Tuesday, June 18, 2013

TPP akan sebabkan harga ubat naik 60 hingga 80%?

Sempena menyambut Hari Raya, SPAD telah mengumumkan bahawa harga bagi tiket-tiket bas telah dibenarkan naik 10%.., oleh itu bersamalah kita mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan kerajaan Barisan Nasional itu..

Jika apa yang dilaporkan ini menjadi realiti iaitu perjanjian Trans-Pacific Partnership menjadi realiti, maka ucapan terima kasih buat semua pemimpin UMNO/BN sahaja tidak memadai..



MUNGKIN tidak ramai yang tahu pada ketika ini, satu rundingan perdagangan bebas (FTA) dinamakan Trans-Pacific Partnership atau perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sedang diadakan antara Malaysia dan 10 negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS).

Perjanjian yang didakwa dijalankan penuh rahsia itu dijangka akan ditandatangani Oktober depan, dengan kehadiran Presiden AS Barack Obama di salah sebuah negara Asean.

Namun, terlalu sedikit maklumat diketahui mengenai rundingan yang telah berjalan selama 24 bulan dan hampir memasuki peringkat akhir itu.

Menurut beberapa badan bukan kerajaan (NGO), maklumat rundingan TPP bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

“Kami kesal ia tidak didedahkan sedangkan rakyat yang akan terima kesan buruk jika ia dimeterai. Perjanjian seperti ini tidak sepatutnya dimeterai secara rahsia dan terlindung dari pengetahuan orang awam.

“Rakyat berhak tahu dan beri pandangan bila perjanjian seperti ini melibatkan kualiti hidup,” menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Apa disembunyikan?

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), iaitu antara NGO paling giat memperjuangkan isu ini menganggap kerahsiaan melampau dalam perbincangan perjanjian itu menimbulkan pelbagai tanda tanya. “Jika TPP ini perjanjian yang begitu bagus, kenapa kerajaan perlu rahsiakan butirannya?,” soal Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar.

Persoalan Mohd Nizam itu dikongsi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menggesa kerajaan mendedahkan teks perjanjian untuk diteliti orang ramai jika benar perjanjian FTA seperti itu memberi manfaat kepada rakyat.

“Mengapa kerajaan bersembunyi di sebalik perjanjian kerahsiaan (antara semua negara perunding)? Jaminan daripada kerajaan sahaja tidak cukup,” menurut CAP dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Selain Malaysia dan AS, sembilan lagi negara yang menyertai rundingan TPP adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam manakala Jepun dijangka menjadi negara ke-12 menyertai TPP semasa rundingan seterusnya pada 15 hingga 25 Julai di Malaysia.

Ubat naik harga, petani terjejas

Melalui dokumen bocor yang diperolehi, TPP dipercayai akan memberi kesan buruk kepada Malaysia terutama dalam bekalan ubat-ubatan.

Kajian MTEM menunjukkan TPP akan menaikkan harga ubat-ubatan 60 hingga 80 peratus lebih tinggi berbanding sekarang.

“AS mahu semua negara TPP bersetuju dengan hak Harta Intelek (IP) yang hanya akan memberi pulangan tinggi kepada syarikat farmasi negara itu," menurut laporan MTEM mengenai kesan TPP kepada rakyat.

Sementara itu, menurut Mapim, penekanan kepada hak IP hanya akan memberi keuntungan kepada syarikat gergasi kerana ubat generik, iaitu ubat lebih murah yang mempunyai kandungan dan kesan sama dengan ubat asli tidak akan dibenarkan untuk dijual di pasaran negara peserta TPP.

“Ini bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi asal, menyebabkan kos ubat sangat mahal,” kata Mohd Azmi.

Beliau menambah, TPP juga akan memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi tinggi oleh kerajaan negara itu dipasarkan di Malaysia.

“Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPP dimeterai,” menurut Mohd Azmi.

Bulan lalu, Kesatuan Kerjasama Pertanian Pusat Jepun turut menentang keputusan kerajaan negara itu menyertai rundingan TPP kerana petani Jepun dikhuatiri terpaksa bersaing dengan AS melalui penghapusan cukai produk pertanian.

AS sembunyi agenda, Miti tutup mulut?

