Friday, June 7, 2013

GAMBAR & VIDEO Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh

Sebahagian dari struktur jambatan kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi.

Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.

Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui samada terdapat mangsa yang terperangkap atau tidak.

Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut. Menurut Shoki, pihak bomba juga dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Difahamkan juga, kerja-kerja pembinaan juga dihentikan buat sementara namun pembinaan pada bahagian lainnya tidak terjejas.

Sehingga setakat ini, punca sebenar kejadian masih tidak dapat diketahui.

Sementara itu, ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang berada di lokasi juga mengesahkan melalui laman Twitternya bahawa struktur sepanjang 30 meter itu telah runtuh.

Menurutnya Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah memberitahu lebih kurang satu atau dua kereta telah remuk akibat runtuhan.

Katanya lagi, pihak bomba juga sedang memulakan operasi menyelamat. -astro











76 comments:
Write comments
  1. The rescue operation at the collapsed ramp of the Second Penang Bridge is a failure and is now mere “clearing work”, said Penang Chief Minister Lim Guan Eng.

    ReplyDelete
  2. Lim, who today visited the site where a car is still trapped underneath the rubble of the collapsed ramp, said rescue efforts had failed.

    ReplyDelete
  3. The 40m section of the ramp collapsed at about 7pm yesterday, injuring three people while a car with at least one victim is buried underneath.

    ReplyDelete
  4. The ramp is part of the Batu Maung Interchange project which is Package 3A of the Second Penang Bridge project being constructed by local contractor Cergas Murni.

    ReplyDelete
  5. Lim was disappointed that 18 hours after the incident nothing effective had been done. “We are not blaming the Fire and Rescue Department personnel or the police as they have done their part but this is an engineering problem as an engineer should have taken charge and provide an engineering solution to the rescue work,” he said at a press conference at the site.

    ReplyDelete
  6. Lim said there are two aspects to the incident — the first is to determine how it could have happened and second is on the failure of the rescue efforts.

    ReplyDelete
  7. “Last night we can see the extent of the operations where there are so many issues where even the crane broke down and hampered the rescue operation,” he said. He said the engineer in charge of the project should be involved in the operations and that there must be coordination.

    ReplyDelete
  8. As at 2pm, rescue and clearing work was still going on to free the car trapped underneath the hundreds of tonnes of concrete rubble.

    ReplyDelete
  9. Lim said the Penang Island Municipal Council had also issued an immediate stop-work order for all work on the site except for remedial work.

    ReplyDelete
  10. Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) had told the contractor, Cergas Murni, to stop work on the affected site yesterday.

    ReplyDelete
  11. Jambatan dibina sepatutnya kukuh
    Jika spesifikasi ikut dan patuh
    Kenapa tetiba boleh runtuh
    Perlu siasat secara menyeluruh~

    Jangan bersikap acuh tak acuh
    Projek rakyat jangan ditangguh
    Murka Allah bagi yang angkuh
    Balasan datang tanpa tertangguh~

    Kita bina jambatan
    Bukan buat reban
    Bila dana awam salahguna
    Rakyat terkorban jadi mangsa~

    Bila projek awam dijadikan publisiti
    Terimalah kecaman berlakunya tragedi~

    ReplyDelete
  12. LAPOR KE SPRM TAPI BOLEH PERCAYA KE SPR + M

    ReplyDelete
  13. UEM Builders Bhd pada Jumaat menjelaskan bahawa syarikat itu bukan kontraktor utama bagi projek Jambatan Kedua Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  14. Dalam satu kenyataan pada Jumaat, UEM Builders berkata, syarikat itu hanya bertanggungjawab bagi kerja-kerja struktur besar rentangan bagi jambatan (Pakej 2) dan tidak terlibat dalam pembinaan bahagian lain jambatan berkenaan.

    ReplyDelete
  15. “Oleh itu, syarikat tidak terlibat dan tidak mempunyai kaitan dengan kontraktor yang dilantik untuk membina Pakej A, Persimpangan Batu Maung,” katanya.

    ReplyDelete
  16. Kenyataan itu juga menyenaraikan penerangan projek dan kontraktor yang terlibat dalam pembinaan jambatan berkenaan.

    ReplyDelete
  17. Daripada laman sesawang Jambatan Kedua Sdn Bhd, senarai menunjukkan kontraktor bagi Pakej 3A ialah Cergas Murni Sdn Bhd.

