Saturday, June 22, 2013

Sekitar Perarakan BLACK 505

Walau berdepan kesulitan dan amaran keras pihak berkuasa, Pakatan Rakyat meneruskan acara kemuncak perhimpunan 'Black 505' di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini.

5.45pm: Penganjur mengumumkan himpunan aman Black 505 secara rasminya tamat. Bagaimanapun mereka turut memaklumkan terdapat anak muda yang akan berkhemah di Padang Merbok sehingga tuntutan agar SPR meletak jawatan ditunaikan.

5.25pm: Anwar Ibrahim mula berucap. Memulakan ucapan dengan laungan "undur SPR".

Anwar turut menafikan pemergian beliau ke Indonesia untuk berjumpa Najib seperti didakwa pihak tertentu, namun katanya tujuan beliau ke sana adalah atas undangan presiden negara republik itu.

"Saya pergi atas undangan presiden Indonesia, bukan pergi berjumpa Datuk Najib. Presiden Indonesia undang saya tanya mengapa bantahan kuat pada pru13 lalu.

"Saya beri penjelasan bahawa penipuan paling besar berlaku pada PRU13 lalu (dengan) kecurangan SPR mempertahankan penguasa Umno BN," katanya sambil menambah pertemuan tersebut berlangsung hampir sejam setengah. Mengulas himpunan hari ini, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat yang hadir pada hari ini.

Katanya tuntutan rakyat jelas iaitu mahu pemimpin SPR berundur.

Walau bagaimanapun katanya, tuntutan kepada SPR itu akan dibuat secara aman seperti himpunan hari ini.

"Apapun tindakan boleh kita buat, tapi kita pastikan ikut jalur yang aman, lakukan perubahan cara aman," katanya.

Beliau juga menegaskan ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak akan memboikot angkat sumpah di Dewan Rakyat seperti dilaporkan pihak tertentu.

Katanya, kesemua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan hadir malah keberadaan mereka di Dewan Rakyat adalah medan untuk terus menuntut pilihan raya agar dibersihkan.

Katanya, Pakatan Rakyat akan terus melawan penipuan pilihan raya sama ada di dalam ataupun di luar dewan.

5.20pm: Penasihat DAP Kit Siang pula dalam ucapannya berkata, himpunan hari ini bukan himpunan mana-mana bangsa, tetapi ini himpunan rakyat Malaysia.

"Inilah the real picture rakyat Malaysia," katanya.

Ini kerana semua kaum dan berbeza agama boleh duduk bersama kerana memperjuangkan perkara sama iaitu menuntut keadilan pilihan raya.

5.05pm: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pula mengambil giliran. Beliau menyatakan komitmen, sekalipun tewas pada pilihan raya lalu, namun beliau tetap akan bersama rakyat untuk berjuang menegakkan keadilan dalam negara.

"Ada orang Tionghua kata, saya dah kalah boleh pergi main filem di Homg Kong sebab muka kacak macam Jackie Chan. Tapi itu bukan pilihan saya.

"Saya tetap bersama anda semua. Saya berjanji dengan rakyat kita akan teruskan perjuangan ini. Ini perjuangan kita bersama saya tak kan berundur selagi BN tidak berundur, kita akan lawan mereka," katanya.

4.55pm:Penganjur mengumumkan beberapa khemah yang didirikan oleh sekumpulan pemuda di kawasan luar himpunan di rampas dan beberapa orang dari mereka ditahan.

Menurut jurucakap SMM, Ehsan Bukharee berkata, lebih banyak lagi khemah akan didirikan selepas ini.

4.50pm: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berucap. Beliau berkata beliau telah selesai membuat post mortem PRU14 dimana Pakatan 'kalah lagi' pada PRU14.

"Saya dah selesai PRU14 di mana Pakatan kalah pada PRU14," katanya membuatkan hadirin terkedu seketika.

"Jikalau himpunan hari ini, sidang parlimen tak lama lagi, tidak merubah peranan SPR, maka setiap kali pilihan raya, kita hanya buat post mortem kenapa PR kalah," katnya memberi penjelasan.