Minat AS kepada rantau ini bukanlah satu rahsia. Obama dalam ucapannya di sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada November 2011 berkata, tiada rantau lain yang boleh membantu membentuk masa depan ekonomi AS selain Apec.

Mohd Nizam mendakwa, AS kini memberi tekanan kepada negara peserta supaya mempercepatkan tarikh menandatangani perjanjian itu yang dianggap penjajahan ekonomi ke atas Malaysia dan bakal menggadaikan kedaulatan negara.

Mohd Nizam turut mempersoal dakwaan kerajaan AS memberi kebenaran kepada wakil syarikat antarabangsa gergasi di negara itu untuk meneliti teks rundingan serta memberi cadangan kepada Washington berhubung butiran perjanjian.

“Miti gagal menjawab pertanyaan ini semasa pertemuan kami dan jika ianya benar, mengapa AS boleh memberi akses kepada wakil industri, tetapi tidak di Malaysia?,” soalnya lagi ~ Sinar Harian

11 comments:
Write comments
  1. Rasanya semua ini masih belum ada kepastian lagi. Kita tunggu apa berita seterusnya mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  2. Harga ubat naik pun rasanya kita sendiri sedar yang mana ubatan diberikan subsidi. Rasanya kerajaan tahu apa yang mereka akan lakukan.

    ReplyDelete
  3. Kita tidak patut berfikiran pendek. Harga pasti akan naik. Dari nenek moyang kita sehingga sekarang tidak pernah pun ada mereka cakap harga akan turun dan turun. Tidak pernah.

    ReplyDelete
  4. harga akan terus naik dan naik dari tahun ke tahun. Itulah yang perlu kita tahu. Tidak akan ada harga yang kekal begitu saja.

    ReplyDelete
  5. Ini termasuk jugalah mengenai bekalan air dan elektrik. Perkara ini berlaku apa bila bermintaan yang terlalu tinggi namun pengeluaran semakin berkurangan. Jadi ini antara yang menyebabkan harga semakin berbeza dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
  6. Sebagai contoh lagi seperti barang makan. Kenapa beras, gula, roti semakin naik. Ini semua adalah sebab permintaan banyak namun hasil daripada sumber sangat berkurangan. Contoh beras.. Beberapa banyak negara menjadi pengeluar beras dunia?

    ReplyDelete
  7. Jadi apa yang penting sekarang ini. Tahun demi tahun akan berlaku kenaikan sesuatu barang. Tidak kira walaupun pembangkang jadi kerajaan mereka sendiri pun tidak akan dapat menangani dengan mengekalkan harga sedia ada. Ini kerana adalah perubahan global.

    ReplyDelete
  8. Jadi berfikirlah sebelum mengeluarkan kata-kata yangtidak sepatutnya. Jangan kita seperti katak di bawah gelas kaca. Nampak diluar tapi berpura-pura pula tidak tahu apa-apa dan cuba mengelirukan orang lain.

    ReplyDelete
  9. Masalahnya sebelum pilihanraya tak pula naik bila lepas pilihanraya mendadak naik!

    ReplyDelete
  10. Isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menjadi hangat dibual dan dibincangkan bahkan dalam forum-forum tertentu juga membicarakan topik yang sama dari perspektif yang berlainan. Apakah pengertian TPPA dan implikasinya terhadap perdagangan serantau dan antarabangsa yang melibatkan Malaysia?


    Sebelum kita membicarakan TPPA dengan lebih lanjut, eloklah kita melihat isu perjanjian perdagangan global WTO dan serantau seperti APEC, AFTA yang sediada yang boleh dikaitan dengan TPPA. Jika tanpa mengetahui organisasi dan perjanjian-perjanjian tersebut, dikhuatiri anda akan tersasar fokus dan tidak dapat memahami mengapa perjanjian TTPA itu amat diperlukan.


    Di samping hubungkait antara beberapa klaus dalam perjanjian FTA misalnya yang dijadikan kesinambungan kepada perjanjian TPPA. Maka penekanan juga diberikan kepada isu-isu FTA terutamanya hubungan Perjanjian FTA Malaysia-Amerika Syarikat.

    Anda baca seterusnya di sini http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/08/isuperjanjian-perkongsian-trans-pasifik.html

    ReplyDelete
  11. For Malaysia, he said, it was felt as market capitalisation rose about 30 per cent to about RM152 billion for the past five months.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.