Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat optimis pihak berkuasa akan menjalan siasatan sebaik-baiknya terhadap seorang wanita yang ditahan atas tuduhan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, bekas menteri besar Kelantan itu berkata, membelakangkan titah sultan untuk mengembalikan royalti minyak juga barangkali boleh dimasukkan dalam kategori sama.
"Di sebuah negeri, pernah sultan negeri berkenaan bertitah di dalam dewan agar dikembalikan royalti minyak dan didaratkan gas yang ditemui di lautan negeri ke pantai yang terdekat.
"Namun malangnya pembangkang di negeri berkenaan membelakangi titah sultan.
"Barangkali ini juga boleh dimasukkan di dalam kategori menghina raja," tulisnya dalam Facebook hari ini.
Seorang wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebook miliknya, kelmarin ditahan pihak berkuasa.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyebut pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan dan menahan suspek hasil siasatan serta maklumat orang ramai.
Kenyataan itu menyebut siasatan terhadap wanita itu dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948. -mk
Friday, June 7, 2013
Tak Bayar Royalti Boleh Dikira Hina Sultan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KALU UMNO TAK SALAH APA PUN DIA ORANG BUAT FAHAM2 SAJA LAH KAWAN ATAU KATA ORANG SABAH " BOLEH BAH KALAU KAU "
ReplyDeleteCadangan mewujudkan undang-undang khas mengenai perbuatan derhaka kepada institusi Raja mampu menangani sikap biadap yang ekstrem oleh pihak tidak bertanggungjawab.
ReplyDeleteBekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah pada Khamis mencadangkan penggubalan undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada Raja.
ReplyDeleteBeliau berkata meskipun pada masa ini sudah ada Akta Hasutan 1948 yang mengambil kira perbuatan-perbuatan seperti itu, namun ia merupakan perbuatan yang berbeza.
“Patut ada undang-undang khas digubal tentang apa-apa perbuatan yang terjumlah dan terangkum dalam kesalahan derhaka. Undang-undang ini sesuai kerana rakyat di beberapa lapisan tidak memahami sebenarnya kuasa Raja.
ReplyDelete“Sudah tiba masanya bagi kerajaan menggubal undang-undang mengenai penderhakaan, bukan di bawah hasutan,” katanya di luar Seminar Institusi Raja anjuran Universiti Malaysia Perlis di sini.
Mengulas lanjut, beliau berkata undang-undang khas itu perlu menggariskan definisi derhaka dari sudut perbuatan, ucapan, sindiran, grafik dan lain-lain, serta mengenakan hukuman keras sekurang-kurangnya dua tahun penjara.
ReplyDelete“Ini supaya rakyat tahu tiada maaf bagi mereka yang melakukan kesalahan derhaka,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, sebelum undang-undang itu digubal, masyarakat khususnya generasi muda perlu terlebih dahulu diberi pendedahan dan penjelasan tentang sistem Raja Berperlembagaan yang diguna pakai di negara ini.
ReplyDeleteBeliau berkata adalah tidak adil untuk mengambil tindakan kepada seseorang yang didapati melakukan kesalahan tanpa individu berkenaan diberi pendedahan yang secukupnya.
“Mengambil tindakan tanpa menjelaskan adalah menganiaya. Tetapi biarlah penjelasan itu dibuat oleh orang yang pakar dalam undang-undang. Jangan diserah kepada orang politik yang ada kepentingan. Takut nanti terpesong Perlembagaan mengikut kecenderungan politik mereka,” tegasnya.
ReplyDeleteTambahnya, undang-undang ialah peraturan hidup dan rakyat seharusnya mematuhi apa yang termaktub di dalamnya.
Terdahulu ketika membentangkan kertas kerja, Mohd Noor berkata hak kebebasan bersuara tidak membolehkan mana-mana individu mempersoal kuasa, hak dan keistimewaan Raja yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
ReplyDelete“Malahan, sesiapa yang cuba mengapi-apikan penghapusan institusi Raja dalam Parlimen sekalipun boleh didakwa di mahkamah walaupun mereka kebal untuk membincangkan perkara-perkara lain di dalam Dewan,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa sistem Raja Berperlembagaan telah diterima pakai sejak merdeka.
ReplyDeleteJusteru, katanya, pemerintah negara yang sebenar ialah Raja manakala Kabinet hanya menjalankan tadbir urus atas nama Raja.
“Oleh itu, tidak timbul soal undi popular atau ingin menukar pemerintahan beraja kepada presiden,” tegasnya.
