“Mulanya saya nampak awan gelap diikuti bunyi angin. Selepas itu, saya nampak sampah berterbangan dan zink jatuh diiringi bunyi dentuman kuat,” kata Mohd Ridzuan Mat Sharif, 33, penduduk Blok B Kuarters Kerajaan Presint 15, di sini ketika menceritakan ribut di kawasan kediamannya, semalam.
Dalam kejadian itu jam 6.45 petang itu, sebahagian bumbung zink di tingkat 15, blok berkenaan jatuh secara tiba-tiba berikutan angin kencang dan hujan lebat sebelum menimpa pondok rehat di bawah bangunan itu, selain merosakkan lampu jalan di situ.
Mohd Ridzuan yang juga pensyarah di sebuah institut kemahiran berkata, ketika kejadian, dia sedang melayari Internet di rumahnya yang terletak di tingkat satu blok berkenaan.
“Saya ingatkan ada pembenihan awan kerana hujan begitu lebat disertai angin kencang. Pada awalnya angin terbabit hanya menumbangkan pokok di kawasan sekitar dan kepingan zink serta sampah berterbangan.
“Namun, tiupan angin bertambah kuat sebelum bumbung zink di tingkat atas bangunan jatuh disusuli bunyi dentuman kuat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mohd Ridzuan berkata, sejak tinggal di situ kira-kira dua tahun lalu, kejadian bumbung runtuh itu kali pertama dilaporkan berlaku ketika hujan lebat dan angin kuat. “Sebelum ini, jika hujan lebat dan angin kuat, tidaklah sampai begini (bumbung runtuh), tetapi kali ini ia meruntuhkan sebahagian bumbung selain merosakkan infrastruktur di kawasan ini.
“Sepuluh minit sebelum hujan lebat dan angin kuat, polis ada meronda di kawasan ini dan mereka kembali semula ke sini sebaik menerima maklumat ada bumbung runtuh,” katanya. Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui di tempat kejadian berkata, beliau menerima laporan mengenai bumbung berkenaan runtuh daripada penduduk di situ kira-kira jam 7 malam semalam. -HM
Wednesday, June 26, 2013
Runtuh Lagi, Kali Ini Di Putrajaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Runtuhan struktur jambatan kedua di Pulau Pinang pada Khamis petang telah mengorbankan satu nyawa, sementara beberapa orang yang lain mengalami kecederaan.
ReplyDeleteDalam masa yang sama, nampak paling sibuk sekarang ialah ahli-ahli politik DAP yang menguasai kerajaan negeri tersebut.
ReplyDeleteBiasanya DAP tidak peduli pun kalau berlaku bencana besar di negara kita, tapi dalam kes ini nampaknya berbeza. Dengan tidak berlengah-lengah lagi, para pembesar DAP berkumpul di tapak tragedi, atas sebab yang mereka saja tahu. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
ReplyDeleteSiasat punya siasat, rupanya-rupanya kontraktor yang dianugerahkan kontrak untuk membina seksyen tersebut, Cergas Murni Sdn Bhd adalah dilantik oleh anak syarikat kerajaan Pulau Pinang, PDC yang dipengerusikan Lim Guan Eng. Cergas Murni dianugerahkan kontrak untuk pembinaan tersebut oleh PDC pada tahun 2010. Tahun 2010, DAP sudah ambil alih Pulau Pinang.
ReplyDeleteMaka itu, tidak hairanlah sekarang kenapa para pembesar DAP sangat-sangat gelabah bila kejadian ini berlaku.
ReplyDeleteGuan Eng tambah gelabah lagi apabila meminta siasatan dijalankan, bukan sahaja pada bahagian yang runtuh, tapi keseluruhan jambatan kedua Pulau Pinang tersebut.
ReplyDeleteTak susah nak mengagak kenapa Guan Eng keluar kenyataan seumpama itu – dia tidak mahu soal PDC menganugerahkan kontrak bagi seksyen yang runtuh, diperbesarkan orang ramai, kelak nanti ada pulak tuduhan rasuah dan sebagainya.
