Seramai 26 aktivis yang mengadakan perhimpunan mendesak pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan ekoran penipuan pilihan raya ditahan polis pagi ini di depan bangunan Parlimen.
Mereka antara 50 aktivis yang disuraikan pagi tadi dari tapak perkhemahan yang didirikan di Padang Merbok selepas himpunan Black 505 Sabtu lalu.
Kumpulan berkenaan mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan sejak 10 pagi tadi di satu kawasan jalan utama menuju bangunan Parlimen.
Kumpulan ini terdiri dari gabungan NGO anak muda termasuklah GM13, NGO Royalti, Asalkan Bukan Umno (ABU), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Suasana bertukar tegang kira-kira sejam kemudian apabila kumpulan tersebut cuba melepasi sekatan 300 anggota polis yang berkawal di pintu pagar Parlimen.
Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan tersebut.
Aktivis siswa, Safwan Anang, Ekhksan Bukhari serta Akram Ahmar kumpulan pertama ditahan polis pada kira-kira 11.10 pagi. Susulan itu, sebilangan lagi peserta menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti.
Mereka termasuk Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, aktivis siswa Adam Adli dan Annie Ooi Siew Lan atau nama popularnya, ‘Untie Bersih’ diikuti beberapa yang lain.
Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Kira-kira jam 11.50, Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat, Khalid Samad hadir menenangkan peserta himpunan sekaligus menerima memorandum kumpulan terbabit.
Antara tuntutan termasuk mendesak SPR diletakkan di bawah Parlimen, menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat peranan SPR dan jabatan pendaftaran negara atas isu yang berbangkit pada PRU lalu.
Selain itu, mereka turut menunut Parlimen membincangkan tentang penipuan dakwat kekal dan perletakan jawatan dan permohonan maaf secara terbuka oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Dalam ucapannya, Khalid berkata, beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Parlimen.
Beliau turut meminta agar peserta berkenaan beredar selepas menerima memorandum tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan 26 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut.
Terdahulu, berpuluh-puluh khemah peserta terbabit dimusnahkan pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Padang Merbok pada 4.30 pagi tadi. -KD
Monday, June 24, 2013
26 Aktivis Ditahan Termasuk Chegubard, Adam Adli
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mungkin disebabkan kerana telah terlalu lama memendam hasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim seperti sudah tidak mampu lagi untuk terus menunggu mandat rakyat agar memilihnya secara demokrasi untuk tempoh 5 tahun lagi. Kegilaan terus mengatasi kewarasan akal fikiran Ketua Pembangkang itu apabila terus cuba mendesak agar majoriti rakyat dapat bangkit bersama menolak sistem demokrasi yang ada.
ReplyDeletePendekatan mudah yang cuba digunakan ialah dengan meminta rakyat untuk sekian kalinya agar turun ke jalan raya bagi menyatakan bantahan kononnya berlaku penipuan sehingga menyebabkan parti dokongannya tewas di dalam pilihanraya umum yang lalu. Lalu apa yang penting, kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini perlu ditumbangkan, waima dengan apa cara sekalipun.
ReplyDeleteSedangkan berbagai persoalan yang dibangkitkan sebelum ini telahpun dijawab, namun itu bukanlah perkara penting, kerana pada Anwar menjadi pemimpin no 1 di negara ini mengatasi segala-galanya.Namun apa menghairankan, bilamana ada segelintir rakyat yang seakan terpukau dengan kepetahan Anwar berpidato sehingga gagal menggunakan akal fikiran.
ReplyDeleteLihat sahaja bagaimana Anwar berulang kali mengatakan kononnya pakatan telah menang dalam PRU yang lepas, namun ia telah ‘dirompak’ oleh kerajaan Barisan Nasional.Namun ‘rompakan’ tersebut hanya melibatkan kawasan-kawasan yang dimenangi oleh BN dan bukan sebaliknya. Kerusi yang melibatkan kemenangan pakatan langsung tidak dibangkitkan malah keputusan tersebut diterima dengan hati yang terbuka.
ReplyDeleteBila mana pakatan berjaya mengekalkan penguasaan di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, mereka dengan pantas terus mengangkat sumpah dan membentuk kerajaan negeri, walaupun di Selangor melibatkan beberapa konflik dalaman yang jelas memperlihatkan kerakusan mereka berebut kuasa.
ReplyDeleteNamun ia bukanlah satu perkara yang pelik, kerana itulah sikap sebenar Anwar yang gagal dilihat oleh golongan pencacai yang begitu jumud dan taasub dengan insan yang mendapat jolokan ‘Anugerah Tuhan’ dari isteri tersayang ini.
ReplyDeleteTerbaru, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memaklumkan pakatan pembangkang telah memutuskan untuk meneruskan ‘Perhimpunan Black 505’ yang mana, lebih menarik lokasi yang menjadi pilihan mereka ialah Padang Merbok, Kuala Lumpur. Tapi nampaknya, kehadiran penyokong tidak mencapai sasaran pada 22 Jun lalu.
ReplyDeleteWalaupun Pengarah Penganjur Black505 Datuk Johari Abdul sebelum ini mengatakan ratusan ribu dijangka hadir ke program tersebut, namun penganjur sengaja memilih tempat yang sempit dan tidak praktikal. Bukankah ini satu lagi bentuk provokasi yang cuba ditunjukkan?
ReplyDeletePembangkang mengharapkan berlakunya kekacauan ketika berlangsungnya program tersebut. Dengan itu ia akan dapat menarik minat pemberita antarabangsa yang semakin sepi dengan isu ekonomi dan sebagainya.
ReplyDeleteBagi Anwar pula, lebih banyak kekacauan dan kekecohan yang berlaku semakin memudahkan agendanya untuk mewujudkan gerakan ala ‘arab spring’ yang berkesudahan dengan gerakan menumbangkan kerajaan melalui kekerasan.
ReplyDeletePerhimpunan haram di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas mencatatkan kehadiran sekitar 20,000 penyokong pembangkang sedangkan sasaran awal mencecah lebih 500,000 orang.
ReplyDeleteUntuk menutup malu dan kekecewaan, ada yang menambah jumlah itu kepada 30,000 sehingga lebih 50,000 mahupun 100,000 orang, walaupun itu cuma 10 ke 20 peratus daripada sasaran, di samping menyalahkan jerebu sebagai punca kurangnya sambutan.
Walaupun jumlah peserta jauh lebih kecil daripada sasaran penganjur, beberapa insiden provokasi turut berlaku seperti serangan ke atas anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mengibar bendera merah putih, sepanduk menghina pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa kejadian lain.
