Saturday, June 15, 2013

Anggaplah ini sebagai hadiah dari Barisan Nasional



Kalau sebelum pilihanraya hari tu. apa saja tindakan yang nak dibuat oleh mereka, penerimaan rakyat akan didahulukan seperti yang biasa dilaungkan.. kononnya 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'..

Tetapi setelah kembali berkuasa pandangan rakyat, penerimaan rakyat, rakyat suka atau tidak itu bukan masaalah..


Kerajaan sedang mempertimbangkan kenaikan tambang bas sempena musim perayaan ini seperti diminta syarikat pengusaha bas ekspres di negara ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, kerajaan masih kaji permintaan itu dan belum memutuskan nilai yang akan dinaikkan.

“Setiap tahun pada musim perayaan memang terdapat surcaj 10 peratus yang dikenakan pada tambang kerana perjalanan pada musim perayaan ada bezanya, iaitu bas penuh semasa pergi dan kosong bila balik. Jadi, ini yang perlu diambil kira,” katanya selepas merasmikan Ekspo Antarabangsa Bas, Trak dan Komponen Malaysia 2013 di Seri Kembangan, semalam.

Beliau berpendapat, syarikat pengusaha bas ekspres tidak sepatutnya buat permintaan begitu dengan sewenang-wenangnya tetapi mengakui kerajaan faham dengan apa yang diperlukan oleh industri pengangkutan awam komersial itu.

“Sebelum buat keputusan, kita perlu melihat kepentingan orang awam agar (keputusan dibuat) lebih seimbang,” katanya ~ Sinar Harian

Alasan nak dinaikkan ialah kononnya pada musim perayaan bas penuh semasa pergi dan kosong bila balik.. tapi sekarang ini adakah dalam setiap perjalanan bas itu pergi dan balik penuh dengan penumpang?

Anggaplah ini sebagai hadiah dari Barisan Nasional buat semua yang menyokong untuk memenangkannya dan juga hadiah buat yang membantu kemenangan Barisan Nasional dengan sabotaj sahabat sendiri...

-anaksungaiderhaka

85 comments:
Write comments
  1. Ala mengenai kenaikan tambang bas ini memang setiap tahun pun setiap kali perayaan akan ada kenaikan. Lepas perayaan nanti turun balik lah itu.

    ReplyDelete
  2. Kalau kita lihat pun ini sememangnya perkara biasa berlaku. Betul kata karulnaim itu. Jadi jangan mahu dihairankan mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  3. kerajaan akan membincangkan mengenai perkara ini. Tidak perlulah risau.

    ReplyDelete
  4. Lagi pun ini permintaan daripada syarikat pengangkutan tersebut. Jadi kita harap kerajaan akan memastikan tidak terlalu membebankan rakyat dengan kenaikan tersebut.

    ReplyDelete
  5. Tambang naik pun mahu dijadikan isu untuk memburukan kerajaan. Yang pasti ini adalah permintaan syarikat tersebut. Kerajaan hanya cuba untuk mempertimbangkan permintaan tersebut.

    ReplyDelete
  6. bayangkan kalau pengurusan tersebut mogok? apa akan jadi.. Bukankah kamu sendiri yang kecewa nanti tidak dapat balik beraya.

    ReplyDelete
  7. Usaha kerajaan adalah cuba untuk mengimbangkan permintaan dan sebagainya. Jadi kita perlu melihat sendiri apa usaha kerajaan nanti.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan sendiri pun tidak mahu memberikan beban kepada rakyat sebenarnya.

    ReplyDelete
  9. Bila cerita kenaikan berlaku memang ada pihak mengambil kesempatan untuk memburukkan pengurusan mereka yang menaikan tambang tersebut. Tapi mereka tidak tanya sebab perkara ini berlaku.

    ReplyDelete
  10. Tidak perlulah bising-bising sangat. Ini hanya untuk perayaan dan tidak akan berlaku pada hari-hari lain. Jadi mahu tidak mahu terpaksa jugalah naik bus. Kalau tidak memang beraya diperantauan nampaknya. haha

    ReplyDelete
  11. Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menolak cadangan kenaikan tambang bas ekspres di musim perayaan seperti yang diminta oleh syarikat pengusaha bas di negara ini.

