Monday, June 10, 2013

Zahid Hamidi Langgar Had RM200,000 Berkempen PREU13

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu RM200,000 dalam kempennya menjelang pilihan raya umum ke-13, dakwa PKR.

Pengarah Strateginya Rafizi Ramli berkata, seperti dalam video yang diedarkan di Internet, Zahid dikatakan mengedarkan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh, yang jika dikira melebihi RM200,000.

Bercakap di sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi berkata, berdasarkan itu, partinya akan memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara itu minggu ini.

Beliau berkata akan mendedahkan lebih lanjut bukti berkaitan dalam sidang media yang lain pada Rabu ini.

PKR memberi isyarat memfailkan 18 petisyen manakala Pakatan keseluruhannya sebanyak 35 petisyen.

Malaysiakini masih belum boleh dapat menonton video itu atau menghubungi menteri berkenaan atau pembantunya bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu. -mk

76 comments:
Write comments
  1. berapa pula perbelanjaan kempen pakatan haram termasuk bas mewah, treler mewah, helikopter, beli undi...??

    ReplyDelete
  2. Dengar cerita Si Rafizi tu ada menerima dana khas dari Si Ketua Penipu tu untuk membantu dia dalam tempoh berkempen sewaktu PRU yang lepas. Kalau cerita ni betul, tak heran la Si Rafizi tu boleh menang dalam PRU yang lalu. Rupanya dia ada bantuan kewangan yang jauh melebihi dari kemampuan dia.

    ReplyDelete
  3. Lagi pun, kita tak pelik kalau dana tu datangnya dari Si Ketua Penipu tu sendiri memandangkan Si Ketua Penipu tu pun memang banyak poket dia boleh seluk. Sebelum ini, dah banyak pendedahan yang dibuat oleh pelbagai pihak mengenai hubungan rapat Si Ketua Penipu tu dengan puak - puak Rejim Israel.

    ReplyDelete
  4. Sehingga hari ini, Si Ketua Penipu tu masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap pendedahan - pendedahan yang dibuat oleh pihak tersebut. Kenapa dia tak ambik tindakan? Adakah dakwaan yang dibuat tu semuanya benar? Atau, adakah ianya sengaja direka - reka untuk memburukkan nama baik dia?

    ReplyDelete
  5. Yang kita pasti, Si Ketua Penipu tu hanya mendiamkan diri apabila isu berkaitan dengan dana dari pihak luar ini dibangkitkan. Dia tak akan bagi komen termasuklah si rafizi lembu.

    ReplyDelete
  6. Atau adakah pihak wartawan takut nak tanya dia soalan tersebut? Mana la tau ye tak. Si Ketua Penipu tu kan suka sangat nak saman orang. Tu sebab la pihak media takut.

    ReplyDelete
  7. Jadi, tak mustahil la kalau Si Rafizi Jambu yang sebelum ini ditaja sepenuhnya oleh Si Ketua Penipu tu untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara turut dapat dana khas.

    ReplyDelete
  8. Memandangkan kerja Si Rafizi tu selama hari ini hanya menyebarkan khabar angin, tak salah jugak la kalau perkara yang sama dimainkan oleh orang lain.

    ReplyDelete
  9. Si Rafizi tu selama hari ini hanya membuat dakwaan mengatakan pihak SPR menipu dan telah mengimport 40ribu orang Bangla ke Malaysia. Tujuan SPR buat macam tu adalah untuk memenangkan calon - calon Barisan Nasional. Tapi, bila dimintak tunjukkan bukti, Si Rafizi tu boleh suruh orang lain pulak yang cari.

    ReplyDelete
  10. Dia boleh pulak suruh wartawan yang hadir dalam sidang media dia tu cari bahan bukti mereka sendiri. Kenapa dia sendiri tak nak bagi bahan bukti tu? Betul ke dia ada bukti yang boleh mengaitkan pihak SPR mahupun Barisan Nasional dalam cerita karut yang dia buat untuk terus mengaburi mata rakyat?

    ReplyDelete
  11. Jika dia mampu melakukan perkara tersebut dan kemudiannya dipercayai pulak oleh pencacai - pencacai dia dibawah, kenapa diorang tak percaya dengan cerita ini? saya yakin. Diorang takkan percaya dengan apa yang saya sampaikan dimana Si Rafizi tu terima dana sebanyak RM 12juta dari Si Ketua Penipu tu.

