Friday, June 21, 2013

Keputusan tidak boleh berhimpun muktamad kata Polis

Polis bertegas tidak membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Padang Merbok di sini Sabtu ini.



Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, keputusan polis itu selari dengan keputusan yang telah diputuskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, baru-baru ini.

Katanya, kawasan Padang Merbok merupakan milik DBKL dan bergantung kepada pihak berkenaan untuk membuat keputusan.

"Datuk Bandar telah memberi kenyataan yang memutuskan perhimpunan tersebut tidak boleh diadakan di situ dan sebagai tuan punya kepada kawasan itu, DBKL mempunyai hak.

"Itu selari dengan kehendak Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan setiap kebenaran berhimpun perlu mendapat kebenaran pemilik dan penganjur perlu mengemukakan kebenaran pemilik untuk mengadakan perhimpunan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa pertemuan pegawai polis kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan Pengerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ayub Yaakob di sini hari ini ~ Lidah Rasmi UMNO

123 comments:
Write comments
  1. Orang ramai diingatkan tidak terpengaruh dengan tindakan pembangkang yang cuba menggugat keamanan negara melalui perhimpunan dan demonstrasi haram kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum lalu.

    ReplyDelete
  2. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Abdul Muis Picho berkata, tindakan menganjurkan perhimpunan haram itu jelas menunjukkan pembangkang tidak tahu menghargai keharmonian dan keamanan negara yang dikecapi selama ini.

    ReplyDelete
  3. Katanya, penganjuran itu bukan sahaja menunjukkan sikap tidak profesional dalam kalangan pemimpin pembangkang malah menimbulkan pelbagai permasalahan dan menyusahkan banyak pihak.

    ReplyDelete
  4. Tindakan mereka tidak lebih daripada mahu menghina kerajaan dan pihak berkuasa, malah cuba menghasut, memfitnah serta memburuk-burukkan imej negara kepada negara luar.

    ReplyDelete
  5. Mereka tidak menghargai keharmonian yang kita kecapi selama ini. Apa yang cuba mereka lakukan adalah mengkucar-kacirkan perpaduan rakyat dan mahu melihat rakyat memberontak.

    ReplyDelete
  6. Ini sesuatu yang perlu kita hindari, katanya ketika berucap merasmikan Mega Karnival Perkasa 2013.

    ReplyDelete
  7. Sehubungan itu, katanya, rakyat di negeri ini perlu menolak sekeras-kerasnya fahaman songsang pembangkang yang cuba mengganggu-gugat keharmonian masyarakat terutama di negeri ini yang mempunyai pelbagai kaum dan kepercayaan.

    ReplyDelete
  8. Jelasnya, orang ramai di negeri ini diingatkan terus bersatu hati bagi memantap lagi perpaduan kaum serta bersama menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.

    ReplyDelete
  9. Sementara itu, Abdul Muis yang juga Timbalan Ketua UMNO Kalabakan turut melahirkan penghargaan kepada Perkasa atas sokongan padu mereka kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.

    ReplyDelete
  10. Beliau berharap sokongan padu itu dapat diberikan secara berterusan seluruh ahli Perkasa dan masyarakat supaya lebih banyak perancangan dan agenda pembangunan dapat dirangka kerajaan BN sekali gus boleh dilaksana dalam tempoh lima tahun ini.

    ReplyDelete
  11. Rancangan Majalah 3 terbitan TV3 memaparkan mengenai kehidupan anak-anak muda di Bandung, Indonesia yang terpaksa bermain muzik di jalanan demi mencari sesuap nasi. Mereka yang digelar 'pengamen' berada di jalan-jalan utama di bandar itu untuk meraih simpati berikutan kesusahan hidup.

    ReplyDelete
  12. Mereka tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran atau terkandas dalam pelajaran kerana kemiskinan. Justeru dengan berbekal peralatan muzik seperti gitar atau biola, mereka menyanyi di pinggir-pinggir jalan bagi mencari sumber kewangan.