Menurutnya, himpunan hari ini kerana rakyat mahukan pilihan raya yang adil.

Beliau turut mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memecat pengerusi dan kakitangan SPR yang sudah diragui integriti mereka.

4.45pm: Aktivis Mahasiswa Safwan Anang turut berucap. Beliau menamakan SPR sebagai Suruhanjaya Penipu Rakyat.

Katanya, kehadiran hari ini penuh dengan kecintaan kepada negara. Mendesak SPR sedia ada meletakkan jawatan demi masa Malaysia yang lebih baik.

4.30pm: Padang Merbok - Pengerusi majlis Badrul Hisham Shaharin mengumumkan bahawa perhimpunan hari ini berjaya mengumpul kehadiran lebih 55,000 orang.

Beliau juga meminta para peserta agar tidak bersurai sehingga polis membebaskan naib presiden PAS Datuk Husam Musa.

4.30pm: Penganjur melalui pengerusi majlis, Johari Abdul sekali lagi mengumumkan kehadiran terkini yang sudah mencecah 55,000 orang.

4.25pm: Datuk Mujahid Yusof sekali lagi mengulangi tuntutan 3P iaitu petisyen, persempadan semula tidak dilakukan selagi SPR tidak ditukar, dan perhimpunan aman oleh rakyat.

Katanya dengan tindakan BN yang turut mengemukakan petisyen, ianya menjelaskan bahawa BN juga tak percaya kepada SPR.

4.22pm: Nurul Izah turut mengeluarkan desakan sama agar semua kepimpinan SPR meletak jawatan.

Katanya, perhimpunan hari ini bukan sekadar politik semata-mata tetapi memperjuangkan masa depan lebih baik.

"Keberanian anda mengubah masa depan kita. Kita adalah patriot sebenar, berjuang membina masa depan lebih baik," katanya

4.20pm: Penganjur mengumumkan ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah.

Pengumuman itu disambut sorakan oleh puluhan ribu peserta yang hadir. 4.18pm: Ahli Parlimen Kuala Kerai Dr Hatta Ramli berkata, rakyat tidak boleh memafkan segala penipuan yang dibuat oleh SPR.

"Tiada maaf bagimu. Tan Sri Aziz mesti letak jawatan.

"Sudah ada bayang-bayang bahawa himpunan Black 505 sebelum ini mendatangkan kesan.

"Bunyi-bunyinya pengerusi SPR akan ditukar. Namun hari ini memuktamadkan bahawa pengerusi SPR memang perlu ditukar," katanya.




Suasana di Masjid Negarakredit: omakkau
Suasana di depan Sogo kredit: omakkau


Dr Rani dan Azmin Ali tiba di Masjid Negara.

Dr Mujahid berucap di hadapan Sogo.







77 comments:
Write comments
  1. Menteri Wilayah Persekutusan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata laporan polis itu dibuat susulan mesyuarat antara pihaknya dan DBKL pada pukul 5.30 petang semalam.

    ReplyDelete
  2. "Tindakan mereka ini satu kesalahan. Kita dah beritahu mereka tak boleh berhimpun di situ, mereka boleh berhimpun di Stadium Merdeka, tapi mereka degil, jadi kita minta polis bertindak mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat enam keluarga mangsa kebakaran di Kampung Padang Balang, di sini.

    ReplyDelete
  3. Katanya, tindakan tegas terpaksa diambil kerana penyokong pembangkang ternyata terlalu keras hati dan dikhuatiri menimbulkan kekecohan sebagaimana insiden dua penguat kuasa DBKL dikasari semalam.

    ReplyDelete
  4. Menurut Tengku Adnan, perbuatan kumpulan penyokong pembangkang itu juga menambah beban tugas DBKL yang terpaksa membersihkan kawasan berkenaan selepas ini.

    ReplyDelete
  5. "Fiesta ini melibatkan orang ramai jadi kita mahu ia ditangguh dahulu sehingga ia boleh diteruskan memandangkan keadaan jerebu bertambah buruk di sini.

