Thursday, June 13, 2013

Pembuat Kereta Nafi turun Harga

Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.

Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.

“Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888,” kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.

Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.

Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.

“Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308,” kata pembuat kereta Perancis itu.

Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.

Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187.

Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.

Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2017.

Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.

“Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini telah turun secara purata 7.3 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.

Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme berbeza. -GB

73 comments:
Write comments
  1. Today's news said it otherwise.

    ReplyDelete
  2. Penurunan harga kereta sehingga 30 peratus yang dicadangkan kerajaan tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Pakar ekonomi dari Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin berpendapat, penurunan harga tersebut hanya melibatkan industri automotif.

    ReplyDelete
  4. perkara itu boleh direalisasikan seawal-awalnya penghujung tahun ini atau selepas pembentangan bajet baru oleh kerajaan, yang juga dijadualkan hujung tahun ini.

    ReplyDelete
  5. Isu turun harga amat penting untuk rakyat. Tetapi, ia perlukan penelitian dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

    ReplyDelete
  6. Hasrat yang baik seperti ini tidak akan menjejaskan ekonomi negara. Ia tiada kaitan dengan harga baru, hanya terlibat dengan cukai dan eksais

    ReplyDelete
  7. ekonomi negara akan bergerak seperti biasa kerana penurunan itu akan beri impak positif terhadap sektor lain seperti pengeluaran dan pembaikan kereta serta peluang kerja.

    ReplyDelete
  8. Ia haruslah dilakukan secara berperingkat. Tapi, kalau dapat, biarlah ia dilakukan dalam tempoh tiga tahun dan bukannya lima tahun. Saya yakin pengeluar kereta tidak akan rugi.

    ReplyDelete
  9. Paling penting, golongan muda pasti tidak punyai masalah dapatkan kereta dan ini meningkatkan permintaan. Apabila permintaan tinggi, kos pengeluaran meningkat

    ReplyDelete
  10. pihak pengeluar juga harus pastikan stok mana perlu diberi harga rendah

    ReplyDelete
  11. Malaysia, which has to reduce tariffs on auto and parts imports as part of a deal with Asian neighbours, is scouting for a partner for national carmaker Proton as it faces increasing foreign competition.

    ReplyDelete
  12. The Malaysian government unveiled its National Automotive Policy on Wednesday, setting a framework to deregulate the industry and end a system of import "Approved Permits", which has been blamed for encouraging corruption.

    ReplyDelete
  13. While the government said it would allow foreign carmakers producing large cars worth over 150,000 ringgit (S$61,596) 100 percent ownership of new manufacturing operations here, it would keep excise duties on completely built cars and kits.

    ReplyDelete
  14. "We would like to develop further the local industry in Malaysia, this is of strategic importance to us," International Trade Minister Mustapa Mohamad told a press conference.

    ReplyDelete
  15. The policy, first launched in 2006, aims to liberalise an automotive sector that heavily favours Proton through steep taxes on imported vehicles in Malaysia, the biggest car market in the Association of Southeast Asian Nations bloc (ASEAN).

    ReplyDelete
  16. Proton shares were up 0.25 percent by 0311 GMT in a broader market down 0.7 percent.

    ReplyDelete
  17. Proton, which runs its plants at 50 percent capacity, according to industry analysts, held unsuccessful talks with Volkswagen in 2007.

    ReplyDelete
  18. Recent newspaper reports have speculated that Proton could again try for a tie-up with Volkswagen.

    ReplyDelete
  19. Or they may seek out General Motors or Peugeot as a potential partner.

    ReplyDelete
  20. There has also been speculation Proton could be taken over by a Malaysian company such as DRB-Hicom, owned by reclusive billionaire Syed Mokhtar, or by local car assembler and distributor Naza.

    ReplyDelete
  21. Negara akan mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ramai yang menjadi muflis jika harga kereta serta duti eksais kenderaan diturunkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

    Penghapusan cukai bagi kereta akan mengurangkan cukai negara sebanyak RM7 bilion yang boleh menjejaskan pembangunan infrastruktur negara terutamanya di Sabah dan Sarawak serta pedalaman Semenanjung.

    Jika pembangkang membuat keputusan untuk menghapuskan cukai eksais, rakyat yang hidup dalam keadaan daif tak dapat meningkatkan kehidupan sebab duit tidak ada.