    Presidennya, Datuk Yusoff Ismail berkata, kenaikan 30 peratus tinggi dan membebankan pengguna.

    Menurutnya, alasan yang dikemukakan oleh pihak pengusaha menjadi persoalan yang perlu difikirkan kewajarannya kerana membabitkan musim perayaan sahaja.

    ReplyDelete
  12. Yusoff berkata, sebelum mengambil kira soal menaikkan harga tambang, syarikat pengusaha bas sebaliknya perlu meningkatkan mutu perkhidmatan.

    Katanya, pihaknya sering menerima aduan daripada pengguna yang tidak puas hati dengan perkhidmatan bas setakat ini.

    ReplyDelete
  13. Tambang bas sudah banyak kali naik. Syarikat bas tidak boleh pentingkan keuntungan semata-mata sehingga mahu menaikkan tambang pada musim perayaan.

    Ini tidak adil kepada pengguna kerana mereka tetap menjadi pengguna di luar musim perayaan. Kerajaan perlu meneliti perkara ini dan (yang berkaitan dengan) kebajikan pemandu-pemandu bas.

    ReplyDelete
  14. Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) kekal dengan pendirian untuk menaikkan tambang bas ekspres sebanyak 30 peratus walaupun ada pihak menyifatkannya sebagai terlalu tinggi.

    Presidennya, Datuk Ashfar Ali berkata, kenaikan itu bukan disebabkan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, tetapi sebagai semakan semula yang biasa dilakukan dalam empat atau lima tahun sekali.

    Bagaimanapun, katanya, memang ada kenaikan tambang pada musim perayaan, namun hanya dikhaskan untuk bas tambahan sahaja iaitu 10 peratus.

    ReplyDelete
  15. ''Harga tayar dua tahun lalu dalam lingkungan RM900 hingga RM1,000 sahaja sebuah, tetapi kini meningkat kepada RMl,500 hingga RMl,600 sebuah.

    ''Harga casis dan badan bas pula meningkat antara 30 dan 50 peratus setiap tahun. Sebuah casis 'Scania' contohnya, kini berharga RM322,000 berbanding sebelumnya yang cuma RM240,000,'' katanya di sini hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya yang menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi dan tidak setara dengan perkhidmatan ditawarkan.

    Mengulas lanjut, Ashfar berkata, peningkatan harga juga berlaku kepada alat ganti yang bukan merupakan barang kawalan dan minyak pelincir, bahan wajib bagi setiap bas.

    ReplyDelete
  16. ''Lebih membebankan, kerajaan kini melaksanakan gaji minimum iaitu RM900 sebulan, tidak termasuk lain-lain bayaran dan elaun pekerja.

    ''Jadi, syarikat tiada jalan lain, selain menaikkan harga tiket bagi menampung pelaksanaan gaji minimum dan kos operasi yang meningkat,'' ujar beliau.

    Dari segi harga diesel pula, katanya, kerajaan hanya memberikan subsidi separuh sahaja dan selebihnya bagi perjalanan yang melibatkan jarak jauh, kos perlu ditanggung sendiri oleh syarikat mengikut harga pasaran.

    ''Justeru, pengusaha bas ekspres perlu mencari wang secukupnya bagi membayar kos diesel yang masih tidak seimbang dengan pendapatan,'' katanya.

    Mengulas tentang keputusan tidak menjual tiket lebih awal pada Julai dan Ogos, Ashfar berkata, tindakan itu hanya untuk mengelakkan pengusaha bas ekspres mengalami kerugian dan bukannya sebagai ancaman kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seperti yang ditafsir oleh sesetengah pihak.

    ReplyDelete
  17. Pemilihan UMNO yang akan diadakan pada tahun ini bakal menyaksikan seramai 146,500 perwakilan akan memillih kepimpinan baru yang bakal menerajui UMNO untuk tempoh 5 tahun akan datang.

    ReplyDelete
  18. Ramai berpendapat pemilihan kali ini akan menjadi gambaran sebenar kepimpinan UMNO yang dimahukan akar umbi dengan hanya tidak mengambilkira undi dari wakil-wakil bahagian. Sekiranya pemilihan UMNO yang lepas dikatakan terdedah dengan 'politik wang' , manipulasi undi perwakilan dengan 'politik wang' dilihat agak mustahil untuk pemilihan kali ini.

