Monday, June 17, 2013

Senarai Bloggers yang diberikan imbuhan oleh UMNO Selangor

Senarai bloggers/cybertroopers yang diberikan imbuhan oleh UMNO Selangor ini didedahkan sendiri oleh seorang Blogger Pro UMNO yang dipercayai dari Unit Media Baru..



Ianya secara tidak langsung mendedahkan dalam masa Media-media tunggangan UMNO sibuk menjaja cerita kononnya DAP membayar puluhan juta ringgit untuk membiayai 'Red Bean Army' yang entah dari mana datangnya, UMNO sendiri mempunyai Bloggers/cybertroopers yang dibayar..

Ianya didedahkan oleh seorang Blogger Pro UMNO yang merupakan AJK UMB yang mencabar sorang cybertrooper yang aktif dalam Twitter dikenali sebagai Shook.

Menurut AJK UMB, Shook yang mengadap twitter 24 jam, bukan saja tidak membantu BN mengurus persepsi malah gagal di twitter tetapi menyalahkan Najib.

"Oklah! Shook bukan dibayar gaji untuk bantu BN, jadi Shook layak menyalahkan mana-mana pihak. Tetapi kenapa UMB yang difokuskan oleh Shook sedangkan ada banyak pasukan media baru yang diberikan bajet tertentu?" tulisnya.

Aku yakin.. kalau kita sabar menanti akhirnya akan terdedah juga berapakah jumlah imbuhan yang mereka perolehi untuk membantu UMNO/BN..

Kerana ada pihak mendakwa imbuhan yang berbeza yang telah diterima oleh mereka adalah punca sengketa..

Bagaimanapun biar berapa besar jumlahnya ianya terbukti satu pelaburan yang sia-sia kerana UMNO/BN gagal merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat..

Ini juga membuktikan mereka bermati-matian mempertahankan Pemimpin UMNO yang ada sekarang bukanlah kerana Bangsa, Agama dan Negara..

Tetapi kerana DUIT sahaja....

71 comments:
Write comments
  1. pandaila u nak berhelah & tabur fitnah. kami x dapat upah 3000 sebulan apatah 500 sebulan atau satu juta bagi tamatlan riwayat sesiapa!! kami bukan Blogger Cina yg akan buat apa sahaja jika ditabur wang..

    so, jangan nak buat2 citer laa.. kami hanya ikhlas untuk membangun nusa, memurnikan agama & watan yg bagus. bukan kami jika mencari2 duit & buat2 citer

    **kumbang

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya 10 nama yang disebut hanyalah segelintir mangsa-mangsa politik Red Bean Army (RBA). Sekiranya hendak disenaraikan kesemua mangsa-mangsa RBA, mungkin sebuah buku diperlukan untuk menghabiskannya.

    ReplyDelete
  3. Saya berharap rakyat Malaysia dapat bersatu padu menentang kekejaman, kezaliman, kejahatan dan keburukan RBA di alam maya demi perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara.

    ReplyDelete
  4. Kita perlu ingat setiap individu yang di aibkan oleh RBA adalah manusia yang memiliki perasaan serta ibu yang melahirkan mereka. Budaya politik yang begitu jijik dan ekstrem sebegini seharusnya dihentikan. Ramai sudah terluka, pasrah, hilang punca pendapatan, hilang imej dan kredibiliti disebabkan fitnah dan cerita rekaan RBA.

    ReplyDelete
  5. Penyokong-penyokong pakatan pembangkang dan DAP yang masih berhati perut seharusnya tampil ke hadapan untuk bersama-sama memerangi RBA. Kita tidak akan tahu esok atau lusa anak, ibu bapa, keluarga, rakan dan orang yang disayangi pula akan menjadi mangsa RBA yang seterusnya.

    ReplyDelete
  6. Peniaga- peniaga Cina yang mempercayai konsep 1Malaysia dan menyokong BN juga menerima serangan boikot daripada RBA. Oleh itu, saya berharap NGO Melayu yang kini melancarkan boikot terhadap masyarakat Cina perlu mengetahui bukan sahaja usahawan Melayu menjadi mangsa RBA bahkan peniaga Cina yang menyokong BN juga terhimpit dalam politik keji RBA.