    ReplyDelete
  6. Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan lewat petang semalam mendakwa menerima maklumat tentang cubaan peserta himpunan 'Blackout 505 ' untuk menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  7. "Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai himpunan ini kerana ia jelas menunjukkan pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dan orang ramai," kata polis dalam kenyataan mereka.

    ReplyDelete
  8. Perhimpunan esok(hari ini) untuk memprotes perjalanan pilihan raya lalu antara lain menuntut pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di beberapa tempat dengan keputusan meragukan.

    ReplyDelete
  9. "Polis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas sesiapa sahaja yang melanggar akta itu dan sebarang undang-undang yang termaktub di negara ini," kenyataan itu dipetik.

    ReplyDelete
  10. Polis masih mengekalkan klasifikasi perhimpunan 'Black 505' yang dijangka diadakan di ibu negara Sabtu ini sebagai haram kerana tidak mendapat kelulusan pemilik kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata perhimpunan yang akan diadakan Sabtu ini ternyata sama sekali salah sekiranya penganjur berkeras ingin meneruskannya kerana melanggar Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 di mana persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan perlu diperoleh.

    ReplyDelete
  11. "Perhimpunan tersebut haram. Mereka tidak mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya ketika dihubungi Bernama semalam. Beliau turut menegaskan polis akan menjalankan siasatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya penganjur tetap berdegil ingin meneruskan niat mereka untuk berhimpun. Perhimpunan yang ditunjangi pembangkang itu dijangka diadakan di Padang Merbok di Kuala Lumpur walaupun tidak mendapat kebenaran DBKL.

    ReplyDelete
  12. Perhimpunan haram anjuran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diuar-uarkan sebagai kebangkitan rakyat bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PR-13) ternyata gagal apabila dihadiri hanya kira-kira 20,000 orang.

    ReplyDelete
  13. Jumlah kehadiran peserta yang berhimpun di tujuh lokasi sebelum berarak ke Padang Merbok ternyata jauh daripada sasaran pemimpin pembangkang iaitu 500,000 orang.

    ReplyDelete
  14. Bagaimanapun alasan Anwar itu ternyata sekadar untuk menutupi kegagalan pakatan pembangkang semata-mata kerana sebahagian besar peserta mula meninggalkan lokasi utama di Padang Merbok seawal pukul 4 petang iaitu sebelum beliau berucap.

    ReplyDelete
  15. Kegagalan untuk menarik lebih ramai peserta menyertai perhimpunan itu dikatakan berlaku berikutan perasaan kecewa penyokong-penyokong pembangkang yang berasa dipermainkan apabila pemimpin-pemimpin mereka membuat keputusan untuk menghadiri majlis angkat sumpah anggota Parlimen.

    ReplyDelete
  16. Tindakan itu dilihat bertentangan dengan kenyataan mereka sebelum ini bahawa PRU-13 dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) melalui penipuan.

    ReplyDelete
  17. Kekecewaan itu diluahkan oleh sesetengah peserta yang berkhemah di padang berkenaan apabila mereka memaparkan tulis mengkritik sikap hipokrit pemimpin-pemimpin pembangkang.

    ReplyDelete
  18. Sebagai contoh, tinjauan di pekarangan Universiti Malaya (UM) yang tersenarai sebagai salah satu lokasi berhimpun peserta hanya disertai kurang daripada 300 penyokong mahasiswa dan golongan muda.

    ReplyDelete
  19. Di enam lagi lokasi, situasi juga sama biar pun ia dimulai dengan ucapan oleh beberapa pemimpin pembangkang termasuk Naib Presiden PKR, Tian Chua.

    ReplyDelete
  20. Selain itu, kebijaksanaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal keadaan dengan menempatkan jumlah minimum anggotanya memungkinkan hasrat sesetengah peserta untuk melakukan provokasi dengan tujuan mencetuskan huru-hara terbantut.