    ReplyDelete
  19. Pemimpin-pemimpin UMNO yang bakal bertanding ini mungkin akan dinilai berdasarkan kemampuan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dalam memperjuangkan agenda Melayu . Sama seperti pemilihan-pemilihan yang lepas, mereka yang berhasrat untuk dicalonkan akan cuba menonjolkan diri dalam isu-isu yang berkaitan kepentingan Melayu.

    ReplyDelete
  20. Pemilihan UMNO yang akan diadakan kali ini mungkin bakal menjadi agak 'panas' memandangkan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO gagal mendapat majoriti 2/3 dalam membentuk kerajaan.

    ReplyDelete
  21. Walaupun UMNO memperoleh rekod cemerlang dengan memenangi 88 kerusi parliamen daripada 120 yang dipertandingkan (peningkatan sebanyak 9 kerusi berbanding 79 kerusi yang dimenangi pada 2008), adalah menjadi satu kelaziman bagi ahli-ahli UMNO untuk menilai prestasi kepimpinan UMNO berdasarkan jumlah keseluruhan kerusi yang dimenangi Barisan Nasional secara keseluruhannya.

    ReplyDelete
  22. Perlu diketahui kemenangan UMNO adalah di kerusi-kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti pengundi Melayu. Namun di beberapa kerusi Parlimen ini, majoriti undi yang diperoleh UMNO agak tipis terutama di kawasan yang menjadi kubu kuat PAS. Dalam keadaan sebegini, undi minoriti bukan Melayu memainkan peranan dalam menentukan kemenangan calon.

    ReplyDelete
  23. Keputusan pilihanraya 2013 yang menunjukkan perubahan sokongan kaum Cina terhadap Pakatan Rakyat telah menimbulkan satu persepsi di kalangan akar umbi UMNO bahawa Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri kini seharusnya lebih memberi tumpuan terhadap kaum Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dalam membantu kemenangan Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan.

    ReplyDelete
  24. Isu sebegini mungkin akan kerap dibangkitkan dalam pemilihan UMNO yang akan datang . Mereka yang dilihat lantang dalam memperjuangkan agenda Melayu mungkin berpeluang memperoleh undi dari perwakilan yang hadir. Namun pada masa kini, ahli-ahli UMNO perlu sedar bahawa suara dari UMNO tidak melambangkan suara orang-orang Melayu itu secara keseluruhannya.

    ReplyDelete
  25. Sekiranya diteliti, Melayu pada hari ini terbahagi kepada 3 golongan . Golongan pertama ialah Melayu yang masih kuat berpegang pada tradisi bangsa itu sendiri. Golongan kedua ialah Melayu yang condong dalam memperjuangkan agama Islam dan golongan yang ketiga ialah Melayu bandar yang dilihat lebih liberal. Untuk menjadi relevan mewakili kaum Melayu secara keseluruhannya, UMNO perlu memenangi hati ketiga-tiga golongan ini.

    ReplyDelete
  26. Walau bagaimanapun, pasca PRU-13 menunjukkan ramai ahli-ahli UMNO 'bersuara' dan dilihat cenderung untuk kekal relevan hanya untuk golongan yang pertama. Mungkin pada tahun 2013, kita boleh andaikan peratusan golongan Melayu pertama, kedua dan ketiga berada dalam nisbah 50:30:20 tetapi adakah nisbah ini akan terus kekal pada tahun 2018?

    ReplyDelete
  27. Dengan pembangunan yang dialami negara ini dari segi teknologi maklumat, kewujudan bandar-bandar baru dan beberapa lagi elemen 'kemajuan' yang lain, adalah tidak mustahil pola pemikiran orang Melayu akan turut berubah menjadikan nisbah peratusan golongan Melayu tadi berubah pada 40:30:20 dalam tempoh lima tahun akan datang.

    ReplyDelete
  28. Zahid Hamidi: 85 peratus manifesto Pakatan tidak ditunai

    Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pakatan pembangkang masih gagal melunaskan 85 peratus janji seperti dalam manifesto yang dicanangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

    Beliau berkata, berdasarkan kepada kajian yang dibuat, Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) hanya menunaikan kurang 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat.