ReplyDeletepihak-pihak berkaitan seperti SPRM perlu siasat jika ada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan semasa penganugerahan kontrak tersebut dan sama ada PDC yang dipengerusikan Guan Eng, telah melihat kelayakan kontraktor terbabit mengikut prosedur sedia ada sebelum penganugerahan kontrak.
ReplyDeleteKita minta siasat, kita tak tuduh apa lagi. Kita tak hina macam bapak Guan Eng yang semasa berlaku kejadian bot karam di Sarawak, menunding jari kepada BN kerana berlakunya tragedi tersebut.
ReplyDeletePakatan setan akan tetap menuduh kerajaan. Tak kisah la citer tu betul ke tak. Motifnya bukan pasal jambatan runtuh tu sangat tapi untuk menyalahkan kerajaan dan menaikkan kemarahan rakyat.
ReplyDeleteTakde citer buat citer fitnah..semua salah kerajaan BN..jaja nama kerajaan BN..dah heboh menyalahkan kerajaan..rupa rupanya co di bawah dap...kena sebijik hang semua pakatan Kenapa tak sebut salah dap ke pakatan ke. KESALAHAN MANUSIA....hahahaha..nanti penyokong taksub sebut kesalahan hantu.. Ada tak org bangla kerja nanti jadi mangsa lagi dijaja nama bangla lagi...hahaha
ReplyDeleteKITA TUNGGU TEROWONG LIM GUAN ENG RUNTUH..NK TUNGGU APE REAKSI PAKATAN HARAM..
ReplyDeleteBukan aje terowong runtuh..heret sekali penang masuk dlm laut..beres semua buat kerajaan dewa dlm laut..10000 tahun kemudian ditemukan..byk la pakar sejarah seluruh dunia heboh.. Penemuan baru..hahahaha
ReplyDeleteapa2 yang berlaku kat penang tu dibawah dap komunis dan pakatan haram. so pandai2 lah korang jawab. rakyat nak tau citer sebenar.
ReplyDeleteSebenarnaya Lim Guan Eng memberi kontrak itu kepada seorang usahawan melayu Pulau Pinang yang menyokong kuat akan kepimpinan Guan Eng. Beliau ialah Dato Izam. Dato Izam mendapat bergitu banyak kontrak2 dari PDC hinggakan terpaksa mengunakan syrikat lain. Bagi mendapat keuntung atas angin maka Izam mengunakan syarikat Cergas Murni Sdn Bhd. Unutk projek tersebut maka 3 pihak terlibat dalam mencari keuntungan. Cergas Murni, Dato Izam dan rakan2 serta sub-kontraktor yang menjalankan kerja2 pembinaan. Ini tidak termasuk utk Guan Eng dan DAP.
ReplyDeleteapa2 yang berlaku kat penang tu dibawah dap komunis dan pakatan haram. so pandai2 lah korang jawab. rakyat nak tau citer sebenar. Tidak seperti UMNO APCO Israel yang jaga rakyat!
ReplyDeleteprojek jambatan itu adalah projek persekutuan.semua kontaraktor di tentukan oleh persekutuan.tak ada kena mengena dengan LIM guan eng.
ReplyDeleteApalah agaknya yang sedang difikirkan oleh Lim Guan Eng sekarang ini? Tentu dia tercari-cari alasan untuk menyalahkan Kerajaan Persekutuan, UMNO dan Barisan Nasional di atas bencana yang menyebabkan beberapa orang terbunuh apabila jambatan kedua Pulau Pinang, runtuh secara tiba-tiba.
ReplyDeleteSemua orang tahu, LGE tu sangat bijak memberikan alasan. Kalau dia dah terdesak sangat, tanpa malu-malu dia akan salahkan sistem atau perisian sepertimana dia menyalahkan EXCEL apabila pengundian ahli jawatankuasa DAP tidak lama dahulu, dipertikaikan oleh ahli-ahlinya sendiri.