    ReplyDelete
  12. Kenapa diorang tak percaya? Kenapa pulak cerita pasal SPR import Bangla tu diorang nak percaya walaupun tanpa sebarang bukti yang sah?

    ReplyDelete
  13. Sekarang, kalau diorang nak suruh saya tunjukkan bukti mengenai dakwaan diatas, diorang boleh la pergi cari sendiri. Nanti saya akan jadikan hasil carian diorang tu sebagai bahan bukti. Jangan diorang tuduh saya nak menipu diorang pulak!!!

    ReplyDelete
  14. Had perbelanjaan oleh calon ketika kempen pilihan raya akan dinaikkan sehingga RM500,000 mulai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang, berbanding hanya RM200,000 untuk kerusi Parlimen dan RM100,000 bagi kerusi DUN sebelum ini.

    ReplyDelete
  15. Penambahan had perbelanjaan itu bagi menampung kenaikkan kos bahan kempen dan menggalakkan penyelewengan ekoran perbelanjaan melebihi had yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR)

    ReplyDelete
  16. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata bagaimanapun jumlah sebenar had perbelanjaan itu belum ditetapkan namun ia mungkin sehingga RM1 juta bagi kerusi Parlimen dan kurang sedikit untuk DUN.

    ReplyDelete
  17. Menurutnya lagi, bagi mengetatkan peraturan itu SPR akan mewajibkan setiap calon menghantar penyata perbelanjaan kempen atau borang B yang lengkap dengan bukti perbelanjaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh perwartaan keputusan pilihan raya yang kemudian akan diaudit SPR secara profesional

    ReplyDelete
  18. Katanya, bagi tujuan itu SPR akan menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk mengaudit semua penyata perbelanjaan calon.

    Mengikut Seksyen 27(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, penyata perbelanjaan kempen hendaklah diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas keputusan PRU diwartakan.

    ReplyDelete
  19. Abdul Aziz berkata, apabila ia dilaksanakan kelak calon yang menipu dan didapati bersalah di mahkamah boleh kehilangan kerusi yang dimenanginya dalam pilhan raya.

    ReplyDelete
  20. "Had perbelanjaan perlu ditambah berikutan kadar maksimum sekarang tidak lagi relevan ekoran kenaikkan kos pelbagai barang dan perkhidmatan. Walaupun ada peningkatan kos untuk kempen pilihan raya, had perbelanjaan mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 tidak pernah dipinda atau dikaji sejak beberapa lama,"

    ReplyDelete
  21. Abdul Aziz berkata, selain menampung kenaikan kos kempen, had perbelanjaan perlu lebih tinggi jika SPR melanjutkan tempoh kempen selama 21 hari seperti yang dituntut sesetengah pihak.

    ReplyDelete
  22. Kekacauan ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dikenal pasti berpunca daripada tindakan pembangkang yang dengan sengaja melanggar peraturan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    ReplyDelete
  23. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tohmahan dan fitnah dilemparkan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) selama ini terbukti hanya helah mereka untuk melindungi kesalahan sendiri.

    ReplyDelete
  24. Beliau berkata, pandangan dan maklum balas diterima setakat ini menyatakan semua ahli BN mematuhi peraturan bertanding yang ditetapkan bagi memastikan PRU-13 berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  25. “Semua calon kita mengikut undang-undang, dan tidak melakukan sebarang perkara yang bercanggah dengan peraturan ditetapkan, berbanding pihak sana yang tidak putus-putus menyerang kita dengan pelbagai tohmahan.

    ReplyDelete
  26. “Saya juga kesal dengan tindakan mereka memainkan emosi rakyat, khususnya golongan muda. Mengapa perlu mereka berbuat demikian, malah ada pengundi muda di kawasan saya yang mengakui mereka mengundi pembangkang kerana bimbang akan masuk neraka,” katanya.

    ReplyDelete
  27. Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, beliau mengesyaki ada pihak tertentu membiayai pembangkang untuk menimbulkan kekacauan dalam negara sepanjang tempoh PRU-13.

    ReplyDelete
  28. “Saya tidak menuduh, tetapi mungkin mereka perlu menunjukkan kepada kuasa luar yang memberi mereka peruntukan tertentu untuk melakukan kerja menimbulkan kekacauan. Barangkali mereka perlu menunjukkan kepada ‘political masters’ mereka. Saya tidak menuduh tapi mungkin.. jika dia (pembangkang) hendak bawa saya ke mahkamah (kerana beri kenyataan ini), tidak apalah,” katanya.