    “Yang mutakhir, kerajaan PR sebelum ini menjanjikan pemberian bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu tetapi gagal ditunaikan sehingga rakyat bangkit menuntut janji itu.

    “Mereka sudah diberi peluang untuk memerintah negeri tetapi tidak dapat melaksanakannya. Macam mana kononnya mereka mahu diberi peluang menuju ke Putrajaya?” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Pulai, di sini, semalam.

    Turut hadir Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman.

    Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional sehingga kini sudah berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak daripada pilihan raya umum pada 1959 ketika di bawah Parti Perikatan.

    Beliau bagaimanapun mengakui terdapat kelemahan sebanyak 13 peratus di dalam menunaikan janji yang dibuat dan tidak mengandaikan perkara itu akan dibawa kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

    Dalam pada itu, beliau menyifatkan kerjasama di antara tiga parti dalam PR ibarat 'perkahwinan mutaah' yang bersifat sementara.

    Tegasnya, PKR, DAP dan Pas hanya memerlukan antara satu sama lain pada musim pilihan raya dan berkeyakinan kerjasama seperti itu tidak akan bertahan lama kerana mereka mempunyai agenda berbeza.

    “Kita lihat seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang, DAP cuba menguasai lebih daripada dua pertiga kerusi di sana kerana mereka sedar PKR dan Pas tidak mempunyai tapak yang kukuh di sana, selain mahu menjadi parti tunggal di negeri itu.

    “Adalah lebih baik, PKR dan Pas meninggalkan DAP dan menjadi entiti tunggal kerana mereka tidak jujur dalam menterjemahkan kesepakatan yang terjalin dan kaedah yang sama juga akan dilakukan jika mereka menguasai Putrajaya,” katanya.

    ReplyDelete
  29. Kewujudan golongan Melayu liberal ini harus diberi perhatian serius oleh UMNO kerana kebanyakkan daripada mereka ini adalah dari generasi muda . Malah terdapat kecenderungan anak-anak orang Melayu yang berasal dari kampung menjadi Melayu liberal apabila berhijrah di bandar dan konsep dibawa oleh Pakatan Rakyat lebih mudah diterima mereka.

    ReplyDelete
  30. Melayu adalah bangsa yang mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan secara tak langsung persekitaran ini juga mampu mencorakkan pemikiran mereka terhadap ideologi-ideologi tertentu. Berbeza dengan bangsa Cina, mereka dilihat begitu mempertahankan identiti budaya walau di mana saja mereka pergi. Maka tak hairanlah, wujud apa yang kita namakan sebagai 'Chinatown' di seluruh dunia.

    ReplyDelete
  31. Ahli-ahli UMNO mungkin perlu mengkaji mengenai pendapat tentang 3 golongan Melayu yang telah dinyatakan di atas. Daripada 3 golongan yang dinyatakan berapakah peratusan daripada mereka yang mahu terus bersama-sama memperjuangkan agenda Melayu ? Adakah golongan kedua yang cenderung dalam memperjuangan agama Islam dan golongan ketiga yang liberal peduli dengan agenda Melayu ?

    ReplyDelete
  32. agenda Melayu adalah penting untuk dipertahankan kerana perkara yang serupa dilakukan oleh kaum Cina dan India dalam mempertahankan kepentingan kaum masing-masing. Cuma timbul rasa bimbang apabila golongan Melayu kedua dan ketiga yang dinyatakan sebelum ini dimanipulasi oleh kumpulan tertentu untuk menjayakan perancangan mereka seterusnya menggugat agenda Melayu yang diperjuangkan UMNO.

    ReplyDelete
  33. Kepimpinan UMNO perlu memikirkan satu mekanisma yang bijak untuk menarik kembali sokongan dari golongan kedua dan ketiga ini tetapi pada masa yang sama terus memperjuangkan agenda Melayu melalui 'pengurusan' yang bijak supaya tidak dilihat ekstrim atau bersifat perkauman melampau oleh orang-orang Melayu dari golongan kedua dan ketiga ini .