ReplyDeleteLGE rambut belah tepi tu nak cakap apa lagi agaknya? Takkanlah dia nak kata CERGAS MURNI SDN. BHD yang dipilih sendiri oleh PENANG DEVELOPMENT CORPORATION yang dipengerusikannya sendiri sebagai kontraktor untuk kawasan yang runtuh tersebut, telah dirasuah oleh UMNO agar membeli perkakasan tidak bermutu atau sengaja membuat pembinaan yang boleh membunuh sesiapa sahaja yang melalui kawasan berkenaan?
ReplyDeleteTakkanlah LGE rambut belah tepi itu nak kata, dia tidak terlibat sebenarnya dan pemilihan Cergas Murni Sdn. Bhd. selaku kontraktor telah dibuat oleh Ketua Menteri sebelumnya sepertimana helah dan alasan-alasan yang kerap diberikannya untuk melarikan diri? Atau barangkali kali ini juga salah EXCEL?
ReplyDeleteSPRM perlu MEMASANG TELUR mereka dan melakukan siasatan terperinci mengapa kemalangan yang telah membunuh rakyat Malaysia itu boleh berlaku. Peguam Negara yang cukup ranggi kalau melibatkan para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional perlu segera bertindak dengan menyeret Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang untuk memberi keterangan di mahkamah.
ReplyDeleteTakkanlah sebab beli rumah di bawah paras harga pasaran, Gani Patail bukan main lagi memberikan penjelasan panjang lebar, tetapi apabila melibatkan kepentingan awam dengan wang pembayar cukai digunakan secara terang-terangan untuk kerja-kerja yang akhirnya membunuh rakyat itu, Gani Patail buat-buat pekak badak dan buta mata?
ReplyDeleteKalau SPRM boleh serbu pejabat Ho Hup Construction untuk mendapatkan dokumen berkenaan pengubahsuaian rumah isteri kedua Gani Patail dan kemudian dokumen-dokumen tersebut hilang begitu sahaja, takkanlah SPRM tak berani menyerbu KOMTAR dan pejabat Cergas Murni Sdn. Bhd. untuk merampas segala dokumen yang berkaitan?
ReplyDeletetu pasal la oang dok tentang parti rasis BN....apatah agi yg beramal ngan Islam kerana menosex dh terlalu zalim angkuh rasuah...apa lagi lepas nie Allah nk bagi peringatan....yg pelik cina n india blh tolak BN yg rsis tapi melayu yg kata Islam bodoh tahap gaban....
ReplyDeleteni semua slh BN..tmpt sndri pn nk mkn duit.
ReplyDeleteAsks said...
ReplyDeleteJune 27, 2013 at 1:30 PM...takbaik tuan......tuduh org....insafla.
innalillahiwainna ilahirrojiun, awas amaran dari Allah, yang zalim dan yang menipu eloklah bertaubat segera.
ReplyDeletePerkara macam ni berlaku di luar jangkaan.mudah-mudahan tiada kecederaan atau nyawa terkorban.dijauhilah kita dari semua tu.
ReplyDeleteKena pastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi.apa lagi masa sekarang ni ribut kuat selalu datang.tempat2 yang melalui proses pembinaan ni la yang amat bahaya.
ReplyDeleteTidak perlulah perkara seperti ini pun mau dipolitikkan.nak cari kesalahan pihak2 tertentu..yang penting ambil pengajaran dan berwaspada.
ReplyDeleteJika mana2 kontraktor diberi sesuatu projek,pastikanlah apa saja yang dikerjakan dibuat dengan sepenuh hati kerana itulah tanggungjawab anda, bukan kerana upah semata-mata.
ReplyDeleteMana2 pihak kontraktor yang mendapat projek,laksanakanlah dengan sepenuh hati dan bertanggungjawab.utamakan kualiti dan bukan disebabkan wang semata-mata.