    ReplyDelete
  7. Sudah tiba masanya kita melancarkan kempen ABCD (Asalkan Bukan Cina DAP). Kita perlu tahu bukan semua Cina di Malaysia biadap dan kejam seperti RBA. Jangan lagi tanya apa Cina mahu tetapi tanya apa Cina DAP mahu (ABCD)?

    ReplyDelete
  8. Simpatilah pada kesemua mangsa-mangsa RBA yang tidak berdosa. Fahamilah keperitan dan kesengsaraan yang dialami oleh mangsa RBA.

    ReplyDelete
  9. Tan Sri Michelle Yeoh

    Apabila Tan Sri Michelle Yeoh bercadang untuk bersama-sama Perdana Menteri dalam satu jamuan majlis makan malam bersama 60,000 masyarakat Cina di Klang maka pelbagai serangan yang tidak bertanggungjawab dilancarkan terhadap beliau. Mereka melabelkan beliau sebagai pengkhianat negara dan pelbagai lagi label kesat. Realitinya, Lim Guan Eng juga menjemput seorang artis dari Taiwan iaitu Lin Chi Ling dalam satu majlis pelancaran di Pulau Pinang satu ketika dahulu tetapi tidak pula menerima sebarang serangan daripada penyokong BN. Harian Metro pernah melaporkan Abby Abadi yang menyertai Pas dibayar sebanyak RM2,000 untuk setiap penampilan politik tetapi Tan Sri Michelle Yeoh yang secara sukarela pula menjadi sasaran politik RBA. Mereka juga melancarkan laman page https://www.facebook.com/BoycottMichelleYeoh untuk menyeru masyarakat Malaysia supaya memboikot beliau.

    ReplyDelete
  10. Leng Yein

    Leng Yein merupakan antara model yang paling terkenal dalam industri peragaan dalam kalangan masyarakat Cina. Namun begitu, serangan terhadap Leng Yein bermula apabila beliau bangkit mempertahankan hak wanita yang ditindas oleh seorang lelaki yang sering mengancam keselamatan wanita di negara ini dan Leng Yein membawa isu ini kepada Datuk Seri Michael Chong di Wisma MCA. RBA akhirnya mempolitikkan isu ini hanya kerana Leng Yein memuji Datuk Seri Michael Chong dan mengatakan beliau dan MCA sudah banyak membantu masyarakat Malaysia.

    ReplyDelete
  11. Mereka melabel Leng Yein sebagai pelacur murahan, pengkhianat bangsa dan juga melancarkan boikot terhadap kesemua syarikat penaja yang menaja Leng Yein. Syarikat KUMO Leng Yein di Pavillion juga terpaksa ditutup kerana berdepan serangan bertubi-tubi RBA.

    ReplyDelete
  12. Laman page untuk memboikot Leng Yein turut dilancarkan (https://www.facebook.com/ WeFullyBoycottLY) dan mereka terus mencipta pelbagai penipuan, fitnah dan dakwaan terhadap Leng Yein untuk menjejaskan imejnya. Kini Leng Yein terpaksa hidup dengan ramai musuh. Kini, periuk nasi Leng Yein terjejas teruk dan RBA begitu kejam sehingga sanggup merosakkan periuk nasi seorang individu demi nafsu politik mereka.

    ReplyDelete
  13. Institusi Beraja Yang di-Pertuan Agong

    Red Bean Army (RBA) melancarkan serangan terhadap Yang di-Pertuan Agong apabila baginda bertitah supaya rakyat Malaysia menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

    ReplyDelete
  14. Sultan Johor

    Apabila Sultan Johor mengeluarkan titah supaya Datuk Tee Siew Keong dilantik sebagai Exco negeri Johor berlandaskan kepada Undang -Undang Tubuh Negeri Johor, RBA pula bertindak mempolitikkan isu ini dengan mempersoalkan keputusan baginda.