    ReplyDelete
  13. Tetapi pada hari yang sama di Kuala Lumpur pula, sekumpulan anak muda termasuk antara mereka penuntut universiti mengadakan perhimpunan haram di hadapan pusat beli-belah Sogo, kononnya sebagai 'pemanas' bagi merancakkan kempen untuk menggalakkan orang ramai ke perhimpunan haram pada Sabtu ini di Padang Merbuk.

    ReplyDelete
  14. Jelas sekali, kelompok anak-anak muda ini sudah terpengaruh dengan mainan politik sempit pembangkang sehingga tidak tahu mensyukuri segala nikmat biar pun hidup jauh lebih selesa, aman dan selamat berbanding anak-anak muda di Bandung.

    ReplyDelete
  15. Kelompok ini terpengaruh dengan satu kumpulan yang menamakan diri mereka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Solidariti ini biar pun mengiktiraf diri mereka sebagai badan bukan kerajaan (NGO) tetapi ia adalah hasil produk 'kilang' perjuangan politik sempit Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    ReplyDelete
  16. Mereka inilah yang bertanggungjawab menganjurkan forum yang dipenuhi dengan kata-kata hasutan untuk mengajak rakyat turun ke jalanan kononnya bagi memprotes keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang didakwa dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) melalui penipuan.

    ReplyDelete
  17. Hakikatnya, mereka bukanlah pejuang rakyat apatah lagi penegak keadilan tetapi mereka sekadar menjadi 'hamba' kepada agenda politik sempit PKR yang kecewa berikutan kegagalan pemimpin utama mereka ditabalkan sebagai Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  18. Difahamkan, 'flashmob' itu akan diadakan sekali lagi pada Jumaat ini di Jalan Tun Perak dan Puduraya, ia sebelum itu akan dimulakan dengan pidato Perdana di Sungai Besar, Selangor pada Khamis dan di Temerloh, Pahang pada Khamis dan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

    ReplyDelete
  19. Aneh sekali, kesemua acara ini diadakan dengan tujuan kononnya untuk membantah keputusan PRU-13 sedangkan ketika puak-puak 'solidariti' dan PKR ini begitu ghairah mahu berbuat demikian dalam masa yang sama kesemua pemimpin pakatan pembangkang sudah sepakat untuk menghadiri majlis angkat sumpah anggota Parlimen pada 24 Jun ini.

    ReplyDelete
  20. Oleh itu, jelaslah anak-anak muda yang kononnya mahu memperjuangkan keadilan tersebut hakikatnya tidak menyedari mereka sekadar boneka yang diperalatkan oleh ahli-ahli politik pembangkang khususnya PKR bagi melahirkan perasaan mereka.

    ReplyDelete
  21. Kalau betullah apa yang diperjuangkan oleh solidariti itu mewakili pakatan pembangkang, kenapakah perhimpunan di Sogo tersebut tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang yang hadir? Ketika kesemua mereka disumbat ke dalam trak polis kerana mengingkari arahan supaya bersurai, pemimpin-pemimpin pembangkang bersenang lenang menyaksikan peristiwa itu.

    ReplyDelete
  22. Selain itu, kalau benarlah apa yang diperjuangkan oleh solidariti itu membawa suara anak muda kenapakah anak muda yang hadir hanya 'beberapa kerat' sahaja? Jelaslah nama solidariti anak muda itu sendiri hanya menampakkan sikap 'syok sendiri' sedangkan terdapat majoriti anak muda tidak akan menghabiskan masa mereka dengan aktiviti-aktiviti bodoh seumpama itu.

    ReplyDelete
  23. Turut mendapat perhatian, tidakkah kelompok yang bergabung dalam solidariti itu tidak faham bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang tanpa disedari. Ia memandangkan kalau betullah pembangkang tidak mengiktiraf keputusan PRU-13, kenapakah mahu mengangkat sumpah anggota Parlimen?