ReplyDeleteHarap-harap tidak akan berulang lagi perkara seperti ni.
ReplyDeleteEmpat dipercayai mati dalam runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang
ReplyDeleteGEORGE TOWN, 6 Jun — Empat orang dipercayai terbunuh apabila sebahagian daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan di Batu Maung di sini, runtuh menghempap kenderaan mereka lebih kurang pukul 7.00 malam.
Polis telah menerima panggilan lebih kurang pukul 7.05 malam mengenai runtuhan itu dan bergegas ke tempat kejadian pada pukul 7.15 malam.
ReplyDeleteMenurut jurucakap polis, sebahagian daripada Penyambung Batu Maung menghubungkan jambatan ke Tun Dr Lim Chong Eu telah runtuh menghempap kenderaan yang melalui berdekatan dengan struktur itu.
Penyiasatan awal menunjukkan keempat-empat orang di dalam kenderaan dipercayai terbunuh serta merta.
ReplyDeleteBahagian runtuh merupakan sebahagian daripada jejambat yang menghubungkan lebuh raya ke jambatan di antara dua rusuk konkrit.
Pihak polis telah menutup kawasan tersebut kepada lalu lintas.
Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menemui kenderaan yang dihempap dan kini kerja-kerja sedang dijalankan untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan hancur.
ReplyDeleteTerdahulu, timbalan pengurus jabatan perhubungan awam dan komunikasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Azizi Azizan mengesahkan seksyen Pakej 3A projek Kedua Jambatan Pulau Pinang telah runtuh.
"Itu adalah bahagian yang menghubungkan jambatan kepada lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu," kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual telefon.
ReplyDeleteSeksyen ini masih dalam pembinaan dan kontraktor sepatutnya melengkapkan dan menyerahkan bahagian yang selesai bulan depan, katanya.
"Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan apabila ia berlaku tetapi kita telah mengarahkan dihentikan serta-merta ke atas semua kerja-kerja pembinaan berikutan kejadian itu," katanya.
ReplyDeleteIa masih terlalu awal untuk menentukan punca keruntuhan tetapi JKSB akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.
ReplyDeleteJKSB juga akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai kejadian itu esok.
Struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung runtuh kira-kira jam 7 petang tadi
Struktur rasuk Palang( beam ) sepanjang 30 meter di jambatan kedua pulau pinang runtuh,dimaklumkan telah menghempap 2 buah kereta.
Setakat ini 2 pekerja warga asing dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang kerana mengalami kecederaan parah. Pasukan keselamatan Bomba sedang berusaha mencari mangsa lain yang kemungkinan turut terperangkap.
2 buah kereta orang awam mungkin terperangkap bawah runtuhan di Batu Maung. Usaha mencari sukar kerana ditimbus sisa konkrit dan struktur besi.
ReplyDeleteStruktur yang runtuh dipercayai penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan. Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.
Runtuhan struktur binaan di Jambatan P.Pinang kedua
ReplyDeleteBATU MAUNG: Sebahagian dari struktur jambatan kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi.
Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.
Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.
Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui samada terdapat mangsa yang terperangkap atau tidak.
Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut. Menurut Shoki, pihak bomba juga dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja kejadian itu berlaku.
ReplyDeleteDifahamkan juga, kerja-kerja pembinaan juga dihentikan buat sementara namun pembinaan pada bahagian lainnya tidak terjejas.
Sehingga setakat ini, punca sebenar kejadian masih tidak dapat diketahui.
ReplyDeleteSementara itu, ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang berada di lokasi juga mengesahkan melalui laman Twitternya bahawa struktur sepanjang 30 meter itu telah runtuh.
Menurutnya Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah memberitahu lebih kurang satu atau dua kereta telah remuk akibat runtuhan.
ReplyDeleteKatanya lagi, pihak bomba juga sedang memulakan operasi menyelamat.