    ReplyDelete
  15. Wong Kim May

    Wong Kim May merupakan seorang gadis muda yang masih lagi belajar. Beliau hanya merakamkan sebuah video pengiklanan mempromosikan BN. Sehubungan itu, Kim May menerima beratus-ratus ancaman bunuh dan rogol selepas itu. Emosi Kim May masih belum lagi pulih sepenuhnya sehingga ke hari ini. Beliau menderita trauma yang agak mendalam. RBA yang tidak berperikemanusiaan sanggup melakukan apa-apa sahaja walaupun terhadap seorang gadis muda yang tidak berdosa.

    ReplyDelete
  16. Jackie Chan

    DAP and Dong Zong membawa 4,000 orang untuk membuat protes supaya sebuah sekolah Cina dibina di Kuantan. Akhirnya, kerajaan BN membenarkan pembinaan sekolah di Kuantan. Peliknya, apabila wang diperlukan untuk pembangunan sekolah Chung Hwa di Kuantan, tiada seorang pun dari DAP mahupun Dong Zong sanggup memberi sebarang sumbangan walaupun 1 sen untuk pembangunan sekolah Cina yang mereka perjuangkan. Jika 4,000 orang yang digunakan oleh protes dan seorang menderma RM 1 juga akan sekurang-kurangnya dapat menyumbang RM4,000. Ketika protes maka semua keluar namun apabila sumbangan diperlukan maka batang hidung juga tidak kelihatan.

    ReplyDelete
  17. Akhirnya, Jackie Chan dijemput untuk meningkatkan dana pembangunan Sekolah Cina Chung Hwa di Kuantan. Malangnya, Jackie Chan turut menjadi mangsa RBA hanya kerana cuba membantu. Isu ini membangkitkan kemarahan dunia hiburan Cina di seluruh dunia apabila Cyber Trooper dan RBA yang tidak rasional dalam perjuangan politik mereka menjadikan Jackie Chan sebagai seorang mangsa mereka.

    ReplyDelete
  18. Shen Yee Aun (SYA),

    "Serangan dilancarkan terhadap saya hanya kerana saya amat vokal terhadap kepincangan DAP dan Pakatan Rakyat. Setiap gambar saya dengan rakan-rakan dan keluarga disebarkan dengan meluas dengan ayat seperti “Mereka Adalah Pelacur Murahan SYA."

    ReplyDelete
  19. "Video saya juga diedit untuk mencalar imej saya dalam kalangan masyarakat Cina. Akhirnya, saya dilabel sebagai Perkasa Cina, pengkhianat bangsa, anjing dan sebagainya. Pelbagai lagi cerita, fitnah dan penipuan tidak berasas direka untuk menyerang saya." katanya.

    ReplyDelete
  20. Kinki Ryusaki

    Kinki Ryusaki merupakan seorang pelukis tatu terkenal di negara kita. Hanya disebabkan Ryusaki menerima untuk diwawancara akhbar The Star mengenai bidang kerjayanya dan langsung tidak menyentuh soal politik malangnya Ryusaki turut diserang bertubi-tubi oleh RBA. Boikot terhadap syarikat tatu Ryusaki juga dilancarkan oleh RBA

    ReplyDelete
  21. Datuk Lee Chong Wei

    Semasa kempen PRU-13, Datuk Lee Chong Wei telah bergambar dengan Datuk Mukriz Mahathir tetapi akhirnya gambar itu turut dipolitikkan oleh RBA. Kredibiliti Datuk Lee Chong Wei sudah tercalar hanya kerana bergambar dengan Datuk Mukhriz. Namun begitu, seorang ikon seks iaitu Vivian bergambar dengan Nurul Izzah tetapi tidak pula menjadi sebarang masalah dan isu kepada RBA.