    ReplyDelete
  24. Bukankah dalam sidang akhbar yang dianjurkan oleh pertubuhan tersebut, mereka menyeru supaya semua pemimpin pembangkang tidak berbuat demikian sebagai tanda protes kepada kerajaan BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?

    ReplyDelete
  25. Justeru janganlah memperbodohkan diri sendiri dan membiarkan diri dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Adalah lebih baik soal politik diserahkan kepada orang politik untuk menguruskannya.

    ReplyDelete
  26. Janganlah hanya menjadi boneka apatah lagi robot yang boleh diarah melakukan kerja-kerja tidak berfaedah seolah-olah diri kita tidak mempunyai maruah diri.

    ReplyDelete
  27. Kepada pemimpin-pemimpin pembangkang pula, mereka janganlah berasa syok sendiri dengan andaian kononnya perhimpunan haram yang dilakukan oleh anak-anak muda itu menunjukkan golongan muda menyokong mereka.

    ReplyDelete
  28. Keputusan PRU-13 sudah membuktikan hanya segelintir sahaja yang menyokong mereka dan pembangkang beruntung apabila kaum Cina yang sudah menerima pelbagai nikmat hasil pemerintahan BN turut mengundi mereka.

    ReplyDelete
  29. Jika benarlah pembangkang memperjuangkan demokrasi, maka gunakanlah saluran demokrasi untuk menyelesaikan masalah bukannya terus menghasut rakyat untuk turun mengadakan demonstrasi pada 22 Jun ini.

    ReplyDelete
  30. Perhimpunan pada tarikh berkenaan sudah sah akan menjadi perhimpunan haram kerana Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan Padang Merbuk digunakan manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula tidak akan mengeluarkan permit.

    ReplyDelete
  31. Oleh itu, kalau pakatan pembangkang mahu juga meneruskan hasrat mereka maka jelaslah mereka bukan sahaja tidak menghormati demokrasi malahan bersedia meletakkan diri dalam kelompok yang tidak tahu menghormati undang-undang.

    ReplyDelete
  32. Berikutan kedegilan tersebut, maka mereka perlu bersedia untuk menerima apa juga tindak balas daripada pihak berkuasa yang akan bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam.

    ReplyDelete
  33. Tindakan tegas pihak polis khususnya dalam menyuraikan perhimpunan haram itu pasti akan disokong oleh rakyat yang cintakan keamanan.

    ReplyDelete
  34. Kita tidak mahu huru-hara yang berlaku di negara-negara tertentu akibat demonstrasi yang berasaskan politik merebak ke negara ini.

    ReplyDelete
  35. Malah di negara-negara berkenaan, tidak ada polis hanya sekadar menjadi pemerhati, mereka pasti bertindak tegas untuk menyuraikan perhimpunan haram seumpama itu.

    ReplyDelete
  36. Apa pun kepada golongan muda yang bergabung dalam solidariti, jadilah insan dewasa dalam melakukan tindakan.

    ReplyDelete
  37. Cukup-cukuplah kita menyaksikan 'kelahiran' beberapa individu yang mendakwa mahasiswa sanggup menggadaikan masa depan mereka semata-mata terhasut dengan politik pembangkang.

    ReplyDelete
  38. Solidariti yang kalian sokong tidak akan mampu mengubah keputusan pilihan raya umum lalu. Kerajaan BN sudah pun mentadbir dan ahli-ahli Parlimen pembangkang sudah bersedia untuk mengangkat sumpah manakala di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, PKR, Pas dan DAP sedang mentadbir tanpa sebarang masalah melalui penubuhan sebuah kerajaan hasil satu pilihan raya umum yang kalian terpekik terlolong di pinggir-pinggir jalan kononnya berlaku penipuan.

    ReplyDelete
  39. Adalah lebih baik jika solidariti yang ditubuhkan itu digerakkan bagi tujuan mensejahterakan negara dan bukannya menganggu gugat ketenteraman awam sehingga gerakan pertubuhan itu dianggap solidariti menghancurkan masyarakat.