    ReplyDelete
  18. Kenyataan itu dikeluarkan susulan terdapat laporan yang mendakwa UEM Builders sebagai kontraktor utama bagi jambatan tersebut.

    ReplyDelete
  19. Jalan tanjakan persimpangan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang sedang dibina di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu here, runtuh kira-kira pukul 7.15 petang Khamis.

    ReplyDelete
  20. Jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd pada Khamis berkata, kejadian berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan struktur jambatan yang dalam pembinaan tetapi hanya membabitkan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur di Pakej 3A laluan keluar dari jambatan ke lebuh raya di bahagian pulau.

    ReplyDelete
  21. Jurucakap itu berkata, projek pembinaan itu diurus kontraktor Cergas Murni, yang mempunyai rekod yang baik dalam kerja pembinaan jambatan sebelum kejadian itu.

    ReplyDelete
  22. "Therefore, the company is not involved and has no connection with the appointed contractor to build a package, Crossroads Batu Maung," he said.

    ReplyDelete
  23. In a statement on Friday, UEM Builders, said the company is only responsible for major structural works span of the bridge (Package 2) and was not involved in the construction of other parts of the bridge.

    ReplyDelete
  24. Second Bridge Sdn Bhd spokesman on Thursday said the incident did not involve the construction of a bridge structure but involving only concrete ramps and steel rails in Package 3A connector exit from the highway bridge at the island.

    ReplyDelete
  25. Road intersection ramps Second Penang Bridge, which was built on Highway Tun Dr Lim Chong Eu here, collapsed about 7:15 pm Thursday.

    ReplyDelete
  26. The web site of the Second Bridge Sdn Bhd, the list shows the contractor for Package 3A is Pure Fitness Inc.

    ReplyDelete
  27. Punca runtuhan ini harus disiasat.

    ReplyDelete
  28. Walaubagaimanapun, tindakan untuk membaiki lagi retakan structure harus diambil.

    ReplyDelete
  29. Susah nak bayangkan jika jambatan ini telah mula digunakan oleh golongan awam, sudah pasti ada banyak kematian.

    ReplyDelete
  30. Adakah ini berkaitan dengan rasuah?

    ReplyDelete
  31. Kontraktor harus memberi penjelasan dan mengambil langkah yang wajar.

    ReplyDelete
  32. perjelaskan punca kejadian ini.

    ReplyDelete
  33. Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM4.3 bilion itu mungkin disiapkan lebih lambat daripada yang dijadualkan susulan kejadian tanjakan runtuh Khamis lepas. Walaubagaimanapun, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) berkata mereka akan berusaha mengikut jadual.

    ReplyDelete
  34. Pengarah Pembinaan JKSB Mohd Ashari Alias berkata pihaknya kehilangan masa kerja ekoran pemberhentian kerja-kerja pembinaan selepas lokasi kejadian diserah kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) untuk tujuan siasatan.

    ReplyDelete
  35. Kerja-kerja siasatan itu dijangka mengambil masa sebulan dan kami hanyaboleh menyambung semula kerja selepas siasatan selesai, katanya ketika dihubungi Bernama.

    ReplyDelete
  36. Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 16.9 km daripadanya berada di atas permukaan air dijadual siap pada September ini, namun kini mungkin lewat selama dua bulan kepada November.

    ReplyDelete
  37. Beliau berkata walaupun kejadian itu membabitkan Tanjakan Dua yang menghubungkan Batu Maung ke jambatan, namun kerja di tiga lagi tanjakan turut dihentikan.

    Jelas beliau tiga lagi tanjakan ialah Tanjakan Satu yang menghubungkan jambatan dengan George Town, Tanjakan Tiga (jambatan ke Batu Maung) dan Tanjakan Empat (George Town ke jambatan).

    ReplyDelete
  38. JKSB merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan dan ditubuhkan pada 9 Julai 2008 bagi membina, mengurus, mengoperasi dan menyelenggara jambatan itu yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dengan Batu Maung di bahagian pulau, Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  39. Sebahagian daripada hartanah di Johor dan Pulau Pinang sudah banyak dibeli dan menjadi hak milik kekal. Ini tidak termasuk di negeri lain (Malaysia). Apa pengajaran yang dapat dipetik daripada insiden ini? Bahaya ultra kiasu kepada negara.