    ReplyDelete
  22. Master Hsing Yun

    Master Hsing Yun merupakan antara Sami Buddha terkemuka dunia yang datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun begitu, walaupun beliau merupakan seorang tokoh agama yang disegani dalam kalangan penganut Buddha tetapi beliau juga tidak terkecuali menjadi mangsa RBA. Mereka bertindak ala komunis sehingga golongan agama juga tidak terlepas daripada serangan mereka.

    ReplyDelete
  23. PSY

    RBA melancarkan serangan yang cukup hebat terhadap laman facebook PSY sebelum kedatangannya ke Pulau Pinang dalam sambutan perayaan Pesta Perayaan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang. Setelah PSY datang ke Malaysia dikatakan oleh pengurus sendiri bahawa PSY menerima ancaman bunuh.

    ReplyDelete
  24. ala.. cybertrooper pembangkang dibayar rm3000 sebulan kenapa tidak dihebohkan?? kalau pembangkang boleh nafi, tuduhan diatas pun boleh nafi..

    ReplyDelete
  25. Pakatan lebih teruk kerana mengupah cybertrooper untuk menghuru-harakan negara disamping menaikkan Anuwar menjadi perdana menteri..

    ReplyDelete
  26. malah pakatan juga mengupah media asing serta NGO asing untuk memburuk2 Malaysia dengan harapan rakyat akan terhasut untuk sama2 menumbangkan kerajaan..

    ReplyDelete
  27. UMNO TERKUAT, WAR ROOM TIDAK GAGAL

    UMNO muncul sebagai parti tunggal terkuat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan pertambahan sembilan kerusi kepada 88 dan peningkatan 30 peratus undi secara keseluruhannya.

    KEKALAHAN BUKAN HANYA TERLETAK PADA BAHU MEREKA

    ReplyDelete
  28. UMNO TERKUAT, WAR ROOM TIDAK GAGAL

    Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan rasa kesal dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada parti selepas berjaya mengekalkan mandat sebagai kerajaan Persekutuan.

    KEKALAHAN BUKAN HANYA TERLETAK PADA BAHU MEREKA

    ReplyDelete
  29. UMNO TERKUAT, WAR ROOM TIDAK GAGAL

    Katanya, tuduhan BN gagal mendapatkan pertambahan bilangan kerusi kononnya kerana kegagalan daripada Bilik Perang (War Room) BN menjalankan fungsinya adalah jelas tidak benar.

    KEKALAHAN BUKAN HANYA TERLETAK PADA BAHU MEREKA

    ReplyDelete
  30. UMNO TERKUAT, WAR ROOM TIDAK GAGAL

    Tuduhan tersebut dilemparkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak berada dalam komiti Bilik Perang terbabit,” katanya. Ujarnya, segala aktiviti dan pelaksanaan tugas yang dilakukan dalam Bilik Perang BN adalah bersifat rahsia dengan perbincangan dalaman dilakukan secara telus dan tepat.

    KEKALAHAN BUKAN HANYA TERLETAK PADA BAHU MEREKA


    ReplyDelete
  31. UMNO TERKUAT, WAR ROOM TIDAK GAGAL

    “Saya juga menolak manipulasi yang dimainkan oleh pihak pembangkang dengan anggapan bahawa BN gagal malah UMNO sebagai komponen terbesar dalam BN berjaya menambah bilangan kerusinya daripada 79 pada 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini. “BN juga mendapat sokongan padu dengan mengembalikan kuasa pentadbiran di Negeri Kedah dan Perak kepada BN,”

    KEKALAHAN BUKAN HANYA TERLETAK PADA BAHU MEREKA

    ReplyDelete
  32. Beliau turut menegaskan bahawa semua data dan maklumat yang dikeluarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini adalah tidak benar.“Saya menafikan semua tuduhan-tuduhan tersebut,” ujarnya.

    ReplyDelete
  33. Dilaporkan, selepas PRU-13, terdapat segelintir pihak khususnya pakatan pembangkang yang memainkan sentimen masyarakat dengan mengeluarkan data-data dan fakta palsu sebagaimana kononnya berlaku gangguan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi, wujudnya pengundi hantu selain harga barangan keperluan yang naik.