    ReplyDelete
  21. Setelah beberapa siri perhimpunan ‘Blackout 505' kerana tidak berpuas hati gagal menawan Putrajaya, Pakatan Rakyat pada sesi ke-15 bantahannya akan berhimpun di Kuala Lumpur hari ini.

    ReplyDelete
  22. Bagi mereka pilihan raya umum 5 Mei lalu tidak telus dan berat sebelah. Pemimpin pembangkang mendesak pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berundur dan digantikan dengan kepimpinan baru.

    ReplyDelete
  23. Tujuan mereka adalah bagi mengganggu upacara pembukaan sidang Dewan Rakyat dan sekali gus mempamerkan kuasa rakyat dengan agenda utamanya memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.

    ReplyDelete
  24. Ketuanya, Datuk Mohmad Salleh berkata polis mendapat maklumat peserta di tujuh lokasi himpunan akan "menimbulkan kemarahan polis" dan "mencetuskan huru-hara sekitar Kuala Lumpur". "Suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  25. Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai himpunan ini kerana ia jelas menunjukkan pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dan orang ramai.

    ReplyDelete
  26. TAMAT sudah demonstrasi haram yang dipanggil Black 505. Selama lebih kurang tiga jam berkumpul, berbagai kesalahan dan peraturan yang telah mereka buat. Bahkan perhimpunan itu sendiri sudah HARAM sejak dari mula lagi.

    ReplyDelete
  27. Meskipun penganjur telah pun memberi jaminan akan memastikan bahawa perhimpunan yang kononnya akan berlangsung dengan aman, namun perhimpunan itu tetap disusuli dengan pelbagai insiden yang melanggar undang-undang.

    ReplyDelete
  28. Misalnya, akta tersebut menggariskan seseorang di bawah umur 21 tahun tidak boleh menjadi penganjur manakala kanak-kanak bawah 15 tahun tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan.

    ReplyDelete
  29. Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000

    ReplyDelete
  30. Tetapi itulah pembangkang. Mereka tidak pernah takut atas semua perkara itu kerana mereka percaya – matlamat menghalalkan cara. Bagi mereka, undang-undang negara cuma terpakai kepada golongan yang menentang mereka.

    ReplyDelete
  31. Mereka mendakwa perhimpunan ini dibuat konon hendak menunjukkan rakyat membantah keputusan PRU-13 disebabkan penipuan dan ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Baik, apa yang tipu dan apa yang tidak adil?

    ReplyDelete
  32. Sebagai contoh, tuduhan mengenai bekalan eletrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial ternyata tidak pernah berlaku.

    ReplyDelete
  33. Begitu juga pengundi hantu dan pengundi Bangla yang mereka kecohkan itu, mana pergi dakwaan semua itu? Pembangkang kena ingat, SPR hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah.

    ReplyDelete
  34. Itu mereka jangan lupa dan buat-buat lupa. Berbalik pada perhimpunan BLACK505 tadi, jumlah yang hadir ternyata sangat merosot berbanding perhimpunan yang pernah dianjurkan oleh pembangkang sebelum ini.

    ReplyDelete
  35. Kalau mengikut perkiraan, jumlahnya boleh dianggarkan sekitar 5,500 orang sahaja. Dari segi pecahan, Melayu yang hadir sekitar 95 peratus, Cina empat peratus dan India (satu peratus).

    ReplyDelete
  36. Kalau betul rakyat bersama mereka, mana yang lain? Tak perlu pergi jauh, dapat separuh daripada peserta BERSIH pun sudah cukup. Tapi di mana yang ramai-ramai itu? Adakah ini bermakna rakyat telah menerima keputusan PRU-13 dan penambahbaikan yang dibuat oleh SPR ini? Jawapan itu hanya penganjur dan pembangkan saja yang boleh menjawabnya.

    ReplyDelete
  37. Ternyata nama perhimpunan ini iaitu BLACK505 memang tepat. Ini kerana perhimpunan itu telah telah gagal dari semua segi…baik tema, baik objektif, baik jumlah mereka yang hadir. Yang tinggal hanyalah sejarah sebuah perhimpunan yang gelap lagi melegamkan, itu yang pasti!

