Tuesday, June 11, 2013

Pengamal media BN/Umno mula bertelagah

Pengamal media sosial pro Umno mula membelasah sesama sendiri. Ini semakin jelas dengan laman-laman sosial mula membelasah antara sesama sendiri. Kita mula melihat kritikan kutukan dan masing-masing mengukur siapa yang telah bekerja dan siapa yang sebenarnya hanya dapat gaji buta.

Laman-laman pro Umno mula membicarakan jumlah perolehan dan pendapat yang tinggi, peruntukan yang besar diberi antara pengamal laman media. Mereka dapat bajet beberapa juta setahun dan dibayar selama 4 tahun — mereka dapat 10,000 sebulan, kumpulan itu mendapat 30 ribu sebulan dan yang satu lagi 300,000 sebulan. Semua mendapat habuan dan mana-mana yang tidak akan merasakan ini satu ketidakadilan kerana mereka hanya melakukan dengan kadar murah dan ada yang percuma.

Akhirnya yang terbongkar adalah peruntukkan besar diberi oleh Umno. Kepimpinan Umno kepada pengamal laman web tidak ada sesiapa yang membocorkan kecuali diri sendiri. Kepada laman yang sering menuduh saya membocorkan rahsia dalam Umno sendiri patut salahkan diri sendiri. Akhirnya apa yang mereka akan kata ialah kenapa kecoh-kecoh mengenai Red Bean Army yang dikatakan dibayar sedang bloggers kita sendiri mendedahkan kita menerima bayaran bukan sedikit tetapi secara kolektif mungkin lebih dahsyat lagi.

Kita juga akhirnya menyalahkan sesama sendiri atas kegagalan menjadi media alternatif utama dalam perang politik hari ini. Kita kata mereka tidak kerja dan mereka kata kita tidak kerja tetapi malangnya kita tidak sama-sama mengukur diri kita sendiri, kita tidak memikirkan cara dan strategik yang baik dan kita tidak belajar mengenai sejarah perkembangan laman web dalam negara kita ini

Dalam satu program yang saya sendiri sebagai penceramah saya terkejut dengan fakta yang dikeluarkan oleh penceramah JASA mengenai penubuhan www.malaysiakini.com dan laman web pembangkang. Jauh tersasar dan tidak mengerti penubuhan dan konsep perjuangan mereka. Tidak ada mereka tanyakan kepada saya bekas salah seorang yang mengendalikan media alternatif pada waktu itu. Mereka membuat kesimpulan sendiri menjadikan mereka lebih memandai dari pandai.

Saya telah anggarkan bahawa perkelahian ini akan berlaku kerana dalam media sosial Umno terdapat berbagai-bagai percanggahan dan dikendalikan oleh mereka yang tidak berpengalaman khususnya dalam mengenali konsep perang gerila media. Mereka tidak faham, tidak pernah merasai dan tidak tahu seluk belok dalam menjadikan media alternatif pro Umno/BN lebih berdaya maju.

Apa hemat saya apa yang mereka lakukan adalah untuk memuaskan tuan-tuan pemberi peruntukan dengan konon-kononnya telah melakukan apa yang akan memberi kemenangan kepada mereka.

Dalam kita memenangi kuantiti kehadiran pengamal media kita gagal dalam kualiti dan gagal dalam mencapai objektif utama. Kita tidak begitu kreatif, tidak mahu mengetahui kerana mengetahui akan menjadikan kita terasa bodoh dan tidak bijak.

Keadaan peperangan sesama sendiri ada baik juga berlaku sekarang dari ia memudaratkan terus Umno/BN bila pesta demokrasi PRU14 menjelang namun kita perlu sedar selagi kepimpinan masih tidak mahu mendengar masih terikat kepada suara-suara memandai maka selagi itu mereka tidak akan mengetahui kenapa kita masih berada dalam takuk yang sama sedangkan kita mempunyai sumber yang banyak untuk menyaingi media mereka.

Mungkin kita perlu membuat pengiraan dengan peruntukkan yang besar jumlah yang banyak berapa jauh kita ketinggalan dari media alternatif pembangkang. Jangan cara alasan, cari jawapan, segera dengar dan mula melakukan perubahan. — umno-reform2.com

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.