    ReplyDelete
  34. Ahli-ahli UMNO juga mempunyai pilihan untuk membuat perubahan semasa pemilihan UMNO yang akan datang ini bagi menjadikan UMNO sebuah parti yang lebih 'keras' perjuangannya dalam mempertahankan agenda Melayu. Persoalan samada kaedah ini mampu menarik lebih ramai orang Melayu terutama dari golongan kedua dan ketiga untuk menyokong UMNO adalah sesuatu yang subjektif dan 'trend' semasa mungkin boleh dijadikan sebagai indikator.

    ReplyDelete
  35. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengkaji sama ada membenarkan pengusaha syarikat bas menaikkan tambang sebanyak 30 peratus.

    Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata keputusan mengenainya akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri.

    ReplyDelete
  36. Syed Hamid berkata pengusaha syarikat bas perlu seiring dengan SPAD dalam mencapai objektif untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada orang awam.

    "Mereka memberi pandangan dan kita juga memberikan pandangan bagi mencari jalan terbaik untuk orang ramai," katanya.

    ReplyDelete
  37. Syed Hamid juga berkata kerajaan memahami kehendak mereka yang ingin menaikkan tambang bas, namun mereka tidak seharusnya membuat sesuatu tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

    ReplyDelete
  38. Katanya kerajaan selama ini membenarkan pengusaha syarikat bas mengenakan caj tambahan sebanyak 10 peratus apabila tiba musim perayaan bagi membantu syarikat berkenaan.

    ReplyDelete
  39. “Setiap tahun pada musim perayaan memang terdapat surcaj 10 peratus yang dikenakan pada tambang kerana perjalanan pada musim perayaan ada bezanya, iaitu bas penuh semasa pergi dan kosong bila balik. Jadi, ini yang perlu diambil kira,”


    dah kate naik setiap tahun, musim perayaan. tak logik langung la kalau nak salah kan kerajaan.

    ReplyDelete
  40. kalau pembangkang menang tambang xnaik ke? sama je kan. tak pyh la sangat nak kritik kalau stakat naik musim perayaan pon. nak bantah sangat, xyah la naik perkhidmatan awam.

    ReplyDelete
  41. Bila bercerita harga tambang bas nak naik ni, orang mula la kecoh tak tentu arah. Semua jari mula ditunding ke arah Kerajaan. Kononnya Kerajaan ni kejam.

    Mula la puak - puak Pakatan Haramjadah tu tuduh Kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang ni zalim terhadap rakyat. Baru menang, dah nak naikkan harga.

    Tuntutan untuk menaikkan harga tambang bas ni bukan datang dari SPAD. SPAD pun hanya mencadangkan perkara tersebut.

    ReplyDelete
  42. Baru bercadang, belum dilaksanakan lagi. Tapi puak - puak Pakatan Pembangkang ni diorang tak perduli. Belum buat pun diorang dah mula hasut rakyat dulu.

    Jika yang buat tuntutan tu datangnya dari pengusaha - pengusaha bas, buat menda kejadahnya SPAD yang keluarkan kenyataan?

    Sepatutnya, kalau pengusaha tu yang nak mintak naikkan harga tambang bas, diorang la yang kena buat sidang media, bukannya Pengerusi SPAD.

    ReplyDelete
  43. Inilah masalahnya dengan agensi Kerajaan ni. Nak jugak cari jalan untuk bunuh diri sendiri. Nak jugak cari jalan untuk menyusahkan orang lain.

    Bila isu ni dijadikan santapan puak - puak Pakatan, mula la diorang nak cari salah orang lain. Walhal, isu ni boleh selesai tanpa sebarang spekulasi.

    Suruh la pengusaha bas tu yang buat sidang media. Suruh la diorang buat tuntutan. Bila SPAD yang bukak mulut, orang akan tuduh Kerajaan.

    ReplyDelete
  44. Dah Kerajaan jugak yang dipersalahkan. Dah puas pulak orang nak menjawab isu yang sebenarnya 'Non Issue' macam kenaikan harga tambang bas ni.

    SPAD pun kena tau. Isu pasal tambang bas ni melibatkan rakyat secara keseluruhan. Melibatkan ramai orang. Bukan setakat satu dua kelompok saja.

    SPAD perlu pikir mengenai rakyat, bukannya kehendak pengusaha bas tu sahaja. Pengusaha bas tu dia boleh bagi macam - macam alasan. Tapi rakyat, nak bagi alasan apa?