ReplyDeletePemerhati di perhimpunan itu pula mendapati peserta berbangsa Cina banyak berkurangan. Rata-rata yang hadir dilihat sebagai penyokong PKR ataupun anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut serta.
Apa yang diharap dan didoakan majoriti rakyat akhirnya tercapai apabila perhimpunan haram itu tidak melarat menjadi huru-hara besar sehingga menjejaskan keselamatan dan keharmonian negara, khususnya kepada rakyat yang bekerja atau tinggal di kawasan berhampiran.
ReplyDeleteSungguhpun satu lagi hari hujung minggu dibazirkan, kebimbangan rakyat untuk keluar pada hari Sabtu lalu akhirnya berlalu secara aman tetapi kesannya tetap dirasakan rakyat di samping menconteng arang pada imej negara.
Tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah merasakan apa yang dilakukan pembangkang selama ini telah menimbulkan persepsi negatif pihak luar terhadap rakyat dan Malaysia.
ReplyDelete"Gambar demonstrasi yang dipaparkan pihak luar akan menunjukkan seolah-olah kita menghadapi masalah besar, kononnya majoriti rakyat turut serta sedangkan segelintir kecil sahaja datang.
"Persepsi buruk yang akan tersebar, Malaysia kini kacau bilau, tiada perpaduan. Ini tidak betul kerana negara kita aman, mereka yang tidak puas hati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sahaja menuduh tanpa bukti sedangkan rakyat tidak mahu dan tiada sebab untuk adakan demonstrasi," tegasnya.
ReplyDeleteBeliau bimbang implikasi ke atas sektor pelancongan dan ekonomi negara, khususnya pelaburan asing apabila masyarakat luar melihat Malaysia tidak amalkan demokrasi sebenar dan sama seperti negara-negara Arab yang bergolak.
ReplyDeleteMelihatkan sambutan yang jelas berkurangan dalam perhimpunan Sabtu lalu, beliau juga terkejut khususnya penyertaan orang Cina dan penyokong parti Pas yang nyata jauh berkurangan berbanding perhimpunan lain sebelum ini.
"Perhimpunan selepas PRU13 majoritinya orang Cina tapi tidak seramai itu pada Sabtu lalu. Saya harap ini petanda mereka sudah buka minda akan implikasi terhadap jurang antara kaum jika terus menyokong DAP.
ReplyDelete"Puak pakai kopiah (Pas) pun berkurangan. Penyokong Pas mungkin berbelah bahagi dan ada kesedaran, yang rasional tidak sokong," katanya.
Beliau turut menolak alasan jerebu sebagai punca jumlah kecil peserta seperti mana dikatakan Anwar Ibrahim semasa perhimpunan tersebut kerana penyokong tegar pembangkang sebelum ini sanggup meredah hujan untuk turut serta.
ReplyDeleteTambahnya, acara demonstrasi yang telah lama diadakan pembangkang dilihat semakin hilang momentum, mungkin juga menandakan kepercayaan dan sokongan kepada kepimpinan pembangkang semakin berkurangan.
"Sudah ada yang mempersoal kredibiliti pemimpin mereka, mungkin juga sudah buka minda selepas sedar ditipu dan tidak mahu bersekongkol. Lama-lama pasti akan sedar tuduhan 'bangla dan blackout' itu penipuan, berapa lama boleh tipu rakyat?
ReplyDelete"Walaupun perhimpunan itu sudah susun tempat berkumpul dan berarak tetapi tidak juga menjadi. Makin lama makin berkurangan, kini sokongan kepada kepimpinan pembangkang sudah menurun dengan teruk," jelasnya.
Ibrahim menjangkakan penyertaan lebih merosot jika Anwar mahu membuat perhimpunan lagi selepas ini kecuali digunakan taktik kotor seperti melibatkan duit dan sebagainya.
ReplyDelete"Saya berharap pihak berwajib tidak takut bertindak terhadap penganjur dan peserta perhimpunan haram, bukannya mahu digunakan kekerasan melampau tetapi gunakan undang-undang sedia ada sudah mencukupi sebelum mereka pijak kepala kita," ujarnya.
Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling pula melihat perhimpunan haram dan demonstrasi berterusan lebih mencemar imej pembangkang daripada imej negara.
"Tindakan pembangkang yang sengaja mewujudkan suasana tidak selesa selama ini memang memberi kesan kepada imej negara tetapi imej mereka lebih teruk terjejas.
ReplyDelete"Tuduhan tidak berasas mereka tentang PRU13 memakan diri sendiri apabila masyarakat luar melihat pembangkang di negara ini tidak matang berpolitik, lebih memburukkan imej sendiri sahaja," katanya.
ReplyDeleteMenurutnya lagi, orang luar melihat pembangkang sengaja mereka-reka tuduhan agar masyarakat tempatan dan antarabangsa tidak yakin dengan kerajaan yang dipilih.
Beliau mendakwa, kerana itu juga perhimpunan pembangkang Sabtu lalu tidak mendapat liputan meluas seluruh dunia kecuali dalam kalangan media dan pihak yang mempunyai agenda tertentu.
ReplyDelete"Masyarakat antarabangsa masih yakin dengan kerajaan Malaysia. Kesannya ada kerana dahulu kemakmuran kita dahulu tiada demonstrasi dan tindakan ganas tetapi kini sudah ada kebimbangan terhadap semua itu," jelasnya.
Beliau melihat perkara penting kini adalah kerajaan masih berjaya mengawal daripada kejadian buruk mahupun kes keganasan besar sehingga darurat tetapi lebih penting tiadanya sokongan rakyat terhadap perhimpunan haram dan gerakan seumpamanya.
ReplyDelete"Perhimpunan haram hanya mendapat banyak sokongan di kawasan tertentu tetapi tidak di negeri-negeri lain. Tanpa sokongan, pembangkang tetap gagal mencetuskan situasi di luar kawalan seperti yang diharapkan sesetengah pihak," ujarnya.
26 LEMBU ANWAR TERMASUK CHEGUBARD DAN ADAM ADLI DITAHAN, SEMENTARA ANWAR SENANG LENANG DALAM PARLIMEN ANGKAT SUMPAH SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN PM
ReplyDeleteKetika para pecacai dan penyokong Pakatan Rakyat cuba menimbulkan kekecohan dengan 'kekuatan' seramai lebih kurang 200 orang di luar pekarangan bangunan Parlimen dan menyusahkan pengguna-pengguna jalanraya pada pagi Isnin untuk ke tempat kerja terutama yang menggunakan laluan ke Damansara dari arah Kuala Lumpur, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan seramai 89 orang, mengangkat sumpah jawatan masing-masing dengan penuh bersahaja dan selamba tanpa menghiraukan apa yang mereka laung-laungkan sebelum ini.