    ReplyDelete
  29. Ditanya mengenai pendekatan BN untuk mengatasi serangan emosi pembangkang terhadap generasi muda, Tengku Adnan berkata, penerangan khusus akan diberikan kepada golongan muda agar mereka sedar dan tidak lagi terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang.

    ReplyDelete
  30. “Kita memang tak suka apa yang mereka lakukan, memainkan emosi rakyat, menaikkan kemarahan rakyat pada perkara yang tidak benar. Kita akan berikan penjelasan sepenuhnya (kepada golongan muda) supaya akidah mereka tidak lagi terpesong,” katanya.

    ReplyDelete
  31. Sehingga hari ini enam hari sudah berlalu sejak keputusan PRU ke 13 diumumkan. Kesemua negeri telah melantik Menteri Besar dan setengahnya barisan Exco masing-masing. Bagi yang belum berbuat demikian calon Menteri Besar telahpun menerima watikah masing-masing hanya menunggu giliran untuk mengangkat sumpah.

    ReplyDelete
  32. Di Selangor ceritanya jauh berbeza. Sejak daripada awal hingga ke hari ini berbagai kenyataan yang bercanggah dikeluarkan.

    ReplyDelete
  33. Pimpinan parti komponen setiap seorang telah mengeluarkan pendapat termasuk pimpinan PKR sendiri.

    ReplyDelete
  34. Yang jelasnya masing-masing parti mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing yang bukan sahaja berbeza dari segi ayat yang digunakan bahkan juga jauh berbaeza dari segi apa yang dimaksudkan.

    ReplyDelete
  35. Jika ditinjau dengan lebih dekat mengenai masalah yang sedang dihadapi di negeri Selangor, kita akan dapati permasalahn itu dapat dikategorikan kepada dua. Pertama, masalah ketidakserasian pandangan dan pendapat pimpinan tertinggi parti peringkat negeri mengenai calon Menteri Besar. Kedua, kecelaruan dalam PKR sendiri yang dikatakan sebagai parti yang yang diberi hak untuk menduduki kerusi Menteri Besar yang kemudiannya dinafikan oleh pimpinan pemuda PAS negeri.

    ReplyDelete
  36. Saya ingin memberi sedikit ulasan mengenai kecelaruan yang semakin hari semakin kusut di kalangan komponen Pakatan di negeri Selangor. Pertama, kecelaruan timbul disebabkan pimpinan komponen parti tidak mendapat panduan dan arahan yang terselaras akibat daripada ketiadaan peraturan yang boleh mengikat anggota komponen pakatan seperti apa yang berlaku di dalam Barisan Nasional. Kedua, tidak dapat disembunyikan akibat ketiadaan peraturan tetap untuk Pakatan Rakyat menyebabkan pimpinan parti komponen bebas mengeluarkan pandangan dan pendapat yang sebahagiannya bercanggah di antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  37. Bukan setakat percanggahan pendapat malah tergambar unsur menidak dan meremehkan kemampuan dan kebolehan di antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  38. Ketiga, sepanjang ingatan saya sewaktu menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor tidak pernah ada sebarang persetujujan samada berbentuk lisan atau bertulis yang mengatakan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak mutlak PKR. Dakwaan setengah-setengah pimpinan PKR yang begitu emosional ditambah dengan nada mengejek dan memperlekeh kemampuan dan kebolehan rakan sejawat parti komponen dianggap sebagai menyalahi prinsip-prinsip kesetiakawanan yang perlu dipertahankan.

    ReplyDelete
  39. Keempat, amat jelas kelihatan wujudnya persaingan tidak sihat di antara kem Azmin dan kem Tan Sri Khalid. Kem Tan Sri Khalid disokong oleh DAP dan PAS dan sebahagian kecil pimpinan PKR negeri. Manakala kem Azmin pula mendapat sokongan besar daripada pimpinan PKR dan mendapat sokongan dingin daripada PAS dan DAP. Kelima, ditakdirkan Khalid Ibrahim atau Azmin Ali menjadi Menteri Besar, saya cenderung meramalkan bahawa siapa juga yang akan menduduki kerusi panas itu akan sentiasa berada di atas bara api. Teori dan amalan "cah keting" akan mewarnakan jawatan MB dan keutuhan pakatan di negeri Selangor.