    ReplyDelete
  45. Zaman sekarang ni, nak buat kerja, kita kena pikir apa yang orang lain akan buat. Kita dah kena pikir 'out come' kepada perlaksanaan. Baru kita boleh buat.

    Kalau masih nak guna pakai cara lama, macam - macam masalah yang akan timbul. Macam - macam spekulasi yang orang akan buat. Tu semua kena pikir dulu dalam keadaan semasa.

    ReplyDelete
  46. Zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu. Pantang ada silap sikit, memang akan dijadikan bahan modal untuk diorang mengkritik Kerajaan.

    Jadinya, mintak sangat la pihak yang berkenaan pikir dulu sebelum nak ambik sebarang tindakan. Banyak kemungkinan akan berlaku. Jangan hanya setakat nak pikir pasal kepentingan satu dua orang je kerjanya!!!

    ReplyDelete
  47. Syarikat pengusaha bas ekspres mahu menaikkan tambang mereka sebanyak 30% dan memilih untuk tidak menjual tiket lebih awal pada Julai dan Ogos sehingga mereka mendapat pengesahan kerajaan mengenai kenaikan tambang.

    ReplyDelete
  48. Langkah itu sekiranya dipersetujui akan menyaksikan tiket bas dari Kuala Lumpur ke Johor Baru berharga kira-kira RM40 berbanding kebiasaannya RM31.10 (Transnasional).

    ReplyDelete
  49. Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali berkata syarikat bas ekspres telah bertemu dengan pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada akhir bulan lalu berhubung kenaikan tambang bas.

    ReplyDelete
  50. Antara alasan yang dikemukakan ialah kos menyeluruh telah meningkat sebanyak 36% sejak kenaikan terakhir dan pelaksanaan gaji minimum pada tahun ini memberi kesukaran kepada syarikat bas ekspres untuk beroperasi.

    ReplyDelete
  51. Ashfar berkata, walaupun SPAD telah mendengar rungutan mereka, keputusan mengenai kenaikan tambang bas masih belum diputuskan.

    ReplyDelete
  52. Menurutnya, jika pengusaha bas menjual tiket untuk tempoh dua bulan lebih awal, ia akan memberi kerugian besar sekiranya kadar kenaikan tambang dipersetujui. “Jika kami menjual tiket sekarang, kami akan kerugian 30% sebaik saja kerajaan bersetuju menaikkan tambang bas,” katanya.

    ReplyDelete
  53. Ketika ditanya mengenai tahap keyakinan beliau sekiranya tambang bas dinaikkan, Ashfar berkata pegawai SPAD memahami kedudukan pengusaha bas ekspres dan bersikap realistik. Syarikat bas ekspes, katanya, akan terus memberi tekanan sekiranya tambang bas tidak dinaikkan.

    ReplyDelete
  54. “Kami akan mengalami kerugian dan orang ramai tidak akan mempunyai insentif untuk menyediakan perkhidmatan tambahan,” katanya. Sebagai pendekatan sementara, Ashfar mencadangkan kepada SPAD untuk meningkatkan tambang bas sebanyak 30% pada musim perayaan.

    ReplyDelete
  55. Sebuah syarikat pengusaha bas ekspres yang mahu namanya dirahsiakan berkata, pendekatan syarikat tersebut untuk tidak menjual tiket dua bulan lebih awal bergantung kepada keputusan SPAD berhubung kenaikan tambang. “Ia akan menjadi lebih mahal untuk mengendalikan bas pada Hari Raya – kami menghantar penumpang ke kampung halaman tetapi kami mungkin ketiadaan penumpang dalam perjalanan semula ke destinasi asal. Kesesakan lalu lintas turut meningkat.

    ReplyDelete
  56. “Segalanya naik. Bas kami dan juga alat ganti. Gaji minimum bermaksud kami harus membayar lebih untuk kerja lebih masa, tetapi tiada siapa melihat kadar tambang bas,” katanya.

    ReplyDelete
  57. hanya untuk raya jer... bukan selamanya... kalau selamanya baru betul nak marahkan kerajaan yg pandai mendahulukan rakyat.... hanya sementara saja...

