Semalam, terdapat laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah digam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima Berhad. Khabarnya penyanyi yang popular menerusi lagu Sampai Syurga itu digam dek kerana kelantangannya bersuara tentang isu politik negara, baru-baru ini.
Menerusi kenyataan di portal Gua.com.my hari ini, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar tampil menafikan laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah digam oleh stesen televisyen dibawah Media Prima.
“Siapa yang mainkan isu ini? Saya pun tidak tahu ada timbul cerita begini. Apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali”
“Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Faizal Tahir telah di’gam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima. Dia masih lagi artis naungan Monkey Bone. Orang di luar sana boleh buat sebarang spekulasi, tetapi saya nafikan perkara ini,” jelas Ahmad Izham Omar.
Semalam kecoh apabila penyanyi itu dikatakan dimaklumkan secara lisan mengenai dirinya digam. Malahan sebaik sahaja perkara ini berkuatkuasa, beberapa acara yang melibatkan Faizal Tahir dengan stesen televisyen milik syarikat berkenaan khabarnya telah pun dibatalkan secara tiba-tiba.
Sementara itu pengurus peribadi Faizal Tahir, Jeff Wai mengatakan yang penyanyi itu belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan dan beliau sendiri tidak pasti sama ada laporan sebelum ini benar atau tidak.
-http://darisungaiderhaka.blogspot.com
Wednesday, June 19, 2013
Faizal Tahir digam Media Prima kerana menyokong Pakatan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jikalau mau sisik.......mintalah pada ikan yg ada sisik! jangan lah mencari & memilih ikan2 yg sebaliknya. ada kau pahamka faizal?? now, kau mintalah bantuan pada pihak yg kau undi & sokong.. baru padan muka!! dasar orang urban. nda tau bersyukur. ptuii
ReplyDeleteKetua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar telah tampil mewakili Media Prima bagi menjelaskan keadaan berkenaan artis ini yang mengadu di laman twitter bahawa dia di gam di syarikat tersebut.
ReplyDeleteMenurutnya, isu Faizal Tahir di gam oleh syarikat itu adalah tidak benar sama sekali dan dia musykil bagaimana cerita begitu timbul.
Menurutnya lagi, syarikat itu tidak mengeluarkan kenyataan Faizal Tahir itu di gam dan artis tersebut masih lagi artis naungan Monkey Bone.
Artis sekarang bukan hanya aktif dalam dunia nyanyian,lakonan tapi juga dalam politik.apapun fahaman politik mereka,hormatlah..yang penting tidak lebih dari batas peraturan.
ReplyDeleteMemang ada saja pihak yang suka mengapi-apikan isu.yang tiada pun di'ada'kan..hati2 dengan perbuatan dan percakapan tu.
ReplyDeleteSokong parti apapun si Faizal ni, itu hak dia..tiada yang boleh paksa.
ReplyDelete