26 LEMBU ANWAR TERMASUK CHEGUBARD DAN ADAM ADLI DITAHAN, SEMENTARA ANWAR SENANG LENANG DALAM PARLIMEN ANGKAT SUMPAH SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN PM
ReplyDeleteAnwar Ibrahim telah mengangkat sumpah pada jam 11:50 pagi dengan menyatakan bahawa:
"Saya, Dato Seri Anwar bin Ibrahim setelah dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat, dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan, dengan jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang sedemikian dengan segala upaya saya dan saya akan menumpahkan segala taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan negara."
26 LEMBU ANWAR TERMASUK CHEGUBARD DAN ADAM ADLI DITAHAN, SEMENTARA ANWAR SENANG LENANG DALAM PARLIMEN ANGKAT SUMPAH SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN PM
ReplyDeleteSekaligus, kepala yang beria-ia benar mahukan demonstrasi menumbangkan kerajaan yang dipilih menerusi pilihanraya yang diselenggarakan oleh SPR, telah pun memperakui bahawa keputusan PRU13 tidaklah sebagaimana dakwaannya. Bahkan secara tidak langsung, dia sendiri telah memperakui keputusan PRU13 yang sebelum ini dipertikaikan.
26 LEMBU ANWAR TERMASUK CHEGUBARD DAN ADAM ADLI DITAHAN, SEMENTARA ANWAR SENANG LENANG DALAM PARLIMEN ANGKAT SUMPAH SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN PM
ReplyDeleteKekecohan yang dilakukan oleh para penyokongnya di luar pekarangan Parlimen, nampaknya langsung tidak merencatkan Anwar Ibrahim untuk bergelar Ahli Parlimen. Sebaliknya, memorandum yang hendak disampaikan oleh kumpulan yang melakukan kekecohan dengan liputan penuh daripada stesen televisyen antarabangsa, Al-Jazeera tersebut, hanya diterima oleh ‘balacinya’, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam pada jam 12:05 tengah hari yang kemudian mengeluarkan arahan agar mereka bersurai.
26 LEMBU ANWAR TERMASUK CHEGUBARD DAN ADAM ADLI DITAHAN, SEMENTARA ANWAR SENANG LENANG DALAM PARLIMEN ANGKAT SUMPAH SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN PM
ReplyDeleteAnwar Ibrahim yang semalamnya bersungguh-sungguh berucap walaupun sedikit hambar setelah melihat ramai yang meninggalkan venue tunjuk perasaan iaitu Padang Merbok, ternyata hari ini kekal sebagai seorang penipu dan pemerdaya terbesar.
26 LEMBU ANWAR TERMASUK CHEGUBARD DAN ADAM ADLI DITAHAN, SEMENTARA ANWAR SENANG LENANG DALAM PARLIMEN ANGKAT SUMPAH SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN PM
ReplyDeleteDaripada memujuk rakyat Malaysia agar turun berdemonstrasi untuk menzahirkan penolakan terhadap keputusan PRU13 dan PRU13 yang dikendalikan oleh SPR, akhirnya setelah bersungguh-sungguh para pengikutnya cuba merealisasikan impian dan hajatnya, Anwar Ibrahim dan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 88 orang yang lain, tanpa menghiraukan para pengikut mereka, mengangkat sumpah terima tugas.
26 LEMBU ANWAR TERMASUK CHEGUBARD DAN ADAM ADLI DITAHAN, SEMENTARA ANWAR SENANG LENANG DALAM PARLIMEN ANGKAT SUMPAH SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN PM
ReplyDeleteAgak pelik dengan gelagat para pemimpin Pakatan Rakyat. Ketika bersama-sama penyokong, mereka menjadi manusia yang sangat kuat berpegang kepada prinsip. Mereka melafazkan pelbagai omongan yang dilihat mampu mempengaruhi para pengikut agar menuruti segala kehendak mereka, sekalipun terpaksa melanggar segala peraturan dan undang-undang di negara ini.
26 LEMBU ANWAR TERMASUK CHEGUBARD DAN ADAM ADLI DITAHAN, SEMENTARA ANWAR SENANG LENANG DALAM PARLIMEN ANGKAT SUMPAH SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN PM
ReplyDeleteNamun apabila mereka sendiri mendapat peluang, segala yang dijanjikan kepada para pengikut yang sanggup menggadaikan keselamatan diri, bahkan sanggup dibuang kerja atas alasan perjuangan, akhirnya menjadi hampas belaka.
26 LEMBU ANWAR TERMASUK CHEGUBARD DAN ADAM ADLI DITAHAN, SEMENTARA ANWAR SENANG LENANG DALAM PARLIMEN ANGKAT SUMPAH SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN PM
ReplyDeleteBukti terbaru adalah apabila para pemimpin Pakatan Rakyat yang menang dalam PRU13 lalu, tidak membuang masa untuk mengangkat sumpah walaupun pada awalnya, bersungguh-sungguh pula mereka merancang untuk memboikot perjalanan Parlimen Malaysia atas alasan, keputusan PRU13 meragukan.
26 LEMBU ANWAR TERMASUK CHEGUBARD DAN ADAM ADLI DITAHAN, SEMENTARA ANWAR SENANG LENANG DALAM PARLIMEN ANGKAT SUMPAH SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN PM
ReplyDeleteApakah sekarang ini, melihat kepada bukti-bukti ciptaan yang ada tidak mampu untuk mengubah keputusan, maka para pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali Anwar Ibrahim enggan melepaskan peluang menjadi Ahli Parlimen?
26 LEMBU ANWAR TERMASUK CHEGUBARD DAN ADAM ADLI DITAHAN, SEMENTARA ANWAR SENANG LENANG DALAM PARLIMEN ANGKAT SUMPAH SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN PM
ReplyDeleteAtas alasan apa pula mereka menerima tugas selaku Ahli Parlimen, sedangkan setahu ramai, bahkan rekod juga telah membuktikan, hampir kesemua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada PRU12 lalu, tidak pernah menjalankan tugas mereka selaku wakil rakyat pun.