    ReplyDelete
  40. Jika tidak dibendung, apakah nasib Melayu (Islam) di bumi Melayu. Justeru, saya mahukan umat Islam sedar, tidak kira apa jua partinya. Seagama tetap bersaudara, walaupun tidak sebangsa. Benar, kita perlu berbaik sangka. Tetapi apakah kita harus terus berdiam, jika musuh begitu nyata di depan mata dan sentiasa merancang untuk memusnahkan kita.

    ReplyDelete
  41. Bertindaklah mengikut perlembagaan. Jika mereka menyentuh isu-isu sensitif, seperti menghina Islam, raja dan Melayu (bangsa dan bahasa), yang terkandung dalam akta hasutan, jangan ragu-ragu dengan tindakan itu. Jika kita terus berlembut, kita akan terus menjadi mangsa. Jangan haraplah dengan berlembut, mereka akan mengundi kerajaan sedia ada.

    ReplyDelete
  42. Ultra kiasu tidak mahu ada sesiapa yang menghalang mereka. Awal-awal lagi sudah dibanteras. Orang Melayu (Islam) yang belajar di sekolah kerajaan, tidak dibenarkan memakai tudung (menutup aurat). Umat Islam mesti akur dengan keputusan tersebut, suka atau tidak.

    ReplyDelete
  43. nampak bahagian yang runtuh ada lagi struktur2 'scaffolding' , maksudnya runtuh masa kerja pembinaan sedang dijalankan , dan bukan masa struktur itu siap sepenuhnya

    ReplyDelete
  44. Kemalangan berlaku semasa 'work in progress' berdasarkan struktur2 scaffolding yang turut runtuh .

    ReplyDelete
  45. jambatan ini dibina oleh China Harbour Engineering Co Ltd dengan kerjasama UEM Construction Sdn Bhd. Rekabentuk jambatan kedua ini dibuat oleh Malaysian Highway Authority dan UEM Builders. UEM Construction da UEM Builders adalah anak syarikat UEM Group (United Engineer Malaysia Berhad).

    ReplyDelete
  46. syarikat ini mempunyai track record yang baik untuk projek2 yang lepas. Kejadian sebahagian struktur yang runtuh ini mungkin disebabkan kelemahan dalam 'supervision' semasa struktur dibina dan pelbagai lagi faktor kejuruteraan yang lain . Tak perlu salahkan parti politik mengenai hal2 berkaitan kejuruteraan ini, agak jelas hal2 sebegini adalah 'human error' .

    ReplyDelete
  47. Bagi mereka yang biasa terlibat dalam industri minyak dan gas, memang banyak kemalangan2 berkaitan 'human error' tak di report pada 'public' (scaffolding runtuh, oil leakage,platform terbakar, tug boat tenggelam dan sebagainya) . Takkan semua ni nak dikaitkan dengan politik ?

    ReplyDelete
  48. Pembinaan jambatan ke-2 Penang adalah sesuatu yang besar , hal2 berkenaan pembekalan bahan dan sebagainya memang melalui proses2 yang teliti . Perlu ada sijil2 dan pengiktirafan badan2 tertentu .

    ReplyDelete
  49. Kalau pembinaan jambatan ke-2 Penang ini kurang kualitinya mengapa sekarang baru ada struktur yang runtuh , tetapi struktur yang ada di tengah2 laut masih teguh ? Juga perlu diingat , UEM Construction juga adalah kontraktor yang sama membuat kerja2 pelebaran Jambatan Pulau Pinang (yang sedia ada) . Dan sehingga sekarang tiada struktur yang dilebarkan itu gagal .

    ReplyDelete
  50. Siapakah yang harus ditanya mengenai masalah ini? Adakah Datuk Najib?

    ReplyDelete
  51. Lim Guan Eng mana kenyataan anda mengenai perkara ini?

    ReplyDelete
  52. Menteri Kerja Raya Datuk Fadilah Yusof berkata punca sebenar insiden runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang perlu segera dikenalpasti bagi mengelak berulangnya kejadian seumpamanya.

    ReplyDelete
  53. Kita kena kaji keseluruhan insiden untuk dijadikan rujukan jangka panjang. Kalau libatkan kelemahan daripada segi SOP maka kita kena cari jalan untuk tambah baik.