    ReplyDelete
  38. kalau semua spr menipu janganlah YB PAKATAN angkat sumpah...tunjukkan kesungguhan mereka dengan membuat langkah2 tersebut....tatapi.....haha....gagal oh gagal...hahahaha...kacian..

    ReplyDelete
  39. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan tunduk dengan desakan pihak-pihak yang kecewa dan mahu anggota suruhanjaya itu meletak jawatan dan akur pada tuntutan mereka.

    ReplyDelete
  40. Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tuntutan pihak tersebut sangat tidak bertanggungjawab dan melanggar peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.


    ReplyDelete
  41. Tegasnya, pihaknya tidak membuat sebarang kesalahan malah berjaya mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu dengan mencapai objektifnya.


    ReplyDelete
  42. "SPR tidak buat salah dari segi undang-undang dan tidak akan tunduk desakan letak jawatan malah PRU-13 lalu sudah mencapai objektifnya untuk rakyat memilih wakil rakyat di peringkat negeri dan Persekutuan.


    ReplyDelete
  43. Semua tuntutan mereka seperti meminta SPR letak jawatan, memberi amaran supaya tidak melakukan proses persempadanan semula sebelum suruhanjaya baru dibentuk dan menggesa mengadakan pilihan raya kecil bagi kawasan yang telah difailkan petisyen adalah menyalahi Perlembagaan negara," katanya.


    ReplyDelete
  44. Perarakan ini menjejas ketenteraman.

    ReplyDelete
  45. Adakah benar SPR tidak melaksanakan tanggung jawab untuk memastikan PRU yang bersih?

    ReplyDelete
  46. Mungkin ada cara yang lebih baik untuk menentut keadilan?

    ReplyDelete
  47. Rakyat sudah terima keputusan PRU13. Tiada perubahan walapun arakan dibuat berkali-kali.

    ReplyDelete
  48. Tuntutan harus dibuat secara aman dan damai.

    ReplyDelete
  49. Bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim memberi nasihat ini kepada pemimpin pakatan rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim: "Tungganglah basikal politik anda yang sudah uzur itu ke hujung dunia".

    ReplyDelete
  50. Beliau berkata demikian ketika menggesa kerajaan menggunakan sepenuhnya undang-undang bagi menyekat penganjuran perhimpunan haram di seluruh negara untuk membantah kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

    ReplyDelete
  51. Kata Tunku Abdul Aziz perhimpunan haram memberi ancaman besar terhadap keselamatan negara dan ketenteraman awam.

    ReplyDelete
  52. "Pembangkang telah lama berhasrat memulakan 'Malaysia Spring' untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional," katanya.

    ReplyDelete
  53. Bercakap kepada pemberita di sini Jumaat, beliau berkata pakatan merancang menimbulkan kekacauan sejak perhimpunan 'Bersih' pada tahun lepas lagi dan kini menukarnya menjadi bantahan di seluruh negara.

    ReplyDelete
  54. Bantahan ini, katanya, dirancang Anwar sebelum tarikh PRU13 diumumkan pihak berkuasa.

    "Semua kegiatan mereka menunjukkan wujudnya konspirasi untuk menggulingkan kerajaan dengan apa jua cara dan segala yang dilakukan Anwar dengan jelas bertujuan untuk mencapai matlamat itu.

    ReplyDelete
  55. "Anwar sepatutnya sudah sedar dan menerima sambutan pengundi terhadap partinya dengan bermaruah, bukan menabur fitnah tentang integriti Suruhanjaya Pilihan Raya dan membuat tuduhan liar serta tidak berasas mengenai berlakunya penyelewengan.

    ReplyDelete
  56. DAKWAAN pembangkang yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) begitu terpukul dengan pencapaian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) harus disanggah.Pembangkang mendakwa BN hanya memperolehi 133 kerusi di Dewan Rakyat dan tidak dapat menguasai dua pertiga suara majoriti.

