Dr Mahathir Mohamad didakwa mengetengahkan anaknya Datuk Mukhriz sebagai naib presiden baru Umno dalam pemilihan parti tetapi beliau mungkin akan menghadapi tentangan daripada penyandangnya Datuk Seri Zahid Hamidi.
NONEAnggota Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong (kanan) berpandangan demikian ekoran Zahid menurutnya tidak pernah digemari bekas perdana menteri itu.
"Agak jelas bahawa Mahathir mahu Mukhriz untuk bertanding sebagai naib presiden, yang bermaksud seorang naib presiden sekarang akan tewas," katanya, merujuk Zahid sebagai mangsa berpotensi.
Zahid pada 1998 pernah menghentam Mahathir dan menuntut budaya kronisme dan nepotisme ditamatkan. Beliau selepas itu ditahan bawah Akta Kesematan Dalam Negeri.
Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal daripada Sabah dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein - sepupu Najib dan anak perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn - dilihat bakal selamat.
Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk melihat bagaimana hasil pemilihan akan terhasil kecuali Umno memutuskan tiada pertandingan untuk jawatan itu. -mk
Wednesday, June 26, 2013
Mukhiz bertanding naib presiden Umno?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Generasi muda perlu diberi peluang seluas-luasnya untuk bertanding di peringkat pemilihan cawangan dan bahagian demi kelangsungan perjuangan parti Umno, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
ReplyDeleteBeliau berkata Umno perlu melalui satu proses transformasi untuk menjadikan ia sebuah parti yang lebih inklusif.
ReplyDelete"Umno di peringkat cawangan akan lalui mesyuarat masing-masing bulan depan, saya harap dalam pemilihan kali ini ada kesedaran dalam kalangan pemimpin Umno untuk memberi peluang kepada anak-anak muda dan anggotah baharu untuk bertanding," katanya.
ReplyDeleteMengenai cadangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada perhimpunan agung parti itu Oktober ini, Hishammuddin menyokong seratus peratus apa jua pendekatan yang dilakukan bagi memastikan Umno terus kuat.
ReplyDelete"Daripada peringkat atas saya percaya akhirnya perwakilan kita menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin sama ada ia akan bawa manfaat kepada parti atau tidak.
ReplyDelete"Sekiranya itu merupakan asas kepada usaha bahawa jawatan tertentu tak ditandingi dan itu menyebabkan parti (Umno) terus kuat, saya menyokong apa jua bagi melihat parti Umno terus berada di hadapan," katanya.
ReplyDeleteTindakan Datuk Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah tidak membenarkan Perhimpunan ‘Blackout 505′ 505 untuk diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti didakwa sedang berlatih mengikut jejak bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.
ReplyDeleteSATU perkara yang perlu diketahui; 'suasana kalah' seperti yang berlaku sekarang pernah berlaku sekali dalam tahun 1969, di mana Perak dan Selangor 'tumbang' ke tangan pembangkang, walaupun akhirnya terselamat akibat 'lompat' dan antara yang tewas, termasuklah Dr.Mahathir Mohamad yang digelar duri dalam daging oleh Tun Musa Hitam.
ReplyDelete“Kerajaan UMNO BN Negeri Kedah tidak akan membenarkan perhimpunan PR di negeri itu, sebagaimana yang telah berlangsung dengan aman di beberapa buah negeri sebelum ini.
ReplyDeleteSebaik sahaja tewas di tangan Ustaz Yusof Rawa, Dr. Mahathir menulis surat kepada Perdana Menteri ketika itu, (Almarhom) Tunku Abdul Rahman Putra, mengkritik dan mendesak Tunku berundur.
ReplyDeleteLangkah Dr. Mahathir itu, dengan beberapa surat pembaca yang ditulisnya tanpa menggunakan nama sebenar, kini dikuti oleh anaknya, Mukhriz yang terus menerus membuat onar mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur.
“Mungkin Mukhriz nak uji kekuatan kuasanya selaku MB , ketua kerajaan negeri Kedah, disamping sedang berlatih ke arah mengikuti jejak langkah bapa nya Mahathir ketika berkuasa dulu.
ReplyDeleteTahun 1969 juga, Menteri Penerangan adalah orang Kedah, Senu Abdul Rahman tewas. Tahun 2008, Menteri Penerangan juga dari Kedah, Zainuddin Maidin namanya. Pun tewas.
ReplyDeletePersamaan ini, hanya dibezakandengan kehadiran 'internet, blog dan laman web' sedangkan tahun 1969, semua 'media baru' ini belum wujud lagi.Ketika Dr. Mahathir mengumumkan dia keluar dari Umno, tentunya orang-orang lama akan berkata 'betul tindakan Tunku Abdul Rahmandahulu yang memecat Dr. Mahathir dari Umno'.