ReplyDeleteSeminar dua hari bertemakan “Melestarikan Pemerintahan Beraja” itu buat julung kalinya dianjurkan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-70 Raja Perlis.
Rupa-rupanya, tatkala rakyat marah dan banyak laporan polis dibuat dek sesetengah orang yang menghina insitusi Raja dan Yang Di-Pertuan Agung, masih ada juga orang yang mahu mempertahankan kebiadapan tersebut! Individu yang dimaksudkan ialah Ahli politik parti PKR. Namanya Gooi Hsiau Leung, Ahli Parlimen Alor Setar, Kedah!
ReplyDeleteBeliau telah mempertahankan kenyataan Melissa Gooi yang 'muntah apabila mendengar titah Yang Di-Pertuan Agung'. Kenyataan Melissa Gooi itu pula disambut oleh rakan-rakan beliau yang bertanya Yang Di-Pertuan Agung wujudkah?
ReplyDeletetidak pasti sama ada MP Alor Setar itu mempunyai pertalian keluarga dengan Melissa Gooi kerana kedua-duanya mempunyai surname yang sama iaitu 'Gooi'.
ReplyDeleteDan seperti biasa, adalah mentaliti korup pembangkang yang akan mengaitkan apa sahaja yang berlaku dengan politik atau pun parti lawan. Begitulah juga mentaliti ahli politik PKR ini!
ReplyDeleteBoleh pula ahli politik PKR itu mendakwa 'penangkapan Melissa Gooi adalah suatu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang kebebasan hak bersuara dan hak meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berasa terancam atau diugut untuk ditangkap.'
ReplyDeleteKita percaya seluruh rakyat Malaysia yang hormat kepada Yang Di-Pertuan Agung, tidak akan tergamak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa dan bukannya seperti yang didakwa oleh ahli politik PKR itu.
ReplyDeleteDan seluruh rakyat juga percaya kepada kebebasan hak bersuara tetapi ianya mestilah berpada-pada dan mengikut lunas-lunas Perlembagaan Malaysia.
ReplyDeletehari ini nik aziz pula tampil mempertahankan individu yang menghina sultan.. bagi nik aziz, penjenayah yang menyokong pakatan adalah malaikat yang harus dipertahankan..
ReplyDeletebagaimana pula dengan demonstrasi jalanan yang dianjurkan pakatan?? bukankah sultan dan Agong juga pernah menasihati pemimpin2 politik agar tidak melakukan huru hara??
ReplyDeletesebagai pemimpin politik yang layak digelar warga emas, nik aziz sepatutnya mengajar rakyat terutamanya penyokong2 pakatan supaya menghormati undang-undang dan juga Agong.. atau lebih baik Nik Aziz bersara saja dari politik..
ReplyDeleteBelum berapa lama dulu Datuk Ambiga mengadap DYMM Yang Dipertuan Agong mengenai perhimpunan bersih 2.0. Yang Dipertuan Agong telah bertitah supaya perhimpunan dibuat di Stadium, bukan di jalanraya. Datuk Ambiga akur dengan titah itu. Pihak berkuasa pada masa itu tidak mengindahkan titah baginda sebaliknya melarang perhimpunan tersebut. Kita faham ini kuasa pentadbiran/kuasa politik tetapi kena ambil kira juga titah Raja semata-mata untuk kesejahteraan rakyatnya,mengelak kecelaruan di jalanraya. Walaupun tidak sampai tahap menghina tapi boleh memalukan Tuanku sebagai Payung Mahkota.
ReplyDeleteSeorang wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebook miliknya telah ditahan pihak berkuasa, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
ReplyDeleteDalam kenyataan suruhanjaya hari ini menyebut pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berjaya mengesan dan menahan suspek hasil siasatan serta maklumat orang ramai.
ReplyDelete"SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi diraja Malaysia.
ReplyDelete"Suspek yang merupakan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan. Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identititnya," kenyataan itu dipetik.
ReplyDeleteKenyataan itu menyebut siasatan terhadap wanita itu dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
ReplyDeleteWanita tersebut juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948.
ReplyDeleteSKMM turut meminta rakan suspek tampil bagi membantu siasatan.
ReplyDeleteSebelum ini dilaporkan beberapa NGO membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.
ReplyDeleteKetua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut mendesak SKMM bertindak cepat dan tegas terhadap individu yang didakwa menghina baginda.
ReplyDeleteSerahkanlah kepada pihak polis untuk mengambil tindakan yang terbaik terhadap mereka yang menghina Agong dalam kes ini.
ReplyDeleteAnd as usual, the opposition is corrupt mentality that would relate whatever happened in politics or the opposition. Similarly PKR politician's mentality!