    ReplyDelete
  40. Sebagai kesimpulannya, seperti yang pernah saya nyatakan berulang kali, bahawa Pakatan Rakyat sebagai sebuah kesatuan politik hanya bersifat temporal sahaja. Tikam menikam, jatuh menjatuh dan ketiadaan ketelusan sertas keikhlasan di kalangan pimpinan menyebabkan Pakatan Rakyat boleh bertahan sebagai satu unit pakatan politik dalam tempoh yang sukar diramalkan.

    ReplyDelete
  41. Atas alasan-alasan yang disebutkan di atas terutamanya tindakan-tindakan yang diambil oleh pimpinan parti-parti komponen menyebabkan rakyat Malaysia yang dulunya menjadi penyokong kuat mereka kini terpaksa membuat renungan jauh tentang keupayaan gagasan Pakatan tersebut.

    ReplyDelete
  42. Rakyat tidak boleh memperjudikan masa depan Negara dengan menyandarkan harapan kepada sebuah pakatan politik yang longgar dan dipimpin oleh barisan pimpinan yang lebih mementingkan diri dan parti yang mereka wakili bukan memikirkan halatuju Negara dan juga nasib generasi penggati yang akan datang.

    ReplyDelete
  43. Akhirnya tembelang Pakatan Rakyat sudah pecah betul-betul dihadapan kita semua. Bau busuk tembelang itu sudah mula dihidu bukan sahaja di Selangor tetapi sudah dibawa angin bertiup ke seluruh Malaysia. Mungkin dengan bau yang tidak menyenangkan ini, rakyat Malaysia akan bangkit daripada lamunan yang didodoikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya apa yang sering diungkapkan oleh ketua mereka Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  44. rafizi punya pendedahan langsung tdk boleh pakai

    ReplyDelete
  45. Duit tabung umno dah campor gaul dengan duit haram dari judi dan arak.Ingat kau menang dengan cara menipu dan guna duit haram , tak malu kah jumpa Allah nanti.Itu pasal apabila terlalu banyak makan duit tak betul, sholat susah nak buat dan hanya sholat baru amalan kita diterima.Anak anak jadi macam setan, bini tak bertudung adalah disebabkan hati dah jadi buta.Jangan lagak lah, neraka Allah amat pedih terutama mereka yang memikul amanah Allah.

    ReplyDelete
  46. “…dia kantoi,” mengakui memberikan mereka RM100 dan 5kg beras setiap seorang..headhunter

    ReplyDelete
  47. harga orang melayu RM100 & 5 kg beras

    ReplyDelete
  48. Orang kampung miskin siapa beri duit dan makan mereka sokonglah org/parti itu. Itu sebab uimno suka org kampung miskin dan bergantung kpd mereka...he..he macam macai headhunter la..

    ReplyDelete
  49. yg dah dapat beras terus diam diam.....

    ReplyDelete
  50. Kalau menang dengan menipu dan tak menghormati undang undang... sila berhijrah...!!!!! hehe

    ReplyDelete
  51. Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperluaskan program Pemulihan Pemasyarakatan ke lima lagi kem tentera susulan kejayaan program itu yang dilaksana di lima kem setakat ini.

    ReplyDelete
  52. Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perluasan itu akan bermula dengan Kem Kota Belud dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  53. Hampir 100 peratus penghuni atau orang diselia (ODS) yang keluar daripada lima pusat pemulihan sedia ada tidak menjadi penjenayah berulang, katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan sulung ke Jabatan Penjara Kajang, di sini hari ini.

    ReplyDelete
  54. Hadir sama Timbalan Menteri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar.

    ReplyDelete
  55. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata program pemulihan itu merupakan usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan antara Jabatan Penjara dan agensi lain di bawah KDN serta kementerian lain bagi mengurangkan kes penjenayah berulang.

    ReplyDelete
  56. Selain itu, Ahmad Zahid berkata ODS juga diberi latihan dan kursus pembangunan kerjaya, bantuan modal serta peluang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.

    ReplyDelete
  57. “Setakat ini ada 88 ODS yang sedang ikuti kursus diploma dan ijazah dan saya akan tentukan bahawa akan lebih ramai lagi ODS ikuti kursus peringkat ijazah.