26 LEMBU ANWAR TERMASUK CHEGUBARD DAN ADAM ADLI DITAHAN, SEMENTARA ANWAR SENANG LENANG DALAM PARLIMEN ANGKAT SUMPAH SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN PM
ReplyDeleteBanyak masalah rakyat terbiar dan akhirnya diselesaikan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mereka sendiri, lebih banyak berkempen ke serata pelusuk negara untuk menaikkan sentimen rakyat, sekaligus mewujudkan suasana tidak tentera dan politik yang tidak stabil.
26 LEMBU ANWAR TERMASUK CHEGUBARD DAN ADAM ADLI DITAHAN, SEMENTARA ANWAR SENANG LENANG DALAM PARLIMEN ANGKAT SUMPAH SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN PM
ReplyDeleteWalau apa pun, ternyata peristiwa hari ini jelas menunjukkan bagaimana para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim lebih memikirkan perihal tekak dan perut mereka sendiri berbanding rakyat.
26 LEMBU ANWAR TERMASUK CHEGUBARD DAN ADAM ADLI DITAHAN, SEMENTARA ANWAR SENANG LENANG DALAM PARLIMEN ANGKAT SUMPAH SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN PM
ReplyDeleteDi sebalik laungan dan cemuhan terhadap SPR sehingga sanggup pula menganjurkan demonstrasi dengan sasaran penyertaan 1 juta orang, hari ini, mereka terlebih awal berada di Parlimen untuk mengangkat sumpah, sekaligus menerimapakai keputusan PRU13 yang mereka pertikaikan sebelum ini!
Provokasi dan menggunakan kata-kata kesat oleh sekumpulan peserta perhimpunan pembangkang yang dianjurkan di Padang Merbok di sini didapati menjadi punca yang membawa kepada kedua-dua Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kakitangan yang dikasari di tempat tersebut.
ReplyDeleteKuala Lumpur Jabatan Siasatan Jenayah kepala Datuk Ku Chin Wah berkata laporan polis telah dibuat oleh salah seorang kakitangan DBKL, berusia 51 tahun, pada kejadian itu.
ReplyDeleteDalam laporan itu, pengadu mendakwa bahawa kejadian itu berlaku apabila kedua-dua anggota penguatkuasa DBKL mahu mengambil gambar khemah, serta hapus itu, yang peserta perhimpunan telah didirikan, berikutan dengan suatu perintah bagi mereka untuk berbuat demikian.
ReplyDeleteAnggota DBKL pergi ke khemah dan meminta mereka yang bertanggungjawab untuk hapus apabila sekumpulan kira-kira 20 hingga 30 orang yang mengelilingi mereka," katanya melalui khidmat pesanan ringkas.
ReplyDeleteBeliau berkata kumpulan itu orang kemudian mula membuat provokasi dengan menolak rasmi DBKL, serta menggunakan kata-kata kesat pada mereka.
ReplyDeleteLain-lain kakitangan DBKL dan polis yang berada di kawasan itu pergi untuk menyelamatkan kedua-dua kakitangan DBKL.
ReplyDeleteTindakan wakil rakyat pembangkang yang hadir dalam majlis angkat sumpah di Parlimen hari ini sudah cukup untuk membuktikan, bahawa selama ini para penyokong dan ahli pembangkang telah dipergunakan oleh kepimpinan tertinggi mereka hanya untuk kepentingan politik peribadi masing-masing.
ReplyDeleteMenurut Ketua UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus, beliau berpendapat ahli dan penyokong pembangkang ini begitu mudah diperbodohkan oleh kepimpinan pakatan pembangkang sehingga terpengaruh seratus peratus dengan apa yang didakwa oleh para pemimpin ketiga-tiga parti tersebut.
ReplyDeleteSaya merasa agak kesian melihat ahli dan penyokong yang sanggup menghabiskan masa dan tenaga berhimpun di sana sini akibat terpengaruh dengan kata-kata pemimpin pembangkang.
ReplyDeleteBaru-baru ini dalam keadaan jerebu yang membahayakan kesihatan pun mereka sanggup untuk berhimpun, malah ada yang membawa anak-anak kecil mereka. Ini membuatkan saya berasa amat simpati dengan mereka.
ReplyDeleteSedangkan hari ini menurutnya lagi, pemimpin pembangkang yang mendakwa bahawa SPR menipu, berlakunya penyelewengan, blackout dan sebagainya telahpun mengangkat sumpah sebagai ADUN dan Ahli Parlimen.
ReplyDeleteInilah maksud saya, penyokong dan ahli pembangkang telah dipergunakan oleh kepimpinan mereka. Jika mereka benar-benar tidak berpuas hati dengan SPR dan menganggap PRU ke 13 ini satu penipuan, mereka takkan hadir untuk angkat sumpah.
ReplyDeleteTapi mana mungkin mereka tak hadir. Apabila angkat sumpah, maka barulah sah mereka bergelar Ahli Parlimen. Bila sah bergelar Ahli Parlimen, maka mereka akan menerima elaun sebagai ahli parlimen dan inilah sebab mengapa mereka tak boikot upacara angkat sumpah, biarpun di merata tempat mereka mendakwa SPR menyeleweng, menipu dan sebagainya, ujarnya.
ReplyDeleteJusteru itu, beliau yang juga ADUN Kuang berharap agar penyokong dan ahli pembangkang dapat berfikir dengan akal yang rasional dan waras, sejauh mana permainan politik kepimpinan parti pembangkang.
ReplyDeleteSaya lihat terdapat juga golongan bijak pandai di dalam ahli dan penyokong pembangkang, namun mereka tetap terpengaruh dengan segala kata-kata dan dakwaan pemimpin mereka, biarpun tidak ada bukti yang nyata apa yang mereka dakwa itu terjadi.
ReplyDeleteJadi saya berharap, agar ahli dan penyokong, terutamanya golongan muda ini berfikir dengan lebih dalam dan melihat dengan rasional apa permainan politik yang sedang di bawa oleh kepimpinan pembangkang hari ini.
ReplyDeleteKita tak dianggap sebagai orang yang bijak dan berpelajaran, apabila kita menelan bulat-bulat segala dakwaan yang belum tentu benarnya dan membuat keputusan yang salah akibat kedaifan kita tentang permainan politik pembangkang, akhirinya.
ReplyDeleteGabungan NGO Islam berpandangan positif melihat dua pemimpin yang berlainan ideologi politik dan citarasa duduk semeja dan makan bersama iaitu di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah selesai upacara mengangkat sumpah ahli-ahli Dewan Rakyat pada pagi 24 Jun, semalam.
ReplyDeletePresiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib berkata, ini adalah satu senario yang tidak terbayang boleh berlaku oleh penyokong-penyokong pembangkang yang hanya beberapa jam sebelum itu berguling-guling di atas jalanraya di hadapan bangunan Parlimen dan bertempur dengan pihak keselamatan.
ReplyDeleteAkhirnya sejumlah daripada penyokong tersebut ditangkap pihak polis kerana cuba merempuh masuk ke kawasan Parlimen.
ReplyDeleteMereka yang terlibat sebelum itu sanggup bermalam dalam khemah di Padang Merbok dalam keadaan cuaca yang panas dan berjerebu yang amat merbahaya kepada kesihatan.
ReplyDeleteIni semuanya tidak dipedulikan demi pengorbanan dan keyakinan kepada pemimpin agung mereka, Anwar.
ReplyDeleteMalah sehari sebelum itu juga, pemimpin terhebat mereka berucap berapi-api di atas pentas di Padang Merbok menghasut rakyat menentang kerajaan malah `Ayatollah’ Husam Musa telah mengeluarkan fatwa syahid kepada siapa yang rela mengadai nyawa demi rasa sayang yang mendalam terhadap Anwar, katanya.
ReplyDeleteTambahnya, ada di kalangan penyokong-penyokong pembangkang yang begitu taksub dan ekstrem sanggup mendirikan pusat pendaftaran bagi mereka yang mahu menjadi pengebom berani mati.
ReplyDeleteBegitulah hebat aura dan tarikan persona Anwar dengan dibantu oleh `ulama tahi kucing’ seperti Husam yang mengabsahkan segala tindakan pembangkang walaupun ia bertentangan sekali dengan undang-undang mahupun logik dan akal manusia, ujar beliau.
ReplyDeleteSementara penyokong ‘Khalifah’ Anwar berhempas pulas menahan lapar dan dahaga di bawah matahari terik, Anwar pula bersenang-senang, gelak ketawa, riang ria bersama pemimpin negara yang sebelumnya dilaknat, dikutuk, dimaki, difitnah dan dicerca dengan pelbagai dakwa-dakwi.
ReplyDeleteAnwar nampak seolah-olah telah melupakan segala apa yang telah beliau hemburkan untuk memboikot majlis angkat sumpah dan persidangan Parlimen.
ReplyDeleteMalangnya topeng yang dipakai ini jarang boleh dilihat oleh penyokong-penyokongnya yang memilih untuk membontotinya membabi buta dengan menelan apa saja yang keluar dari mulut pemimpin mereka.
ReplyDeleteMungkin mereka juga akan mempertikaikan kesahihan gambar yang menunjukkan Anwar makan tengahari dengan Perdana Menteri dengan mengatakan ‘rupa macam dia tapi bukan dia nanti kata mereka.
ReplyDeleteJadi dengan ini kita bolehlah nilai bagaimana perangai 'pemimpin' pembangkang ni bagaimana rupa sebenarnya.
ReplyDeleteTinjauan yang telah dibuat sekian lamanya di seluruh negara menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim bukan calonnya. Anwar Ibrahim tidak layak. Anwar Ibrahim akan menimbulkan aib di mata dunia dan pemilihan Anwar Ibrahim akan dilihat sebagai kebaculan rakyat negara ini memilih seorang manusia yang dari segi moral mengamalkan prinsip membujur lalu melintah patah.
ReplyDeleteDari segi agama pula fahaman pluralisme agama dan Islam liberal kini dipenuhi dengan tanda soal yang beliau sendiri pun tidak mampu menghujah balik kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya.
ReplyDeleteIndikasi penolakan terhadap Anwar Ibrahim menjadi semakin menyeluruh. Ulasan-ulasan, pandangan-pandangan, observasi-observasi dan kajian-kajian yang dibuat oleh para intelektual sama ada yang mewakili NGO-NGO Islam yang terkemuka telah menambahyakinkan rakyat bahawa tidak ada gunanya mana-mana pihak termasuk DAP dan PKR menghabiskan masa memberikan berbagai-bagai alasan untuk terus menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
ReplyDeleteApapun yang hendak dilakukan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu Islam tidak mempunyai apa-apa hujah lagi bila neraca moral dan agama digunakan untuk dijadikan kriteria asas menentukan siapa Perdana Menteri.
ReplyDeletePas kelihatan seolah-olah baru sedar bahawa dari lamunan mereka majoriti orang Melayu yang bakal menjadi pengundi mereka menolak Anwar Ibrahim. Seingat saya, sewaktu saya didalam Pas, saya adalah di antara pimpinan Pas yang dari awal-awal lagi mencadangkan supaya Perdana Menteri Malaysia mesti datang daripada jalur kepimpinan Pas. Bahkan saya telah menamakan Presiden Pas Ustaz Hadi Awang sebagai calon yang paling layak jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteDengan tidak perlu memanjang hujah, letakkan dua gambar insan ini di hadapan kita. Kita yakin secara naluri dan ditambah dengan bisikan dhamir yang cintakan kebenaran, gambar Anwar Ibrahim akan menjadi malap dan terus gelap.
ReplyDeleteSatu perkara yang perlu diberi perhatian supaya rakyat Melayu Islam tidak kelihatan begitu naïve terhadap apa yang berlaku dalam isu Perdana Menteri pakatan itu. Di satu sudut ada sedikit kelegaan di hati kalangan ahli dan penyokong Pas bila parti islam itu dilihat menolak Anwar Ibrahim.
ReplyDeletePenolakan terhadap Anwar Ibrahim seperti yang disebutkan sebelum ini timbul dengan agak tiba-tiba setelah buat sekian lamanya pimpinan tertinggi Pas menyebut melalui lidah mereka sendiri nama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Perubahan yang agak drastik seperti ini perlu dilihat dari kaca mata yang lebih berhati-hati. Dikhuatiri keputusan Pas walaupun tidak menyebut Anwar Ibrahim tetapi sehingga ke hari konvensyen semalam Pas masih tidak menyebutkan siapakah di antara pemimpin Pas yang layak menyandang jawatan itu.
ReplyDeleteSaya menjangkakan tindakan Pas tidak menamakan sesiapa adalah merupakan satu taktik untuk meraih semula sokongan ahli, penyokong dan masyarakat Islam terhadap Pas dalam PRU ke 13.