ReplyDelete"It is time for the government to enact laws on treason, not under agitation," he said outside the Royal Institution seminar organized by Universiti Malaysia Perlis here.
ReplyDeleteHe said it was unfair to take action on a person found guilty of an offense without the individual is given sufficient exposure.
ReplyDelete"Taking action without explaining is harmed. But let clarification was made by the experts in the law. Do not be handed over to the politicians who have an interest. Fear will deflect the Constitution according to their political leanings, "he said.
ReplyDelete"Therefore, no question of the popular vote or want to change the monarchy to the president," he said.
ReplyDeleteRayalty adalah hak milik orang Sabahan.
ReplyDeleteTindakan yang akan menghina Sultan harus dielakkan.
ReplyDeleteIsu royalti masih tidak perkembangannya. Hak milik rakuat Sabah dirampas.
ReplyDeleteJangan salah gunakan kebebasan dan membuat hinaan khas terhadap Agong Malaysia.
ReplyDeleteHak dan kepentingan Sabahan harus diperjuangkan.
ReplyDeleteinilah pembangkang, semua mau diputar belit.
ReplyDeleteKDN harus melihat perkara ini dengan lebih serius, dan mengambil tindakan yang dirujuk kepada undang-undang dan perlembagaan.
ReplyDeletePengajaran harus dibuat terhadap individu/pihak tersebut agar mereka lebih menghormati sistem yang terbentuk dan dijadikan teras keatas sistem pemerintahan negara.
ReplyDeleteRedbean Army yang telah dibentuk oleh DAP menjalankan kerja hasutan secara berterusan dan cukup vokal dalam media social. Mereka ini telah sampaikan maklumat yang berbentuk hasutan ini terutamanya kepada bangsa Cina.
ReplyDeleteKenapa pembangkang beriya-iya nak berdemonstrasi dan alasan digunakan ialah menuntut system Pilihanraya yang Bersih maka diadakan Perhimpunan Bersih kononnya.
ReplyDeleteIni tidak lain tidak bukan sebab dorongan politik Pembangkang yang dah mula lemah dari sokongan rakyat dan terpaksa melakukan sesuatu yang drastik bagi menarik kembali sokongan rakyat kepada mereka. Inikah politik matang?
ReplyDeleteMereka tahu bila berdemo haram ini mesti polis dan fru akan melakukan tugasan dan tanggung-jawab mereka dan akan ambil tindakan untuk meleraikan perhimpunan itu.
ReplyDeletePembangkang pula jaja satu Negara kononnya suruh makcik-makcik bawak anak kecil mereka berdemo, mereka suruh perempuan mengandung berdemo atas alasan agar pihak berkuasa tidak akan berbuat apa-apa atas rasa kesian dan supaya Pemuda mereka boleh berlindung dibelakang makcik-makcik dan perempuan mengandung ini.
ReplyDeleteWalhal masa perhimpunan ini nanti Pemuda 'Gangster' mereka ini akan 'provoke' dan lakukan keganasan dan akan menyebabkan Polis dan FRU bertindak balas dan ini yang mereka mahukan tanpa mengira keselamatan dan kebajikan makcik-makcik dan wanita mengandung tadi, nyawa dan kesihatan bayi dalam kandungan jadi taruhan demi matlamat hendak ke Putrajaya dia sanggup nyawa bangsa, pengikut, dan penyokongnya digadaikan macam binatang.
ReplyDeleteBila polis bertindak mereka jaja satu Negara dan dalam Media Cyber kata polis zalim..kerajaan zalim...UMNO zalim.
ReplyDeleteMereka akan gunakan hasil dari himpunan ini dan tanam kebencian rakyat pada kerajaan agar rakyat membenci kerajaan dan mereka minta rakyat terjemahkan pada PRU 13 nanti. Ini sebenar tujuan Himpunan Bersih….
ReplyDeleteRamai penyokong Pakatan Rakyat terutama dari Parti PAS mempunyai pahaman sempit berhubung dengan Akta ISA bahawa ianya hanya untuk Komunis.
ReplyDeleteMalah Pemimpin mereka yang pendek akalnya pun sering menggunakan pemansuhan Akta ISA perlu kerana sekarang negara bukan lagi dalam ancaman Komunis and kononnya akta ini wujud adalah untuk membendung pahaman Komunis.
ReplyDeleteIni hasil dakyah DAP yang mengaburi PAS untuk memansuhkan ISA atau PAS dah tahu dan mereka nak perlindungan dari akta ini bila akta ini tiada mereka boleh anjur dan rancang demonstrasi umpama Demo BERSIH ini malah yang ganas pun boleh.