    ReplyDelete
  54. Walaupun aspek keselamatan di tapak pembinaan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Kementerian Sumber Manusia, namun pihaknya masih perlu menjalankan siasatan memandangkan semua lebuh raya di negara ini dipantau oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di bawah kementeriannya.

    ReplyDelete
  55. Dalam masa yang sama, nampak paling sibuk sekarang ialah ahli-ahli politik DAP yang menguasai kerajaan negeri tersebut.

    Biasanya DAP tidak peduli pun kalau berlaku bencana besar di negara kita, tapi dalam kes ini nampaknya berbeza. Dengan tidak berlengah-lengah lagi, para pembesar DAP berkumpul di tapak tragedi, atas sebab yang mereka saja tahu.

    ReplyDelete
  56. Siasat punya siasat, rupanya-rupanya kontraktor yang dianugerahkan kontrak untuk membina seksyen tersebut, Cergas Murni Sdn Bhd adalah dilantik oleh anak syarikat kerajaan Pulau Pinang, PDC yang dipengerusikan Lim Guan Eng. Cergas Murni dianugerahkan kontrak untuk pembinaan tersebut oleh PDC pada tahun 2010.

    ReplyDelete
  57. Tahun 2010, DAP sudah ambil alih Pulau Pinang.

    Maka itu, tidak hairanlah sekarang kenapa para pembesar DAP sangat-sangat gelabah bila kejadian ini berlaku. Guan Eng tambah gelabah lagi apabila meminta siasatan dijalankan, bukan sahaja pada bahagian yang runtuh, tapi keseluruhan jambatan kedua Pulau Pinang tersebut.

    ReplyDelete
  58. Tak susah nak mengagak kenapa Guan Eng keluar kenyataan seumpama itu – dia tidak mahu soal PDC menganugerahkan kontrak bagi seksyen yang runtuh, diperbesarkan orang ramai, kelak nanti ada pulak tuduhan rasuah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  59. Pihak-pihak berkaitan seperti SPRM perlu siasat jika ada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan semasa penganugerahan kontrak tersebut dan sama ada PDC yang dipengerusikan Guan Eng, telah melihat kelayakan kontraktor terbabit mengikut prosedur sedia ada sebelum penganugerahan kontrak.

    ReplyDelete
  60. Kita minta siasat, kita tak tuduh apa lagi. Kita tak hina macam bapak Guan Eng yang semasa berlaku kejadian bot karam di Sarawak, menunding jari kepada BN kerana berlakunya tragedi tersebut.

    ReplyDelete
  61. Walaupun kita tak main game itu, tapi plotnya lebih kurang sama dan Guan Eng perlu tampil menjawab serta membenarkan siasatan dijalankan ke atasnya bagi menentukan semuanya mengikut peraturan yang disediakan.

    ReplyDelete
  62. Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Pulau Pinang mendapati kontraktor yang terlibat dalam pembinaan tanjakan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh Khamis lepas, gagal mendaftar sebilangan pekerjanya dengan lembaga itu.

    ReplyDelete
  63. Pengarah CIDB Pulau Pinang Ir Raslim Salleh berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati pekerja kontrak di situ tidak memiliki kad industri binaan atau kad hijau.

    ReplyDelete
  64. "Kalau ikut rekod kami dan siasatan awal memang pekerja kontrak di situ tidak memiliki kad hijau dan CIDB akan mengambil tindakan sewajarnya. Kontraktor utama memang berdaftar dengan kami.

    ReplyDelete
  65. Operasi bersepadu itu turut disertai beberapa agensi lain seperti Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaraan Seberang Perai (MPSP) dan Rela.

    ReplyDelete
  66. Raslim berkata CIDB akan mengambil tindakan terhadap kontrakor yang terlibat mengikut Akta 520 CIDB kerana syarikat terbabit gagal mendaftarkan pekerja dengan lembaga berkenaan.

    ReplyDelete
  67. Beliau bagaimanapun tidak boleh mengulas lanjut insiden berkenaan kerana siasatan sedang dijalankan termasuk oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh).

    ReplyDelete
  68. Dalam kejadian petang Khamis lepas, penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini runtuh menyebabkan seorang maut manakala tiga yang lain cedera.