    ReplyDelete
  40. SPR - Suruhanjaya Penipu Rakyat
    PDRM- Anjing UMNGok

    ReplyDelete
  41. Pada 16 Mei lepas, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh membantah perhimpunan seumpamanya kerana sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa mudarat kepada negara dan mencetus kekecohan sehingga membahayakan orang ramai.

    ReplyDelete
  42. Sebaliknya, Karpal Singh menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan PRU13.

    ReplyDelete
  43. Sekutu PKR dan DAP, PAS pula menyatakan akan berpegang teguh pada prinsip demokrasi dan tidak akan terlibat dalam sebarang tindakan yang boleh menimbulkan suasana huru-hara dan kacau-bilau di dalam negara ini.

    ReplyDelete
  44. Sebaliknya, Md Shukri berkata Anwar perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan pakatan di beberapa negeri seperti di Perak dan Kedah selain menumpukan usaha memajukan negeri yang dimenangi pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  45. Pada masa sama, katanya, pembangkang sepatutnya bertanggungjawab terhadap perpecahan yang berlaku dalam masyarakat hari ini kerana tindakan mereka yang suka menabur fitnah dan spekulasi telah menimbulkan huru-hara kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  46. “Pembangkang merupakan ejen paling berkesan memecahbelahkan rakyat kerana sering memainkan isu yang sememangnya sudah termaktub di dalam perlembagaan negara seperti hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

    ReplyDelete
  47. Pembangkang turut menyalahgunakan amalan demokrasi sebagai elemen perpecahan di mana semua rakyat berhak bersuara sehingga boleh bertindak menggulingkan kerajaan.

    ReplyDelete
  48. Pensyarah Sains Politik di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata tindakan menggulingkan atau cuba menjatuhkan kerajaan secara kekerasan merupakan perbuatan bertentangan dengan norma politik Islam.

    ReplyDelete
  49. Katanya pada zaman khalifah Islam terdahulu, meskipun pemerintah disifatkan sebagai zalim, namun para ulama tidak sampai ke tahap untuk menggulingkan secara kekerasan kerana sedia maklum akan wujud keadaan kacau-bilau disebabkan tiada kerajaan yang memerintah.

    ReplyDelete
  50. “Penggulingan sesuatu yang dibenci oleh Islam dan tidak pernah disokong oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah… soal penggulingan memang mudah dilakukan namun selepas itu apa yang akan berlaku (kesannya) terhadap rakyat dan negara tidak pula difikirkan,” katanya.

    ReplyDelete
  51. Ahmad Fauzi turut mempersoalkan tindakan Anwar yang mengheret rakyat untuk bersama-sama menggulingkan kerajaan atas alasan tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13.

    ReplyDelete
  52. “Kenapa perlu penggulingan? Lihat kepada trend pengundi pakatan pembangkang ia meningkat sejak 2004, 2008 dan 2013… prestasi bertambah baik. Jadi saya percaya mereka tidak perlu gulingkan kerajaan cuma perlu usaha lagi sekiranya ingin menang dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang.

    ReplyDelete
  53. “Anwar mungkin mempunyai agenda peribadi (ingin jadi Perdana Menteri). Dengan faktor usia, beliau tidak boleh menunggu lebih lama untuk mencapai hasratnya sedangkan pemimpin pakatan yang lain tidak kisah sekiranya Anwar tidak menjadi Perdana Menteri kerana masih ramai pemimpin muda dalam pakatan,” katanya.

    ReplyDelete
  54. Badrul Hisham Saharin @ CheguBard, Pengerusi SAMM bohong! Dalam laporan terbaru, calon PKR yang kalah di Sungai Acheh, Pulau Pinang itu berbohong mengatakan bahawa perhimpunan Black 505 di Padang Merbok 'tidak bertentangan Akta Perhimpunan Aman'

    ReplyDelete
  55. Walhal, Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman 2012 memperuntukkan setiap kebenaran berhimpun perlu mendapat kebenaran pemilik dan penganjur perlu mengemukakan kebenaran pemilik untuk mengadakan perhimpunan itu.

