada kedudukan yang sepatutnya dan paling penting diberikan kemenangan dengan undian tertinggi sebagai Naib Presiden UMNO No.1... Nama beliau terus meniti dibibir kawan mahupun lawan... Ramai yang tidak tahu, Dato Seri Zahid juga benyak terlibat dengan program-program amal dan kebajikan bagi memartabatkan Agama Islam dan melahirkan anak-anak kita yang soleh dan solehah... Bersama kita mendokong kemenangan didunia agar kita sama-sama mendapat kemenangan diakhirat sana... Semoga Allah merahmati kita semua!
ReplyDeleteTuntutan tak munasabah usah dilayan
ReplyDeletePada 1978, bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn berdepan dengan kumpulan pendesak perkauman yang mendakwa wujud dua kelas warga negara di Malaysia.
Puak ini membuat bising kerana tidak gembira dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang kononnya mendiskriminasi orang Cina dan menjadikan mereka warga negara kelas kedua.
ReplyDeleteMenurut mereka, hak istimewa Melayu, yakni tonggak kontrak sosial yang turut mempertahan hak bukan Bumiputera, meletakkan orang Melayu sebagai warga negara kelas pertama.
ReplyDeleteSebagai reaksi, Tun Hussein menyatakan bahawa DEB bertujuan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
ReplyDeleteIa tidak mendiskriminasi mana-mana pihak, malah orang Cina tetap menjadi kaya di bawah DEB. Ini jawapan beliau: “Orang Melayu boleh saja menjadi warga negara kelas kedua di negara sendiri dan orang Cina boleh diangkat jadi warga negara kelas pertama, dengan syarat orang Cina memindahkan semua harta dan kekayaan mereka kepada orang Melayu.
ReplyDeleteerlarutan terlalu lama, sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat yang cintakan keamanan.
ReplyDeletePihak pendesak tersentap dan terkedu dengan jawapan itu. Buat seketika, tiada lagi kedengaran desakan atau tuntutan yang tidak munasabah itu. Walaupun Tun Hussein tidak lama jadi Perdana Menteri, beliau dikenali sebagai pemimpin yang tegas dan berprinsip, sama seperti Perdana Menteri sebelumnya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Mereka dihormati, disegani dan adakalanya ditakuti kawan dan lawan.
ReplyDeleteTun Dr Mahathir Mohamad juga meninggalkan legasi yang kuat sepanjang mentadbir negara ini selama 22 tahun. Seorang yang tegas pendirian dan memiliki keyakinan diri yang tinggi, beliau berani membuat keputusan, hatta yang tidak popular, dan menghadapi risiko. Beliau berdepan dengan pelbagai krisis yang melanda parti, kerajaan serta keluarga dan dirinya, namun kesemuanya dihadapi dengan berani dan tegas. Dr Mahathir melahirkan pandangan mengenai pelbagai isu, termasuk mempertahan hak Bumiputera tanpa segan silu, dan berani berdepan dengan semua pengkritiknya, baik di dalam mahupun di luar negara.
Ketegasan pucuk pimpinan
ReplyDeleteKetegasan dan keberanian pucuk pimpinan menjadikan negara ini aman dan makmur. Rakyat boleh menjalani kehidupan seharian dengan selesa, pembangunan boleh berjalan baik dan ekonomi berkembang pesat. Tapi semua ini boleh terjejas jika soal keselamatan dan kestabilan diambil mudah. Melihat kepada kerenah pembangkang selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13, banyak pihak berasakan perlunya kepemimpinan yang lebih tegas dan berani bagi menangani gejala yang boleh mengancam keamanan negara dan keharmonian bermasyarakat.
Pemimpin pembangkang sedang menanam pemikiran anarkis dalam kalangan pengikut mereka melalui tindakan provokasi, protes dan demonstrasi. Penyokong yang taksub diajar untuk mendengar sebelah pihak saja. Mereka tidak digalak berfikiran rasional atau objektif. Mereka diajar untuk tidak menghormati undang-undang dan bertindak ganas jika disekat. Mereka juga dididik supaya mengecam dan bersikap kurang ajar kepada seteru.
Selain menyerang pemimpin negara, khususnya dari UMNO dan Barisan Nasional (BN), mereka juga menghina institusi seperti Raja-Raja Melayu, Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan sistem kehakiman. Sultan Johor dan Sultan Perak adalah antara Raja Melayu yang dihina pemimpin DAP. Tun Mahathir digelar ‘syaitan’ oleh Lim Kit Siang, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah pula dilabel ‘rasis’ manakala Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan timbalannya, Datuk Zulkifli Noordin dianggap pelampau, atas pendirian mereka mempertahan hak orang Melayu, kesucian Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
ReplyDeleteSering dikecam
ReplyDeleteTidak terkecuali alim ulama, tokoh akademik, cendekiawan dan akhbar Melayu. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sering dikecam penyokong PAS walaupun bercakap benar mempertahankan agama dan nilai Islam. Datuk Dr Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa pula dihina kerana menganjurkan perpaduan ummah Melayu-Islam. Tunku Aziz Tunku Ibrahim turut dikecam kerana pendiriannya menentang keganasan dan demonstrasi jalanan. Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein pernah menangis apabila novelnya, Interlok, dibakar puak pelampau yang memprotes penggunaan perkataan yang dianggap menyinggung perasaan kaum India.
Fenomena keganasan dan pelampau mesti dibanteras segera. Ia sudah berlarutan terlalu lama, sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat yang cintakan keamanan.
Pembangkang harus ingat bahawa Malaysia bukan milik mereka saja. Mereka tidak boleh buat sesuka hati, lacurkan undang-undang dan ranapkan perpaduan. Malaysia milik semua rakyat, semua warga negara ada hak untuk menikmati kedamaian, kestabilan dan kemajuan. Andainya sebahagian lagi rakyat yang membantah ‘kegilaan’ pembangkang yang berterusan ini hilang sabar dan mahu bertemu buku dengan ruas, alamatnya negara kita akan mengalami perang saudara.
ReplyDeleteKerajaan dan pihak berkuasa perlu menangani situasi ini dengan cepat, tegas dan tuntas. Episod di Lahad Datu dan Semporna masih terasa, mengingatkan semua pihak soal keamanan tidak boleh diambil mudah. Sudah cukup amaran diberi kepada pencetus huru-hara dan puak anarkis. Ketegasan yang ditunjukkan Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mesti diterjemah dalam bentuk tindakan yang boleh meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak berkuasa.
ReplyDelete