    ReplyDelete
  34. “BN sentiasa mendukung sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan dan yakin bahawa PRU-13 lalu berlangsung dengan sempurna.”

    Tambahnya lagi, BN juga tidak akan mengkhianati rakyat sebaliknya melakukan pelaksanaan sebagaimana perancangan dalam Aku Janji pilihan raya.

    Manifesto BN yang dibentangkan oleh Pengerusnya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah aku janji yang bertemakan ‘Rakyat Didahulukan’ dengan tajuk ‘Meniti Janji Membawa Harapan’ memfokuskan kepada 17 perkara dan akan ditunaikan kepada rakyat

    ReplyDelete
  35. DUA PEMIMPIN DAP DIDAKWA DALANG RED BEAN ARMY

    KUALA LUMPUR 9 Jun - Dua pemimpin kanan DAP didakwa bertanggungjawab menyelia kegiatan lebih 200 anggota Red Bean Army di sekitar Pulau Pinang dan Selangor.

    ReplyDelete
  36. DUA PEMIMPIN DAP DIDAKWA DALANG RED BEAN ARMY

    Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, salah seorang daripada mereka bergelar ahli Parlimen dan seorang lagi memegang jawatan kanan di dalam parti.

    ReplyDelete
  37. DUA PEMIMPIN DAP DIDAKWA DALANG RED BEAN ARMY

    Menurut beliau, pasukan tentera siber itu diwujudkan DAP sejak 2008, khusus untuk menyerang kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  38. DUA PEMIMPIN DAP DIDAKWA DALANG RED BEAN ARMY

    "Separuh daripada anggota Red Bean Army menerima bayaran untuk menjalankan kegiatan mereka, manakala bakinya berkhidmat secara sukarela.

    ReplyDelete
  39. DUA PEMIMPIN DAP DIDAKWA DALANG RED BEAN ARMY

    "Kira-kira 97 peratus anggota Red Bean Army berketurunan Cina dan bakinya kaum-kaum lain. Setahu saya, tiada orang Melayu di dalam pasukan tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    ReplyDelete
  40. DUA PEMIMPIN DAP DIDAKWA DALANG RED BEAN ARMY

    Mohamed Razali mengulas mengenai Red Bean Army yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang BN, malah sesiapa sahaja yang menyokong parti itu.

    ReplyDelete
  41. DUA PEMIMPIN DAP DIDAKWA DALANG RED BEAN ARMY

    Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau mengetahui tentang kewujudan Red Bean Army walaupun pendedahan tentang tentera siber pembangkang itu dibuat oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun.

    ReplyDelete
  42. DUA PEMIMPIN DAP DIDAKWA DALANG RED BEAN ARMY

    Tambah Mohamed Razali, anggota-anggota Red Bean Army perlu mengikuti latihan khusus bagi memupuk kebencian terhadap UMNO, Islam dan institusi diraja dalam diri mereka.

    ReplyDelete
  43. DUA PEMIMPIN DAP DIDAKWA DALANG RED BEAN ARMY

    "Kita dapat melihat sendiri betapa dahsyatnya mereka memainkan isu perkauman semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini," ujarnya.

    ReplyDelete
  44. DUA PEMIMPIN DAP DIDAKWA DALANG RED BEAN ARMY

    Beliau juga tidak terkejut dengan penafian Kit Siang kerana pemimpin-pemimpin DAP sentiasa mendakwa kononnya parti itu mengamalkan politik bersih.

    ReplyDelete
  45. DUA PEMIMPIN DAP DIDAKWA DALANG RED BEAN ARMY

    Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Red Bean Army.

    ReplyDelete
  46. DUA PEMIMPIN DAP DIDAKWA DALANG RED BEAN ARMY

    "Kita bimbang lambat-laun rakyat akan termakan dengan segala fitnah dan hasutan yang disebarkan oleh Red Bean Army," jelasnya.