    ReplyDelete
  69. Malaysia dikejutkan dengan tragedi yang sungguh tidak dijangka beberapa hari yang lalu berlaku di Pulau Pinang apabila penebat kilat yang didirikan di Ibu Pejabat UMNO negeri itu tumbang dan jatuh ke atas jalanraya ketika ribut kuat melanda sehingga mengakibatkan kerosakan teruk beberapa buah kenderaan serta membawa kematian terhadap seorang warga India dan terbaru seorang rakyat Pulau Pinang keturunan Cina dipercayai turut terkorban.

    ReplyDelete
  70. Kejadian tersebut sebenarnya berpunca dari bencana alam yang sudah pasti tidak dapat dihindari mana-mana pihakpun namun pemimpin-pemimpin DAP dikatakan mula memainkan kejadian itu sebagai isu politik untuk menyalahkan UMNO dan difahamkan juga kejadian itu telah menjadi perbualan hangat rakyat Pulau Pinang malah ada yang mengusulkan kepada DAP agar mengemukakan saman ke atas UMNO berikutan kematian seorang lelaki dalam tragedi itu.

    ReplyDelete
  71. Jika rakyat Pulau Pinang khususnya mereka yang berketurunan Tiong Hua bersikap adil dan rasional dalam perkara seperti ini tentu sekali mereka tidak akan melihat kejadian tersebut sebagai isu perkauman yang harus dipolitikkan tetapi sekiranya mereka masih juga berkeras mahu mengheret isu kematian lelaki berkenaan sebagai isu politik serta perkauman maka mereka juga jangan terkejut jika pihak yang satu lagi turut bertindak serupa dengan membangkit semula dua kejadian kemalangan akibat kecuaian manusia yang telah berlaku pada awal tahun 2010 sebelum ini.

    ReplyDelete
  72. Kita semua rakyat Malaysia tentu masih ingat dengan kejadian seorang penuntut di UiTM iaitu Mohd. Bakri bin Mohd. Bazli yang dilanggar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sekinchan, Selangor Ng Swee Lim berdekatan lampu isyarat pada 7 February 2010 jam 11:50 malam yang dipercayai memandu dalam keadaan diri di bawah pengaruh alkohol.

    ReplyDelete
  73. Kejadian ini tidak mendapat liputan meluas daripada pihak media terutama media pembangkang mungkin kerana yang melanggar adalah dari pihak mereka manakala yang kena langgar pula bukan Teoh Beng Hock, Chin Peng atau Ah Chai tetapi seorang pemuda Melayu yang agaknya dianggap sebagai orang UMNO oleh pihak pembangkang maka itulah sebab kejadian tersebut menjadi dingin dan hampir dilupakan.

    ReplyDelete
  74. Begitu juga satu lagi kejadian yang membawa maut kepada seorang Askar Melayu di-Raja, Mohd. Salleh Hamdan yang menjadi mangsa kemalangan jalanraya setelah dilanggar oleh sebuah kereta mewah yang dinaiki Ahli Parlimen Batu Tian Chua dari PKR. Kejadian berlaku jam 9 malam 13 Mac 2010 di KM49, Jalan Johor-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi Johor.

    ReplyDelete
  75. Kedua-dua kejadian di atas ini berpunca dari kelalaian atau kecuaian manusia yang boleh dielak jika memandu kenderaan dalam keadaan berhemah, bersabar dan bertimbang rasa. Namun oleh kerana sikap angkuh dan bongkak mereka yang sudah biasa serta kerap mencabul undang-undang negara ini, maka kedua-dua kes ini seakan-akan semakin dilupakan kerana pihak BN tidak menggunakan kejadian seumpama itu sebagai bahan untuk dijadikan satu isu atau modal politik.

    ReplyDelete
  76. usteru itu, seandainya DAP mahu menggunakan kes kejadiaan ribut yang menumbangkan penebat kilat di bangunan UMNO itu yang menyebabkan dua kematian sebagai isu politik di samping sebagai senjata baru mereka untuk menghasut rakyat Pulau Pinang agar terus membenci kerajaan BN terutamanya UMNO, maka DAP ataupun Pakatan Pembangkang kena bersedia untuk berdepan dengan dua isu lama itu yang melibatkan pihak mereka secara langsung.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.