“Sama-sama lah kita saksikan pertembungan antara kuasa rakyat dengan kuasa mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
ReplyDeleteSemalam, Sinar Harian melaporkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.
Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.
Apa yang tidak dilakukan Dr. Mahathir terhadap Musa Hitam hingga menyebabkan Musa mengambil keputusan mengundurkan diri dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan melepaskan semua jawatannya termasuk Menteri Dalam Negeri.Begitu juga dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba 'disingkirkan' dengan penuh penghinaan walaupun gambaran di luar seolah-olah Ghafar dikalahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteMenteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, beliau akan berkempen untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika kedua-dua pemimpin itu dicabar pada pemilihan parti tahun ini.
ReplyDeleteKatanya, beliau tidak melihat orang lain paling layak untuk dua jawatan tertinggi parti atau mampu bersaing dengan mereka.
ReplyDelete"Kalau jawatan tertinggi parti dipertanding iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden, saya melihat Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin akan kekal sebagai penyandang.
ReplyDelete"Saya sendiri akan berkempen untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Datuk Azimi Daim, 49, sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah
ReplyDeleteMukhriz mengulas gesaan banyak pihak agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertanding pada perhimpunan agung parti itu Oktober depan bagi memantapkan lagi UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 selain mengelak perpecahan dalam parti.
ReplyDeleteUmno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor confirms that all supreme council member posts will be contested in the coming Umno polls.
ReplyDeleteHe said that Umno briefings to the respective divisions will end on Friday with Umno Sabah being the last division to be briefed on new format
ReplyDelete"Anybody who wants to contest for the top posts from the president posts right down to supreme council member can register themselves as a full candidate," said Tengku Adnan on Thursday.
ReplyDeleteHe said an estimated 148,000 to 150,000 branch delegates from 199 divisions will cast their ballots for the respective candidates who are contesting in the party polls under the new format.
ReplyDeletePemimpin muda harus diberi peluang agar idea baru dapat disalurkan.
ReplyDeleteSaingan sihat harus ada dalam pemilihan tersebut.
ReplyDeletePilihlah calon yang benar berkeupayaan agar parti terus maju.
ReplyDeletebiarlah dia nak bertanding
ReplyDelete
ReplyDeleteSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November depan manakala hari penamaan calonnya pada 23 Oktober. Dengan penetapan tarikh ini, kedua-dua parti yang bakal bertanding di situ iaitu PAs dan Umno, bolehlah mula mempertingkatkan lagi gerak kerja masing-masing bagi memenangi pilihan raya nanti.
PAS memang ingin mengekalkan kawasan DUN Sungai Limau kerana sejak 1995 kawasan itu menjadi milik tradisinya melalui allahyarham Azizan Razak. Bahkan dalam pilihan raya umum lalu, kemenangan PAS diraih dengan majoriti yang agak besar iaitu 2,774 undi. Dalam hal ini, sudah tentu PAS mahu mengekalkan penguasaannya di Sungai Limau dan tidak rela menerima kekalahan lagi setelah tewas dalam usaha mengekalkan kerajaan negeri Kedah dalam pilihan raya umum lalu.
ReplyDeleteBagi Umno pula, terlihat juga keinginan yang tinggi untuk memenangi DUN Sungai Limau ini. Pilihan raya kecil ini adalah ujian sebenar kepada Menteri Besar, Mukhriz Mahathir kerana ia dilihat sebagai penentu sama ada beliau benar-benar diterima oleh rakyat Kedah atau sebaliknya.
ReplyDeleteKemampuan Umno memenangi pilihan raya kecil ini bukan saja akan meningkatkan lagi prestasi Mukhriz sebagai pemimpin yang diterima rakyat tetapi turut memberi harapan bahawa BN Kedah mampu menguasai lagi negeri itu dalam pilihan raya ke-14 nanti. Tetapi ia bukanlah usaha mudah, lebih-lebih lagi majoriti 2,774 itu dikira relatif besar dalam konteks persaingan politik di Kedah.
Oleh itu, dengan kedua-dua pihak saling ingin memenangi pilihan raya kecil ini, dijangka pertembungan sengit antara PAS dan Umno bakal berlaku sepanjang kempen pilihan raya itu nanti.
ReplyDeleteBagi Mukhriz pula, cabarannya selain mahu merampas kerusi DUN Sungai Limau, beliau juga akan bertanding untuk memenangi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden pada pemilihan Umno, 19 Oktober ini.