    ReplyDelete
  47. DUA PEMIMPIN DAP DIDAKWA DALANG RED BEAN ARMY

    Kata beliau, kegiatan Red Bean Army perlu dibendung secepat mungkin bagi mengelakkan keamanan dan kestabilan negara terjejas.

    ReplyDelete
  48. Harakah tak habis-habis menipu, bukan sekali dua penipuan Harakah berjaya didedahkan oleh para bloggers. Malah ada juga artikel berita yang dipadam sebaik sahaja penipuan mereka terbongkar.

    ReplyDelete
  49. Dalam sejarah Pemuda UMNO, seingat saya hanya seorang yang berani menyaman Harakah atas laporan berita fitnah yang disiarkan, individu tersebut seorang peguam bernama Tun Ammar adik Tun faisal Aziz. UMB

    ReplyDelete
  50. Psyche pemberita dan editor portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider (TMI) memang mudah dibaca. Mereka akan cuba mengambil kesempatan ke atas sebarang isu melibatkan Barisan Nasional (BN) dan dalam keadaan tertentu, out of desperation, mereka akan melakukan manipulasi dan spin yang melampaui batas.

    ReplyDelete
  51. Isu UMB : Malaysian Insider tak beretika, mereka-reka cerita. Nak kena saman ke?

    Saya ucapkan terima kasih kerana TMI memberi perhatian terhadap tulisan saya. Memang itu yang saya harapkan. Tetapi, apakah TMI tidak boleh berpegang kepada etika kewartawanan apabila memetik butiran yang hendak saya sampaikan melalui artikel saya? Apakah memang menjadi amalan TMI untuk mereka-reka cerita dalam laporan mereka?

    ReplyDelete
  52. Isu UMB : Malaysian Insider tak beretika, mereka-reka cerita. Nak kena saman ke?

    Penulis berita, Md Izwan mungkin seorang wartawan mentah yang mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang lemah, tetapi, tidak mungkin TMI tidak mempunyai editor yang boleh mengesahkan berita dan membetulkan kefahaman pemberita di bawah jagaannya?

    ReplyDelete
  53. Isu UMB : Malaysian Insider tak beretika, mereka-reka cerita. Nak kena saman ke?

    Silalah bertanya kepada mana-mana pengarang yang hebat. Ayat pertama paling penting bagi mereka sebelum menulis berita. Mereka akan mengambil masa yang agak lama untuk merangka ayat yang pertama sebelum mula menulis berita mereka. Malangnya, wartawan TMI ini masih mentah dan editor yang sepatutnya membimbingnya tidak teliti dan tidak menyemak hasil kerjanya.

    Akibatnya, ayat pertama berita ini bukan sahaja salah dari segi fakta, tetapi turut menyeleweng dari segi maksud berbanding maksud artikel asal.

    ReplyDelete
  54. Nampaknya UMB sendiri pun tidak tahu apa yang TMI cuba katakan. Memang TMI suka memutar belit cerita.

    ReplyDelete
  55. Teruskan perjuangan dan tidak mudah mengalah dengan apa yang cuba dibuat untuk menjatuhkan blogger BN.

    ReplyDelete
  56. Banyak fakta yang cuba diputar belit oleh pro-pembangkang. Jadi berhati-hati untuk mempercayai semua itu,.

    ReplyDelete
  57. Kita perlu terus memberikan sokongan dengan usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan BN.

    ReplyDelete
  58. Buat Duit Dengan Blog bukanlah satu topik yang asing bagi ramai orang, malah ramai blogger yang mampu menghasilkan pendapatan sehingga 5 angka hanya dengan blogging dari bilik tidur mahupun bilik asrama sahaja.

    ReplyDelete
  59. Saya sendiri pun berblogging secara sambil-sambilan sahaja dan kadang-kadang semasa waktu lapang dan waktu rehat di tempat kerja hehehe… Mungkin ramai yang tanya dari mana punca pendapatan seorang blogger ni? Bagi orang yang baru dalam arena blogging ni memang perkara itu lah yang pertama sekali ditanya. Tetapi bagi orang yang sudah biasa dengan blog, mereka pasti tahu.