ReplyDeleteDitakdirkan semuanya berjalan seperti yang distrategikan, Pas akan mengolah semula keputusan parti mengenai calon Perdana Menteri. Saya tidak terperanjat kalau nama Anwar Ibrahim ditimbulkan semula oleh Pas untuk menjadi Perdana Menteri sebagai salah satu daripada percaturan politik terutama dalam situasi di mana Pas memenangi jumlah kerusi yang paling kecil dalam Pakatan Rakyat tersebut.
Saya juga berkeyakinan DAP dan PKR akan terus meremehkan dan memperkecilkan Pas seperti yang telah mereka lakukan sebelum ini. Keputusan pilihan raya yang tidak memihak kepada Pas akan menjadikan parti Islam itu tidak lebih seperti melukut di tepi gantang sekadar untuk mencukupkan korum sahaja.
ReplyDeleteAkhirnya, isu mengenai Perdana Menteri Pakatan Rakyat sepatutnya tidak perlu dipanjangkan lagi. Tidak ada logiknya mengulang-ulang hujah yang sama terhadap manusia yang sama yang sebahagian besar daripada rekod kewibawaannya telah diketahui di seantero dunia.
Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam konteks kepimpinan politik negara. Beliau juga tidak relevan dari segi membincangkan isu politik semasa terutama PRU ke 13.
Rakyat sudah muak dengan apa yang berlaku dan rakyat juga tidak mampu lagi menanggung aib disebabkan masalah moral yang bertimpa-timpa tanpa
berkesudahan. Apa yang berlaku kepada dirinya akan dipalitkan kepada majoriti penduduk negara ini yang terdiri daripada penduduk Melayu Islam.
ReplyDeleteRakyat Malaysia sudah dewasa. Rakyat Malaysia sudah matang dan rakyat Malaysia tidak perlu disogok ke telinga mereka setiap waktu dan masa mengenai Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia lebih prihatin dan cenderung untuk melihat gambar yang lebih besar tentang kerukunan dan kesejahteraan hidup bersama ahli keluarga dan masyarakat sekitar. Mereka tidak mahu dan serik dilibatkan dengan cerita-cerita yang memualkan.
Inilah masanya rakyat perlu bangkit menolak Pakatan Rakyat. Bukti Pakatan Rakyat tidak boleh bersatu begitu terang dan jelas di hadapan kita terutama dalam konteks siapa bakal menjadi Perdana Menteri.
ReplyDeleteKalau isu asas melantik Perdana Menteri tidak selesai, apa isu yang boleh diselesaikan oleh Pakatan Rakyat yang dikatakan akan menjadi peneraju di Putrajaya nanti.
Rakyat tidak sepatutnya memperjudikan masa depan negara dengan mengizinkan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. Seandainya kita lakukan juga, ertinya kita redha melihat anak bangsa kita menerima bahana daripada ketidakprihatinan kita itu.
RUPA MACAM DIA TAPI BUKAN DIA?
ReplyDeleteSEJUK....Adalah menyejukkan mata melihat dua pemimpin yang berlainan ideologi politik dan citarasa duduk semeja dan makan bersama.
SENARIO ini berlaku di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah selesai upacara mengangkat sumpah ahli-ahli Dewan Rakyat pada pagi tadi, 24 Jun (Isnin).
Senario ini tidak terbayang boleh berlaku oleh penyokong-penyokong pembangkang yang hanya beberapa jam sebelum itu berguling-guling di atas jalanraya di hadapan bangunan Parlimen dan bertempur dengan pihak keselamatan.
Akhirnya sejumlah daripada penyokong tersebut ditangkap pihak polis kerana cuba merempuh masuk ke kawasan Parlimen.
Mereka yang terlibat sebelum itu sanggup bermalam dalam khemah di Padang Merbok dalam keadaan cuaca yang panas dan berjerebu yang amat merbahaya kepada kesihatan.
Ini semuanya tidak dipedulikan demi pengorbanan dan keyakinan kepada pemimpin agung mereka, Anwar.
Malah sehari sebelum itu juga, pemimpin terhebat mereka berucap berapi-api di atas pentas di Padang Merbok menghasut rakyat menentang kerajaan malah Ayatollah Husam Musa mengeluarkan fatwa syahid kepada siapa yang rela mengadai nyawa demi rasa sayang yang mendalam terhadap Anwar.
RUPA MACAM DIA TAPI BUKAN DIA?
ReplyDeleteSEJUK....Adalah menyejukkan mata melihat dua pemimpin yang berlainan ideologi politik dan citarasa duduk semeja dan makan bersama.
Ada di kalangan penyokong-penyokong pembangkang yang begitu taksub dan ekstrem sanggup mendirikan pusat pendaftaran bagi mereka yang mahu menjadi pengebom berani mati.
Begitulah hebat aura dan tarikan persona Anwar dengan dibantu oleh ulama tahi kucing seperti Husam yang mengabsahkan segala tindakan pembangkang walaupun ia bertentangan sekali dengan undang-undang mahupun logik dan akal manusia.
Sementara penyokong ‘Khalifah’ Anwar berhempas pulas menahan lapar dan dahaga di bawah matahari terik, Anwar pula bersenang-senang, gelak ketawa, riang ria bersama pemimpin negara yang sebelumnya dilaknat, dikutuk, dimaki, difitnah dan dicerca dengan pelbagai dakwa-dakwi.
Anwar nampak seolah-olah telah melupakan segala apa yang telah beliau hemburkan untuk memboikot majlis angkat sumpah dan persidangan Parlimen.
RUPA MACAM DIA TAPI BUKAN DIA?
ReplyDeleteSEJUK....Adalah menyejukkan mata melihat dua pemimpin yang berlainan ideologi politik dan citarasa duduk semeja dan makan bersama.
Malangnya topeng ang dipakai ini jarang boleh dilihat oleh penyokong-penyokongnya yang memilih untuk membontotinya membabi buta dengan menelan apa saja yang keluar dari mulut pemimpin mereka.
Mungkin mereka juga akan mempertikaikan kesahihan gambar yang menunjukkan Anwar makan tengahari dengan Perdana Menteri dengan mengatakan ‘rupa macam dia tapi bukan dia’.
Jangan Jadikan Dewan Rakyat Seperti ZOO Yang Penuh Dengan Binatang
ReplyDeleteSeperti yang dijangka perjalanan sidang Dewan Rakyat pagi tadi sedikit kecoh dengan tindakan ahli-ahli Parlimen dari pakatan pembangkang yang menjerit-jerit seperti budak sekolah bertujuan untuk mengganggu majlis perlantikan Speaker Dewan Rakyat yang baru.