    ReplyDelete
  22. "Itu akan beri kesan sampingan kepada ekonomi. Nak kurangkan eksais itu boleh tapi kena fikir banyak aspek, keburukan dan kebaikannya," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah Leha Nayan sempena Program Tenaga Nasional Berhad (TNB) Prihatin di sini hari ini.Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli yang berjanji untuk menurunkan harga kereta jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

    Mohd Rafizi membuat kenyataan itu kerana melihat kononnya harga kereta sekarang ini membebankan rakyat tetapi tidak menyatakan bagaimana kesan penurunan harga kenderaan akan mempengaruhi sektor lain yang berkaitan.

    Nor Mohamed berkata janji yang dibuat pakatan pembangkang jelas menunjukkan bahawa mereka kecetekan pemikiran kerana membuat kenyataan tanpa mengkaji dan memikirkan kesan yang akan diterima negara apabila kesemua janji itu dilaksanakan.

    Katanya sikap pembangkang itu sangat berlawanan dengan kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dengan membuat keputusan mengikut kebijaksanaan supaya ekonomi dapat dijana dan rakyat mendapat kemakmuran.

    ReplyDelete
  23. Kita tidak tahu dimana kebenaran dalam hal ini. Maka kita tunggu saja penjelasan antara kedua-dua pihak nanti.

    ReplyDelete
  24. Kerajaan perlu melihat sendiri apa yang patut dalam pengurangan harga kereta ini.

    ReplyDelete
  25. Bincangkan sebaiknya. Kerana ini melibatkan banyak pihak dalam penurunan harga kereta ini. Kerajaan perlu bijak dalam menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  26. Janji ditetapi. Nampaknya pembangkang mula risau akan pengumuman penurunan harga kereta ini.

    ReplyDelete
  27. Mereka risau jika kerajaan berjaya menunaikan janji ditepati itu. Ini menampakkan kerajaan akan serius dalam usaha yang telah dijanjikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  28. Apa pun tunggu penjesalan yang sah mengenai perkara ini. jangan mudah terpedaya dengan permainan dalam media.

    ReplyDelete
  29. Mana satu cerita yang betul ni? Hal ini harus diperjelaskan supaya kekeliruan yang timbul tak berpanjangan.

    ReplyDelete
  30. Proton Saga SV lebih nilai berbanding harga

    PETALING JAYA 15 Jun - Proton hari ini melancarkan Saga SV terbaharu dengan harga yang lebih rendah, namun dengan nilai kenderaan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman berkata, Proton Saga SV yang dilancarkan hari ini berharga RM33,438 hingga RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu.

    ReplyDelete
  31. "Apa yang menarik, dengan harga yang lebih rendah ini kami tidak mengurangkan nilai model tersebut tapi kita meningkatkannya.

    "Saga SV yang dilancarkan ini memiliki rating standard keselamatan ASEAN NCAP 3 Bintang yang meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada model ini," katanya ketika majlis pelancaran Proton Saga SV di Mutiara Damansara di sini hari ini.

    ReplyDelete
  32. Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Khamil Jamil berkata, bakal pembeli juga diberi pilihan untuk membayar pinjaman bulanan yang lebih rendah untuk memiliki Saga SV.

    "Pembeli hanya perlu membayar RM250 sebulan dengan beberapa institusi kewangan terpilih dan ini merupakan satu keutamaan dalam satu pakej kenderaan yang menarik," katanya.

    ReplyDelete
  33. Dalam perkembangan berkaitan, Khamil juga berkata, mereka sedang meneliti untuk menyelaraskan harga antara Sabah dan Sarawak serta Semenanjung.

    "Buat masa ini, kita terpaksa meneliti mengenai lojistik dan keperluan lain yang menyebabkan harga berlainan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

    "Namun insya-Allah, ia mampu dilakukan," katanya. - UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete
  34. Pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan petisyen pilihan raya masih mempunyai ruang untuk merayu atau mencabar keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.

    ReplyDelete
  35. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata menurut Sekyen 36A Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954, rayuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Tinggi.

    ReplyDelete
  36. "Pihak yang mendapati keputusan Mahkamah Tinggi tidak memihak kepadanya boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Penghakiman yang dibuat di Mahkamah Persekutuan adalah muktamad," katanya,

    ReplyDelete
  37. Situasi sedemikian pernah berlaku pada PRU12 lalu yang menyaksikan Mahkamah Tinggi membatalkan kemenangan tanpa bertanding Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup di kerusi Parlimen Pensiangan selepas PKR memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan itu.

    ReplyDelete
  38. Bagaimanapun, Kurup mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan kemenangannya.sementara itu, pilihan raya umum ke-13 mencatat jumlah petisyen pilihan raya tertinggi iaitu Barisan Nasional (BN) 21 manakala pembangkang sebanyak 35.

