Tuesday, June 11, 2013

Mampukah BN Bertapak Semula Di Selangor?

Jangan biar Barisan Nasional (BN) bertapak lagi di negeri Selangor,” tegas Pengerusi Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP) Hu Pang Chow.

Beliau berkata, BN sudah dua penggal ditolak oleh rakyat negeri ini, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 pada 2008 dan PRU-13 lalu, dan tugas kita sekarang ini ialah untuk memastikan BN tidak boleh lagi bertapak di negeri Selangor.

“Malahan Pakatan Rakyat sekarang ini lebih kuat kerana kita memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) berbanding BN,” terang beliau selepas ditemui dalam satu majlis Pakatan Rakyat di KIP Industrial Park dekat sini baru-baru ini.

Pada PRU-13, DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi, dan PKR menang 14 kerusi berbanding dengan BN yang hanya memenangi 12 kerusi dari sejumlah 56 kerusi Dun Selangor.

Hu berkata, BN sudah tersilap percaturan dengan cita-citanya untuk menawan kembali negeri Selangor dengan memberi tumpuan khusus seperti penambahan hampir setengah juta pengundi di negeri ini sahaja menjelang PRU-13.

Katanya, BN Selangor juga melantik (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dalam usaha mereka untuk merampas semula negeri Selangor.

“Ternyata rakyat Selangor, yang terdiri dari semua kaum menolak BN dan mahukan perubahan dan memilih kerajaan negeri Pakatan yang terbukti dapat memerintah jauh lebih baik berbanding BN,” jelas beliau.

Hu juga menolak teori ‘tsunami Cina’ yang ditimbulkan oleh Najib walaupun menurut beliau, lebih 80 peratus pengundi Cina di kawasan bandar dan pinggir bandar di Selangor memilih Pakatan.

Beliau menasihatkan kerajaan negeri supaya memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan menunaikan semua janji yang terkandung dalam manifesto bagi membuktikan kerajaan negeri benar-benar berjiwa rakyat. -FMT

2 comments:
Write comments
  1. Riwayat BN kt Selangor tamat disbbkan anak TOyol tu.Tulaa tamak sgt ms jd MB.Hasil rakyat selangor bersatu hati tulah dpt halang segala btk penipuan.Sy simpati dgn Tganu & Kedah.Apa nak buat, diorg takde kekuatan mcm Selangor.Nak tak nak terima jelah pemerintahan BN.

    ReplyDelete
  2. Bnyk Negeri yg PAKATAN dapt Tawan dalm PRU13. PAKATAN lbh awal sudh diramal menang BESAR, TETAPI SPR mnjadi hantu kpd UMNO/BN dn memecah rekod penipuan yg jelas. UMNO/BN hari ini adalah kerajaan yg TAK SAH dan HARAM!!!!! UMNO/BN kalah dalm PRU13. UMNO/BN jelas rakyat TOLAK!!!! PAKATAN menang tetapi kalah kena TIPU!!!! SPR tipu dg bnyak cara dn KERTAS UNDI POS LBH BNYK DARI ORG MGUNDI POS!!! Peti UNDI HANTU yg disediakn oleh SPR untk menangkn UMNO/BN yg HARAM!!!!!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.