    ReplyDelete
  60. Sebenarnya terdapat pelbagai cara nak “Buat Duit Dengan Blog” ni antaranya ialah:

    1. Buat blog & jual

    Mungkin cara ini adalah cara paling mudah kerana anda tidak perlu menunggu lama untuk menjana pendapatan. Hanya siapkan sebuah blog yang lengkap kemudian terus jualkannya di forum-forum internet atau di portal website flipping. Cuma pastikan blog yang anda siapkan itu mantap dari segi kandungannya dan “niche” yang hanyat di pasaran.

    ReplyDelete
  61. 2. Buat blog & sewa ruangan iklan

    Cara ini memang sering digunakan oleh blogger-blogger tegar. Mereka menyediakan ruang iklan di beberapa sudut blog mereka dan sewakannya kepada pengiklan-pengiklan yang berminat. Bagi sebuah blog yang popular, pengiklan akan cari bloggers, apa perlu bloggers buat ialah cuma tarik traffic sahaja…

    ReplyDelete
  62. 3. Buat blog & monitize

    Jika anda tidak tahu apa itu monitize, ia merupakan teknik dimana bloggers hanya perlu buat blog dan pasangkan code iklan dari syarikat-syarikat pengiklanan tampatan dan luar negara. Kemudian iklan-iklan akan terpapar berdasarkan bid tertinggi dari pengiklan-pengiklan.

    ReplyDelete
  63. Terdapat pelbagai pengiklanan yang boleh dipilih sekarang ni namun pastikan mereka membayar anda dengan nilai yang setimpal dengan usaha anda. Yang paling diketahui ramai adalah Adsense (dari Google), Nuffnang, Innity dan banyak lagi lah…

    ReplyDelete
  64. Jika anda mahu tahu labih banyak teknik-teknik buat duit dengan blog ini, saya boleh kongsikan dengan anda. Saya tidaklah begitu hebat berblogging, tapi jika anda mahukan tunjuk ajar serba sedikit dari saya maka saya alu-alukan. Saya sediakan untuk anda yang rajin belajar sahaja untuk daftar bersama-sama saya tentang tips blogging saya ini.

    ReplyDelete
  65. Ada banyak cara, antaranya yang saya gemari adalah dengan SEO. Ada juga yang menggunakan guest post, cara ni belum ramai blogger kat Malaysia guna, tapi kalau di luar negara memang ini cara yang sangat famous cause boleh dapat tingkatkan trafik dengan cepat dan dalam masa yang sama boleh memberi effect yang positif juga untuk SEO.

    ReplyDelete
  66. utk buat duit melalui blog bukan smudah yg kite sangka.terlalu byk kerja yg kite perlu lakukan.bukan setakat buat blog kite sudah menjana pendapatan malahan ianya lebih dr itu.utk buat duit melalui blog kite harus mempuyai sifat tidak berputus asa.kata org putih don’t easy to give up when you challenge facing you.kental jiwa and then barula boleh berjaya.

    ReplyDelete
  67. salah satu cara nak tambahkan traffic ke blog adalah dengan menggunakan Paid To Click(PTC) website utk bagi orang klik ke blog anda. contoh PTC website ada kat http://klikduitonline.blogspot.com

    ReplyDelete
  68. The “Malaysia Exporters of Biomass & Related Services Directory” was launched at the Biomass Asia Conference 2013 at the Sunway Putra Hotel by MATRADE chief executive officer Datuk Dr Wong Kai Sum and POIC Sabah’s senior manager Rose Pun.

    ReplyDelete
  69. The 124-page directory lists 67 export-ready Malaysian manufacturers of biomass products and services, a glossary of biomass terms and a profile of Malaysian experts in biomass.

    ReplyDelete
  70. Datuk Dr Wong said in her message that the directory serves as a sourcing guide for foreign buyers of biomass products and services.

    ReplyDelete
  71. Value-adding through downstream manufacturing will contribute to the success of tripling the gross national income from oil palm sector from RM81 billion in 2012.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.