    ReplyDelete
  39. Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini melancarkan kereta rakyat baharu, Saga SV 1.3L dengan penurunan harga sebanyak 12 peratus berbanding model sebelum ini tanpa mengurangkan sebarang spesifikasi malah lebih baik.

    ReplyDelete
  40. Saga SV dijual pada harga serendah RM33,438 untuk jenis manual dan RM36,438 untuk automatik, penurunan sebanyak hampir RM5,000 hasil perancangan penstrukturan vendor dan menyokong usaha kerajaan dalam menawarkan kereta mampu milik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  41. Kereta berkenaan dilengkapi kerangka lebih kukuh dengan pengiktirafan tiga bintang daripada ASEAN NCAP, stereng elektrik, empat tingkap elektrik, dua beg udara, cermin sisi dengan lampu LED, tali pinggang keledar dengan sistem pratekanan, ciri-ciri keselamatan kanak-kanak dan kunci immobiliser.


    ReplyDelete
  42. Pengguna boleh memiliki kereta rakyat itu dengan ansuran bulanan serendah RM250 dengan sasaran penghantaran sebelum musim perayaan jika membuat tempahan awal bermula hari ini.

    ReplyDelete
  43. Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, pelancaran kereta mampu milik itu merupakan langkah berterusan syarikat kereta nasional tersebut menawarkan kereta berbaloi tanpa berkompromi dalam aspek kualiti.

    ReplyDelete
  44. "Kami tidak mengurangkan spesifikasi Saga untuk mengurangkan harganya, tetapi kami menggunakan pendekatan sendiri untuk merealisasikan penawaran harga rendah bagi memenuhi hasrat kerajaan.

    ReplyDelete
  45. "Proton menyasarkan menjual sebanyak 2,000 buah Saga SV sebulan dalam usaha mencapai sasaran menjual kira-kira 80,000 buah model Saga tahun ini sekali gus mencapai penguasaan pasaran sebanyak 30 peratus untuk segmen B," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran kereta berkenaan di sini.

    Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim.

    ReplyDelete
  46. Saga SV didatangkan dalam enam warna pilihan iaitu putih, perang, hitam, perak, merah dan biru dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 kilometer perbatuan manakala servis pertama bagi model tersebut kurang daripada RM100.


    ReplyDelete
  47. Mengulas cadangan menyelaraskan harga kereta untuk pasaran Sabah dan Sarawak, beliau berkata, perkara itu sedang dikaji namun seperti yang diketahui umum kos logistik merupakan faktor utama perbezaan harga tersebut.

    "Tetapi kami akan mengusahakannya sama ada menyerap kos berkenaan atau menerusi cara lain," katanya.


    ReplyDelete
  48. Dalam pada itu, Mohd. Khamil berkata, pengurangan harga tersebut tidak akan menjejaskan prestasi kewangan Proton malah akan menambah perolehan syarikat berkenaan melalui pertambahan jualan serta keuntungan.

    ReplyDelete
  49. Sementara itu, ditanya sama ada penurunan harga itu hasil usaha Proton sendiri atau kerajaan, Lukman berkata, perkara tersebut adalah usaha bersama antara kedua-dua pihak.

    ReplyDelete
  50. "Proton menyokong hasrat kerajaan menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dan Saga SV adalah hasil yang berjaya dilaksana Proton," katanya.

    ReplyDelete
  51. Beliau menambah, pendekatan dan strategi yang digunakan sehingga mampu mengurangkan harga Saga itu akan diguna pakai kepada model lain selepas ini.


    ReplyDelete
  52. Inisiatif yang dibuat oleh Proton Holdings Bhd menawarkan pengurangan harga kereta kepada rakyat Malaysia membolehkan rakyat Malaysia merasai sendiri janji yang dibuat kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

    ReplyDelete
  53. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Proton telah menyahut baik seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam manifesto PRU13 yang lalu.

    ReplyDelete
  54. “Proton telah menyahut seruan Perdana Menteri dengan menurunkan harga kereta Proton 1.3 sebanyak RM5,000 dan ini membolehkan rakyat Malaysia mampu untuk memiliki kereta.