    ReplyDelete
  58. We must also continue our efforts to build Malaysia into a regional energy hub.

    ReplyDelete
  59. The Global Incentives for Trading Programme will now be applicable for trading with both resident and non-resident companies, making it more attractive and supporting Malaysia’s ambition to become a regional energy hub.

    ReplyDelete
  60. The energy industry contributes more than 40% of our national income; further growth in this key industry is essential to safeguard our country’s medium and long-term position.

    ReplyDelete
  61. The three phenomena in world economy, namely China’s modernisation, the rise of emerging economies (BRICS), and the Southeast Asian single market will fundamentally alter Asia’s investment landscape.

    ReplyDelete
  62. With these factors in mind, I believe we must choose a flexible and open economy; engaging more with our regional partners, securing inward investment, and opening our industries up to greater competition.

    ReplyDelete
  63. The Economic Transformation Programme has a definite vision of the kind of economy it is intended to create.

    ReplyDelete
  64. We want to stimulate more foreign investment, boost domestic demand, and ensure the rewards of sustainable growth are made available to all Malaysians.

    ReplyDelete
  65. We want to revise costly and inefficient subsidies. And we want to reduce the state’s role in private enterprise, to avoid warping markets.

    ReplyDelete
  66. Sekadar nak tutop[ cerita yg tanah2 melayu telah digadai oleh UMNo kpd kroni dlm sykt Teguh Tebrau. Ini yg trbaru, yg lama? Hakikatnya zaman Muhyiddin id MB lg dan Sultan Johor apa buleh buat pon.

    ReplyDelete
  67. Memang lah Rakyaat di Dahulukan,siapa kata Pemimpin diDahulukan,memang lah Rakyaat di Dahulukan bah Kan.apa-apa pun Rakyaat duluan Mati

    ReplyDelete
  68. - Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini melancarkan kereta rakyat baharu, Saga SV 1.3L dengan penurunan harga sebanyak 12 peratus berbanding model sebelum ini tanpa mengurangkan sebarang spesifikasi malah lebih baik.

    ReplyDelete
  69. Saga SV dijual pada harga serendah RM33,438 untuk jenis manual dan RM36,438 untuk automatik, penurunan sebanyak hampir RM5,000 hasil perancangan penstrukturan vendor dan menyokong usaha kerajaan dalam menawarkan kereta mampu milik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  70. Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, pelancaran kereta mampu milik itu merupakan langkah berterusan syarikat kereta nasional tersebut menawarkan kereta berbaloi tanpa berkompromi dalam aspek kualiti.

    ReplyDelete
  71. Dalam pada itu, Mohd. Khamil berkata, pengurangan harga tersebut tidak akan menjejaskan prestasi kewangan Proton malah akan menambah perolehan syarikat berkenaan melalui pertambahan jualan serta keuntungan.

    ReplyDelete
  72. "Proton menyokong hasrat kerajaan menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dan Saga SV adalah hasil yang berjaya dilaksana Proton," katanya.

    ReplyDelete
  73. pastikan harga tambang bas berpatutan

    ReplyDelete
  74. TAMBANG NAIK PUN SALAH BN? OK..KAU BAYANGKAN JIKA ATUK KAU YG JADI DRIVER BAS.. FIKIRAN KO KEMANA?? ATAU BAYANGKAN JIKA PR YG NAIKKAN HARGA RUMAH BERLIPAT MACAM SEKARANG DI NEGERI2 PR..BAGAIMANA HELAH KAU??!!

    FIKIRKAN DUIT CUKAI DIBAYAR TAPI PERKHIDMATAN TAK SESUAI SPT SAMPAH JARANG DIPUNGUT, JANJI X DITEPATI, AIR X TERJAGA...

    SO, AKU SEDIH JUGA BAHAWA `CINA2 PENGUSAHA BAS, ENJIN & TAYAR` NAK DEMAND LEBIH2 WALAU ADA RASIONALNYA..MEREKA ANTI & NAK JAHANAMKAN USAHA BN!!