    ReplyDelete
  56. Dalam isu perhimpunan di Padang Merbuk, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah memberi kenyataan yang memutuskan perhimpunan tersebut tidak boleh diadakan di Padang Merbok dan sebagai tuan punya kepada kawasan itu, DBKL mempunyai hak untuk menolak.

    ReplyDelete
  57. Nampaknya, perhimpunan haram Black505 menemui jalan buntu dan MiM difahamkan semakin banyak NGO yang menarik diri daripada menyertai perhimpunan itu.

    ReplyDelete
  58. Perkara ini tidak mengejutkan kerana suara mereka sendiri tidak dipedulikan oleh Pakatan Pembangkang. Buang masa sahaja menyokong ahli politik pembangkang yang tidak menyokong gesaan mereka supaya boikot majlis angkat sumpah di Parlimen.

    ReplyDelete
  59. KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

    In an attempt to justify his reason, Anwar had dismissed the king's speech as a "text prepared by the government".

    ReplyDelete
  60. KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

    KUALA LUMPUR: DAP chairman Karpal Singh has reiterated his objection towards street protests to show dissatisfaction over alleged irregularities in the 13th General Election.

    ReplyDelete
  61. KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

    However, he said until all election petitions were filed and the matter becomes sub-judice, "the government should be liberal in allowing permits of mega rallies indoors".

    ReplyDelete
  62. KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

    Karpal had stated on numerous occasions that he was against calls for street protests to deal with the issue.

    ReplyDelete
  63. KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

    "It is not the way out," he said yesterday, adding that if necessary, DAP would take any issues up to the election judges who would soon be appointed to declare the election results based on the petitions filed.

    ReplyDelete
  64. KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

    Karpal said while Barisan Nasional had said they would be filing over 50 election petitions, the number of petitions filed by Pakatan might exceed 80.

    ReplyDelete
  65. KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

    He said this in response to a rally planned to be held on June 15, as part of the "Black 505" mass gatherings which began three days after the May 5 polls.

    ReplyDelete
  66. KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

    Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said Pakatan could hold their rally on June 15 as long as they obeyed the provisions under the law and followed the procedures stipulated in the Peaceful Assembly Act (PAA) 2012.

    ReplyDelete
  67. KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

    "If (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) is going to have it (rally) within the premise of PAA, the police will allow," he told reporters here yesterday.

    ReplyDelete
  68. KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

    Zahid was answering questions on whether the police would issue a permit for the mass rally in the city on June 15 as announced by Anwar.

    ReplyDelete
  69. KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

    Among the provisions in PAA 2012 is that the rally organiser must notify the police at least 10 days before their proposed gathering.

    ReplyDelete
  70. KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

    The gatherings cannot be in the form of a street rally and also cannot be participated by anyone below age 15.

    ReplyDelete
  71. KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

    In Alor Star, Kedah Gerakan vice-chairman Tan Keng Liang said Pakatan's unbending stand to stage the rally amounts to an act of treason against Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah,

    ReplyDelete
  72. KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

    Tan said the opposition had disobeyed the advice of the king who recently called his subjects to accept the result of the elections.

    ReplyDelete
  73. nak tergelak aku baca paper hari ni 21/6/13 ms 4 berita harian (berita Hairan lagi mnghairankan)...SPR akan tubuhkan pasukan khas tuk siasat dakwat tak kekal...dari petikan timabalan nya berkata "petugas SPR ni macam-macam, kita tidak tahu niat mereka"......aduh poyo nyer laa....hai.....ari tu bila org komplen melenting bagai.....pas tu kesal dan menyesal...sekarang salahkan petugas SPR plak.....wkakakakakakaka......pada aku jawapan nya senang jer SPR ni nak buat wayang cerita BODOHHH.