    ReplyDelete
  55. “Bila harga kereta diturunkan, pengguna boleh melihat dan merasai sendiri janji-janji yang dibuat oleh pihak kerajaan pada PRU13 lalu. Janji Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia telah pun ditunaikan,

    ReplyDelete
  56. Sehubungan itu, beliau berharap agar syarikat-syarikat kereta lain turut sama mengikut jejak Proton untuk menurunkan harga kereta demi kesenangan rakyat.

    ReplyDelete
  57. Proton dah turunkan harga, jadi saya harap syarikat lain menjadikan Proton sebagai contoh dan akan tampil ke hadapan untuk mengurangkan harga kereta

    ReplyDelete
  58. Pada 13 Jun yang lalu, Proton menawarkan kepada rakyat Malaysia satu varian kereta keluarannya yang akan dijual dengan harga lebih rendah dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  59. Jangan buat keputusan tanpa kaji selidik kesannya.

    ReplyDelete
  60. Ini menggalak lebih golongan memiliki kereta.

    ReplyDelete
  61. Impak terhadap penjual kereta terpakai.

    ReplyDelete
  62. BN tunaikan janjinya. Rasa-rasa apakah impaknya?

    ReplyDelete
  63. Rakyat akan dimanfaatkan.

    ReplyDelete
  64. HARGA KERETA AKAN TURUN SECARA BERPERINGKAT!!October 17, 2013 at 11:19 PM

    Kerajaan BN tunai janji turun harga kereta secara berperingkat



    ALOR SETAR: Inisiatif yang dibuat oleh Proton Holdings Bhd menawarkan pengurangan harga kereta kepada rakyat Malaysia membolehkan rakyat Malaysia merasai sendiri janji yang dibuat kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

    ReplyDelete
  65. HARGA KERETA AKAN TURUN SECARA BERPERINGKAT!!October 17, 2013 at 11:21 PM

    Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Proton telah menyahut baik seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam manifesto PRU13 yang lalu.

    ReplyDelete
  66. HARGA KERETA AKAN TURUN SECARA BERPERINGKAT!!October 17, 2013 at 11:21 PM

    “Proton telah menyahut seruan Perdana Menteri dengan menurunkan harga kereta Proton 1.3 sebanyak RM5,000 dan ini membolehkan rakyat Malaysia mampu untuk memiliki kereta.

    ReplyDelete
  67. HARGA KERETA AKAN TURUN SECARA BERPERINGKAT!!October 17, 2013 at 11:21 PM

    “Bila harga kereta diturunkan, pengguna boleh melihat dan merasai sendiri janji-janji yang dibuat oleh pihak kerajaan pada PRU13 lalu. Janji Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia telah pun ditunaikan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

    ReplyDelete
  68. HARGA KERETA AKAN TURUN SECARA BERPERINGKAT!!October 17, 2013 at 11:22 PM

    Sehubungan itu, beliau berharap agar syarikat-syarikat kereta lain turut sama mengikut jejak Proton untuk menurunkan harga kereta demi kesenangan rakyat.

    ReplyDelete
  69. HARGA KERETA AKAN TURUN SECARA BERPERINGKAT!!October 17, 2013 at 11:22 PM

    “Proton dah turunkan harga, jadi saya harap syarikat lain menjadikan Proton sebagai contoh dan akan tampil ke hadapan untuk mengurangkan harga kereta,” katanya.
    Ahmad Bashah berkata harga kereta-kereta lain akan diturunkan secara berperingkat.

    ReplyDelete
  70. HARGA KERETA AKAN TURUN SECARA BERPERINGKAT!!October 17, 2013 at 11:23 PM

    Pada 13 Jun yang lalu, Proton menawarkan kepada rakyat Malaysia satu varian kereta keluarannya yang akan dijual dengan harga lebih rendah dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  71. HARGA KERETA AKAN TURUN SECARA BERPERINGKAT!!October 17, 2013 at 11:25 PM

    Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan aku janji yang dibuat Barisan Nasional, BN pada pilihan raya yang lepas mengenai penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat.

    ReplyDelete
  72. HARGA KERETA AKAN TURUN SECARA BERPERINGKAT!!October 17, 2013 at 11:27 PM

    Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa kerajaan akan memperhalusi langkah tindakan ke arah menurunkan harga kereta di negara ini.

    ReplyDelete
  73. HARGA KERETA AKAN TURUN SECARA BERPERINGKAT!!October 17, 2013 at 11:27 PM

    Beliau, yang dilantik semula ke portfolio itu di dalam barisan kabinet yang baharu turut menjelaskan kementeriannya mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan memandangkan landskap ekonomi dan politik negara telah berubah secara radikal serta memberi impak kepada fungsinya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.