Seisi Dewan Rakyat yang bermula sebaik sahaja loceng dibunyikan pada pukul 10.00 pagi bermula apabila Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah membacakan peraturan urusan perjalanan dewan dan memaklumkan seisi pengundian secara bersuta akan diguna pakai untuk pemilihan pada kali ini selari dengan Aturan Peraturan Majlis Mesyuarat atau lebih dikenali sebagai Buku Peraturan Mesyuarat.
Buku Peraturan Mesyuarat, Bilangan 3 (3) mengatakan Jika hanya seorang ahli atau seorang lain sahaja yang dicadangkan dan disokong jadi Tuan Yang di-Pertua, maka Setiausaha hendaklah memasyhurkan ahli atau seorang lain itu telah kena pilih, dengan tidak dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat. Jika lebih daripada seorang ahli atau seorang lain cadangkan dan disokong jadi Tuan Yang di-Pertua, maka Majlis hendaklah menjalankan pilihan dengan undi bersurat.
Sesuai dengan kehendak Buku Peraturan Mesyuarat, Roosme memaklumkan, selain menurunkan tandatangan semua ahli-ahli Parlimen diminta untuk menulis nama di atas kertas pengundian tersebut. Tidak berpuas hati dengan makluman yang diberikan itu, ramai di kalangan ahli parlimen bangkit dan mula membuat kecoh. Menjawab persoalan yang dibangkitkan Setiausaha menjelaskan ia adalah perkara biasa dan bukan yang pertama kali diadakan.
Jangan Jadikan Dewan Rakyat Seperti ZOO Yang Penuh Dengan Binatang
ReplyDeleteDisebabkan kekecohan itu, Dewan Rakyat menjadi gamat seketika sehingga memaksa Setiausaha mematikan seketika alat pembesar suara. Sejurus selepas itu Perdana Menteri yang mewakili Barisan Nasional bangkit untuk mengemukakan cadangan untuk melantik penyandang jawatan tersebut Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri.
Keadaan mula menjadi tenang apabila pihak pembangkang yang diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan agar Datuk Abdul Kadir Sulaiman dipilih sebagai Speaker yang baru dan disokong oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Seperti yang diduga sejurus selepas semua undi ahli-ahli parlimen dikira keputusan telah memihak kepada Pandikar Amin dengan apabila berjaya memperoleh 133 undi berbanding Abdul Kadir yang hanya mampu berpuas hati dengan 89 undi.
Sejurus selepas mengangkat sumpah jawatan untuk penggal yang kedua, Pandikar Amin memulakan tugasnya dengan memberikan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk terus mengalas jawatan tersebut.
Beliau juga antara lainnya turut mengatakan sepanjang tempoh kempen pilihan raya yang lalu banyak slogan telah digunakan oleh kedua-dua belah pihak antaranya ‘ubah’, ‘transformasi’, ‘reformasi’ dan ‘ini kalilah’.
Jangan Jadikan Dewan Rakyat Seperti ZOO Yang Penuh Dengan Binatang
ReplyDelete“Bagi mereka yang mempopularkan seruan ini mungkin mempunyai pengertian tersendiri, akan tetapi seruan-seruan ini bermesej iaitu menyeru mengubah sikap untuk membuat kebaikan. Ayuh kita ubah, kita bereformasi, kita bertransformasi…kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Ini kalilah.
“Ini kalilah…kita julang memartabatkan Parlimen Malaysia ke tahap yang tinggi dengan menunjukkan sikap yang baik,” katanya.
Kesimpulannya ucapan ringkas yang disampaikan oleh Pandikar walaupun pakatan pembangkang menganggap ia sebagai satu pengiktirafan namun dari satu segi Speaker sebenarnya ingin mengingatkan ahli-ahli dewan rakyat agar menghormati status dewan rakyat yang mulia.
Ini kerana berdasarkan pengalaman yang lalu, pasti rakyat dapat melihat bagaimana pakatan pembangkang dengan jelas sering bertindak di luar batas dan keterlaluan. Selain menggunakan kata-kata yang kesat, mereka juga sering menghina malah ada kalanya bertindak memaki hamun di dalam dewan itu semata-mata untuk mendapatkan tumpuan para pemberita dan wartawan yang sering menanti di luar.
Dengan perlantikan dan majlis angkat sumpah yang diadakan tadi, maka bermulalah episod baru untuk semua ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih. Diharapkan kesempatan itu, digunakan untuk berbahas dengan baik dan mengikut peraturan bagi membawa permasalahan rakyat. Janganlah dijadikan Dewan yang mulia itu seperti sebelum ini yang adakalanya tidak ubah seperti ‘zoo’ yang penuh dengan lakonan dan pameran aksi binatang bagi ditontonkan kepada rakyat.
INDEKS Pencemaran Udara (IPO) di Kuala Lumpur sekarang berada di sekitar 190 – 220 yang dikategorikan sebagai bahaya dan boleh mendatangkan ancaman kesihatan seperti gangguan penafasan dan sebagainya.
ReplyDeleteJusteru, banyak pihak termasuk Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan amaran agar rakyat tidak mengadakan terlalu banyak aktiviti luar bagi memastikan kesihatan tidak terganggu. Tapi Anwar Ibrahim lain pulak gaya dia.
Dalam pada menonjolkan diri sebagai pejuang rakyat, Anwar tidak pulak memikirkan kesihatan rakyat bila bertegas untuk meneruskan juga himpunan haram Blackout 505 sebentar nanti.
ReplyDeleteNampak sangat gay tua ini sudah tidak peduli apa-apa lagi dah, yang penting pada dia sekarang ialah bagaimana untuk menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun. Tak dapat cara pilihanraya, dia guna cara jalan raya. Silap-silap kalau menang, Anwar jadi hantu raya terus.
Inilah masalahnya yang kita pelik kenapa ada juga yang masih melihat Anwar ini sebagai pejuang rakyat?
ReplyDeleteAnwar bukan pejuang rakyat pun, dia hanya pejuang dirinya sendiri untuk jadi Perdana Menteri. Siapa nak mati, siapa nak sesak nafas, siapa nak sedut asap gas pemedih mata, Anwar peduli apa, yang penting dia nak jadi Perdana Menteri.