    PADA AKU, HUTAN SEBELAH RUMAH KAU TERBAKAR PUN KAU SALAHKAN BN PADAHAL KAU X BUAT APA2 PUN BAGI MEMADAMKAN API.. KAU SEMARAKKAN API ADALAH.. LOGIOT KAU

    ReplyDelete
  75. BN TETAP DI HATIRAKYAT MALAYSIA PADA PRU13!October 18, 2013 at 9:01 PM

    APA lagi hadiah hari lahir yang paling berharga buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang genap usianya 60 tahun semalam, melainkan dapat memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut yang tamat hari ini.

    ReplyDelete
  76. BN TETAP DI HATIRAKYAT MALAYSIA PADA PRU13!October 18, 2013 at 9:02 PM

    Lebih manis lagi, kemenangan ini bukan kemenangan yang biasa, tapi luar biasa.

    ReplyDelete
  77. BN TETAP DI HATIRAKYAT MALAYSIA PADA PRU13!October 18, 2013 at 9:02 PM

    Selain meningkatkan majoriti undi kepada 2,592 berbanding keputusan dalam PRU13 yang diperolehi Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar (2,434), calon BN kali ini, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman juga berjaya menang di semua peti undi dalam DUN Kuala Besut, termasuk 2 yang kalah dalam PRU13 yang lalu.

    ReplyDelete
  78. BN TETAP DI HATIRAKYAT MALAYSIA PADA PRU13!October 18, 2013 at 9:03 PM

    Apatah lagi dengan peratusan keluar mengundi kali ini sebanyak 80% yang jauh lebih rendah berbanding PRU13 (87%), pun calon BN dapat meningkatkan majoriti undinya, menunjukkan ada peralihan undi dari pihak PAS kepada BN.

    ReplyDelete
  79. BN TETAP DI HATIRAKYAT MALAYSIA PADA PRU13!October 18, 2013 at 9:03 PM

    Ternyata pemilihan calon yang tepat dan strategi yang mengena, menjadi punca kepada kemenangan bergaya BN kali ini. Tahniah kepada semua jentera BN dikepalai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalannya, Datuk Seri Idris Jusuh dan lain-lain yang bertungkus lumus sejak 12 Julai yang lepas untuk memastikan kemenangan BN.

    ReplyDelete
  80. BN TETAP DI HATIRAKYAT MALAYSIA PADA PRU13!October 18, 2013 at 9:03 PM

    Tak disebutkan lagi ujian berkempen dalam bulan puasa.

    ReplyDelete
  81. BN TETAP DI HATIRAKYAT MALAYSIA PADA PRU13!October 18, 2013 at 9:04 PM

    Sudah tentu kemenangan ini bukan bermaksud segala-galanya telah lengkap untuk BN. Kemenangan ini hanyalah satu petanda jelas bahawa orang Melayu masih kuat menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  82. BN TETAP DI HATIRAKYAT MALAYSIA PADA PRU13!October 18, 2013 at 9:04 PM

    Tidak seperti yang ditohmahkan sesetengah pihak bahawa pengaruh BN semakin merosot, berkiblatkan kepada keputusan PRU13 yang lepas. Malah dikatakan juga bahawa populariti Perdana Menteri menjunam teruk kebelakangan ini, dengan antara lain disumbangkan oleh keputusan PRU yang disebutkan di atas.

    Kejayaan gemilang di Kuala Besut ini ternyata mengubah segalanya.

    ReplyDelete
  83. BN TETAP DI HATIRAKYAT MALAYSIA PADA PRU13!October 18, 2013 at 9:05 PM

    Penulis harap Perdana Menteri tidak berhenti berusaha untuk memastikan lebih banyak kejayaan untuk BN di masa akan datang. Jentera BN diceruk mana pun dalam negara ini tidak boleh sesekali berasa selesa dan harus bekerja kuat untuk memastikan BN terusk kekal relevan sebagai parti pilihan majoriti rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  84. BN TETAP DI HATIRAKYAT MALAYSIA PADA PRU13!October 18, 2013 at 9:05 PM

    Pedulilah majoriti kecil ke besar, janji majoriti. Banding pembangkang yang takdak majoriti apa pun dan tidak dapat membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.

    Akhir kata, tahniah, tahniah, tahniah.

    ReplyDelete
  85. Wlau sebanyak mana fitnah dilontarkan kepada kerajaan, BN tetap tetap menjadi kerajaan yang SAH! PEmbangkang apa ada??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.