    ReplyDelete
  58. “Dari segi bantuan modal kepada bekas banduan, kita dapat kerjasama daripada Amanah Ikhtiar dan Tekun, saya juga akan berbincang dengan Permodalan Nasional Berhad mengenai hal ini supaya mereka juga dapat membantu dan memberi latihan keusahawanan,” katanya.

    ReplyDelete
  59. Menurutnya bagi meningkatkan lagi sistem penjara, kementeriannya merancang mewujudkan sistem perubatan dalam penjara bagi membolehkan banduan dirawat di institusi itu dan tidak perlu lagi dirujuk ke hospital luar.

    ReplyDelete
  60. Beliau juga berkata semua 43 kompleks penjara di negara ini akan dinaik taraf dengan keutamaan di Sabah yang sudah melebihi kapasiti.

    ReplyDelete
  61. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pihak, termasuk parti politik, memastikan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijalankan secara sihat susulan kejadian letupan bom dalam tempoh 24 jam.

    ReplyDelete
  62. Satu letupan berlaku dekat bilik operasi pilihan raya BN Nibong Tebal Pulau Pinang semalam menyebabkan seorang lelaki cedera di kaki, dan pagi ini dua bom petrol menyebabkan bilik operasi BN di Sekinchan Selangor terbakar pagi ini.

    ReplyDelete
  63. Polis yang menemui dua peranti bom buatan sendiri di tempat kejadian, percaya insiden di Nibong Tebal itu bertujuan mencetuskan ketegangan di negeri itu.

    ReplyDelete
  64. Parti-parti politik yang bertanding kerusi parlimen dan negeri patut bertanding secara sihat selari dengan amalan demokrasi

    ReplyDelete
  65. Semua parti politik diingatkan supaya memberikan kerjasama dan memohon permit ceramah daripada ketua polis daerah masing-masing supaya polis dapat membuat persiapan awal bagi memastikan keselamatan semua

    ReplyDelete
  66. Mati Syahid, itulah yang dijanjikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa kepada mana-mana ahli parti PAS yang mahu menyertai himpunan haram Blackout505, 22 Jun Sabtu ini seandainya pada perhimpunan itu nanti mereka mati akibat dari rusuhan yang mungkin bakal mereka cetuskan.

    ReplyDelete
  67. tu janji-janji Husam Musa kepada ahli-ahli dari parti PAS tetapi bagaimana pula dengan ahli parti dari DAP dan juga PKR yang tidak beragama Islam jika mereka juga mati kerana bergaduh sesama sendiri di dalam perhimpunan haram itu nanti

    ReplyDelete
  68. Inilah bahayanya fatwa yang dikeluarkan secara sembarangan oleh mereka-mereka yang tidak memiliki ilmu agama yang secukupnya.

    ReplyDelete
  69. Tidak memahami ajaran agama serta tidak mendalami maksud kandungan Kitab Suci tetapi berani mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengelirukan orang Islam yang lain.

    ReplyDelete
  70. Hanya kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) kita rakyat Malaysia yang cintakan keamanan bergantung harap agar KDN bersikap lebih tegas terhadap pihak yang terus berdegil yang masih tetap mahu mengadakan perhimpunan haram walaupun sedar ianya akan menyusahkan ramai orang yang tidak bersetuju dengan himpunan itu nanti.

    ReplyDelete
  71. The Chief Minister also said that the state government would ensure its financial resources were managed efficiently and spent wisely.

    ReplyDelete
  72. On the state administration complex which is undergoing construction, he explained that the proposal to place all divisions in the Chief Minister’s Department (CMD) and Finance Ministry was planned since the 1980s.

    ReplyDelete
  73. In terms of logistics, this situation creates a lot of inconvenience not only for the people but also government officers who need to deal with one another

    ReplyDelete
  74. Musa also said government agencies and state-owned companies would contribute to the funding for the state administration complex project, apart from the state government itself.

    ReplyDelete
  75. Sawit Kinabalu Sdn Bhd will provide RM100 million, Warisan Harta (Sabah) Sdn Bhd, RM50 million and several statutories bodies and state agencies would come up with RM100 million in the form of dividends to the state government.

    ReplyDelete
  76. Musa also explained that it was not economical for state agencies and state-owned companies like Sawit Kinabalu and Warisan Harta to have their own buildings.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.