ReplyDeleteAkta ISA ialah akta pencegahan bermakna sesorang itu hanya baru merancang utk melakukan tapi belum melakukannya.
ReplyDeleteJadi macam-mana nak bawa dan dakwa di mahkamah sedangkan dia belum melakukan apa-apa hanya merancang nak melakukannya. Jadi Akta ISA ini penting untuk membendung gejala ini dari berlaku.
ReplyDeleteKita lihat saja nanti perlembagaan baru mengenai perkara ini.
ReplyDeleteKEBERANIAN beberapa pihak yang sama ada secara sinis atau terang-terangan menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di laman sosial baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan ramai pihak.
ReplyDeleteHakikatnya perkara ini bukanlah sesuatu yang baru malah sudah berterusan sejak sekian lama mungkin kerana kurangnya tindakan tegas sebelum ini.
ReplyDeletePensyarah Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd. Aziz untuk penjelasan lanjut.
ReplyDeletepihak ini gagal melihat kepentingan dan peranan yang telah atau boleh dimainkan oleh institusi raja. Namun tindakan tegas adalah perlu untuk mengelak perkara sebegini daripada terus berulang.
ReplyDeleteCadangan agar satu undang-undang baru digubal untuk menghukum perbuatan menderhaka kepada Raja-Raja Melayu.
ReplyDeleteInstitusi Raja yang berdaulat perlu dipelihara bagi mengelak penghinaan terhadap institusi tersebut.
ReplyDeleteInstitusi Raja-raja ini sebuah institusi yang termaktub dalam perlembagaan dan ianya berdaulat. Jadi kita taknak ia dipersendakan.
ReplyDeleteMungkin salah satu kaedah yang baik ialah dengan menyediakan satu akta bagi mengelak penghinaan pada institusi Raja ini supaya takkan berlaku (penghinaan).
ReplyDeleteajian menyeluruh harus dilakukan dalam penggubalan akta itu, yang dilihat sesuai untuk menghalang pihak atau individu tertentu daripada menderhaka kepada raja, sama ada dalam bentuk ucapan, sindiran, grafik dan sebagainya.
ReplyDeleteKetua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dijangka melepaskan jawatan ketua sayap Umno tersebut pada pemilihan parti hujung tahun ini.
ReplyDeleteRosnah, yang memegang jawatan tersebut sejak 2008, berbuat demikian kerana usianya sudah melepasi had kelayakan jawatan Puteri Umno yang menetapkan umur antara 18 dan 35 tahun sebagai ahli.
ReplyDeleteSaya juga tidak akan bertanding dalam pemilihan Umno kali ini untuk sebarang jawatan kerana saya belum membuat sebarang keputusan,” katanya.
ReplyDeletePemilihan Umno hujung tahun ini dijangka sengit apabila kelayakan bertanding dipermudahkan dan ia terbuka kepada lebih ramai ahli.
ReplyDeletePindaan Perlembagaan Umno pada 2009 menyaksikan jumlah ahli yang boleh mengundi bagi menentukan pucuk pimpinan tertinggi meningkat kepada kira-kira 150,000 orang berbanding hanya sekitar 2,500 orang pada pemilihan sebelum ini.
ReplyDeleteMereka juga akan memilih secara langsung pimpinan bahagian masing-masing, sekali gus menghapuskan sistem kuota yang membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli untuk bertanding dengan syarat minimum bagi mana-mana jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno iaitu pernah memegang jawatan Ahli MT atau ahli jawatankuasa bahagian selama satu penggal.
ReplyDeleteThe State government yesterday received RM7 million in loan repayment from Sabah Economic Development Corporation (Sedco).
ReplyDeleteMusa who is also Finance Minister said the Sedco Group registered a pre-tax profit of about RM70 million in the 2011 financial year.
ReplyDeleteSedco Group recorded a turnover of RM763.3 million for the year 2011, an increase of 8.6 per cent as compared to the 2010 turnover.
ReplyDeleteThe main contributors to the Group turnover were Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS), Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd (SUDC), Perkasa Trading Sdn Bhd and Nippon Paint Sabah Sdn Bhd.
ReplyDeleteThe Group’s pre-tax profit (after minority interest) for the year 2011 was also higher at RM70.3 million, reflecting a growth of 20.5 per cent against 2010’s pre-tax profit.
ReplyDeleteMinister of Industrial Development Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Sedco board of directors, group general manager Maisuri bin Besri as well as senior officials from the Finance Ministry were also present.
ReplyDelete