Hanya empat hari selepas berakhirnya pemilihan Umno yang akan menjadi penentu cerah atau gelap bintangnya dalam parti itu, beliau terpaksa mengumpul tenaganya semula untuk hari penamaan calon DUN Sungai Limau pada 23 Oktober yang turut menjadi kayu pengukur jatuh bangunnya sebagai peneraju kerajaan negeri Kedah.
ReplyDeleteSementara di DUN Sungai Limau, semua pihak dalam Umno mengharapkan kemenangan dan meletakkan harapan yang tinggi kepadanya tetapi di dalam pemilihan Umno, kehadiran Mukhriz bertanding jawatan nombor tiga itu tidak berapa disenangi oleh beberapa pihak dan ada yang bersungguh-sungguh mahu mengalahkannya.
ReplyDeleteSelain penyandang Naib Presiden sedia ada dilihat selesa dengan status quo dan tidak menolak adanya pakatan kerana keserasian, serangan kepada Mukhriz yang mengaitkan kedudukannya sebagai anak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan kedudukannya yang tidak pernah menjadi Ahli MT Umno tetapi terus mahu melangkau ke jawatan Naib Presiden, semakin kerap didendangkan oleh kumpulan musuh-musuh politiknya menjelang hari pemilihan ini.
Kesungguhan untuk memastikan beliau tewas diyakini akan terus berjalan dan mungkin lebih hebat lagi menjelang hari pengundian nanti.
ReplyDeleteSecara idealnya, untuk memberi kelebihan dari segi wibawa dan persepsi penerimaan rakyat dalam menghadapi pilihanraya kecil DUN Sungai Limau, Mukhriz sewajarnya diberi kemenangan sebagai Naib Presiden Umno terlebih dahulu. Dengan memegang jawatan lebih kanan dalam Umo Pusat, kehadirannya di hari penamaan calon dan semasa kempen pasti lebih menyerlah dan meyakinkan lagi.
Tetapi sekiranya beliau kalah dalam pemilihan 19 Oktober nanti, kehadirannya di hari penamaan calon akan kelihatan kusam dan tidak bererti kerana hadirnya beliau sebagai pemimpin yang ditolak oleh partinya sendiri. Kalau dalam peperangan, kehadirannya itu tidak lebih umpama jeneral yang patah kaki.
ReplyDeleteDengan kalahnya Mukhriz juga, PAS tentunya akan mempergunakan isu tersebut kepada pengundi Sungai Limau untuk menolak Umno dan akhirnya peluang Umno merampas kawasan itu daripada PAS, tidak akan kesampaian.
Memberi kemenangan kepada Mukhriz sebagai salah seorang Naib Presiden pada pemilihan Umno, 19 Oktober ini tidak harus dilihat untuk kelangsungan masa depan anak Mahathir itu semata-mata tetapi hendaklah dilihat daripada aspek untuk memberi sedikit kelebihan kepadanya dan Umno untuk memenangi DUN Sungai Limau nanti.
ReplyDeleteSekiranya Mukhriz kalah dalam persaingan Naib Presiden, kekalahan Umno di Sungai Limau juga sudah dapat dibayangkan dan jika begitu keadaannya nanti, lebih baiklah Umno memberi kemenangan percuma saja kepada PAs untuk terus menguasai kawasan itu.
ReplyDeletecorporate M&A activities in Malaysia were sustained at a healthy level this year, despite an adverse external environment, stemming from the ongoing Eurozone sovereign debt crisis, as well as persisting weakness in the US and Japanese economies.
ReplyDeleteNotable M&As in 2012 were that of Petroliam Nasional Bhd (Petronas), which announced its US$5.8 billion proposed acquisition of Canada’s Progress Energy Resources Corp, while Genting Bhd turned heads by trying to launch a US$4 billion casino at the Aqueduct Racetrack in New York and another big project in Miami.
ReplyDeleteFelda Global Ventures Holdings Bhd, which made one of the world’s biggest initial public offerings this year, is expected to use some of the US$3.3 billion it raised to buy agricultural assets worldwide, while Sime Darby Bhd has teamed up with property developer SP Setia Bhd and the Employees Provident Fund to acquire Battersea Power Station.
ReplyDeleteSabah’s stable economic growth and solid investment figures have drawn praise for the state’s financial management.
ReplyDeleteRM114 billion worth of investment had been recorded in the state since the 2008 launch of the Sabah Development Corridor (SDC), which aimed to triple the state’s gross domestic product (GDP) per capita and increase total GDP four-fold by 2025.
ReplyDelete