    ReplyDelete
  74. City Hall has rejected Pakatan Rakyat's application to hold its Blackout 505 rally at Padang Merbok on June 22, but allowed it to proceed on the same date at a more conducive venue.

    ReplyDelete
  75. KL Mayor Datuk Seri Ahmad Phesal Talib cited several reasons why Padang Merbok was not a suitable venue, namely because its location within the heart of KL would cause massive traffic congestion.

    ReplyDelete
  76. "The opposition wants to hold their rally between 11am and 6pm, and there is heavy traffic during those hours.

    ReplyDelete
  77. "Many hawkers and traders have also applied to open stalls on that day, so we must ensure they are given a conducive area to operate. An open space like Padang Merbok will not suit them," he told reporters at his office today.

    ReplyDelete
  78. Phesal said the open field had also been rented out to the Olympic Council of Malaysia on June 23.

    ReplyDelete
  79. "They would need the field one day before to make logistical preparations for their event. And they have applied for the venue since the end of last year."

    ReplyDelete
  80. Despite rejecting their choice of venue, Phesal said he was prepared to sit down with representatives from the opposition and the police to discuss a suitable alternative.

    ReplyDelete
  81. "We will send them an official invite to have a sit down with us on June 14 to discuss a mutual agreement so that the rally can go ahead.

    ReplyDelete
  82. "Both City Hall and the police have given the green light for the rally, it is only the venue which we disagree with. They should consider a closed venue, such as Stadium Titiwangsa or Stadium Merdeka, as previous rallies have successfully been held there," he added.

    ReplyDelete
  83. KL Mayor Datuk Seri Ahmad Phesal Talib cited several reasons why Padang Merbok was not a suitable venue, namely because its location within the heart of KL would cause massive traffic congestion.

    ReplyDelete
  84. It's best not to take part in this sort of demonstration as it benefits no one.

    ReplyDelete
  85. Perhimpunan ini cuma membawa masalah keselamatan dan kesesakan jalan raya. Harus mencari jalan lebih wajar untuk bersuara dan menuntut.

    ReplyDelete
  86. Sindiket penipuan masih dalam siasatan, semoga siasatan tersebut dapat mengesan dalangnya.

    ReplyDelete
  87. Isu bekalan elektrik terputus adalah amat diragui sebab berlaku pada masa yang tidak betul, memang akan disyaki.

    ReplyDelete
  88. "Datuk Bandar telah memberi kenyataan yang memutuskan perhimpunan tersebut tidak boleh diadakan di situ dan sebagai tuan punya kepada kawasan itu".

    Harus mendapat kelulusan terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  89. Perhimpunan harus dikurangkan, tiada manfaat juga perhimpunan selain mendatangkan masalah kesesakan, ketenteraman dll.

    ReplyDelete
  90. Sekarang ini orang ramai adalah milik pakatan.... demokrasi adalah milik orang ramai... polis dan kerajaan tiada hak menolak kehendak rakyat... black 505 tetap berlangsung...

    ReplyDelete
  91. Dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kononnya peserta yang terkorban sewaktu menyertai perhimpunan Blackout 505 esok sebagai mati syahid, jelas menunjukkan pemikirannya yang berkecamuk dan terpesong sehingga sanggup mempergunakan agama demi kepentingan politik.


    ReplyDelete
  92. Penasihat Madrasah Bab al-Khausar, Shahbudin Embun berkata, kenyataan Husam yang cuba menyamakan situasi di negara ini dengan keadaan di negara Arab juga amat mengarut dan tidak masuk akal sama sekali.


    ReplyDelete
  93. "Saya hendak tanya dia, ayat al-Quran, hadis atau ijmak ulama mana yang dia ambil untuk merujuk kenyataan seperti itu? Buku apa yang dia baca sehingga boleh mengatakan sesiapa yang terkorban dalam perhimpunan itu adalah bersifat jihad kepada fisabilillah?.