Diharap, UMNO dan seteru Anwar yang lain melihat aspek ini secara menyeluruh, bagaimana nak mengambil peluang ini untuk memantapkan UMNO dan BN dalam kempen-kempen yang akan datang. Kita perlu jelaskan kepada rakyat bahawa Anwar hanyalah mengutamakan dirinya sendiri. Rakyat? Oh, itu untuk diperkudakan saja.
Yang di-Pertua Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menitahkan supaya semua pihak khususnya pemimpin politik agar menerima dan menghormati keputusan PRU13 lalu dengan ha
ReplyDeleteBaginda juga bertitah supaya ahli Parlimen yang dipilih rakyat berganding bahu dan menumpukan sepenuhnya perhatian dalam membangunkan negara khususnya berkhidmat untuk rakyat.
ReplyDeleteBeta menyeru semua pihak terima dan hormati keputusan PRU13 yang diadakan baru-baru ini sebagai sistem demokrasi dan berganding bahu bagi negara melangkah kehadapan.
ReplyDeleteBeta percaya komitmen kerajaan dalam merealisasi agenda transformasi dalam bidang keberhasilan nasional dan ekonomi dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat," titah baginda ketika menyampaikan ucapan perasmian Pembukaan Dewan Rakyat bagi penggal pertama kali ke-13, di Bangunan Parlimen
ReplyDeletePlease dont make more issues.
ReplyDeleteAktivis tersebut ingin membuktikan bahawa mereka itu hebat
ReplyDeleteJangan hanya pandai buat macam tu
ReplyDeleteThe King has reiterated his call for all parties to accept and respect the results of the 13th general election.
ReplyDeletethe election was conducted in accordance to the democratic system and it was now time to work together so that the country could move forward to achieve high income status by 2020.
ReplyDeleteThe King also conveyed his appreciation to the people who had exercised their voting right and had fulfilled their duties to choose a Government to administer the country.
ReplyDeleteRemind yourself that your presence in this august hall is a responsibility to fulfil promises to the rakyat
ReplyDeleteMPs should bear the trust of the people who want continued stability and prosperity, as well as unity among the various races and religions,
ReplyDeleteThe King said the people, on the other hand, should play their role and work alongside the Government to realise all these aspirations.
ReplyDelete"Their sacrifice in maintaining peace and security in Sabah is highly appreciated and honoured,"
ReplyDeleteKeselamatan dan keharmonian negara harus diutamakan. Aktiviti yang tidak memanfaatkan sesiapa harus dielakkan.
ReplyDeleteBantahan sudah dibuat, tunggu sahaja keputusan dari mahkamah.
ReplyDeleteTunggu sahaja PRU14. Tidak perlu menganjurkan perhimpunan sebab adanya saluran yang lebih betul atas tuntutannya.
ReplyDeleteTidak harus bertindak keras terhadap rakyat Malaysia.
ReplyDeleteUmat Islam yang ingin menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini dinasihati segera bertaubat kerana perhimpunan itu ditegah oleh Islam disebabkan ia hanya akan membawa kerosakan, kata ahli akademik Islam.
ReplyDeleteMereka berkata, Islam tidak menggalakkan sebarang kekerasan, dan perhimpunan sebegitu walaupun dimulakan dengan aman, pasti akan berakhir dengan keganasan seperti yang berlaku sewaktu perhimpunan Reformasi 1998 dan Bersih 1.0 pada 2007.
ReplyDeleteFadlan Mohd Othman, Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata bahawa daripada kaca mata Islam, tidak ada sebarang dalil daripada Al-Quran yang membenarkan perhimpunan sebegitu dilakukan.
ReplyDelete"Saranan kita kepada orang Islam yang sudah mendengar amaran daripada polis tapi masih lagi berniat nak pergi, batalkan niat berkenaan kerana risikonya untuk membawa kepada kefasadan dan kerosakan adalah besar.
ReplyDelete"Mengikut kaedah Feqah, sebarang jalan walaupun niatnya baik tetapi jika ia mempunyai kecenderungan untuk membawa kerosakan, maka jalan itu hendaklah ditutup," katanya.
Fadlan berkata kenyataan Polis Diraja Malaysia bahawa perhimpunan sebegitu akan mendatangkan kemudaratan harus diambil kira.
ReplyDelete"Apa yang disebut oleh polis merupakan satu benda yang telah diperhatikan dan kerosakan itu dapat kita lihat dalam demonstrasi haram yang pernah dijalankan sebelum ini," katanya.
Beliau menggesa pihak penganjur dan peserta perhimpunan itu agar turut mengambil kira hak dan keselamatan orang awam yang tidak mahu terlibat.
ReplyDeleteAhmad Fauzan Yahaya, Ketua Jabatan Pusat Pengajian Islam, Kolej Islam Antarabangsa, berkata umat Islam yang berniat menyertai perhimpunan itu perlu melakukan timbang tara terlebih dahulu.
Katanya sebagai umat Islam, mereka perlulah melihat sesuatu perkara yang lebih membawa kebaikan, sebaliknya jika keburukan melebihi segala-galanya termasuk bencana yang akan timbul daripada perhimpunan ini, mereka perlu menghindarinya.
ReplyDelete"Kalau dilihat daripada segi aspek perhimpunan ini, tak ada permit, berkumpul di jalan raya, provokasi dan memaki hamun, maka kebaikan itu lebih sikit daripada keburukan.
"Kita tak boleh bayangkan macam mana jika ada provokator dalamnya. Dulu sewaktu Bersih 1.0, bayangkan ada golongan Syiah sekali angkat bendera PAS dan gambar pemimpin Syiah Ayatollah Khomeini, sedangkan gerakan Syiah diharamkan di dalam Malaysia," katanya.
ReplyDeleteAhmad Fauzan berkata beliau hairan kenapa penganjur perhimpunan yang semakin terang didalangi parti-parti politik mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus.
ReplyDelete"Bila mereka menang, mereka kata itulah pertolongan Tuhan, bila kalah mereka tak kata pengajaran dari Tuhan, tidak pula mereka rasa perlu muhasabah diri sendiri kerana mereka harus sedar dalam kerajaan semuanya milik Allah. Allah berhak memberi dan mengambil kuasa daripada dan kepada sesiapa yang Dia mahu," katanya.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia turut menasihati mereka yang ingin menyertai perhimpunan haram itu agar membatalkan niat mereka.
ReplyDeletePengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata Malaysia yang mempunyai ekonomi teguh sedang menuju ke arah yang lebik baik, jika perkara yang boleh menyekat atau merosakkan negara, maka perhimpunan itu tidak harus diteruskan.
ReplyDelete