    ReplyDelete
  57. Sedangkan BN hanya memerlukan 15 kerusi sahaja untuk memperolehinya.Hakikatnya,pakatan pembangkang amat kecewa kerana kegagalan mereka untuk menguasai Pusat Pentadbiran Putrajaya.

    ReplyDelete
  58. Pembangkang hanya memperolehi 89 kerusi Dewan Rakyat,biarpun mereka mencanangkan di seluruh dunia seolah-olah Putrajaya telah menjadi milik mereka sejak 5 Mei yang lalu.

    ReplyDelete
  59. Bagi menutupi kegagalan mereka,pembangkang mengadakan perhimpunan haram untuk menolak keputusan PRU-13 di peringkat pusat.

    ReplyDelete
  60. Amat menghairankan,mereka tidak pula mempertikaikan keputusan pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang,Selangor dan Kelantan.Pengiktirafan dwi standard ini,malangnya diyakini secara membabi buta oleh pengikut tegar mereka.Mereka menggunakan alasan telah memperolehi undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN 48.22 peratus.

    ReplyDelete
  61. Mengikut laporan awal,daripada sejumlah 10,861,683 pengundi yang keluar membuang undi,pembangkang telah memperolehi 5,623,984 undi, manakala BN memperolehi 5,237,699 undi.

    ReplyDelete
  62. Jika pun benar pembangkang memperolehi kelebihan suara majoriti,namun ukuran yang digunakan pembangkang telah dimanipulasikan mengikut acuan list system atau single transferable vote.

    ReplyDelete
  63. Kaedah yang ditafsirkan oleh pembangkang hanya terpakai bagi negara-negara yang memilih ketua negara dan parti pemerintah secara sistem pilihan raya perwakilan bernisbah yang memperuntukkan kerusi berasaskan undi yang diterima.

    ReplyDelete
  64. Malaysia mewarisi sistem politik daripada United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel juga menggunakan sistem first past the post yang mana parti-parti politik yang bertanding di kawasan pilihan raya memilih hanya seorang wakil bagi setiap kawasan pengundian yang mengambil kira prinsip undi majoriti mudah.

    ReplyDelete
  65. Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular.

    ReplyDelete
  66. ika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik,sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

    ReplyDelete
  67. Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka,malah jika mereka benar-benar rakyat yang setia kepada negara ini,mereka hendaklah menerima sistem politik dan sistem membentuk kerajaan sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  68. - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah hari ini bertitah menyeru rakyat supaya membuang sifat-sifat yang membawa kepada perpecahan.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130625/dn_24/Agong-seru-rakyat-buang-sifat-yang-membawa-perpecahan#ixzz2XDNZaYFb
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  69. - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah hari ini bertitah menyeru rakyat supaya membuang sifat-sifat yang membawa kepada perpecahan.

    ReplyDelete
  70. Seri Paduka bertitah masyarakat sebaliknya perlu mencari titik persefahaman untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan.

    ReplyDelete
  71. Bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-13 di sini, Seri Paduka turut berharap kedudukan agama Islam tidak dipersoal dan diselewengkan untuk kepentingan mana-mana pihak hingga memesongkan akidah umat Islam.

    ReplyDelete
  72. Kerajaan Beta komited untuk memartabatkan Islam berteraskan Maqasid Syariah dan akan terus memelihara kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan," titah Seri Paduka

    ReplyDelete
  73. Turut berangkat hadir pada majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

    ReplyDelete
  74. Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ahli Parlimen yang lain.

    ReplyDelete
  75. It is driven by 12 National Key Economic Areas (NKEAs), namely oil, gas and energy, palm oil, financial services, tourism, business services, electronics and electrical, wholesale and retail, education, healthcare, communications content and infrastructure, agriculture, and Greater Kuala Lumpur/Klang Valley.

    ReplyDelete
  76. Through the NKEAs, 131 EPPs have been targeted to make substantial contributions to the country’s economic development, hence achieving a high-income status with per capita income of US$15,000 and generating 3.3 million employment opportunities.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.