    ReplyDelete
  94. "Dia cuba hendak memanipulasi semangat rakyat. Dia juga cuba melakukan sebagaimana ulama terkenal Yusof Qardawi memfatwakan bahawa sesiapa yang berjuang di Syria adalah jihad kepada Allah," katanya


    ReplyDelete
  95. Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata, peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan terakhir Blackout 505 di Padang Merbok di sini dianggap sebagai mati syahid.


    ReplyDelete
  96. Bagaimanapun kenyataan Husam itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang mahu ahli parti mematuhi pendirian serta nasihat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan Blackout 505.

    ReplyDelete
  97. Shahbudin berkata, tindakan Husam untuk cuba menyamakan situasi di Malaysia dengan Arab Spring yang berlaku di beberapa negara Arab adalah sesuatu yang dangkal.


    ReplyDelete
  98. "Isu sekarang adalah mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan tidak ada kena-mengena dengan pemerintah negara ini.


    ReplyDelete
  99. "Jadi kita minta orang muda tidak terpengaruh dengan kenyataan dangkal seperti itu kerana jika mereka mati, mereka mati sia-sia bukan untuk apa-apa," katanya.


    ReplyDelete
  100. This figure is among the highest from a global survey of 14,780 employees from 32 countries, with respondents across the region less confident about their prospects of a pay rise in China (82 per cent), Singapore (76 per cent), Australia (75 per cent), New Zealand (69 per cent) and Japan (42 per cent).

    ReplyDelete

  101. Randstad Malaysia Director Jasmin Kaur said this sentiment was in line with the solid financial performance of businesses across Malaysia, with four in five (82 per cent) of employees surveyed indicating their company performed well this year despite the global economic challenges.

    ReplyDelete
  102. To ensure continued productivity in the workplace, employers need to create a smart work culture so that employees will not become “burnt out”

    ReplyDelete
  103. The survey of 405 Malaysian employees also highlighted that seven in 10 (71 per cent) of employees expect to receive a gift this year such as a Christmas package or gift voucher and 94 per cent expect to receive a one-time financial reward.

    ReplyDelete
  104. The country’s growth momentum has continued into the first quarter of this year with gross domestic product (GDP) expanding 4.7%, reflective of strong domestic demand and sustained trade performance.

    ReplyDelete
  105. growth for the whole year was projected at 4% to 5%. “We are monitoring global developments closely as there are significant downside risks facing the global economy.

    ReplyDelete
  106. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:34 PM

    Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

    ReplyDelete
  107. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:34 PM

    Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

    ReplyDelete
  108. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:35 PM

    “Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

    ReplyDelete
  109. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:35 PM

    “Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

    ReplyDelete
  110. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:36 PM

    Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut
    melainkan petugas SPR dan ejen calon.

    ReplyDelete
  111. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:36 PM

    “Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul… mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

    ReplyDelete
  112. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:36 PM

    “Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR,” katanya.

    ReplyDelete
  113. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:37 PM

    Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

    ReplyDelete
  114. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:37 PM

    “Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

    ReplyDelete
  115. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:38 PM

    “Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat ‘tweet’ mengatakan lampu padam oleh ‘cybertrooper’ yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai
    Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa,” katanya.

    ReplyDelete
  116. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:38 PM

    Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

    ReplyDelete
  117. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:38 PM

    Beliau berkata namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13.

    ReplyDelete
  118. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:39 PM

    “Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis… itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan.

    ReplyDelete
  119. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:39 PM

    “Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu,” katanya.

    ReplyDelete
  120. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:39 PM

    Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.

    ReplyDelete
  121. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:40 PM

    Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.

    ReplyDelete
  122. MANA BUKTI BLACKOUT??!October 19, 2013 at 11:40 PM

    “Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?,” katanya.

    ReplyDelete
  123. Datuk seri anwar ibrahim boleh ditabalkan sebagai Raja Fitnah nombor

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.